Monday, July 31, 2017

JIKA ADA SUARA SUARA DARI DALAM UMNO MINTA ZAHID BERUNDUR ATAU DISINGKIR BUKAN SESUATU YANG MENGEJUTKAN..

Tidak kah Zahid tersilap jolok sarang tebuan ..







Atau diarah untuk kamikaze? 



PILIHANRAYA NOVEMBER 2017??

ENAM INSENTIF UNTUK VETERAN ANGKATAN TENTERA MALAYSIA (ATM) DIUMUM YAB PM



01: BANTUAN BAKTI NEGARA (BBN); Bagi veteran ATM tidak berpencen yang akan dijadikan sebagai bantuan permulaan. KHAS dari kerajaan bagi menghargai jasa dan pengorbanan mereka.

02: Penambahbaikkan SKIM PERKHIDMATAN ATM yang akan dikenali sebagai SKIN ANUITI VETERAN (SAVe).


03: Penambahbaikkan Skim Pencen Hilang Upaya bagi veteran ATM dan bekas anggota Wataniah sepenuh masa yang berkhidmat KURANG dari 10 tahun DAN TIDAK MENERIMA pencen perkhidmatan .

04: Bagi mereka yang mengalami kelainan upaya selepas bersara :
a: PVATM mewujudkan insentif Veteran Kelainan Upaya RM500 setahun dari kutilan Tabung Hari Pahlawan.
b: RM500 lagi ditambah daripada peruntukan kerajaan menjadikan sejumlah RM1000 setahun.

05: Kouta Haji bagi Veteran ATM ditambah sebanyak 400 mulai 2017 berbanding 100 sebelum ini.

06: Menyalurkan RM5 juta untuk Tabung Pahlawan 2017.


Sunday, July 30, 2017

ZAHIRNYA UMNO KUAT, TETAPI PETI NYAWA HADI PEGANG..

Sudah banyak keadaan dan statement yang menggambarkan ketakutan kerajaan umno sejak pengumuman Tun sebagai Pengerusi PH.

Sudah banyak kali cubaan dibuat bagi menggambarkan susunan struktur organisasi tidak ikhlas dan tidak hormoni,  bukan sahaja tidak berjaya malah perkuatkannya lagi. 

Begitu juga sebuah forum Mahathir Agen Perubahan Atau Agen Pemusnah turut di adakan,  bermula dengan luahan yang kurang senang tetapi berakhir dengan pemahaman berkesimpulan antaranya kehadiran Mahathir, pembangkang telah berjaya menembusi kubu kuat umno dan diterima oleh masyarakat luar bandar yang selama ini gagal dilakukan oleh pembangkang. 

54 kerusi parlimen yang datang dari felda bukan lagi selamat untuk umno, sebagai tindak balas,  pelbagai insentif diumumkan oleh kerajaan,  damage has been done,  saham fgv merudum,  felda rugi, elaun penerola lewat... sayang semuanya sudah terlambat.. 

Bagai serba tak kena,  setiap tindakan dan kenyataan umno dibalas semula dengan hujah yang menimbulkan lagi banyak persaolan.. 

Senjata tradisi,  menakutkan melayu dengan DAP tidak lagi berkesan. Bukan orang Melayu sudah percaya pada DAP tetapi orang Melayu lebih mengutamakan musuh yang lebih dasyat dan paling merbahaya untuk kemajuan orang Melayu masa hadapan iaitu umno. 

Membenarkan umno terus memerintah akan mendedahkan kepada keberhutangan yang lebih besar kepada lintah darat, mengakibatkan langsung atau tidak langsung penjajahan bentuk baru dari kuasa ekonomi dunia. Akan ujud kerajaan boneka. 

Bolehkah Melayu dan Islam bersuara dan menerajui negara pada masa itu (?) Bukankah itu lebih merbahaya dari DAP yang sekadar menggugat secara domestik dan boleh ditangani. 

Umno pada zahirnya dilihat kuat tetapi hakikatnya sedang nazar,  icu.. Peti nyawa pada PAS.
Umno sudah mengorat PAS bukan rahsia lagi.. Dalam alam bercinta.. Tersepak tunggul pun...PAS ditatangi.. Sayang sungguh.. 
Tetapi untuk melamar.. Umno tahu banyak karenah dan masalah.. PAS ADALAH SEBUAH PARTI YANG BERMASALAH,  BANYAK TERMA DAN SYARAT,  BERUBAH UBAH, BERDOLAK DALIK,  SIMPANG SIUR.. Jalan terbaik,  terus sahaja intim,  bermesra,  ringan-ringan.. 

Tidak ada kepastian kerjasama yang macamana akan terbentuk di ambang PRU.. Hadi dan Tuan Ibrahim ada calon dan pengaruh masing-masing. 
PAS Negeri akan punya pendirian tidak seiring keputusan ibupejabat PAS bukan suatu yang terasing.. Masing2 mengutamakan periuk sendiri.. Parti boleh hidup sendiri secara sesumpah. 

Umno juga akan berdepan dengan pemimpin yang dikekalkan,  calon yang digugurkan,  calon yang dipilih dan calon yang tidak dipilih.. 

