Sunday, July 8, 2018

ISLAM DAN MELAYUNYA KITA BERGANTUNG KEPADA UMNO, PAS DAN BERSATU?

Kalau pas dan umno K.O apakah iman dan jati melayu kita goyang dan punah. 
Kalau BERSATU tak sebut ISLAMELAYU dalam setiap ucapan mereka maka goyahlah Islam dan bangsa Melayu? 

Ukuran iman kita bergantung kepada sikap DAP? bergantung pada maifesto?  Bergantung pada Thomas? 

Sampai tahap tu ke kita? 
Iman diukur atas masjid indah,  berapa banyak ceramah maulud, berapa kuat azan diperdengarkan,  berapa besar serban,  berapa helai jubah? 

Kita bergantung dengan siapa? 

Umno kata melayu akan bangsat tanpa umno,  tetapi sekarang yang bangsat siapa,  yang minta sumbangan kepada melayu si bangsat mana? Yang jadi barua jho low siapa? 

Yang mutlak mengetuai dan dipertanggungjawabkan Islam di negeri dan negara adalah Sultan dan Raja² Melayu. Hudud atau RUU355 dilaksanakan terletak kepada keputusan mereka,  Pusat tiada kuasa,  sekadar menyelaras jika diperkenan. 

PAS HANYA TUKANG SEBOK DAN MAIN WAYANG,  APA SUMBANGAN MEREKA? PONTENG DAN JADI PASU BUNGA PARLIMEN,  MAKAN ELAUN DAN GAJI BUTA,  BERAPA PERATUS HALAL BERAPA PERATUS HARAM INCOME TERSEBUT BUAT MAKAN ANAK BINI. ???

https://kedahlaniie.blogspot.com/2018/07/di-mana-kedudukan-islam-pasca-pru-14.html?m=1

10 comments:

  1. Adekah islam dah bertambah tinggi dan kuat di kelsntan dan terengganu?...

    Sama aje...

    ReplyDelete
  2. Iman dan jati melayu tidak terletak pd umno tapi terletak pd diri sendiri serta pendedahan yg di prolehi dari kehidupan terutamanya dari acuan pemerintah
    Jika kita di perintah dengan didikan dan pelajaran yg betul insyallah semuanya akan berpunca dari situ

    Di seluruh dunia kehancuran Islam kerana mereka tidak amanah dgn apa yg di amanah kan oleh Allah

    Umno hanya lah sebuah parti yg mana di tubuh kan atas dasar menjaga kepentingan kaum, sama juga MCA,MIC
    DAP(pdasal dan dasarnya juga untuk kepentingan kaum cina kerana gagal mrk terpaksa guna kan melayu)
    PPBM juga untuk menjaga kepentingan kaum melayu

    Cuma ada perkara yg mana org politik UMNO agak sengan hendak merompak dalam terang keran hal ini telah menjadi asas penubuhan parti UMNO,
    Hal ini ialah hal agama dan hak org melayu wlpun ada ada penceobohan dalam hak melayu misalnya menipulasi tanah milik melayu tetapi masih bersempadan
    Kedua mengunakan agama sebagai senjata yg mana kebelakangan ini seolah olah PAS telah mengaduh UMNO bagai mana mengunakan agama sebagai senjata untuk menyerang dan mempertahan kan diri

    Kita berharap PH dapat memperbaiki kerosakan yg telah di lakukan oleh UMNO dan dapat mengembalikan kehidupan seperti atau semasa awal kita mendapat kemerdekaan
    Tiap tiap kaum harus menhormati hak kaum lain,
    Boleh ke PPBM yg hanya mempunyai 12 kerusi menjaga hak dan kepentingan kaum ,,

    Jangan kita leka manisfesto itu tidak berapa penting tapi berhati hati denga AGENDA parti tertentu krn ia tidak mempunyai manesfesto dan tidak di jelas kan sebagai umpan PRU
    Tapi ia adalah AGENDA yg telah lama tersemat,,


    Harap dalam keghairahan kita PH telah menjadi kerajaan jika juga tidak harus leka denga dasar perjuangan kita untuk bangsa dan negara,,

    Hilang UMNO BN atau Hilang PH tak mengapa tapi jangan biar kan kita hilanhak kita
    Hilang kerajaan atau parti insyaallah boelh di tubuhkan semula tapi jika kita hilan hak kita nescaya ia akan hilang SELAMANYA

