Sunday, July 1, 2018

SETUJU SANGAT AKAUN BANK @ ASSET PAS DIBEKUKAN..

Jika ini  berlaku,  inilah peluang PAS untuk membuktikan bahawa meteka sangat bersih dan suci dari segala bentuk korup dan skandal,  berani kerana benar. 

Atas berani kerana benar, Nik Amar antara pemimpin PAS yang patut mempelawa SPRM menyiasat akaun dan hartanya,  dan jauh lebih berani kerana benar mempelawa SPRM menyiasat kerajaan dan parti PAS Kelantan termasuk anak² syarikatnya. 

Dan siapa sangka,  berani kerana benar,  Hadi Awang juga turut serta. 

Angka dalam akaun  bank,  jelaskan dari mana datangnya duit tersebut, tak perlu pun empat saksi. 

Masa untuk membersihkan diri,  tak perlu buat tanggapan buruk terhadap niat pihak berkuasa dan kerajaan.


45 comments:

  1. Hadi tak berani cabar kesahihan suara rakaman odio nik abduh yg disahkan tulin oleh peguam hadi dilondon...suara nik abduh mengaku kpd menantu hadi bahawa pas terima duit umno....mungkin sprm sedang siasat seblm dibekukan..hanye Idris bekas naib presiden yg berani pelawa akaun pas disiasat...

    Akaun bersumpah rafizi ade nyatakan nasharudin terima wang dari najib sebagai orang tengah antara najib dan lobai pas...

    Adekah akaun nasharudin bekas naib ptesiden pas dibekukan?...
    Dikatakan nasharudin memiliki kereta mewah dan rumah besar....lobai2 pas pun ade kereta mewah dan motosikal mewah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nik abduh mati2an nafikan suaranye dlm rakaman odio seblm ini...selepas peguam hadi sahkan tulin tiada kedengaran lagi nik abuduh buat penafian..

      Delete
    2. Setakat motor besar tu, ofis boy pun boleh pakai. Bongok punya bapuk.

      Delete
    3. Kau tu yg bongok tak dpt bezakan antara motor besar dgn mewah.
      Bongok punya bongok.

      Delete
    4. Opis boy pakai moto besar tu opis boy najib bongok. Xpun opis boy rosmah bongok

      Delete
  2. Jangan harap nik Amar mulut besar berani panggil Sprm...kes AKSB nik Amar awal2 lagi mintak sprm jangan siasat AKSB...sebab tu pas boleh claim pas suci dari rasuah...

    ReplyDelete
  3. Jika sprm bekukan akaun pas dan lobai pas maka pecshlah lobang
    lobai pas dan pas bekerjasama dlm gelap nak tolong umno dan najib kekal berkuasa...penyokong2 pas akan tergamam...seblm ni penyokong2 pas tak percaya...bertambah kuat sokongan kpd pas bila pas putar belit perbicaraan di london...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dan bukti lobai pas pon makan duit haram dari najib...lobai pon pantang tengok duit mata jadi kelabu tak nampak haram halal lagi...mulut pon mulalah berbelit2 nafikan tak terima 90 juta dan pas tak tolong umno...pas lawan umno nak menang pru konon2 nye..

      Delete
  4. Kemengan PH untuk ujian
    Kemenangan PAS untuk ujian
    Kekalahan umno sebagai balasan korup zalim penipu rakyat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lobai Pas pon korup bila hentam duit najib tapi sanggup berbohong nafikan ...kalo hentam duit haram lagi teruk...

      Delete
    2. Si alim dulu dicampak ke dalam neraka jika si alim melakukan kemungkaran ato bersubahat dgn kemungkaran..

      Delete
  5. Hadi dah buat kenyataan sedia
    kerjasama semula dgn Dap........mungkin Dap dah bersunat....lobai putarbelit..

    ReplyDelete
  6. https://m.malaysiakini.com/news/432238

    Snarai kabinet malaysia..

    ReplyDelete
  7. Penipu, pembohong dan penunggang agama sebenar...
    Oleh Azhar Harun:

    Inilah bukti bahawa ramai di antara mereka yang memanggil diri mereka ulamak di dalam Parti ISLAM Se-Malaysia (P.I.S.) sebenarnya ialah penipu, pembohong dan penunggang agama dan Tuhan.

    Dulu, mati-mati si Nik Abduh ni nafikan bahawa rakaman suara yang kata PIS ambil duit UMNO adalah palsu. Suara di dalam rakaman itu bukan suara dia. Kononnya.