Ulasan zahid supaya tidak ada pemimpin yang melobi sebagai calon kerana dia dan PM sudah mempunyai senarai,  sangat meragukan.. 
Keputusan dan senarai pasti ada di tangan Najib,  yang mungkin dirujuk sudah tentu Hishamuddin,  bukan zahid secara total. 

Usaha ikrar setia zahid berulangkali kepada najib agak keterlaluan kecuali zahid merasakan kedudukannya bagai telur dihujung tanduk atau sudah diberi katadua. 

Serangan zahid kepada Tun dengan melibatkan keturunan sangat tidak baik untuk imej TPM,  tapi peduli apa,  jawatan TPM bukan boleh dipecat oleh rakyat. 
Hishamuddin sendiri walaupun sudah terjamin dan dalam proses bersedia untuk peralihan perlu juga serang Mahathir walaupun dangkal dan tumpul. 

Untuk minta pemimpin umno angkat bendera putih tentu tidak masuk akal,  tetapi hakikatnya satu demi satu pemimpun umno gugur dengan membunuh diri sendiri sebelum pun perang sebenar berlaku. 

Sudah banyak pemimpin umno kini jadi "bundle" dan arkib,  tidak terkecuali,  next adalah zahid hamidi. 


Hahahaha zahid stress..

Seluruh dunia dah tahu Tun Mahathir itu ada darah India tetapi hati budinya lebih Melayu dari Melayu. Kalau Tun tidak jadi PM aku rasa Melayu masih duduk atas pokok. 



Orang umno betul betul muflis idea nak kenakan Mahathir sehinggakan perkara yang puluhan tahun semua orang tahu,  hal personal pun diperkatakan untuk dipersendakan. 

Lebai lebai pas patut nasihatkan zahid,  apabila mati,  malaikat tak tanya apa darah kamu,  malaikat akan tanya kenapa kamu jadi saksi yang bohong!!! 





RAKYAT PERLU DIINGAT SUPAYA TAKUT DENGAN NAJIB DAN BN

Rakyat perlu bimbang GST akan naik lagi selepas PRU14 jika BN menang dengan segala keajaiban. 

Rakyat perlu bimbang jika wang rakyat dilanun lagi secara terang terangan jika Najib kekal PM dengan segala keajaiban. 

Rakyat perlu bimbang sistem perundangan bukan lagi tempat pergantungan rakyat untuk mencari keadilan. 

Rakyat perlu bimbang kesucian Islam dan peradaban Melayu akan dipersendakan secara global apabila ulama terus dibisukan. 

Rakyat perlu bimbang,  kerajaan cakap tak serupa bikin. 





Saturday, July 29, 2017

SELEPAS MEMPERDAYA PAS KENAPA TIDAK MENJEMPUT DAP SERTAI BN


Atas kesedaran BN memerlukan undi dari penyokong DAP,  zahid mempelawa pengundi cina kembali kepada BN sambil menempelak tsunami pengundi cina PRU12 dan PRU13 memilih DAP atau Pakatan Rakyat sangat tepat pada masanya.

Zahid dan seluruh pemimpin umno sedar MCA hampir pasti tidak akan menang di kawasan majoriti pengundi cina dan termasuk juga majoroti pengundi Melayu.. Jika umno pun sudah tergugat,  tidak mungkin mca dan mic mampu bertahan. 

Apa istimewa agaknya mca dan umno sehingga perlu pengundi cina kembali kepada BN, apakah sokongan pemimpin umno dan mca kepada jho low boleh dijadikan alasan (?)

Apakah beberapa jho low lagi boleh dilahirkan jika pengundi cina kembali kepada BN (?)

Apakah akan ujud Forest City di setiap negeri bagi memeriahkan lagi pertempatan warga China di negara ini.  Apakah akan ujud beberapa lagi Petaling Street mengiringi Forest City (?)
Sebagai ucap terima kasih saranan Zahid,  apakah MCA akan sokong RU355 (?)

Sayangnya saranan Zahid itu dibuat bukan di hadapan pengundi cina,  sebaliknya sekadar di hadapan ahli umno semasa merasmikan Perwakilan Umno Kota Melaka di Bandar Hilir. 



# Kenapa Zahid tidak sarankan RCI untuk 1MDB jika umno mahu tawan undi cina dan melayu,  tawan undi seluruh rakyat. 



KAMU BOLEH LARI TETAPI KAMU TIDAK DAPAT BERSEMBUNYI...


Friday, July 28, 2017

KALAU TAK BOLEH LENA..


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

29 Julai 2017                                
05 Zulkaedah 1438h

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
ٍ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ


Segala puji pujian hanya untukMu Ya Allah.                                                    
Ni akak nak kongsi pengalaman minum jus 3 serangkai selama 2 hari (2 sudu pagi 2 sudu mlm) .

Sebelum ni dah dekat 2 tahun kak x dpt tidoq nyenyak. Tgh2 mlm terjaga susah nk tidoq balik. Sampai 2 thn akak jumpa Dr dan dinasihatkan utk makan ubat penenang utk bantu utk tidoq.

Sampai la kak start amalkan produk ni, Alhamdulillah, akak dpt merasa nikmat tidoq yg berkualiti.

