July 2018
APAKAH ZAHID HAMIDI AKAN JADI PRESIDEN PALING SINGKAT DALAM SEJARAH UMNO?
Selepas kalah pilihanraya yang berpunca daripada Najib Razak dan skandal 1MDB yang terkait secara langsung dengannya, tanda-tanda malapetaka kedua bakal menimpa UMNO ternampak semakin terang lagi nyata sebaik saja Zahid Hamidi diumumkan sebagai Presiden UMNO yang baru.
Hanya beberapa jam setelah memenangi jawatan tersebut, beliau dilaporkan akan dipanggil oleh SPRM untuk dirakam keterangannya pada esok (Isnin) berhubung dakwaan salah guna wang sebuah yayasan yang dipengerusikannya.
Difahamkan Zahid Hamidi disiasat berhubung dakwaan menyalahgunakan wang tersebut untuk kegunaan peribadi dan membayar kad kredit beliau serta isterinya yang berjumlah kira-kira RM800 ribu.
Kenapa wang yayasan yang tujuan asasnya untuk membantu orang miskin, anak yatim, pusat tahfiz, pembinaan masjid dan sebagainya digunakan untuk membayar kad kredit sendiri dan isterinya?
Apakah Zahid Hamidi tidak cukup wang sendiri untuk membayar perbelanjaan peribadi?
Daripada manakah pula datangnya sumber wang yayasan tersebut?
Apakah benar ia sumbangan rakan-rakannya yang mahu beramal jariah atau hasil komisyen projek-projek kerajaan yang diberikannya kepada kawan-kawannya?
Jika sebahagian wang dalam yayasan itu merupan duit komisyen, tidak rasa bersalahkan ia digunakan untuk membantu orang miskin, anak yatim, pusat tahfiz, pembinaan masjid dan sebagainya?
Selain berkaitan salah guna wang yayasan itu, Zahid Hamidi juga dilaporkan dipanggil oleh SPRM untuk direkodkan keterangannya berhubung dakwaannya sebelum ini pernah berjumpa wakil keluarga penderma yang memasukkan RM2,600 juta ke akaun peribadi Najib.
Berdasarkan kedua-dua kes beliau dipanggil mengadap SPRM esok, secara umumnya ramai yang merasakan bahawa Zahid Hamidi mungkin terheret ke fasa tahanan reman dan seterusnya pendakwaan di mahkamah.
Ini kerana kes berkaitan yayasan itu itu dilihat jelas suatu perbuatan pecah amanah, manakala pertemuan dengan wakil keluarga Diraja Arab Saudi itu pula terang-terang suatu pembohongan atau bersubahat melindungi salah laku Najib.
Siapakah wakil keluarga diraja Arab Saudi yang dikatakan ditemui Zahid Hamidi itu sedangkan wang yang dikatakan derma yang diterima Najib, mengikut penyiasat antarabangsa dan didedahkan DOJ sebelum ini, ia adalah bersumberkan 1MDB yang dilencongkan dan dimasukkan oleh Jho Low?
Dalam hal ini, apa jadi jika selepas memberi keterangan esok, Zahid Hamdi akan ditahan reman dan tidak lama kemudian akan didakwa di mahkamah?
Apa pun, dengan kehadirannya ke pejabat SPRM esok, Zahid Hamidi sudah mencatat sejarah sebagai Presiden UMNO pertama yang disiasat dan diambil keterangan oleh agensi pencegah rasuah negara.
Najib yang diselubungi pelbagai skandal pun tiada rekod sedemikian kerana kehadirannya ke pejabat SPRM baru-baru ini adalah setelah meletakkan jawatan sebagai Presiden UMNO.
Apakah seterusnya akan berlaku buat pertama kali juga dalam sejarah negara seorang Presiden UMNO ditahan reman dan didakwa di mahkamah?
Atau untuk menjaga nama baik parti, Zahid Hamidi akhirnya akan meletakkan jawatannya sebagai Presiden UMNO dengan segera?
Jika itu yang bakal terjadi, tidakkah beliau akan menjadi Presiden UMNO yang paling singkat perkhidmatannya dalam sejarah parti itu?
Dengan malapetaka bertimpa-timpa melanda UMNO, relevankah lagikah parti itu sebagai payung untuk melindungi orang-orang Melayu?
Hmmmm....malang sungguh nasibmu UMNO - daripada Najib beralih ke Zahid Hamidi, malapetaka yang datang bagaikan diberikan kad undangan!! (ShahbudinHusin 01/07/2018)
Shahbudin Husin at 17:11
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
-
BRIM bagipun berperingkat, slow macam siput babi, amaun ciput, tangguh satu hari ke satu hari, perlancaran belanja ratus ribu setakat n...
