Friday, July 27, 2018

TAK TAHU DAN TAK FAHAM APA LAGI ORANG MELAYU DAN ISLAM MAHU...

Enampuluh tahun diberi peluang dan kuasa memerintah masih berbalah,  tak selesai.. Buat apa? 



Selepas hilang kuasa,  banyak pula agenda Islam dan Melayu yang mahu diperjuangkan.. Dulu buat apa? 

Apakah Melayu dan Islam di PH tidak peka dan tidak mampu memartabatkan Melayu dan Islam, sekurang kurangnya beri mereka peluang berbuat sesuatu.. 

Bukankah tindak tanduk UMNO,  PAS,  BERSATU dan AMANAH sekadar merosakan lagi Melayu dan Islam hatta dalam soal bangsa dan ugama pun masih berbalah,  sekadar mahu merebut aku betul aku juara.. 

Kemudian Melayu itu terbahagi pula kepada melayu bersatu dan melayu umno,  dan kalau Islam itu ada Islam pas ada Islam amanah? 
Begitu juga dengan NGO Melayu Islam. .ratusan? 

Kita jadi rakyat lembu dan kerbau,  dilaga lagakan.. 
Jadi anjing,  menyalak bersahut sahutan.. 






Saban tahun,  melayu dan Islam diperkasa,  lagi kuat menjelang pilihanraya.. Rupanya jadi perkasam.





...........................................................

Istana Negara lancar kutipan Tabung Harapan bantu negara
___________________

PERSEPSI TERHADAP TABUNG HARAPAN MALAYSIA DIPERTINGKATKAN


DYMM AGONG DAN KAKITANGAN ISTANA NEGARA PUN PEKA PASAL HUTANG NEGARA!!!

-----------------------------
Inisiatif pelancaran THM juga dibuat atas semangat patriotisme warga Istana Negara sempena bulan kemerdekaan Ogos depan.

Istana Negara hari ini melancarkan kutipan Tabung Harapan Malaysia (THM) sebagai usaha membantu kerajaan mengurangkan hutang negara.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Wan Ahmad Dahlan Ab Aziz berkata pelancaran THM peringkat Istana Negara itu juga merupakan manifestasi solidariti dan kebersamaan 650 warga istana terhadap titah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V untuk menyumbang 10% gaji dan emolumen baginda setiap bulan bagi membantu mengurangkan hutang negara.

http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2018/07/27/istana-negara-lancar-kutipan-tabung-harapan-bantu-negara/



19 comments:

  1. Sejak kalah perang umno dan pas bertambah mabuk...reka pertahan Agong melayu dan islam kunun..

    Pas boleh kerjasama dgn umno tapi setakat kerjasama politik....bukan untuk melayu islam...kedua2nye parti mahukan harta dan wang dengan gunakan bangsa dan islam sebagai perjuangan...mengaburidan bodohkan mata rakyat

    ReplyDelete
  2. Sejak dari selepas pru hingga sekarang kedudukan melayu dan islam tidak terancam pon...sama saje..

    Islam di terengganu sama saja seblm pru...tak ade perubahan ape2 pon...wanita yg pakai seluar ketat pon masih ade...wanita kapir dibenarkan pakai bikini...

    ReplyDelete
  3. Balik ke era kleptokrasi atau Harimau Asia, soal PM pada Najib

    27 Jul 2018, 7:06 malam (Dikemaskini 27 Jul 2018, 7:08 malam)

    A A
    Adakah rakyat bersedia jika Malaysia kembali ke era bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak. Itulah soalan yang ditanyakan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai mebgulas kenyataan Najib bahawa polis Pakatan Harapan membawa negara "berundur ke masa lalu."

    “Era masa lalu adalah era di mana Malaysia terkenal sebagai Harimau Asia.

    "Adakah beliau (Najib) mahu membawa rakyat ke era di mana negara ini dikenali sebagai kleptokrasi dan diketuai oleh seorang kleptokrat?" Soal Mahathir dalam suatu kenyataan hari ini.

    Ketika Mahathir pertama kali menjadi perdana menteri, Malaysia melalui pembangunan dan perindustrian yang pesat sehingga digelar 'Harimau Asia'.

    Semalam dalam ucapan sulungnya di Dewan Rakyat sebagai pembangkang, Najib mendakwa kerajaan HARAPAN menggubal 'dasar yang mundur'.

    ReplyDelete
  4. Tak kiralah parti melayu mana yg perjuangkan islam dan melayu...yg merompak dan menyokong prompak .esti di buang jauh2...bahata kpd melayu dan islam..

    Najib sudah disiasat dan ade bukti merompak dan sudah didakwa dimahkamah...