Badan pn rasa x letih. Syukur Alhamdulillah , Allah bg jumpa penawar melalui produk ni.

3 Serangkai bermaksud Sakit Orang Orang Kaya
JANTUNG
KENCING MANIS
DARAH TINGGI

Terima kasih kerana memperkenalkan produk 3 serangkai 👍🏼👍🏼👍🏼 0133760377

وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ

وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمين.َِ

STRATEGI PENYAMUN BURUKAN MAHATHIR KOT KOT BERKESAN

Aku hampir menitis air mata kerana kasihan sangat dengan puak yang bersusah payah sedang mempromosi penyokong pembangkang tidak setuju Tun dilantik jadi Pengerusi Pakatan Harapan,  tidak pula dinyatakan siapa yang layak? 

Sudah tentu tahap tidak bersetuju itu tidaklah sampai diheret ke mahkamah. 

Kalau Pengerusi itu Anwar dan Ketua Umum Mahathir,   agaknya puak ini turut bersetuju dan bersyukur. 

Dan kalau Tun tidak dilantik apa-apa,  tentulah  ada yang buat joget lambak meraikan


Pucuk pangkal,  ketakutan pada Mahathir itu SANGAT NYATA. 




Thursday, July 27, 2017

DAP LEBIH MELAYU DARI UMNO! LEBIH ISLAM DARI PAS!

Apakah itu tafsiran yang membuatkan MCA marah dan mengamuk kepada DAP.

Tujuan MCA sudah tentu ingin memburukan DAP dikalangan penyokongnya dan menarik pengundi bukan Melayu untuk menyokong MCA di PRU14 sekaligus membunuh umno. 

APA YANG 1% TUDUHAN ITU BETUL PADA ROSMAH

99% tak betul, kita akur kerana apa yang dituduh mungkin sangat kecil dari yang sebenarnya. Tetapi apa 1% yang betul itu...

Atau sebenarnya pembantu Rosmah sengaja mengada adakan 1% tersebut..

Kewajarannya 100% tuduhan terhadap Rosmah tidak betul.

ORANG SABAH LEBIH TAHU...

Aku baru balik dari kota kinabalu kerana ada sedikit urusan perniagaan, sempat juga ke Keningau dan Tambunan,  paling menarik berada di Papar berkebetulan ada kempen Shapie Apdal,  sangat meriah dengan sambutan, kagum sekali dengan kesedaran politik sabah. 

Ucapan yang cukup terbuka,  berani dan berapi dari Shafie Apdal membelasah Puterajaya.. No wonder Shapie Apdal WARISAN dipujuk beberapa kali kembali kepada umno kerana umno sabah lumpuh. Ceramah Shafie medapat sambutan seumpama sambutan ceramah PAS zaman Asri dan Ustaz Fathil Noor. 



Rengkas kata,  rakyat semenanjung wajar malu dan belajar daripada sikap orang Sabah yang mahu perubahan lebih baik tanpa setimen melulu ugama dan bangsa. 

Antara pesanan Shafiee kepada orang Sabah,  berhati hatilah dengan umno kerana amalan wang telah menjadikan umno hari ini memaki hamun bekas Presiden,  bekas Timbalan Presiden,  bekas Bendahari,  Bekas Setiausaha dengan begitu mudah, apatah lagi nilai ahli biasa.  

Wednesday, July 26, 2017

26th July 2017 SOUTH CHINA MORNING POST: WHY MAHATHIR MOHAMAD IS MALAYSIA'S BEST HOPE, AND NAJIB'S WORST NIGHTMARE

Semasa rompakan di Guangzhou, China, perompak bank berteriak kepada semua orang di bank:

"Semua tiarap di lantai dan jangan melawan! Wang ini kepunyaan bank tapi nyawa anda adalah kepunyaan anda..."

Semua orang dalam bank pun ikut arahan perompak tanpa melawan dan senyap.

*Ini dipanggil "berfikir di luar kotak." - berfikir lain daripada yang lain!

Apabila seorang wanita bertiarap di atas meja dengan gaya yang menggoda, perompak menjerit kepadanya: "Tolong bersopan! Ini adalah rompakan, bukan cubaan merogol!"

*Ini dipanggil sebagai "Profesional." -  Fokus hanya pada apa yang anda dilatih untuk melakukan!

Apabila perompak bank kembali ke rumah, perompak muda (kelulusan MBA) memberitahu kepada perompak yang lebih tua (lulus darjah 6 sahaja): "Taiko, mari kita kira berapa banyak duit kita dapat."

Perompak tua menyangkal dan berkata: "kau ni bodoh! Terdapat banyak wang, sampai bila baru kita habis kira ? Malam ni kita nonton berita di tv, pasti kita akan tahu jumlah rompakan dari berita tersebut."

*Ini dipanggil "Pengalaman." - Kini, pengalaman adalah lebih penting daripada sijil kertas!

Selepas perompak telah beredar, pengurus bank itu mengarahkan penyelia bank untuk memanggil polis dengan cepat. Tetapi penyelia berkata kepadanya: "Tunggu Mari kita ambil $ 10 juta daripada bank untuk diri kita dan tambah kepada $ 70 juta yang kita sudah gelapkan dari bank!".