-
Sesuai sangatlah PRU kali ini kubur pas dan umno bersebelahan - berjiran. Dulunya kapir mengkapir, sembahyang dua imam, cerai berai, kendu...
-
KLUANGMAN KEMBALI KLUANGMAN KEMBALI KLUANGMAN KEMBALI KLUANGMAN KEMBALI ...
Zahid...KJ...Kuli...Anuar Musa malah rata2 pemimpin UMNO nie patut dah lama dimatikan watak2 diorang dlm politik Malaysia nie. Skrg Tun M sedang merencana plan baru utk org2 melayu yg mahukan perubahan meskipun majoriti melayu yg kurang berkualiti nie lebih suka status quo di mana ketuanan melayu yg kononnya dinaungi raja2 dan agama akan kekal selamanya. Apa la punya bodoh pemikiran semacam ini sebab dunia akan sentiasa berputar dan zaman akan berubah. Mana mungkin melayu akan survive kalau cara pikir mcm zaman pak kadok. UMNO selepas Mahathir cuma platform utk melayu2 yg putar belit utk cari makan dgn menunggang melayu2 bodoh yg tinggal. Skrg perubahan dah terjadi....ini adalah peluang terakhir utk mencuba acuan baru membina negara tanpa melayu2 species bebal nie. Korang bukak mata la kt si Zahid jawa sesat nie kenapa beriya2 mau jadi presiden...ingat free2 ke mau bela melayu??? Jgn terkejut harta ratusan juta dia makin bertimbun selepas kalah PRU15 nanti. Masa tu modal dia cuma buat muka sardin utk lepaskan jawatan kononnya bertanggungjawab...yg tinggal masa tu cuma abu utk ahli2 umno yg memilih dia. Silap2 dia bungkus siap2 balik Jawa....kakakakakakaka
ReplyDeletePengomen sampah hampeh.Cakap tak guna otak. Pendapat sendiri tu simpan dalam kebodohan sendiri. Orang luar negara dah ketawakan Malaysia. It us a kangaroo cpubtry. Duit pon nak jadi duit zaman jepun. Cai hampeh masih dibuai mimpi dengan cwritera pwnglipir lara tanpa disedari negara menuju kehancuran. Bila nak convert ringgit ke USD atau beli gold bar? Cair akaun semua orang nanti. Korang nak tunggu pergi la. Kita orang dah convert dah.
DeleteNak bekukan akaun orang konon. Nanti satu negara cair aset dan akaun semua orang. Tunggu dividen keluar hujung tahun , baru tau langit itu tinggi
DeleteSprm panggil zahid untik 2 kes...satu kes kad kredit 800 ribu kedua kes zahid jumpa anak raja arab yg bagi derma 2.6 billion kpd najib..
ReplyDeleteKalo tak de repot bayar kad kredit 800000 tun madey tak boleh arah sprm siasat zahid sewenang2...
ReplyDeleteOrang yg repot mestilah orng yg tahu kes ni berlaku...biasanye orang yg dekat dan rapat sahaja yg tahu...seblm panggil beri keterangan sprm siasat dulu transaksi kad kredit....mungkin zahid beli barang yayasan pakai kad kredit dia dan bini dia kot...zahid dah tak de kuasa...sprm boleh tanye dan zahid kena jawab...
Harap2 jangan yayasan yg dia tubuh mintak derma dgn kawan2 yg dapat projek untuk kelabukan mata orang ramai plak....kaki temberang ada banyak kaedah...hihihi...
Mcm najib tubuhkan 1 mdb kunun2nye untuk majukan ekonomi negara tapi sebenarnye nak songlap duit 1 mdb dengan cara pelaboran wang pinjaman 1 mdb di luar negara supaya orang malaysia tak tahu...
segerakan.kes ini...
ReplyDeleteHari ni zahid midi ke pejabat sprm jawab soklan peperiksaan sprm...dah segera lah tu...
DeleteTak payah arah org buat kerja. Tahulah dia org buat. Pembangang duduk diam2. Kalau tak suka, boleh keluar dari negara ni (mcm pernah dengar je)
Delete7:42
DeleteWooi sial bahlol
Kau ingat kau sorang je ke yg undi PH?
9:15,
DeleteWooi sial bahlol
Kau ingat kau sorang je ke yg undi BN?
Kikikikiki
Beli barang ape untuk yayasan sampai 800 ribu dgn kad kredit?...zahid tolong pakai kad kedit mungkin yayasan tak cukup duit masa tu...kroni blm bank in kot...zahid kan orang baik2 lepasan sekolah arab tapi kaki pukul orang bergaya dgn motosikal mewah besar......
