Friday, July 13, 2018

TERIMA KERAJAAN PH DENGAN PERBEZAAN PENDEKATAN URUS NEGARA....





Ada yang komen: orang Brunei tiada bantahan sebab di sana parti umno dan pas tidak ujud. 






Memilih PH bukan sekadar 1mdb,  gst,  harga runcit petrol dan tangkap penjenayah 1mdb. 

Jika ada yang memilih atas dasar itu,  mungkin ada yang kecewa,  yang akan kata silap memilih PH. 
Sama juga yang memangkah umno,  ada yg mengaku silap selepas pembongkaran dibuat. Baru sedar siapa najib? 

Bagi yang memilih PH,  mereka terus redha dan sokong pendekatan pengurusan negara,  pendekatan yang berbeza.  Jika nak sama dengan dulu,  buat apa pilih PH. 

Perkara ketara sejak PH perintah adalah pelbagai permohonan dari pelbagai pihak, atas dasar mereka fikir Kerajaan PH lebih terbuka,  itu kebebasan suara. 
Apakah permohonan dan kemahuan mereka itu melambangkan kerajaan PH? 
Tidak,  itu hanya suara yang dibenar,  suara yang sudah lama tersimpan.. 

Apakah kerajaan sudah luluskan.. 
Belum.. Kecuali yang sudah diumumkan. .
Contoh.. 
Kerajaan tidak akan hantar zakir nak ke India walaupun didesak. 

Bagi yang mahu pendekatan yang sama seperti yang umno lakukan,  memang tidak akan ada terutama jika itu menjahanamkan negara dan rakyat.  Suka atau tidak,  inilah kerajaan baru. 

Umno sebagai pembangkang kena faham,  cara lamanya ditolak,  jika masih mahu mengekalkan cara lama,  ia tetap ditolak sebelum dan kini. Apa cara lamanya...perkauman, takutkan melayu dengan DAP dan Islam mirip PAS. 

Seterusnya.. 
Adakah rasional 100 hari menggambarkan kerajaan PH.. 
100 hari sekadar perbincangan dan penilaian bukan gambaran dan hukuman.. 

Setahun.. Belum tentu masalah yang ditinggalkan kerajaan lama dapat di atasi.. 
Dua tahun,  apa yang disemai,  nampak tunas.. 
3 tahun.. Sudah boleh gambarkan mampu atau tidak mampu urus tadbir yang baik. .

Kenapa tidak begitu sabar... 

14 comments:

  1. Negara berhukum hudud lantik CJ bukan islam...CJ hannye menjalankan tugas dlm had bidang kuasa sahaja....adekah sultan brunei tak bimbang hak orang islam akan terjejas?...

    Pas aje yg nyibok lebih2...

    ReplyDelete
  2. NGO Umno anjur himpunan bantah DAP perkuda Mahathir
    Lokman Adam berkata Dr Mahathir memerintah mengikut kehendak 42 ahli parlimen DAP yang meletakkan pisau dilehernya.

    Badan bukan kerajaan (NGO) yang dikenali sebagai Pemantau Malaysia Baru akan menganjurkan perhimpunan pada 16 Julai ini sebagai tanda sokongan terhadap Yang di-Pertuan (YDP) Agong dan membantah pemerintahan DAP yang didakwa memperkudakan Perdana Menteri Mahathir Mohamad.

    Presidennya, Datuk Lokman Noor Adam berkata himpunan itu akan bermula dari lot parkir Bukit Aman, dan akan berarak ke Parlimen.


    Lokman berkata adakah umat Islam masih buta dan tidak nampak agama, bangsa tanah air serta kedudukan raja-raja Melayu sudah terancam dan mendakwa kerajaan melaksanakan Malaysian Malaysia DAP.

    “Sudahlah Peguam Negara juga Kristian, menteri agama pun datang dari puak liberal Amanah, selepas ini pula bapa Lim Guan Eng akan diangkat sebagai speaker Dewan Rakyat.
    “Kalau umat Islam masih buta dan tidak nampak kebinasaan kepada agama Islam, kepentingan Melayu, tanah air dan kedudukan raja-raja Melayu, tiada apa lagi yang dapat saya perkatakan. Sampai bila kita hanya mahu menentang kebatilan dengan hati,” katanya


    Katanya, walaupun perdana menteri itu Melayu dan beragama Islam, namun apabila pemimpin parti yang hanya mempunyai 13 kerusi diangkat sebagai perdana menteri, beliau memerintah mengikut kehendak 42 orang ahli parlimen DAP yang meletakkan pisau dilehernya.

    “Sempena ulang tahun Dr Mahathir yang ke-93 ini, mari kita doakan semoga Allah memanjangkan usianya, memurahkan rezekinya dan membuka hatinya untuk kembali ke jalan Allah.
    “Moga beliau diberikan hidayah untuk menyatukan hati ahli-ahli parlimen Islam di Malaysia bagi membentuk sebuah kerajaan campuran baru yang bebas DAP demi menyelamatkan agama, bangsa, tanah air dan raja-raja Melayu,” katanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tujuan lokeman edem buat demo nak pujuk tun terima pas dan umno buang DAP laah...

