Saturday, July 7, 2018

SARANAN ZAM TUTUP SEKOLAH TAHFIZ..

Zam sarankan kepada Menteri. Tutup sekolah tahfiz. Apa motif dan di mana solusinya peningkatan pendekatan Al Quran kepada umat Islam?

Dipercayai hanya berdasarkan beberapa unsur negatif, soal keselamatan dan kedaifan,  saranan itu tanpa cadangan balas boleh dianggap hilang akal,  melampau.

Jika kita mencadangkan Islam yang progresif dan tidak sempit kepartian seperti dibawa PAS sekalipun, penutupan tidak mendatangkan hasil yang baik malah bertambah gejala sosial yang lebih umum.



Yang wajar adalah semua Sekolah Tahfiz perlu didaftarkan dan yang tidak mengikut SOP ditutup. 
Langkah berikut semua Sekolah Tahfiz dinaikkan taraf Kolej Universiti (yang kecil perlu bergabung seperti Pusat Latihan Sekolah Memandu) dan seterusnya Universiti - satu pwrancangan jangkapanjang yang mengambilmasa 2-5 tahun untuk merealisasikannya.... 

3 comments:

  1. Elok tutup sekolah2 tahfiz dan pondok...Jakim disyorkan ambik alih sekolah2 ini supaya jadi moden dan lengkap...sekolah2 ini bergantung kpd zakat dan derma...banyak kes kebakaran dan kematian...

    Sekolah bawah Jakim masih boleh terima zakat dan derma tapi didaftarkan supaya perbelanjaan wang boleh dipantau...sekolah yg terima banyak zakat dan derma jakim boleh kurabgkan bajet...

    Peranan Jakim lebih berkesan sebagai institusi memajukan islam....pelajat lepasan sekolah Jakim diberikan sijil supaya boleh lanjutkan pelajaran keperngkat yg lebih tinggi....orang islam lebih terurus...

    ReplyDelete
  2. Kalau impaknya hanya utk menambah kelumbongkan, tempurongkan masyarakat melayu...lebih baik tutup saja. Lagi bagus.

    ReplyDelete

6ANGKA