    Bukan itu saja, dia panggil penyebar rakaman itu sampah. Dia doakan agar balasan Tuhan disegerakan ke atas mereka.

    Maka hamba sahaya unta-unta PIS pun bising satu dunia bahawa PIS dah kena fitnah, bahawa itu semua satu pembohongan musuh Islam dan sebagainya.

    Ya.
    Sekarang balasan Tuhan dah datang.

    Dalam Mahkamah orang putih kafir harbi Kristian-Yahudi tu, peguam hangpa sendiri dah MENGAKU bahawa rakaman itu ialah rakaman yang tulin. Suara tu ialah suara Nik Abduh.

    Hangpa panggey diri hangpa ulamak.

    Hangpa kata PIS parti yang memperjuangkan Islam. Nak pertahankan Islam kononnya.

    Ni ikut ayat mana. Ikut sunnah mana. Yang membohong ni?

    Tak cukup dengan itu, itu hari unta-unta hangpa bising satu dunia dalam fb, twitter dan WhatsApp. Hangpa kata Hj Hadi dah menang kes fitnah lawan Clare ni.

    Menang apakejadahnya PIS oi?

    Hangpa paham ka permohonan interlokutori tu apa? Kalau tak paham pi tanyalah Queen Counsel yang hangpa bayaq berjuta-juta ringgit tu.

    Kes ini akan dibicarakan selama 11 hari dari 1 April 2019.

    Kalau dah menang buat apa nak bicara PIS oi?

    ReplyDelete
  8. Ahmad Zahid masih beri keterangan kepada SPRM

    Faisal Asyraf
    2 Jul 2018, 10:21 pagi (Dikemaskini 2 Jul 2018, 2:05 tengahari)

    A A
    Selepas lebih tiga jam, Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi masih memberi keterangan kepada SPRM berhubung dua kes yang disiasat suruhanjaya itu.

    Menurut akhbar Utusan Malaysia, adalah difahamkan, tempoh mengambil keterangan mungkin akan berlanjutan sehingga jam 7 petang ini.

    Dua kes yang disiasat itu membabitkan dana RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan penyelewengan dana sebuah yayasan diterajui Ahmad Zahid bernilai lebih RM1 juta.

    Terdahulu, Ahmad Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk tiba di Ibu Pejabat SPRM kira-kira pukul 9.52 pagi bagi memberi keterangan berhubung siasatan dua berkenaan.

    Bekas timbalan perdana menteri itu tiba dengan menaiki kenderaan Vellfire dan diiringi seorang pengawal peribadi.

    Tiada peguam dilihat menemaninya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanye SPRM tak paham jawapan Zahid...tu pasal perlu masa yg lama...

      Delete
  9. Projek solar: Reman pengarah urusan, peguam dilanjut 5 hari

    Bernama
    2 Jul 2018, 2:27 tengahari (Dikemaskini 2 Jul 2018, 2:32 tengahari)

    A A
    Tempoh reman dua lelaki termasuk seorang pengarah urusan sebuah syarikat yang berpangkalan di Bintulu dilanjutkan lima hari untuk membantu siasatan kes penyelewengan pemberian kontrak projek hibrid solar untuk 369 sekolah pedalaman di Sarawak.

    Majistret Shah Wira Abdul Halim melanjutkan tempoh reman pengarah urusan yang berumur 59 tahun dan peguam berusia 30 tahun itu bermula esok sehingga Sabtu ini untuk membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

    Sebelum itu, kedua-dua lelaki lelaki yang berbaju lokap SPRM dan digari tiba di perkarangan mahkamah pada 9.30 pagi.

    Kes itu disiasat mengikut Seksyen 18 (a) Akta SPRM 2009 kerana membuat tuntutan palsu.

    Pada awal Jun, sebuah portal melaporkan kemungkinan wujud penyelewengan dalam pemberian kontrak projek hibrid solar bernilai RM2.5 bilion di Sarawak yang didakwa diberikan melalui penganugerahan kontrak secara terus di bawah arahan seorang bekas pemimpin tertinggi negara.

    Pemimpin berkenaan turut didakwa mengarahkan Kementerian Pendidikan pada Januari tahun lepas agar melantik sebuah syarikat perniagaan kereta sewa di Bintulu bagi projek hibrid solar untuk 369 sekolah pedalaman di Sarawak.

    Pada 11 Jun, Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik berkata Kementerian Pendidikan telah memulakan proses siasatan dalaman bagi mengenal pasti individu yang terlibat dalam isu penyelewengan pemberian kontrak membekal tenaga solar dan diesel di 369 sekolah di Sarawak.