*Ini dipanggil "inovatif." - Menukar keadaan tidak menguntungkan untuk keuntungan anda!

Penyelia berkata: "alang kah baiknya jika rompakan berlaku setiap bulan. Dapat juga kita gelapkan duit"

*Ini dipanggil "berpandangan jauh." - merancang masa depan selangkah lebih awal!

Keesokan harinya, berita TV melaporkan bahawa $ 100 juta telah diambil dari bank. Perompak mengira, mengira dan mengira berulang kali, tetapi mereka hanya boleh mengira $ 20 juta.

Perompak sangat marah dan mengadu: "Cilaka! Kita mempertaruhkan nyawa kita dan hanya mendapat $ 20 juta tapi Pengurus bank pula mengambil $ 80 juta dengan hanya petikan jarinya, nampaknya lebih baik menjadi orang pintar daripada menjadi pencuri."

*Ini dipanggil " Pengetahuan." - pengetahuan kunci kejayaan hidup!

Pengurus bank itu tersenyum dan gembira kerana kerugiannya dalam permainan pasaran saham kini sudah dilangsaikan oleh duit rompakan itu.

*Ini dipanggil "sambil menyelam minum air." - mempergunakan peluang yang ada untuk mencipta peluang yang lain!

Soalan : Siapa Perompak sebenar di sini ?



# Bangkai gajah tidak boleh ditutup dengan nyiru, kita sudah tahu siapa lanun siapa perompak,  cuma mereka belum dibicarakan.. 

KALAU TAK SUCI MEMANG TERKEJUT BEROK

Bagi yang sudah terbiasa makan dedak,  kau cover aku,  aku cover kau pada benda² haram memang sebati jadi amalan,  sebab itulah sampai kiamat pun tak akan jumpa statement² cerdik. 




Begitu juga tahap kepimpinan yang sukar ditemui seperti Hadi sokong Suruhanjaya Diraja ke atas 1MDB yang melibatkan Najib,  takkan jumpa Zahid sokong Najib bercuti untuk siasatan semula 2.6B ke akaun peribadi. 

Tak mungkin ada rombongan ke YDP Agong dari Hishamuddin merayu Ghani Patail dilantik semula. 



Semua ini tidak berlaku walaupun semua mengaku Hanya Takut Pada Allah, mereka tahu segala kemungkinan yang akan berlaku jika ada keberanian sebegitu. Asasnya mereka tahu atas kebenaran atau bukan. 

Bila ia bukan jadi amalan mereka,  terlolong memekiklah mereka, terkejut berok apabila Azizah bersetuju siasatan dibuat ke atas Mahathir jika PH menang PRU14.
Presiden bersetuju Pengerusi disiasat....lalu mereka tafsirkan sebagai porak peranda dan lintang pukang PH.  Hakikatnya mereka ingat Azizah itu macam Hadi dan Mahathir itu macam Najib untuk saling bersekongkol!!!!! 

Mereka ingat Mahathir akan bersembunyi atau lari???? 
Salah orang beb... 




# Sepatutnya segala bentuk siasatan di alu-alukan sebagai satu proses membersihkan diri.  Pemimpin kena sedar mereka harus berlapang dada dan bersedia dengan segala kemungkinan. 


# SIDANG AKHBAR BERSATU BARU SAJA UMUMKAN

sambutan Ulangtahun Pertama BERSATU akan dibuat di Johor pada 8/9/17

Tuesday, July 25, 2017

ZAHID PATUT BERDEPAN DENGAN TUN





Sudah agak lama Zahid membisu berhubung serangan ke atas najib dan 1mdb sehingga dipertikai sesetengah pihak akan kesetiannya kepada najib. Malah ada yang sudah kedengaran kewajaran Zahid digantikan dengan Hisham. 



Tetapi melihat kepada statement dan pergerakan zahid seminggu dua ni,  bagai kerbau naik minyak,  saban hari serangan balas kepada pembangkang khusus kepada Tun seolah ingin membuktikan sesuatu. 

Sudah sewajarnya Zahid bertindak seperti sekarang sejak mula lagi,  lafaz kesetiaan bukan sekadar dengan kata kata tetapi dengan tindakan sebagai bukti. Jangan seperti seseorang,   takut hanya pada Allah sekadar kata kata tanpa sikap,   perbuatan ke arah itu. 


Memandangkan serangan dari Zahid sangat hebat adalah lebih wajar bukan secara di belakang atau hanya berani ketika di pentas sendiri, sepatutnya berdepan lebih lebih lagi secara terbuka Tun bersedia berdepan dengan sesiapa sahaja. 


Tiada yang lebih layak, bukan AG,  bukan Hisham, tetapi zahid lah sewajarnya mewakili kesetiaannya pada Najib untuk berdepan dengan Tun bagi mengembalikan maruah umno.

Sangat tidak molek umno serahkan tanggungjawab itu pada Puad,  sekadar berjawatan lantikan politik,  ditolak oleh rakyat di pilihanraya,  umpama mencampak arnab gemuk ke kandang harimau, apa yang boleh dia buat... 



