Wednesday, July 18, 2018

MASA SEKARANG NAK SOKONG SIAPA? PEMBANGANG ATAU KERAJAAN?

Bersyarat atau tidak?

Kalau anda ahli parti,  ada pendapat anda tetap kena sokong parti,  itulah yang sekarang Kj kena kecam sebab tidak mengikut arahan dan cara parti berpolitik.

Bagi Kj dia ada sebab, walaupun keputusan konsensus, bagi kj kalau keputusan itu tolol,  kepelbagaian pendirian perlu dihormati. .

Now,  terpulang pada parti..
Tindakan disiplin...
Atau ulang kerja "tolol" - pecat.

Kalau anda bukan ahli,  sekadar penyokong,  atas pagar,  silent supporter atau sesiapa shj secara sukarela, sewajarnya sokong atau bangkang atas isu.

Setiap kerajaan dan mana² kerajaan akan berhadapan dengan banyak isu  dan hanya berjaya bukan kerana betul tetapi bagaimana ia diuruskan dengan baik.

Bolehkah kita berlapang dada.

Sudahkah pembangkang selesaikan masalah mereka? Menjauhi dari menyokong kemungkaran,  perompak dan lanun...
Tidak perkauman melebihi had dan pandangan ugama yang sempit.. .



# Tugas pembangkang di parlimen ialah berhujah hingga berjaya mengubah keputusan atau menegak kebenaran.  Kalau boikot dan keluar dewan boleh capai matlamat itu,  dikira win.
Kalau keluar dewan bantah Speaker tak sah tapi masuk semula angkat sumpah depan speaker tak sah,  itu dikira bangang. Kenapa tidak boikot sehingga kerajaan mengalah,  rakyat tentu sokong kalau betul.



25 comments:

  1. Pembangkang ato pembangang?...umno dan pas dah jadi pembangang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bangang mungkin sebab tak makan daging babi agaknya...
      Ki kik kik...

      Delete
    2. Yg suka sebut itulah yg suka makan babi....

      Delete
    3. Kejora Bapuk Bodo Wednesday, July 11, 2018 5:56:00 PM

      Pemakan babi cedik..pemakan lembu plak jadi bodooo...

      ________________________________
      Hadoi...sesat ke apa ke tak tahu lah KBB tomato jin mata tojeng ni.

      Delete
  2. Tak lama lagi dah...
    Lagi 30 hari untuk mencukupkan tempoh menunai janji, kalau tidak...HARAAMM...
    KERA-jaan haram...
    Ingat fatwa Dr MAZA, "perbuatan menipu pengundi itu adalah haram..."

    ReplyDelete
    Replies
    1. KETIKA KUAT MENIPU – KETIKA LEMAH LAGI BANYAK TIPU (Hishamuddin Rais)
      Feb 7 2013 / Keadilan Daily

      Hakikatnya, kerajaan United Malays National Organisation dan kuncu-kuncunya dalam Barisan Nasional adalah kerajaan haram. Kerajaan ini mendapat kuasa melalui penipuan undi di Sabah. Kemenangan di Sabah datang dari undi pendatang haram yang diberi kad pengenalan. Ini bukan lagi satu rahsia. Satu alam Melayu mengetahui hal ini. Satu dunia telah membaca dan mendengar berita ini melalui Suruhanjaya Siasatan DiRaja Sabah.

      Hasil penipuan undi di Sabah membolehkan United Malays National Organisation sejak tahun 80-an merompak harta kekayaan negara tanpa sekatan dan halangan. Rompakan dan penjarahan harta kekayaan negara ini ‘dilincirkan’ melalui apa yang dipanggil Undang-Undang dan Parlimen.

      Justeru, adalah niat dan akidah parti Ketuanan Melayu untuk meneruskan kuasa ini. Memiliki kuasa bermakna mengawal dana negara. Memiliki kuasa bermakna mengawal berbilion duit cukai mukai negara. Memiliki kuasa bermakna menjaga harta kekayaan negara. Kuasa memberi hak menjaga berbilion-bilion dolar duit dan harta kekayaan Petronas.