    Ini projek yg najib serahkan kpd kroni...projek tak jalan tapi bayaran jalan...

    ReplyDelete
  10. Kejora Bapuk Berook Boddoh jer yangvrajn komen..hiihiihiii...Bapuk Boddoh tak der kerja ker..pegi lah sibok tanya bila nak turun harege barang nie Bapuk Bodooo...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Barang tak turun tak pe...tapi tak naik...ramai yg berpusu beli belah di pasaraya giant seblm raya hingga sekarang...gst sifar dapat beli lebih...ikut tradisi selepas pru bn menang barang naik rege dlm senyap...

      Bulan ni bayar insuran kereta 1000 ringgit..jimat 60 ringgit..boleh beli di pasaraya giant...jimat 3.60... 3.60 boleh beli minyak 1 5 liter..dapat jalan jarak )ebih 20 km ...mcm free plak....legaa rasanye...akhir tahun ni data plan aku jimat 25%... BN boleh kasi ker?...

      Mscai2 yg nak gst dan minyak naik rega boleh lah derma kpd tabong negara ato derma kpd amal jeriah....jangan simpan duit tu kerana macai syok dengan rega mahal...betul tak?...janji yg lain aku tak kisah ..yg ni mustahak..

      Delete
    2. Harga brg masih murah berbanding dgn Singapura. (amek kau jwpn menteri kerajaan BN).
      Kikikikiki...

      Delete
  11. Dari sultan sampai ke menteri semua syg dgn cina..Segala permintaan ditunaikan..😿😿🙀😽

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tun pon sayang Vincent tan dan lim kim yew..kroni rapat..

      Delete
    2. Najib syg cina gemuk jho low

      Delete
    3. Cina tembam arab sepet ni paling untung...kayer free sapu lebih 10 billion duit 1 mdb kerana najib...melayu kena bayar gst kerana najib nak bayar hutang 1 mdb...beli nasib lemak dan roti canai di restoran pon kena bayar gst...tapi orng umno semua bisu tak kisah malah marah plak PH nak tangkap jemaah prompak

      Delete
  12. KAPAL SUDAH NAK KARAM, KELUARLAH CEPAT-CEPAT TINGGALKAN UMNO!!

    Tanpa wang dan kuasa, UMNO secara relatifnya lebih mungkin mati berbanding mampu terus hidup dan bernyawa seperti sebelumnya.

    Lebih sebulan selepas kehilangan kuasanya, satu persatu kejadian tak terduga berlaku yang memperlihatkan UMNO sedang menuju kubur kematiannya.

    Sehingga ini tiga Ahli Parlimen UMNO sudah mengumumkan keluar parti dan menjadi wakil Bebas iaitu Bagan Serai, Bukit Gantang di Perak dan Masjid Tanah di Melaka.

    Difahamkan, ramai lagi akan berbuat demikian dan hanya menunggu masa yang sesuai untuk mengumumkan destinasi baru masing-masing.



    Di sisi yang lain, mereka yang keluar parti dan tidak yakin lagi dengan UMNO hampir berlaku tiap-tiap hari di semua negeri.



    Sebaik saja kalah pilihanraya, beberapa penjawat utama UMNO di beberapa negeri mengumumkan keluar parti. Semalam di Sungai Petani, meskipun selepas memenangi jawatan Naib Ketua Bahagian, Ketua Wanita, Ketua Pemuda dan Ketua Wanita, tetapi mereka memilih untuk keluar UMNO bersama 40 pengikut yang lain.



    Sebelum itu, dua bekas menteri iaitu Rais Yatim dan Syed Hamid Albar turut keluar UMNO dan terbaru, bekas Menteri Besar Selangor, Dr. Khir Toyo juga difahamkan akan menyusul dengan tindakan yang sama.



    Di beberapa negeri, banyak juga cawangan UMNO dibubarkan dan ketua cawangan beserta barisan ahli jawatankuasa cawangan berkenaan memilih wadah lain sebagai pilihan perjuangan.

    ReplyDelete
  13. kir toyol nk kuar... lagi cepat lagi bagos laaa... klu bole semalam lgi mintak kuar laa..

    ReplyDelete
  14. 1MDB: SPRM dijangka soal siasat Riza Aziz esok

    Alyaa Alhadjri
    2 Jul 2018, 3:57 petang (Dikemaskini 2 Jul 2018, 4:32 petang)

    A A
    Anak tiri bekas perdana menteri, Riza Aziz dijangka hadir ke ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) esok untuk memberi keterangan berkaitan skandal 1MDB.

