Semasa rompakan di Guangzhou, China, perompak bank berteriak kepada semua orang di bank:
"Semua tiarap di lantai dan jangan melawan! Wang ini kepunyaan bank tapi nyawa anda adalah kepunyaan anda..."
Semua orang dalam bank pun ikut arahan perompak tanpa melawan dan senyap.
*Ini dipanggil "berfikir di luar kotak." - berfikir lain daripada yang lain!
Apabila seorang wanita bertiarap di atas meja dengan gaya yang menggoda, perompak menjerit kepadanya: "Tolong bersopan! Ini adalah rompakan, bukan cubaan merogol!"
*Ini dipanggil sebagai "Profesional." - Fokus hanya pada apa yang anda dilatih untuk melakukan!
Apabila perompak bank kembali ke rumah, perompak muda (kelulusan MBA) memberitahu kepada perompak yang lebih tua (lulus darjah 6 sahaja): "Taiko, mari kita kira berapa banyak duit kita dapat."
Perompak tua menyangkal dan berkata: "kau ni bodoh! Terdapat banyak wang, sampai bila baru kita habis kira ? Malam ni kita nonton berita di tv, pasti kita akan tahu jumlah rompakan dari berita tersebut."
*Ini dipanggil "Pengalaman." - Kini, pengalaman adalah lebih penting daripada sijil kertas!
Selepas perompak telah beredar, pengurus bank itu mengarahkan penyelia bank untuk memanggil polis dengan cepat. Tetapi penyelia berkata kepadanya: "Tunggu Mari kita ambil $ 10 juta daripada bank untuk diri kita dan tambah kepada $ 70 juta yang kita sudah gelapkan dari bank!".
*Ini dipanggil "inovatif." - Menukar keadaan tidak menguntungkan untuk keuntungan anda!
Penyelia berkata: "alang kah baiknya jika rompakan berlaku setiap bulan. Dapat juga kita gelapkan duit"
*Ini dipanggil "berpandangan jauh." - merancang masa depan selangkah lebih awal!
Keesokan harinya, berita TV melaporkan bahawa $ 100 juta telah diambil dari bank. Perompak mengira, mengira dan mengira berulang kali, tetapi mereka hanya boleh mengira $ 20 juta.
Perompak sangat marah dan mengadu: "Cilaka! Kita mempertaruhkan nyawa kita dan hanya mendapat $ 20 juta tapi Pengurus bank pula mengambil $ 80 juta dengan hanya petikan jarinya, nampaknya lebih baik menjadi orang pintar daripada menjadi pencuri."
*Ini dipanggil " Pengetahuan." - pengetahuan kunci kejayaan hidup!
Pengurus bank itu tersenyum dan gembira kerana kerugiannya dalam permainan pasaran saham kini sudah dilangsaikan oleh duit rompakan itu.
*Ini dipanggil "sambil menyelam minum air." - mempergunakan peluang yang ada untuk mencipta peluang yang lain!
Soalan : Siapa Perompak sebenar di sini ?
# Bangkai gajah tidak boleh ditutup dengan nyiru, kita sudah tahu siapa lanun siapa perompak, cuma mereka belum dibicarakan..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
-
Sesuai sangatlah PRU kali ini kubur pas dan umno bersebelahan - berjiran. Dulunya kapir mengkapir, sembahyang dua imam, cerai berai, kendu...
-
KLUANGMAN KEMBALI KLUANGMAN KEMBALI KLUANGMAN KEMBALI KLUANGMAN KEMBALI ...
MahaKUTTY & Gang : Perompak & Penyamun
ReplyDeleteUMNgOk Baru (bawah Najeeb) : Perompak - kena tunggu 22 tahun baru tambah penyamun!
Umno RAHMA dh sampai N. Tammat.
DeleteKapal Layar..BN..BNEXIT.