ReplyDelete'SPRM perlu buka semula kes Felda, Isa Samad'
ReplyDeleteJasmine Foong
30 Jun 2018, 8:00 pagi (Dikemaskini 30 Jun 2018, 10:58 pagi)
Persatuan Anak-anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) membuat laporan kepada SPRM semalam terhadap bekas pengerusi Felda Tan Sri Isa Samad atas dakwaan percanggahan mengenai bayaran yang diterima pemegang saham Felda Holdings pada tahun 2013.
"Pada tahun 2013, apabila FGV (Felda Global Ventures Holdings Bhd) menerbitkan IPO (sahamnya), KPF (Koperasi Permodalan Felda Malaysia Berhad) membeli 51 peratus saham di Felda Holdings tetapi mereka hanya dibayar sebanyak RM2.2 bilion.
"Pada masa yang sama, pihak berkuasa Felda hanya mempunyai 49 peratus saham di Felda Holdings, tetapi FGV membayar mereka RM5.7 bilion.
"Jadi, persoalannya kenapa KPF hanya mendapat RM2.2 bilion daripada FGV kerana bahagian (sahamnya) sebanyak 51 peratus (yang lebih tinggi) di Felda Holdings?" Soal Timbalan Presiden ANAK, Mohd Nasaie Ismail kepada Malaysiakini.
Nasaie menjelaskan pihaknya sekali lagi membuat laporan mengenai kes ini kerana Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baru Datuk Seri Shukri Abdull telah mengumumkan SPRM akan membuka kembali kes-kes dibekukan penyiasatannya sebelum ini.
Beli saham Ladang Eagle High
"Sebelum ini, kami telah melaporkannya kepada SPRM. Kami membuat laporan polis dan kesemuanya pada tahun 2013, tetapi tiada tindakan diambil," katanya.
Beberapa kes yang terpendam yang didesak ANAK untuk disiasat semula termasuklah pembelian hotel di London, Kuching dan Kota Kinabalu oleh Felda Investment Corp (FIC) dan pembelian pegangan saham dalam Ladang Eagle High di Indonesia oleh FIC Properties.
Mengenai pembelian hotel oleh FIC, Nasaie berkata tiada perkembangan atau pendakwaan lanjut selepas penyiasatan terhadap Isa dan beberapa orang lain.
Beliau juga berkata pihak yang bertanggungjawab perlu menyiasat dakwaan penyelewengan dana yang didakwa berlaku dalam Felda di bawah pentadbiran Isa untuk mendapatkan semula dana berkenaan bagi membina semula Felda.
SPRM menahan Isa pada tahun lalu. Beliau direman selama lima hari dari 15 Ogos 2017.
Tun M Dakwa Zahid Pernah Ada RM230 Juta Dalam Akaun
ReplyDeleteBy Admin-S On Aug 2, 2017
(Malaysia Gazette) – “Berkenaan dengan Melayu mudah lupa, walaupun Zahid bukan keturunan Melayu, sudahkah Zahid lupa deklarasi harta yang dibuat olehnya kepada saya sebagai Perdana Menteri apabila ia dilantik Ketua Pemuda UMNO...
---------------;;----------------
Dah puluh tahun wang 230 juta mungkin dan membiak jadi billion...bisnis ape zahid midi buat?..
Dah bentuk kerajaan dah pun. Umno/bn dah jd pembangkang dah pun. Lupakan berpolitik 24jam. Sekarang masa bina negara.
ReplyDeleteKisah Penyelewengan bukan politik beb....bina negara dah ada tugas menteri..KD bukan menteri...
DeleteDah jadi pembangang buatlah cara pembangang. Jangan 24 jam nak arah sana sini. Sedarlah diri tu sikit.
DeleteMuahahaha
Mungkin zahid midi bayar barang2 untuk program umno kot..tapi ini ini dikira seleweng kan wang yayasan kebajikan amal jariah jugak kerana derma untuk tujuan kebajikan amal jariah...untuk akhirat...bayar untuk umno untuk tujuan dunia bukan kebajikan amal ...
ReplyDelete🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣😋😋😋😋😋😋😋🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣😋😋😋😋😋😋😋😋😋🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣
ReplyDeleteDulu zahid midi bebas buat ape saja...sekarang roda dah berpusing kebawah...baru nampak langit...
DeleteKalo belanja 8 ribu pon guwa dah rasa mcm orang kayer beb ...
ReplyDeleteZahid kena buktikan dia dah jumpa keluarga diraja arab yg sahkan bagi derma kpd najib...payah zahid nak temberang sprm kali ni kerana malaysia sudah terima bukti siasatan fbi dari DOJ amerika yg duit 2.6 billion dlm akaun najib datang dari akaun jho lo arab mata sepet..