# Tun tentu tahu apa yang Zahid tahu - itu tidak dapat di elakan. 

JIHAD YANG PALING HEBAT IALAH BERANI BERKATA BENAR DI HADAPAN KERAJAAN YANG SALAH..

Tak ramai yang berani buat.. 
Yang tahu,  yang menyembunyikan fakta,  yang mendiamkan diri,  bersubahat,  agak² selamat ke di dunia dan aqirat walaupun mereka sekadar berkata "saya hanya takut pada Allah"...

Masing² berfikirlah.. 

Monday, July 24, 2017

KENAPA ISU 1MDB ACAPKALI DITOLAK SPEAKER

Penolakan bererti kerajaan takut dan menyembunyikan, satu kemenangan dan kebenaran kepada pembangkang. 

Daripada azalina menafikan semua itu di luar dewan adalah lebih baik speaker membenarkannya dan paling baik PM sendiri menjawabnya. 


Umpama kita bertanding burung merbuk,  tak guna gemersik suara bak buluh perindu diluar gelanggang tapi bila sampai pada masa dan tempat yang sebenar, langsung tak berbunyi.. 

Speaker pun macam AG juga ke "Takut hanya pada Allah sahaja" Macam tak pun... 








# Dalam masa yang sama kerajaan mengaku 1mdb ada kes mahkamah???? 
Apakah kerajaan mengiktiraf tindakan saman sivil  DOJ bukan lagi sebagai campurtangan asing??



SETAKAT MANA ROS BERANI BUBARKAN DAP

Tanpa keujudan DAP, umno akan kehilangan sumber untuk menakut nakutkan orang Melayu. 

Tanpa DAP bagaimana mahu mefitnah Pakatan Harapan dikuasai lim kit siang. 

Sunday, July 23, 2017

ALHAMDULILLAH, SEMUA DAH PAKAT PAKAT TAK TAKUT DENGAN MAHATHIR......




Dah bubar ke belum Parlimen?  Aku nak undi bee end





HISHAMUDDIN SEPUPU YANG PALING KEJAM..

Seperti rasa terkilan dengan kenyataan Rafizi yang menyifatkan Semberong tidak lagi selamat baginya,  kini Hisham pula sengaja menempah maut untuk sepupunya najib dengan mencabar Tun bertanding di Pekan.

Tun sebagai otai politik, kini Pengerusi PH, mempunyai imej yang perlu dipertahan semua komponen,   kehadirannya di mana mana kawasan tidak boleh dipandang ringan atas dasar mesti menang. 

Najib hampir tewas,  kemudiannya buat persempadanan semula dengan kemasukan felda dan kem tentera ke kawasannya, sebab itu boleh menang majoriti lebih 15 ribu tanpa isu, tanpa skandal?? Bagaimana hari ini.. 

Wajar Hishamuddin tarik balik tawaran tersebut,  jangan sampai ada yang susah hati dan tidak tidor lena.. 
Bukan soal kalah,  sukar tewaskan Najib di Pekan.. Tetapi lebih kepada peluang Tun menjelajah Pekan membawa cerita Najib sebenar.. 


Saturday, July 22, 2017

SETIAP AHLI UMNO HARI INI TERBELENGU DAN BENGONG MENJAWAB BUKAN TENTANG ISU PARTI ATAU KERAJAAN, TETAPI ISU NAJIB..

Kalau anda pernah sembelih ayam,  atau pernah tengok ayam di sembelih dari A to Z, begitulah kedudukan umno sekarang,  menggelupor.

Dah malas nak tulis,  rasa loya untuk mengulas hujah pemimpin dari parti yang semakin nak terjunam, macam ayam menggelupor tu le.

Dari sumber dalaman, cakap lepas Pembantu Khas,  adikong dan anak buah,  nyata kajian Rafizi tepat.. Sembrong sudah tidak selamat untuk Hisham,  Mahkota sudah tidak selamat untuk exco kanan Jais Sarday. Pasir Gudang,  tempat Khaled digasak kuat.

Kalau tempat bakal PM pun goyang,  no wonder Zahid marah benar orang masuk kawasan dia,  macam lah setiap orang bagan datoh kalau lapar, dapor tak berasap,  zahid akan sampai dengan sekampit beras.

Syok sendiri,  melayu mati kalau umno tak ada,  fikiran macam tu buang jauh²..kena masuk fikiran baru,  umno tak ada lagi bagueh.



Hakikatnya Pakatan Harapan bukanlah kuat sangat tetapi kerana umno menanggung beban Najib yang terlalu banyak dan besar untuk ditangkis,  fikir²kanlah...

PUAD LUPA UKUR BADAN

Hasrat Puad menawar diri untuk berdebat dengan Tun menggantikan Najib macam ada yang tak kena. 

Pertamanya menggambarkan ada sebilangan pemimpin umno ysng cukup geram dan merasa malu dengan sikap Najib yang tidak berani berdepan dengan Tun,  bagi mereka apa sangatlah yang di takutkan dengan Tun itu. 


Yang keduanya mereka tidak pernah belajar dari kegsgalan yang lalu,  Puad cuba ajar Nazeri macamana nak jadi jantan dan samseng sejati. 