    "Itu yang kami dengar daripada pegawai tetapi waktu belum ditentukan," kata sumber SPRM kepada Malaysiakini berhubung laporan portal The Malaysian Insight tentang perkara itu.

    Seorang lagi sumber mengatakan Riza akan hadir ke ibu pejabat SPRM pada pukul dua petang esok.

    Riza merupakan ketua pegawai eksekutif Red Granite Pictures, syarikat penerbitan filem yang didakwa mendanai sejumlah filem, antaranya The Wolf of Wall Street, menggunakan wang yang diselewengkan daripada 1MDB.

    Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) mendakwa sejumlah AS$64 juta yang diselewengkan daripada 1DMB telah dipindah keada Red Granite.

    Syarikat itu pula sebelum ini berkata pihaknya tidak tahu menggunakan wang yang diselewengkan itu untuk filem mereka.

    AS$64 juta itu sebahagian daripada AS$238 juta yang didakwa diselewengkan daripada 1MDB yang dipercayai DOJ telah dipindahkan ke akaun yang dikawal Riza.

    ReplyDelete
  15. Ringgit hari ini dibuka tinggi berbanding dolar AS
    Bernama
    ShareTweetPinMail

    Unit tempatan diniagakan bercampur-campur berbanding sekumpulan mata wang lain.

    KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS hari ini, sejajar dengan kebanyakan mata wang Asia berikutan ramai pelabur beralih minat kepada aset serantau, kata peniaga.

    Pada 9.45 pagi, ringgit berada pada paras 4.0350/0400 berbanding dolar AS daripada 4.0380/0410 pada Jumaat.


    Peniaga berkata terdapat aktiviti pengambilan untung dalam mata wang Amerika Syarikat itu dari minggu lepas, yang memberi sokongan kepada ringgit.

    Unit tempatan diniagakan bercampur-campur berbanding sekumpulan mata wang.

    Ia meningkat berbanding dolar Singapura kepada 2.9578/9632 daripada 2.9624/9650 dan mengukuh berbanding yen kepada 3.6397/6446 daripada 3.6487/6524 pada Jumaat.

    ReplyDelete
  16. Bila cakap pasal siasat dan beku akaun pihak yg berkaitan 1 mdb Tuan Ibrahim Tuan Man pon suruh siasat akaun Hatapan jugak...ade ker najib bagi sedekah duit 1 mdb kpd parti musuh?...tahap mentaliti lobai pas...bengong sokmo...hihihi.m

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang bengong sokmo matang bapuk bodoo ni sekor.
      Mu sekor je galak hantar komen.
      Jadi blogger kerajaan pun bodoo lagi

      Delete
    2. Ade yg pedih hulu hati rupanye...kapal nak karam...hihihi..

      Delete
  17. Khaled nordin bekas mb johor dihebohkan dikaitkan rasuah dlm kertas siasatan sprm kes exco perumahan johor...adun Dap yg bangkitkan isu ini tidak dibenarkan masuk dewan...
    Ape citer selanjutnye selepas BN dah tumbang?...takkan senyap aje..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cerita nya ialah sbb tuduh dahulu siasat kemudian.
      Senyap sbb bapuk bodoo

      Delete
  18. Siasatan polis kes zulkipli bekas bosc sprm bedal bini orang pon senyap...

    Siasatan pindah milik tanah hq felda fi jln semarak pon sepi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kenapa sepi?
      Sebab peguam negara dah kena beli?
      Atau sbb takut nak dakwa sbb bukit tak cukup?
      Atau sbb lantik AG bodoo...

      Delete
    2. Sampailah giliran tu...handle kes besar dulu kot...

      Delete
    3. Yg kena beli tu kau.
      Kihkihkih...

      Delete
  19. Kes1MDB: K'jaan beku 408 akaun, libatkan RM1.1 bilion

    2 Jul 2018, 5:36 petang (Dikemaskini 2 Jul 2018, 5:41 petang)

    A A
    Kerajaan telah membekukan 408 akaun bank melibatkan dana RM1.1 bilion membabitkan 81 individu serta 55 buah syarikat daripada akaun milik individu, parti politik dan NGO, maklum pasukan petugas khas 1MDB.