      P/S:Kerajaan dulu tu yg kuat menipu. Menang dgn tipu undi. Apa barang?

      Delete
    2. Cai ingat kalo haram umno boleh a.bik alih laa..kikikikik.hsri2 ngigau nak tawan putrajaya..

      Delete
  3. KJ bukan menentang ato khianat umno cume tak ikut arahan kluar dewan....itu perkara kecik saje maa...pemimpin umno yg ade masih dgn pemikiran lapuk...sama jugak dgn pas...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hingga Agong pon nganjing kpd mp Pas dan umno..

      Delete
    2. Ini dah kira menghina Agong...

      Owhh...lupa, dlm KERA-jaan Baru ini dibolehkan...maklumlah KERA-jaan liberal bebas...

      Delete
  4. KD, lari tajuk sikit. Sehingga sekarang ni macam tiada usaha dilakukan oleh menteri PH utk menjelaskan faedah SST berbanding GST kepada rakyat. Kalau berterusan begini, rakyat di luar bandar akan teraba2 untuk memahami apa yg kerajaan sedang lakukan.
    Tambahan pula hampir setiap hari puak pembangang2 ini mendakwa kerajaan PH mengenakan cukai sebanyak 16%, iaitu lagi tinggi dari BN. Jadi sudah sampai masanya utk menteri membuat penjelasan dan perbandingan soal ini di televisyen. Jangan biarkan pembangang menjadikan masyarakat luar bandar sebagai mangsa fitnah mereka.
    Dan kepada menteri berkenaan, ingatlah sikit yg awak tu dah jadi kerajaan, bukannya pembangang. Proaktiflah sikit. Takkan asyik nak buat sidang media bawah pokok? Macam mana mesej anda nak sampai kepada rakyat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mintri2 sarkas KERA-jaan tomato mcm gitu lah.
      Ki kik kik...

      Delete
    2. SST belum dimuktamatkan, sebaik penjelasan di parlien, kemudian di media.

      Ujian kerajaan untuk pengurusan yang cekap dan berkesan termasuk membalas hujah pembangang.

      Delete
    3. Rakyat dah berpuluh tahun bayar sst..tentu dah boleh beza dgn gst..

      Delete
    4. Bro KBB, petikan kat bawah ni aku ambik dari komen di blog sebelah:

      Rakyat akan terbeban dengan kadar SST
      WARTAWAN SINAR HARIAN 17 JULAI 2018
      FacebookTwitterWhatsAppEmailMore1.3K
      Khairul Azwan Harun
      Khairul Azwan Harun
      A- A+ (Ubah saiz teks)
      SHAH ALAM - Bukan hanya kos sara hidup tidak menurun, malahan rakyat akan dibebani dengan kadar cukai jualan dan perkhidmatan (SST) iaitu sebanyak enam peratus bagi cukai perkhidmatan serta 10% bagi cukai jualan.

      Bekas Naib Ketua Pemuda Umno, Khairul Azwan Harun berkata, sebelum pilihanraya, Harapan telah menjanjikan bulan dan bintang apabila menyatakan bahawa harga barang akan turun selepas tiada GST.


      Menurutnya, seperti yang diketahui umum, cukai ini terbukti tidak efisien serta akan mengurangkan pendapatan negara.

      “Kini tiba masanya rakyat dihidangkan dengan kadar cukai SST yang lebih tinggi daripada GST dan kerajaan dilihat tidak keruan mencari jalan untuk mengelak daripada dihentam rakyat akibat tindakan semberono mereka mengenakan cukai SST.

      “Tugas ini dianggap mustahil dan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng kelihatan berseorangan dalam menangani kelemahan dan implikasi sistem percukaian SST ini,” katanya.

      Tambahan lagi, rakyat sudah menyedari bahawa kerajaan tidak mempunyai kerangka rancangan yang jelas.

      Katanya, tidak banya perbezaan jika hendak dibandingkan dengan polisi Barisan Nasional terdahulu.

      “Justeru, apakah rancangan kerajaan bagi membendung kenaikan harga barang akibat daripada pengenalan SST kelak,” katanya.