      Kalo marah Dap sepatutnye parti Bersatu...tapi lokeman yg jadi hero guna alasan Agong islam dan melayu...

      Seblm pru kenape tak pujuk ahli2 umno masuk Bersatu dan pujuk Pas sama....dedak dah kering dah jatuh bangsat baru ade kesedaran yg palsu..

      Delete
  3. PUTRAJAYA: Kerajaan memberi jaminan pelantikan ketua hakim negara dalam kalangan bukan orang Islam dan Melayu tidak akan menggugat keistimewaan kedudukan agama Islam serta kaum Melayu di negara ini.


    Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mujahid Yusof Rawa berkata, tidak timbul isu “tidak selamat” apabila Tan Sri Richard Malanjum dilantik sebagai ketua hakim negara yang baru kerana pelantikannya dibuat berdasarkan kelayakan dan kekananan dalam perkhidmatan.

    Katanya, cadangan kerajaan melantik Malanjum sebagai ketua hakim negara juga mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V.

    “Baginda tidak akan memperkenan sesuatu yang bercanggah dan merosakkan agama, sedangkan baginda adalah pelindung agama Islam,” katanya selepas menghadiri majlis sambutan hari raya di Kompleks Nasyrul Quran hari ini

    ReplyDelete
  4. Kluang man..
    Fahami sejarah tanah melayu
    Fahami status org cina dan org india dan bngsa lain dimalaysia
    Fahami kontrak sosial..
    Cari maklumat ni.. Faham kan..
    Kemudian fahami keadaan yg dok jadi skrg.. Baru komen apa hasil malaysia baru.. Apa perkauman kah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau dah faham status di perlembagaan, yg kau orang terjerit terlolong apapasal macam rasa tak selamat..

      Tak percaya perlembagaan?
      Tak percaya kuasa sultan dan agong?
      Tak percaya kuasa pm melayu islam..

      Terjerit tunjuk bodoh?
      Terjerit nak tarik perhatian?

      Delete
    2. Mantap bro KD... Kalau dia bising jugak, tanya kat dia, perlembagaan tu siapa yg setuju?

      Delete
  5. KUALA LUMPUR: Satu laporan yang disediakan Bersih 2.0 bersama 2 NGO lain berkenaan pilihan raya umum ke-14 (PRU14) menyalahkan Barisan Nasional (BN) berhubung rasuah, membeli undi, pemberian hadiah dan sikap pilih kasih oleh institusi awam.

    Laporan itu disusun bersama oleh kumpulan reformasi pilihan raya Bersih 2.0, kumpulan hak asasi manusia Suara Rakyat Malaysia (Suaram) dan Pusat Komuniti Masyarakat (Komas).

    “Laporan Pemantauan PRU14” itu menyenaraikan 46 dakwaan kes rasuah dan membeli undi serta 196 kes pemberian ganjaran dalam tempoh berkempen sehingga 9 Mei.

    Ia mendakwa majoriti kesalahan ini melibatkan BN.

    “Laporan ini menunjukkan bukti menyeluruh bahawa PRU14 tidak bebas dan tidak adil,” menurut laporan 114 halaman itu.


    Kes yang paling biasa adalah pemberian cermin mata percuma kepada pengundi, petrol percuma, cabutan bertuah, pemberian cek kepada peneroka Felda, pembayaran BR1M dan menyerahkan wang kepada institusi agama.

    ReplyDelete
  6. Fahami siapa meraka dan siapa kita fi malaysia.. Fahami KONTRAK SOSIAL..
    Dan dia org nk hakis dan buang benda tu semua.. Itu tujuan utama diaorg.. kita kena main der.. Check balik kluang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa yang mereka boleh buat kalau dlm perlembagaan jelas?

      Mereka bolehlak minta, bolehlah desak, boleh lah buat demo..

      Keputusannya di tangan PM Melayu Islam dan Majlis raja2

      Berhentilah berfikir mcm lokman adam, pecacai najib.

      Delete
    2. Kluang.. Itu tuan tersasar.. Raja dan sultan dan pm tak der kuasa.. Suara kuat org bawah pm..
      Yg akan tukar perlembagaan fan segalanya adalah diaorg.. Perlembagaan dah lama. Ada lubang2 perundngan yg bole di manupulasi pd zaman skrg ni.. Sbbnya sikit2 kes2 dulu akan diungkit dan dibandingkan dgn perlembagaan yg diorg nnt ckp dah lapuk.. Tgk la.. Peguam pompuan tu.. Dia tahu. Ada lubang yg bole bongkar kekebalan raja2.. Sbb tu dia berani ckp gitu tuan..
      Dan kalau 1 perlembagaan di pinda.. Dia sangkut dgn yg lain2. Dan perlembagaan jadi lemah masa tu.. Pastu kita dah takleh patah balik.. Sbb nk pinda kena 2/3.. Lani diaorg ada 2/3.. Cuba check.. Itu je risau..

      Delete
  7. Aku nak cadangkan, kalau tak suka PH, pindah je ke bugis.

    ReplyDelete
  8. Sape yg boleh buang majlis raja2?....
    Pindaan 2/3 perlembagaan,pon tak mampu buang majlis raja2..

    ReplyDelete

6ANGKA