Malaysians are takinh over. Good Riddance to Jebon n Hadi
gang lobai tak pandai menyamun cuma tahu tadah tin milo dan mintak sedekah dari geng penyamun,bila dah dapat duit yang kat atas tambah bini yang kat bawah tambah dosa akibat menjadi pengikut ajaran sonsang.
DeleteSalam Bro. NAIK Jalan CITER n perumpamaan.
ReplyDeletebuat malu org johor je klu tulis artikel mcm ni
ReplyDeleteKalau tak suka, selongkar jangan tak selongkar. Kalau dah suka, buruk macam mana pun, simpan kemas kemas jangan bila jadi kerajaan nanti terbongkar pulak.
ReplyDeleteTapi najib masih belum dibicarakan kat mana-mana makamah kat atas muka bumi jadi najib masih belum bersalah kan? Jadi yang dok kata najib bersalah memang bodoh undang2 tahap giller kan3
ReplyDeleteMahathir pun belum dibicarakan lagi kan?
DeleteYang terkoyak mulut meroyan tu apahal agaknya..
Bila ditanya, Mahathir dah jawab kan..
Bila dipanggil, Mahathir tak lari kan..
Bila dituduh, Mahathir cabar disiasat, ditangkap, didakwa..
Najib ada?
1045....
DeleteANDA berpandangan jauh!!
TAHNIAH....ini kerana anda berpengalaman. Macai cuma tahu maki dan carut je tanpa fakta utk berhujah....kan cai,dedak dah claim ke belum.....hehe
Bro KD,
ReplyDeleteTeringat kata-kata ini:-
Seorang yang memakai kot, bertali leher dan berbeg James Bond mampu merompak jauh lebih dahsyat dan lebih banyak drpd seorang yang memegang senjata.
Hanya dengan satu tandatangan yang didakwa 'saya sign tak baca' bbrp orang boleh menjadi billionaire segera, seseorang tetiba boleh menjadi produser filem Hollywood, dan banyak lagi seperti rantai berlian pink dan sebagainya.
Semuanya di sebalik hutang 50b yang ditanggung secara pukal oleh rakyat sebuah negara bergelar Jibrostan..
'Wolf of the Wall Street' sudah, tak berapa lama lagi boleh melihat kisah benar pula 'Dogs of Putarjaya'.
bro john doe,jaga kau telinga aku da berasap ni....
ReplyDeletePuak Melayu Akeristukarat dibantu air jampi Puak Ayohbetullah dari Lobaipura rakus rasuk serata kampong.
ReplyDeleteTV3,media ulat blog bagai polong.
Dedak ditabur bertong tong.
Dicanang tanah milik nak hancur,
sambil dijual lebur.
Dibisik Islam nak ditindas,
sambil diasak akal jangan cerdas.
Walhal,
Melayu tak sanggup bawah tempurong.
Islam tak berniat umat dibendong.
Sudah sampai masa puak jahiliah dilambong.
Jangan dibiar hutang cicit tanggong.
kau ni bunyi macam kekasih Siti 'Gersang' Kassim pulak! wakakakakakak
ReplyDeleteApabila tak boleh sanggah hujah, maka kamu segera diarah musoh ke neraka.
DeletePaul, sherif syurga juga kamu yer?
Pathetic ! Hehe
hehehe...inilah perompak sebenar Malaysia selama 22 tahun
ReplyDeleteRakyat kena byr sehingga ke anak cucu...
Kroni2 Madey senang lenang curi duit rakyat
Kerajaan rugi lebih 200 bilion bayar kepada kroni madey
ReplyDeleteDulu Lim Kit siang kata Malaysia akan bangkrap masa zaman Madey
Sekarang senyap macam orang bodoh bila dah berkwaan dengan madey
Madey terpaksa buat benda ni sebab nak tutup kesalahan dia..
Cara nak tutup mulut musuh ialah dengan berkawan dgn musuh...
Najib tak pernah rompak duit rakyat
ReplyDeleteDia nak ambil balik apa yg dirompak oleh kroni madey dan pulangkan semula pada rakyat.