    "Pasukan Petugas Khas (Task Force) 1MDB telah membekukan sebanyak 408 akaun bank melibatkan dana RM1.1 bilion daripada akaun-akaun milik individu, parti politik serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) pada 26 dan 29 Jun 2018 lalu.

    "Akaun yang dibekukan turut membabitkan 81 individu serta 55 buah syarikat yang dipercayai pernah menerima dana daripada 1MDB," kata kenyataan ringkas yang dikeluarkan pasukan petugas itu hari ini di Putrajaya.

    Kerajaan mengumumkan penubuhan pasukan petugas khas menyiasat 1MDB pada 21 Mei lalu. Ia dianggotai bekas peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail, bekas ketua pesuruhjaya SPRM Tan Sri Abu Kassim Mohamed, bekas ketua pengarah operasi SPRM, Datuk Seri Mohd Shukri Abdull dan bekas timbalan pengarah cawangan khas polis Bukit Aman, Datuk Abdul Hamid Bador.

    Selanjutnya, pasukan petugas khas berkata akaun yang dibekukan kerajaan itu dipercayai ada kaitan dengan penyelewengan dan salah guna dana 1MDB.

    Libatkan 900 transaksi

    "Akaun-akaun tersebut dipercayai ada kaitan dengan penyelewengan dan salah guna dana 1MDB. Ia melibatkan hampir 900 transaksi yang dibuat antara Mac 2011 dan September 2015.

    "Sehubungan itu, Pasukan Petugas Khas 1MDB berharap semua pihak yang terlibat akan memberi kerjasama dengan pihaknya," kata kenyataan itu.

    ReplyDelete
  20. Pulangkan segera wang Japerun Durian Tunggal'
    Bernama
    2 Jul 2018, 6:18 petang (Dikemaskini 2 Jul 2018, 6:20 petang)

    A A
    Anggota Dewan Undangan Negeri Durian Tunggal, Mohd Sofi Abdul Wahab mendesak mana-mana pihak yang melakukan pengeluaran terhadap dua akaun di bawah kelolaan Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (Japerun) kawasan itu supaya memulangkan kembali wang itu.

    Mohd Sofi, yang juga Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Kemudahan Awam Melaka, berkata tindakan itu perlu segera dilakukan berikutan wang yang disimpan di dalam akaun berkenaan adalah milik rakyat negeri ini.

    “Akaun di bawah nama Tabung Kebajikan Khas Japerun Durian Tunggal itu pada asalnya masing-masing mempunyai baki sebanyak RM10,104.15 bagi akaun pertama dan RM318.16 bagi akaun kedua.

    “Namun kita dapati ada pengeluaran wang berlaku selepas pertukaran kerajaan baharu berdasarkan penyata akaun semasa yang diterima bertarikh 31 Mei lepas sehingga menyebabkan baki kedua-dua akaun terbabit kini hanya RM10.60,” katanya pada sidang akhbar di Seri Negeri, Ayer Keroh di Melaka hari ini.

    ReplyDelete
  21. Toksah cakap banyak MahaKUTTY...Beku akaun PAS kalau ada telor!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Beku akaun kerja pasukan petugas khas dan sprm...kenapa kaikan dgn pm?...

      Delete
  22. Dengan ini dimaklumkan bahawa KBB adalah penerima elaun tertinggi dari PH sbb menghantar komen yg terbanyak dlm semua blog.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ko jeles yek sebab akaun dah disita...hahahaaa..

      Delete
    2. Najib pula pemilik beg berisi duit terbanyak.

      Delete
  23. Sepandai-pandai Jamal menyelinap akhirnya ditahan polis jua
    2 Jul 2018, 8:30 malam (Dikemaskini 2 Jul 2018, 8:45 malam)

    A A
    Bekas calon ketua Pemuda Umno yang menjadi buruan polis akhirnya ditahan pihak berkuasa hari ini.

    Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin sebentar tadi mengesahkan polis Indonesia sudah mencekup Datuk Seri Jamal Md Yunos.

    Kata Muhyiddin beliau dimaklumkan mengenai penahanan itu oleh pihak berkuasa di negara jiran kira-kira jam 6.30 petang.

    "Polis Diraja Malaysia sudah dihubungi untuk menyelaras urusan membawa beliau pulang," katanya.

    Jamal ialah tokoh yang terkenal dengan pelbagai aksi pegun yang dianggap di luar kotak pemikiran orang biasa.

    Ini tupai bodoo

    ReplyDelete

𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚?

  𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚? Kita jawab secara am "Letak RM10,000 berapa boleh saya untung?&q...