      P/s: kalau hari2 rakyat dihidangkan dgn maklumat mengelirukan, lambat laun mereka akan terpedaya juga. Hang bukan tak tau puak sebelah sana dan fitnah mcm dah tak boleh dipisahkan.

      Delete
    5. Percukaian seiring dengan pembangunan, berpisah tiada.

      Persoalan kepada rakyat, cukai dipungut untuk apa?

      Perbelannjaan kerajaan?

      Belanja apa?
      Pembangunan.. Ertinya rakyat dapat balik dlm pelbagai bentuk, adil.

      Yang rakyat marah, cukai untuk bayar hutang?

      Hutang untuk apa?
      Hutang untuk songlap sesama mereka, komisyen sana sini..

      Hutang untuk projek?
      Mana projeknya, tak nampak satu benda?
      Pekerjaan pun tidak dicipta?

      Hutang untuk apa?
      Hutang untuk bayar hutang.

      Oleh itu, proper cukai, proper expenses.. Bukan satu masalah kpd rakyat.

      Delete
  5. KUALA LUMPUR 18 Julai - Ramkarpal Singh (PH-Bukit Gelugor) menjadi wakil rakyat pertama diarah keluar dewan oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md. Yusof.

    Dalam persidangan pertama penggal pertama Parlimen Ke-14, Ramkarpal yang merupakan Ahli Parlimen menyokong kerajaan diarah keluar selepas enggan menarik balik perkataan ‘samseng’ yang diungkapnya di dalam dewan.

    Ramkarpal menggunakan gelaran ‘samseng’ merujuk kepada Pemuda UMNO yang didakwa telah menyerang mendiang Karpal Singh di pekarangan Parlimen suatu ketika dulu.

    Disebabkan tindakan Ramkarpal itu, suasana dewan yang mulanya tenang dan persidangan berjalan lancar bertukar kecoh dan menjadi medan bertikam lidah. - UTUSAN ONLINE

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samseng kafir hero PH ni memang perangai busuk sejak zaman pembangang lagi...

      Delete
  6. KUALA LUMPUR 18 Julai - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menegaskan tindakan melepaskan pembekuan akaun bank bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bukan dilakukan atas desakan mana-mana pihak.

    SPRM dalam satu kenyataan memberitahu, pelepasan pembekuan akaun tersebut adalah disebabkan ia tiada kaitan dengan siasatan SRC International Sdn. Bhd. dan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

    ReplyDelete
  7. PH MESTI BERANI MENGAKU GAGAL TUNAI JANJI MANIFESTO

    KUALA LUMPUR 18 Julai - Kepemimpinan Pakatan Harapan (PH) perlu berani bercakap benar kepada rakyat tentang kegagalan mereka melaksanakan semua janji yang terkandung dalam manifesto Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

    Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Wan Saiful Wan Jan berkata, perkara tersebut adalah realiti yang perlu diakui oleh semua pihak.

    “Mana senang, kita laksanakan, yang mana mencabar sikit-sikit kita kena usahakan dan yang betul-betul tidak boleh dilakukan kerana ada kekangan. Maka kita kena berani mengaku, inilah realitinya.

    “Saya ini baru uruskan satu daripada janji, dan saya kasihan kepada menteri yang menguruskan 10 hingga 20 janji, sedangkan satu janji sahaja memakan masa berminggu-minggu untuk dilakukan. Hingga hari ini saya masih tidak mampu lakukan, tetapi akan terus mencuba,” katanya seperti dipetik daripada laporan portal Free Malaysia Today, hari ini. – UTUSAN ONLINE

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah kencing sana kencing sini, kini nak buat lembik tengkok dgn rakyat pulak.
      Phuiii...

      Delete
    2. org umngok hari2 dok tuntut manifesto..hahahahha..isu utama MO1 tu..bagi kami buat mana yang termampu..jgn ikut cara MO1, tak mampu, cari hutang. kutip cukai, bayar hutang. tak cukup duit, ambil dari GLC lain. ini kerajaan baru, cara baru.

      Delete

𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚?

  𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚? Kita jawab secara am "Letak RM10,000 berapa boleh saya untung?&q...