Wednesday, July 4, 2018

AG WAJAR TERUS BERBAHASA INGGERIS..

Betapa hipokriknya Melayu...
Betapa hipokriknya umno.. 

Kenapa sebut AG tak sebut PN.. Sendiri pun hipokrik. 
Kenapa sebut umno untuk united malays organisation dan bukannya PEKEMBAR...dasyat betul munafik dan hipokrik.

Selagi kemahiran dan kefasihan bahasa inggeris (dengan izin)  itu penting untuk ketelusan undang² dan keadilan...teruskan,  lagipun kes najib meliputi antarabangsa. 
Ingat lagi kes MH370, berabuk Hisham speaking london,  mana puak ni???? Puak hipokrik... 

Jika ada pertikaian,  versi bahasa inggeris akan digunapakai - itulah pra syarat perundangan kita - jangan hipokrik melampau lampau. 


# Bila tengok pemain sarkas di mahkamah semalam,  terpekik terlolong dari kapal lanun, rasanya makin malu aku nak berbahasa melayu, 
Kalau nak berbahasa Melayu - sekurang kurangnya biarlah macam Rais Yatim. Tommy Thomas pun akan hormat, bukan setakat hormat kepada bahasanya,  tetapi ilmunya,  akhlaknya. 

15 comments:

  1. Ape salahnye berbahasa inggeris...terma undang2 dirujuk kpd bahasa inggeris...ini kes besar bukan kes curi ayam...

    Biar melayu buka minda nak belajar bahasa inggeris bahasa dunia...guna bahasa inggeris tak jatuhkan mertabat bahasa kita..

    Jangan guna bahasa cina india dan lain2 sudaah...

    Jangan melayu terlopong bila kena maki dan kena tipu dlm bahasa inggeris...

    ReplyDelete
  2. Orang cina dan india guna bahasa inggeris tak dengar plak mereka kata jatuhkan bahasa mereka..melayu aje ketinggalan...minda sempit..berlagak pandai tapi bodoh...akibat perjuangan umno yg bodooohkan melayu..

    ReplyDelete
  3. Menteri: Tiada lagi campur tangan politik untuk pinjaman TEKUN
    Bernama
    5 Jul 2018, 9:09 pagi (Dikemaskini 5 Jul 2018, 9:16 pagi)

    A A
    Permohonan pinjaman Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN Nasional) tidak lagi perlu mendapatkan tandatangan atau syor daripada pemimpin parti politik seperti yang diamalkan sebelum ini.

    Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Salahuddin Ayub berkata, langkah itu diambil bagi mengurangkan kerenah birokrasi dan campur tangan politik dalam memastikan TEKUN Nasional dapat terus maju ke hadapan dalam memberikan perkhidmatan yang baik kepada rakyat.

    "Dahulu kalau mahu mendapatkan perakuan atau kelulusan, ia seperti satu kewajipan ketua bahagian (parti politik) akan diminta untuk mengesahkan permohonan atau sebagai syarat (untuk kelulusan).

    "Pertimbangan paling wajar adalah untuk menggunakan mekanisme sebenar kerajaan iaitu melalui ketua kampung atau penghulu yang akan lebih bertanggungjawab dari segi pentadbiran untuk mengesahkan sama ada pemohonan itu benar-benar memenuhi kriteria untuk mendapat apa jua bentuk pinjaman daripada TEKUN Nasional," katanya kepada Bernama semalam.

    Menteri PH professional...mengubah cara pemikiran melayu yg nak kekal berkuasa dengan berat sebelah..

    ReplyDelete
  4. Udah2 ler.... tak payah nak gembur balik.... buat isue lain lah..... isue BM ni bukanlah aper sangat.... saha kami acah nengok apa AG boleh buat bila rakyat minta dia berbahasa Malaysia.... hok tidak... hek pun tidak dia belah macam tu jer..... lepas menang pru hari tu pm buat sidang dlm bahasa inggeris gak...... dan terbaharu manderin dan tamil pun tempat.... akhirnya smlm rakyat maki meluat.... maka semalam tommy lah yang jadi mangsanya..... kebetulan plak dia buta bahasa melayu.... puiiiii.... hina sangata ker nak cakap melayu arau belajar bahasa melayu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Acah?...hihihihihi...gila2 marah....sudah diketahui dah dihebohkan seblm ni Tommy tak fasih bahasa melayu..tun nak jugak tommy kendalikan kes najib kerana kebolehannye terutamanye bila berhadapan dgn peguam najib dari amerika...

      jika najib tak buat onar songlap wang negara tommy tak mungkin dilantik..