    ReplyDelete
  3. Post yg terbaik.
    Sebab apa jadi taboo utk bincangkan demi utk baiki pegangan purba kuno melayu unnopas?
    Mana teguran atau marah pada bomoh kelapa,cari kapal teebang?
    Mana jelik pada buloh lemang yg nak lawan nuklear korea utara tu?
    Mana teguran kpd bomoh mayang pinang kak mah?
    Mana termuntahnya bila imam kahwin sunti 11?
    Mana halalnya steak taiwan?
    Mana sucinya ribena taiwan?
    Apa komen amoi seluar singkat ditembab power bank suan anak najib, dlm lif?
    Apa teguran pada makcik londeh gelang.
    Sebab apa pandang ringa. Kutipan tabung utk seluroh rakyat harapan,tapi sanjung tabung utk seorang klepto setan?
    Apa pandangan uzta tahfiz yg perguna kanak2 kutip aedekah bak ibdustri jana kekayaan.
    Semua tidak terkawal.
    Nak tegur, dicop label2...
    Hampeh sgt Islam bawaan melayu purna kuno umnopas Jahellyah

    ReplyDelete
  4. Apa yang pimpinan Pas mengarut nie, bila menteri mengiktiraf LGBT!

    SEKADAR PANDANGAN

    Pasti ramai telah membaca laporan media tentang kenyataan Menteri Agama, YB Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa tentang isu LGBT. Laporan ini telah mendapat reaksi dan pandangan balas oleh Ustaz Dr Khairuddin At Takiri.

    Saya membaca penuh tulisan Dr Khairuddin dan kenyataan YB Datuk Dr Mujahid yang diterbitkan di media berkaitan isu LGBT ini. Saya tidak melihat dalam kenyataan YB Datuk Dr Mujahid yang mengiktiraf LGBT sebaliknya beberapa perenggan dalam kenyataan itu menjelaskan yang tindakan undang-undang akan diambil jika kesalahan jenayah dilakukan. YB Menteri turut menjelaskan yang sesi dialog bersama kumpulan ini akan diadakan.


    Kenyataan Dr Khairuddin yang memuatkan beberapa peruntukan seksyen kesalahan dalam Kanun Kesiksaan secara tidak langsung mengesahkan bahawa perlu ada elemen mens rea & actus reus dalam perbuatan pelaku sebelum tindakan boleh diambil.

    Hakikatnya jika seorang LGBT berdiri sebagai seorang individu tanpa ada laporan tentang dia melakukan perbuatan liwat atau seks liar tabii, bagaimana pasukan penguatkuasa dan pendakwaan boleh bertindak?. Tanpa insiden ini terlebih dahulu wujud, bagaimana hendak menguatkuasakan peruntukan yang sedia ada? Bolehkah penguatkuasa terus menangkap semua orang yang dalam kategori atau group LGBT walaupun tiada laporan tentang perbuatan kesalahan-kesalahan tersebut.

    Semasa era kepimpinan Dato Seri Nancy Syukri dan Dato’ Seri Azalina, saya bersama-sama Dr Zulqarnain Lukman dan team perunding lain telah menjalankan baseline study tentang keadaan hak asasi manusia di Malaysia sebelum merangka pembangunan pelan tindakan hak asasi manusia di Malaysia. Salah satu kumpulan yang memberi pandangan adalah group LGBT. Mereka meminta supaya dihormati sebagai manusia. Tidak dihina dan dinafikan hak bekerja.

    Pendirian Kerajaan ketika itu kekal tidak mengiktiraf golongan ini dan ia masih tidak diiktiraf sehingga ini. Oleh itu dari segi pelaksanaan dasar Kerajaan hingga kini, PDRM tidak menyediakan lokap berasingan untuk kumpulan maknyah, PBT tidak mengarahkan tandas untuk lain-lain jantina selain lelaki & perempuan. Jabatan Penjara juga tidak menyediakan sel tahanan asing untuk kumpulan ini.

    Saya tidak menemui mana-mana perenggan dalam kenyataan Menteri Agama yang mengiktiraf kumpulan LGBT seperti dakwaan Dr Khairuddin. Tidak saya temui silapnya.

    ReplyDelete
  5. Tinggal Kera Bapok Bodo jer yg menghidupkan blog KD (Kerbau Dajal) nih...
    Macai2 lain ramai yg terkedu dek tertelan banyak air kencing PH (Pembohong Haprak)...

    ReplyDelete
  6. Macai najib kalau masuk anon yg menyamar 10 kali. .macam ramai sangat.
    Masuk tak ada hujah, kecuali maki dan fitnah.

    Kena hempuk. .terus blah.
    Macam anon 743, sama lah.. Dah tak ada hujah

    ReplyDelete
  7. Pluralisma, Liberalisma & LGBT bergantung kat PH...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pluralisma LGBT berkembang di zaman Najib dan BN kerana harap sokongan yg berterusan demi kuasa...Menteri zugama Jamil khir pon libtang oukang...duit Derma untuk orang miskin pon dipakai untuk main golf dan makan angin...ketua jemaah prompak pon Jamil sokong...