Yang ketiganya mereka betul betul sangka 1mdb suci murni. 

Ysng keempatnya mereka sendiri tidak faham 1mdb - asal usulnya,  prosesnya,  modus operandi, carta aliran ke mana wang lesap.

Kelimanya mereka betul betul sangka ada tok arab gila yang menderma walaupun transaksi meragukan malah AG juga tidak mendedahkannya seperti dicabar PH. 

Yang keenam,  walaupun bukan yang terakhir. Puad lupa ukur baju dibadan sendiri. 

Yang ketujuhnya,  mereka yakin PDRM akan berada tepat pada waktu dan tempat untuk menyelamatkan mereks. 

Yang kelapan,  mereka hanya mahu dicatit sebagai yang cukup berani untuk berdebat dengan Tun,  cuma dihalang. 

Yang kesembilan,  selamat jalan. 

Friday, July 21, 2017

KETUA BAHAGIAN BERSATU KLUANG MENINGGAL DUNIA



BERIKUT BEBERAPA MAKLUMAT YANG DITERIMA

# assalamkm..sahabat2 sama2 kita sedekah fatihah buat Arwah Cikgu Razali..mantan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kluang yg baru pulang ke rahmatullah sbntr td di Paloh..jenazag msh lagi di Paloh skrg..keluarga br smp disaba..smg roh arwah dicucuri rahmat..ditempatkn dikalangan2 org yg beriman..alfatihah..amin

# Assalamualaikum semua..

Saya baru dpt maklumat tak rasmi, bahawa Cikgu Radzali, mantan Timbalan Ketua Bhg Kluang telah kembali ke rahmatullah d klinik Kesihatan Paloh, setelah terjatuh selepas berucap dlm prgrm INVOKE..

Mohon sesiapa yg ada d Kluang, ambil tindakan yg sewajarnya, memandangkan beliau adalah mantan NKB dan TKB kita.. jenazah akan dibawa ke hospital Kluang utk post mortem..

Saya baru sampai d ILMU Janda Baik..

Alfatehah..


Cikgu Razali dikatakan jatuh semasa dalam program invoke.

Thursday, July 20, 2017

SETAKAT YANG ADA, MACAMANA BOLEH KATA, KERAJAAN AKAN LEBIH BAIK DARI PEMBANGKANG..

Apa sebenarnya yang nak dibanggakan sangat dengan kerajaan
sekarang,  apa sangat yang dibuatnya sampai kita terharu,  terkejut,  tak sangka begitu hebat. Sebut satu pemimpin yang luar biasa hebat.


Sebut satu pemimpin yang cakapnya boleh pakai,  geliga.. Atau kebanyakan memang cikai, maharaja lawak. 

Maaf,  aku tak nampak apa sangat yang nak dibanggakan di era najib dalam ertikata umum rakyat lebih selesa,  senang,  aman dan menyeronokan hingga tak sanggup tukar kerajaan. 
Kalau satu demi satu pengumuman yang menyakitkan hati adalah.. 
Jangan pula ada badigol yang senaraikan pembangunan era Najib,  itu bukan pencapaian,  itu proses biasa negara,  di sri lanka pun pembangunan terus berjalan.. 

Banding dengan 100 hari janji PH,  walaupun disindir janji manis,  nyata PH berani berjanji, dan aku percaya ia langsung tidak mustahil. Tun bangunkan negara 22 tahun tanpa gst malah tidak ada cukai yang membebankan.. Untuk mengulangi semula oleh PH tidak langsung mustahil... 

Yang terpinga dan ternganga terkejut adalah pemimpin umno sebab memang otak mereka tidak tercapai ke arah itu.. 

Kalau ok,  sudah tentu mereka boleh lakukan apa yang dijanjikan PH. 
Kalau hari ini gst mansuh, esok aku sokong umno.


Sebagai Melayu dan Islam,  adakah sesiapa yang merasakan tanpa umno dia akan mati?
Ada sesiapa yang merasakan umno makin kuat,  makin berani... Cakap dengan realiti,  tak sama kan?  Kan? 













: Hari ni kita sembang biasa2 je.. Pemimpin umno masih meroyan,  mereka sendiri sebok dengan struktur PH,  sendiri sebok sendiri pening,  sendiri spin  ada hati pula nak hasut rakyat.. Paling kelakar lim kit siang yang akan caturkan semua kihkihkih

Wednesday, July 19, 2017

KALAULAH KITA BOLEH BANTU MEREKA..

N2h2 yang bakal dianjurkan armada bersatu akan menjemput Tun dan Najib untuk menjawab beberapa persaolan adalah gelanggang baik untuk menjelaskan beberapa perkara.

Sudah tentu penonton dan netizen mengharapkan jawapan yang benar,  telus dan takutkan Allah sahaja. 

Tetapi setiap kali gelanggang dibuka,  bertalu talu panglima najib 
menghalang dengan alasan,  samada mereka tahu najib tiada keberanian atau memang kebenaran tidak pernah ada di pihak mereka.
Kalau hadir,  mati katak. 