      Delete
    2. Setakat ini yg dirasa dirinya sudah berhemah hebat.
      Walhal lagi menghina bangsa agama sendiri. akibat dah mcm pelesit terpekik terlolong tak tartamadun.
      Anutan melayu sebegini belum cukup pupus. Masih ada lagi yg praktis sifat kuno amok, histeria, dan buat2 lupa atau tak faham.
      Termasuk juga sanggup mandi mayang pinang utk lemahkan hakim.
      Juga melawan Nuklear dgn buloh lemang.
      Ada yg Cari mh370 guna kelapa.
      Dalam yg berbaki kumpulan melayu kuno ini ,ada juga yang masih guna ugutan seperti..." Ana tak tauhu, nnt ana supoh jadi abu".

      Tapi baguslah...sebab tak ramai dah.

      Delete
  5. Kontraktor utama ECRL ‘susah hati’, harap tangguh kerja dibatal
    FMT Reporters

    Kontraktor ‘susah hati dan bimbang’ memikirkan mata pencarian 2,250 kakitangan tempatan, serta ratusan kontraktor kecil, pembekal dan syarikat perunding.

    KUALA LUMPUR: China Communications Construction (ECRL) Sdn Bhd hari ini mengesahkan pihaknya menerima notis tangguh semua kerja membina Laluan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) daripada pemilik projek Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL).

    Syarikat itu dalam kenyataan berkat ia berasa “susah hati” dan kesal “penangguhan dikenakan sekarang selepas banyak kerja sudah dijalankan dengan baik”. Ia berharap kedua-dua pihak boleh mencapai situasi menang-menang.


    Perkembangan ini menyusuli pengumuman Menteri Kewangan Lim Guan Eng semalam yang mengatakan kos terakhir projek ECRL yang kontroversi itu akan mencecah RM81 bilion dan kos ini perlu dikurangkan dengan banyak supaya projek menjadi berdaya maju dari segi kewangan.

    MRL sebelum ini mengarahkan kontraktor utama, China Communications Construction Ltd (CCCC), menangguhkan semua kerja-kerja kontrak kejuruteraan, pemerolehan, pembinaan dan pentauliahan (EPCC) serta merta atas sebab “kepentingan nasional”.

    China Communications Construction (ECRL) Sdn Bhd, yang merupakan sebahagian daripada CCCC, hari ini berkata kontrak ditandatangani oleh CCCC dan MRL secara sah.


    “Kami berharap MRL akan menghormati kontrak yang ditandatangani itu.


    “Kami menghormati dan mematuhi undang-undang Malaysia.

    “Dalam keadaan ini, kami tiada pilihan kecuali mematuhi arahan penangguhan itu.

    “Walaupun tempoh pengangguhan belum ditentukan, kami bimbang penangguhan ini akan menyebabkan kos tambahan, kerugian dan kerosakan.”

    Syarikat itu berkata ia “susah hati dan bimbang” memikirkan mata pencarian 2,250 kakitangan tempatan, serta ratusan kontraktor kecil, pembekal dan syarikat perunding.

    “Kami berharap kedua-dua pihak dapat mencapai penyelesaian menang-menang melalui rundingan yang ikhlas dan muhibah. Kami berharap penangguhan akan dibatalkan secepat mungkin demi manfaat semua pihak.”

    Laman Edgemarkets hari ini melaporkan Ketua Pegawai Eksekutif MRL, Darwis Abd Razak dalam surat bertarikh 3 Julai berkata dalam tempoh penangguhan itu, syarikat perlulah “melindungi, menyimpan dan menjaga kerja-kerja yang sudah dijalankan daripada sebarang kemerosotan, kehilangan atau kerosakan”.