      Delete
  8. Bilakah zaman fitnah bermula dan bilakah ia berakhir?

    Berdasarkan hadith Nabi, umatnya akan melalui 5 zaman iaitu:-

    1. Zaman Nubuwwah
    2. Zaman khulafa ar-rasyidin
    3. Zaman menggigit
    4. Zaman fitnah
    5. Zaman khilafah manhaj nubuwwah.

    Berdasarkan hadith tersebut zaman fitnah akan bermula selepas tamatnya zaman menggigit dan ia akan berakhir apabila bermulanya zaman khilafah manhaj nubuwwah.

    Sejarah telah buktikan zaman menggigit merujuk kepada zaman khilafah diwarisi secara monarki, dan sebab itu ia disebut menggigit, kerana hak untuk menjadi khalifah digigit oleh keturunan. Tamatnya zaman khilafah bererti bermulanya zaman fitnah.

    Di manakah letaknya fitnah ke atas umat ini selepas tamatnya zaman khilafah? Drpd pemahaman saya, fitnah terbesar umat ini ialah sistem demokrasi. Demokrasi adalah sebenarnya bidaah zaman fitnah.

    Sistem demokrasi yang berpaksikan kepada kehendak majoriti melahirkan parti-parti politik yang menjual agama dan bangsa untuk mendapatkan sokongan. Lidah mereka berbicara tentang agama dan bangsa sedang hati mereka adalah hati pendusta. Pakaian mereka ibarat bulu biri-biri sedang hati mereka adalah hati serigala. Takfir malah menjadi satu alat ampuh untuk mendapatkan sokongan.

    Akibatnya, sesetengah manusia yang bodoh sombong dan bingung menjadi percaya kepada penipuan-penipuan golongan ini. Hiduplah mereka di dalam kegelapan tanpa mereka sedari.

    Adakah sistem demokrasi itu sendiri satu kesilapan? Ya dan tidak. Ya, kerana ia yang menjadi dorongan kepada manusia untuk berdusta dan apabila terlalu banyak pendustaan berlaku maka jadilah zaman itu berluasanya fitnah. Tidak hairanlah ia disebut sbg zaman fitnah.

    Tidak kerana kesilapan hakiki tidak terletak kepada sistem tetapi kepada manusia sendiri.

    Pokok pangkalnya terletak kepada pemimpin yang dihasilkan daripada sistem tersebut. Sekiranya pemimpin yang dihasilkan melalui sistem itu adalah baik, maka baiklah jadinya. Sekiranya pemimpin yang dihasilkan adalah buruk maka buruk jugalah jadinya.

    Demokrasi sekalipun dicanang sebagai sistem terbaik pada hari ini tapi ia tetap punya kelemahan. Salah satu kelemahannya ialah wujudnya tempoh mandat. Sebab itulah sekalipun rakyat Malaysia rata-rata telah menentang Najib sejak beberapa tahun yang lepas tetapi mereka tidak dapat berbuat apa-apa dan perlu menunggu sehingga tempoh mandat itu berakhir sebelum Najib boleh dijatuhkan.

    Monarki sekalipun sudah tidak lagi menjadi sistem yang popular tetapi monarki adalah sistem yang pernah menghasilkan pemimpin-pemimpin yang hebat. Umar Bin Abdul Aziz, Harun Ar-Rashid dan Suleiman The Magnificent adalah di antara 3 pemimpin hebat yang dihasilkan melalui sistem monarki.

    Malah di dalam sistem monarki apabila berlakunya pengkhianatan oleh pemerintah, solusinya lebih
    pantas iaitu perpindahan takhta. Ia boleh dilakukan tanpa perlu menunggu mandat seseorang pemerintah itu berakhir.

    Turki telah mempunyai pemimpin demokrasi terbaiknya iaitu Erdogan. Malaysia juga telah memiliki semula pemimpin terbaiknya iaitu Tun Mahathir. Kedua-dua negara utama dunia Islam di akhir zaman ini sudah hampir mencapai klimaks zaman fitnahnya.

    Begitu juga Arab Saudi yang sudah berada di klimaks pemerintahan Bani Saud. Raja Salman adalah yang terakhir berhak memerintah berdasarkan dikri pengasas negara beraja ini.

    Erdogan, Tun Mahathir dan Raja Salman adalah lambang kepada begitu hampirnya kita ke hujung zaman fitnah.

    Tidak lama saja lagi sebelum kebenaran dan juga kebathilan benar-benar terbongkar dan dibongkar.

    In shaa Allah.

    Wallahu a'lam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sabar ler John, tak lama lagi bila Bg Non jadi PM, banyak lagi yg akan terbongkar...

      Delete

6ANGKA