Tetapi kalau sehala,  di kelilingi orang sendiri,  mereka tetap jadi katak juga,  bukan main lantang.. Bukan main berapi rapi.. Tapi hakikatnya tin kosong,  bacul. 

Itulah persepsi yang terpaksa dilontarkan.

Benarlah kata orang,  apabila ketakutan menghantui,  mereka tidak dapat lagi mengawal diri...tidak dapat menyembunyikan.. 

Bagaimana agaknya kita boleh bantu mereka.

Tuesday, July 18, 2017

JAMAL LAYAK GANTI KJ

SEPINTAS LALU

Kedua duanya orang Zahid. 
Jika ada pertandingan,  sukar sikit Jamal nak menang kecuali ada backup oksigen yang besar. 
Jamal lebih kedepan dalam isu,  mulut dan fizikal. 
Kj lebih banyak guna mulut. 
Panjat pokok kelapa.. Kj tewas
Berdebat.. Jamal tak cukup fakta (jadi makanan Rafizi) 


Kelebihan Kj - menantu paklah, menantu manja
Kelebihan Jamal - anak jantan

Kelemahan Kj dan Jamal - dua dua dah kena belasah dengan TMJ

Rafizi sokong Jamal
Nazeri sokong Jamal

Rafizi orang kuat Anwar
Nazeri orang kuat Najib

Selepas Jamal jadi Ketua Pemuda
UMNO sokong demonstrasi jalanan 100‰
UMNO sertai BERSIH

# Masa tu umno sudah jadi pembangkang. 

WAJAR KENYATAAN AG DISAMBUT PDRM, SPRM, BNM

Saya hanya takut Allah sahaja,  tidak takut pada Mahathir,  tidak menyembunyikan apa apa tentang 1mdb. 

Pertamanya,  boleh percaya ke? 
Sangkabaik.. Yes

Takutkan Mahathir?  Bukan setakat AG,  tak ada siapapun takutkan Mahathir.. 
Tun dilantik jadi Pengerusi bukan sebab dia ditakuti tetapi atas hormat, keperluan,  kesesuaian,  pengalaman dan kepercayaan,  yang itu tidak boleh dibeli dengan duit. 

Atas kapasiti AG,  definasi saya hanya takut dengan Allah mesti dilihat takutkan Allah sahaja dan disertakan bukti dan saksi yang juga hanya takut kepada Allah sahaja. 

Atas kapasiti peribadi,  mungkin bersumpah di masjid antara menambah nilai pengakuan tersebut. 

Kalau benar semua orang takutkan Allah dibibir,  dihati dan melalui sikap dan perbuatan, Malaysia tidaklah sekecoh ini. 

KAMU TAKUT PADA ALLAH MASA SEBELUM ATAU SELEPAS KAMU BUAT SALAH(?)

Satu ungkapan spontan lazim manusia,  even kafir pun takut pada Tuhan kepercayaannya. 

Si pencuri pun takut,  pertama sekali dia takut kena tangkap,  kedua dia takut dipenjarakan, lepas tu baru dia terfikir dia bersalah melakukan dosa mencuri,  barulah akhirnya dia takut pada Allah... 

Bila ditanya,  kalau takut kenapa curi juga... Bla bla bla alasan. 
Jarang benar si pencuri yang berjaya mencuri dan tidak tertangkap akan takut pada Allah kecuali dia berhenti mencuri.. 
Kadang kadang ada juga alasan si pencuri,  dia terpaksa terus mencuri untuk bayar hutang????? 

Makin tinggi kedudukan seseorang,  makin banyak alasannya dan akhirnya kesalahan itu diletakan pada orang lain,  disandarkan kepada orang lain.. Demi rakyat,  demi negara...cantikkan! 

Tanya tok lebai, takutnya berapi rapi.. 
Tapi Allah akan adili mereka paling awal di padang masyar

Ungkapan saya takut pada Allah.. Adalah ayat tergantung,  ayat yang tidak lengkap.. Masih ada yang disembunyikan.. 

Apa bukti kamu takut kepada Allah? 
Kenapa kamu takut dengan Allah? 
Kamu takut pada Allah sebelum kamu buat salah atau selepas kamu buat salah??? 

Kalau kamu takut pada Allah,  kenapa benarkan kemungkaran seperti fitnah ke atas kamu berleluasa.. 
Kenapa kamu tidak hentikan dengan tangan (hak dan undang²) kamu? 

Takutkan Allah bukan sekadar kata kata,  bukan sekadar pengakuan tetapi mesti juga dilihat takut hanya kepada Allah.. 
Apakah kamu dilihat takut kepada Allah.. 
Apakah kamu dilihat amanah pada tugas dan tanggungjawab.. 


Monday, July 17, 2017

KITA BOLEH KENALPASTI PENGHASUT.. JELAS DAN NYATA

Alhamdulillah sejak merdeka hingga ke era Mahathir, majoriti rakyat,  melebihi dua pertiga (masih cerdik)  tidak termakan hasutan dan fitnah hingga mereka tidak diizinkan Allah menjadi kerajaan pusat. 

Dan insyaAllah kali ini pun majoriti melebihi dua pertiga tidak akan termakan hasutan sekali lagi selagi dia bersekongkol dengan lanun, musuh Islam.