    Eddie Tse
    Saya pun susah hati. Jutaan rakyat Malaysia kena menanggung hutang ECRL tu sampai ke cucu-cicit. Najib kata RM55 billion saja. Rupa-rupanya, RM81 billion. Mahal tahap dewa tu. Ini belum masuk kos penyenggaraan tahunan ECRL. Pokok pelaburan belum tentu dapat balik. Keuntunganan lagi tak payah fikir.
    Like · Reply · Mark as spam · 9h

    Zack Mohd
    Manyak susah hati sebab komisyen sudah bayar.....
    Like · Reply · Mark as spam · 2 · 12h

    Mohammad Syahmi
    haha tahu xpe wei komisyen diutamakan bukannya rakyat HIDUP MELAYU HAHAH

    ReplyDelete
  6. Mesyuarat kabinet PH hanya dijamu nasi lemak bungkus dan minuman 3-1. Flask air disediakan.

    Bagus lah mcm ni, pandai dia org jaga amanah utk kurangkan hutang cucu cicit yg tak berdosa.
    Mcm ni la Rakyat mau, mcm tu juga yg 83% Rakyat telah pilih pun.
    Bukan mcm pelakon jockey penunggang agama dan bangsa tu.... nak meeting 5 minit pun kna pergi minum teh diLondon.
    Ptuiii.

    ReplyDelete
  7. TT boleh berbahasa Melayu terutama kalau berskrip dan dalam suasana berakhlak.
    Malah BM nya lebih baik dari sesetengan orang Melayu sendiri.

    Majoriti profesyional mempunyai integriti yang sangat tinghi

    ReplyDelete
  8. Bro KD
    Apa kata kita kali ini kita menyebelahi Malaysia dan negara

    PH dah menang but please dont let the winner takes it all and the loser standing small
    Cakap org putih sikit sebab ikut lagu Abba THE WINNER TAKES IT ALL,
    ok

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju tetapi kita sangat perhalusi semua perkara hingga kw titik bengik sedangkan semua itu "dilanggar" terang²an oleh kerajaan lama.

      Carilah isu besar untuk diketengahkan, isu dasar yang mutlak, bukan terpencil atau tempelan.

      Delete
  9. Ini aku kureng...
    Dah sah dia org malaysia..
    Confirm la tahu bahasa malaysia..
    Pelik kalau org pakistan tak tau ckp pakistan..
    Org korea tak tau cakap korea..
    Org arab tak tau ckp arab..
    Mmg pelik la.. org malaysia tak tau ckp bahasa malaysia..
    Apa ni.. angkat sumpah, nk junjung rukun negara..
    Ni camna ni..?

    ReplyDelete
  10. Kenapa org Cina terlalu jijik dengan bahasa Malaysia tapi yg heran habis semua hak org melayu mereka mahu,,
    Bro KD pilihan Raya dah berlalu kenapa tidak kita kurang kan penulisan politik dan Bri KD jadi check and balance untuk suara rakyat terutama Melayu,,
    BN bungkus biar kan tapi tidak adil kirqnya kita menghukum rakyat yg mengundi BN kerana mereka juga pembayar cukai dan juga menjadi sebahagian juga pembayar gaji untuk PH

    Kita hqrus berlaku adil seadilnya pd mereka rakyat semua
    Jika harus hormat dan jaga hak kaum terutama hak dan tanah org melayu
    Jgn lah kita terlalu ghahirah nqnti takut kita tersilap,,
    pada siapa org melayu ingin mengadu,, BN menipu PH belum tahu Raja jaga diri
    Sisterm perundangqn yg adil mungkin! Ini yg di gambar kan oleh TunM
    Tapi jikq perundangan tidak dapat menhormatk bahasa kebangsaan bahasa Melayu agaknya macamana pula pandqngan meteka pd org melayu terutqma sekepas TunM..
    Jangan biar bara menjadi arang,, yg rugi kita

    ReplyDelete
  11. kera yang dulu lagi teruk siap guling2 lagi. Tak kanla PN tak boleh berbahasa melayu bukankah orang Malaysia. Pakistan jual karpetpun boleh berbahasa melayu

    ReplyDelete
    Replies
    1. PN tu hapa?
      Pekembar Nasional ?
      Pekembar tu apa pulak?

      Hmmm, ada lg melayu dulu mcm 1002.
      Mak pesan, Usah pergi jerit melolong histeria lagi kt mahkamah tau.
      Histeria tu apa?
      Eishhh pening lah , huhu

      Delete

𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚?

  𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚? Kita jawab secara am "Letak RM10,000 berapa boleh saya untung?&q...