ReplyDeleteZahid kena temberang dgn anak raja arab ato zahid midi kaki temberang?..
Penganalisis: Orang Melayu tidak jadi bangsat, hanya Umno hadapi jalan sukar
ReplyDeleteMinderjeet Kaur | July 2, 2018
Penganalisis berkata tiada bukti yang menyokong dakwaan Najib orang Melayu akan diketepikan oleh kerajaan PH berikutan kebanyakan menteri Kabinet orang Melayu.
Kamarul Zaman Yusoff berkata, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dihormati sebagai pemimpin utama kerajaan. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA: Penganalisis politik bebas Dr Kamarul Zaman Yusoff menolak dakwaan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak bahawa kerajaan Pakatan harapan (PH) akan mengetepikan Islam dan bahasa kebangsaan.
Kata beliau, sebaliknya Umno, parti yang pernah dipimpin Najib, yang berhadapan masalah berikutan kekalahannya dalam pilihan raya umum Mei lepas.
Beliau berkata, Umno kini mahu menonjolkan diri sebagai pembela Islam dan hak Melayu bagi mendapatkan sokongan.
Katanya, dakwaan Najib orang Melayu akan menjadi “bangsat” di bawah pemerintahan PH jauh tersasar kerana majoriti menteri Kabinet merupakan orang Melayu.
Betul!
DeleteDalam kumpulan Menteri Penuh seramai 27 orang (termasuk PM), 17 ialah Melayu Islam.
Dalam kumpulan Timbalan Menteri seramai 23 orang, 15 ialah Melayu Islam.
Jadi tang mana yg kata terbangsat tuh?
Semalam orang PAS sedih kerana ramai CEO Melayu dibuang kerja. Heran.... bukan kah yg dilantik menggantikan CEO2 dan Pegawai2 tinggi tu ialah juga orang Melayu Islam? Kenapa tak rasa gembira dengan pelantikan Melayu Islam ni? Kenapa duk sedih kpd yg disuruh pergi tu?
Sedih sbb depa kena buang kerja ka atau sedih sebab depa kroni UMNO (sahabat PAS)?
Beberapa minggu lepas, PAS dan Umno melalak membuat fitnah bahawa Jakim akan dibubarkan, Institusi Agama akan dihapuskan padahal statement yg Tun buat ialah MEMPERKASAKAN Jakim dan Institusi Agama.
Hari ini, jelaslah kepada kita bahawa dgn beberapa agensi kerajaan berkaitan agama islam kini diletakkan di bawah bidang kuasa Jakim, Jakim kini semakin berkuasa.
Manakala bidang Syariah/Kehakiman Syariah/ Majlis Agama Wilayah Persekutuan dan Pej Mufti Wilayah diletakkan di bawah Kementerian Wilayah (sekarang baru kita faham kepada MP dari Parti Amanah yg diberi tugas sebagai Menteri Kem. Wilayah.
Ini juga akan mengelakkan Jakim daripada dituduh suka mengendap orang berkhalwat dan sebagainya. Kini TV Al-Hijrah dan IKIM berada di bawah Jakim, di harap Jakim akan dapat memainkan lebih banyak peranan dalam meningkatkan kefahaman dan syiar Islam di Malaysia.
Setakat ni Lokman Nor Adam dan Azwanddin belum lagi bagi respons ttg Jakim yg bukannya dihapus malah semakin diberi kuasa.
Tu dipanggil counter anticiparion. Ko tak tau ke. Memberi cadangan berdasrkan ramalan akan datng.
DeleteKhir Toyo dispekulasi mahu keluar Umno kerana kecewa Jamal menang
ReplyDelete1 Jul 2018, 11:51 malam (Dikemaskini 1 Jul 2018, 11:59 malam)
A A
Bekas menteri besar Selangor Dr Mohamad Khir Toyo dispekulasikan bercadang keluar Umno kerana kecewa Datuk Seri Jamal Mohamad Yunus terpilih jadi semula menjadi ketua Bahagian Sungai Besar.
Mohamad Khir dikatakan memberi gambaran itu melalui Whatsapp memohon maaf kepada rakan-rakannya kerana terpaksa meninggalkan Umno, seperti dilapor Sinar Harian.
“Saya mohon maaf kepada sahabat-sahabat kerana saya akan meninggalkan perjuangan dalam Umno kerana tak boleh fikir bagaimana orang seperti (Datuk Seri) Jamal Yunos masih dipilih menjadi pemimpin bahagian.
-------------------------------
Umno pilih presiden samsing dan ketua bahagian pon samsing...cuma seorang samsing melarikan diri menyorok.