Di Malaysia,  politik terbuka luas,  sudah tiada siapa yang pegang dua pertiga majoriti, yang simple majoriti atau yang kurang majoriti mempunyai sama peluang. 

NO WONDER UMNO TAKUT SANGAT BILA TUN DILANTIK PENGERUSI PH



# Tun bagaikan dapat darah muda..sudah tentu selepas ini pihak tertentu juga patut diberi peringatan akan amanah rakyat yang mereka pikul dan bukannya hanya menjaga kepentingan seorang dua dan membiarkan rakyat dizalimi dan etika serta undang² dicabul

TAHNIAH ORANG JOHOR - SEMANGAT TMJ DIHAYATI..

Saya dah bantu kamu,  kamu pula bantu saya,  boleh? Begitulah kata dan tanya Najib di Sembrong dalam proses membantu Hisham mempertahankan Parlimen Sembrong..


Kesian pula


Sunday, July 16, 2017

SEKARANG MENEMUI ANWAR DI SUNGAI BULOH LEBIH MUDAH





# Agak terlambat,  Mahathir sudah mendahului.. 

JADI KE CALON PAS GUNA LAMBANG DACING PRU14 (?)



Ikatan dan struktur PH telah sempurna. 




Kalau tiada ikatan, petanda akan ada yang kena kencing akhirnya.. 

Dah sampai masa calon PAS guna lambang dacing di PRU14 akan datang untuk menang. Sokongan kepada calon PAS kini banyak bergantung kepada sokongan saki baki akar umbi umno berjumlah hampir 4 juta. 

Pemimpin umno sendiri sudah sanggup berbaju hijau supaya nampak sehati sejiwa dengan PAS.


UMNO pula dikatakan akhir akhir ini mendapat pertambahan ahli yang berlipat ganda dan pertambahan sokongan jika dilihat kepada jumlah yang hadir pada Hari Terbuka anjuran umno. 


APAKAH ORANG MELAYU SUDAH BERSEDIA MENJADIKAN UMNO PARTI TERPENCIL

Apakah kebangkitan Pakatan Harapan dengan struktur yang kemas tersusun membantutkan usaha menjadikan Hishamuddin sebagai PM (?)

Wawasan 100 hari PH titik permulaan mengembalikan Malaysia ke landasan yang betul dan rakyat akan hidup lebih selesa dan maju. 

Saturday, July 15, 2017

TIDAK KAH UMN😡 MEMBERI TERLALU AWAL KEMENANGAN KEPADA MAHATHIR...

Perlantikan Mahathir sebagai Pengerusi PH merupakan satu lagi tambahan rasa cemas dan takut yang ada pada umno. Seluruh kepimpinannya memberi tanggapan negatif dan membuat pertikaian demi pertikaian semata mata untuk memporak perandakan kesatuan hati pemimpin PH. 


Di dalam negara demokrasi sepatutnya umno mengalu ngalukan kewujudan organisasi yang hebat seperti PH dan patut menjadikan alasan untuk umno meningkatkan lagi usaha dan membetulkan kesilapannya. Memburukan PH bukan persaingan yang sihat dan hanya mengundang kepada persepsi umno sedang cemas. 

Gabungan 12 pemimpin tertinggi dengan kemampuan dan pengaruh yang sangat besar sukar dinafikan oleh mana mana pihak sebagai yang terbaik. Di atas kertas BN sudahpun tewas. 

Salleh kruak sendiri tidak keruan dengan pendirian sebelum dan selepas pengumuman. 



#N2H-2 anjuran Pemuda BERSATU yang mengundang Najib pada tempat dan tarikh yang belum ditentukan untuk menjawab semua persaolan wajar jadi medan untuk Najib menebus kesilapannya.. 


PEMBANTU ROSMAH MELATAH KEPOH

Pusing kot mana pun aku tak tahu apa kaitan pembantu rosmah dengan perkembangan politik tanah air lebih lebih lagi politik atasan,  apa kapasiti budak pasar ini mencampuri. 

Terbaru dia bertanya kepada Dr Wan Azizah, Presiden PKR @ Presiden PH adakah masih percaya kepada Tun Dr Mahathir, Pengerusi BERSATU @ Pengerusi PH (?) dalam keazaman menjadikan Anwar sebagai PM. 
Mungkin Rosmah yang suruh bertanya  kalau tidak,  masa kan dia begitu biadab dan bodoh mencampuri...

Adalah lebih baik qaplah ni tanya majikannya,  samada Rosmah masih percaya kepada Najib atau bertanya kepada Najib adakah masih percaya isterinya??? 
Agak²nya apa reaksi mereka terhadap mamat kepoh ni.. 




Aku rasa lebih baik dia tumpu kepada esok ke pasar nak beli ikan apa sebab kembong dah mencecah RM20 sekilo atau apa kasut yang Rosmah nak pakai esok pagi dari merapu kepada perkara bukan bidangnya.. 






Muhyiddin diberi sambutan hebat di Kota Tinggi, sah majoriti peneroka felda,  semalam. 

𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚?

  𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚? Kita jawab secara am "Letak RM10,000 berapa boleh saya untung?&q...