    Tun madey difitnah merompak...tiada siapa yg berani siasat dan buktikan tun madey merompak sepanjang 15 tahun tiada kuasa..

    ReplyDelete
  5. Memandangkan salakkannya hanya kuat di rumah tuan ma$ing², TAK KEMANA pun. Macam bumyi kentut je, angin banyak. Musuh²mu tak ketar lutut pun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ade yg lepaskan kentut dlm blog ni.....hihihihi..

      Delete
  6. BERSATU Kelantan sahkan bincang dengan ADUN Umno, tapi...

    N Faizal Ghazali
    28 Jul 2018, 8:24 pagi (Dikemaskini 28 Jul 2018, 8:35 pagi)

    A A
    BERSATU Kelantan mengesahkan pihaknya telah mengadakan perbincangan dengan seorang ADUN Umno di negeri itu berhubung penyertaannya ke dalam parti itu.

    "Ya memang ada perbincangan. Beliau akan keluar (umno), insyaAllah.

    "Dia sudah hilang keyakinan terhadap kepimpinan Umno khususnya selepas pemilihan parti itu. Selain itu dia merasakan dalam keadaan sekarang agak sukar untuk menjalankan tugas sebagai wakil rakyat," kata Timbalan Pengerusi BERSATU Negeri Datuk Sazmi Miah ketika dihubungi.

    Laporan Malaysiakini semalam memetik sumber yang mengatakan ADUN berkenaan bakal berbuat demikian dalam satu program BERSATU di Machang, Kelantan pada Ahad ini.

    Malaysiakini turut menghubungi ADUN berkenaan dan beliau menyatakan kekecewaan terhadap kepimpinan Umno Kelantan terutama di peringkat bahagian.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Umno dan Pas sudah tdak relevan lagi kpd melayu...hanye meletakkan melayu di takok lama...masih menari dengan irama lama..

      Delete
  7. Pemimpin Umno, PAS sertai Himpunan Kebangkitan Ummah

    Alyaa Alhadjri & Anne Muhammad
    28 Jul 2018, 11:54 tengahari (Dikemaskini 28 Jul 2018, 12:02 tengahari)

    A A
    Pemimpin Umno dan PAS hari ini bersama-sama dalam Himpunan Kebangkitan Ummah yang dianjurkan untuk mempertahankan Melayu dan Islam daripada unsur yang didakwa mengancam kepentingan dan haknya bawah Perlembagaan Persekutuan.

    Antara pemimpin yang sudah hadir adalah Setiausaha Agung PAS Datuk takiyuddin Hassan, Ketua Penerangan PAS Nasrudin Hassan, anggota Jawatankuasa Pusat PAS Nik Abduh Nik Aziz, anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Lokman Noor Adam dan bekas Ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan Datuk Razlan Rafii.

    Himpunan yang bertemakan 'Malaysia Baru Pasca PRU-14: Islam Melayu Terancam' itu anjuran gabungan 300 NGO Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) dan bertempat di padang Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, Kuala Lumpur

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pas dan umno telah lama berpakat melenakan melayu penyokong mereka...jadi sekarang mereka perlu berpakat lagi untuk bangkitkan semula melayu penyokong mereka yg masih terlena...

      Tahun 2017 Pas dan umno pakat kencing penyokong di padang merbok dgn Aryuyu 355... Tahun ni pakat lagi kencing penyokong mereka yg masih lena di padang Kelab Sultan Sulaiman plak dgn isu perlembagaan...

      Delete
  8. Dakwaan penjawat awam pro-BN sabotaj kerajaan disiasat

    27 Jul 2018, 11:39 malam (Dikemaskini 27 Jul 2018, 11:43 malam)

    A A
    Ketua setiausaha kementerian dan ketua agensi kerajaan telah diarahkan menyiasat dakwaan cubaan sabotaj oleh pegawai kerajaan terhadap lantikan kerajaan baru.

    Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Ali Hamsa berkata, tindakan akan diambil terhadap pegawai berkenaan bagi menghormati mandat rakyat kepada kerajaan semasa.

    "Saya menyeru para penjawat awam untuk melaporkan sebarang perlakuan khianat kepada ketua-ketua setiausaha dan ketua-ketua perkhidmatan masing-masing. Saya sendiri akan menangani perkara tersebut.

    "Tidak akan ada sebarang tolak ansur terhadap sebarang cubaan khianat untuk melemahkan kerajaan semasa dan pentadbirannya," katanya dalam kenyataan hari ini.

    Kedaulatan undang-undang dan tadbir urus yang baik akan terus didukung, katanya lagi

    ReplyDelete
  9. Berita terbaru...zahid nak bukak keahlian umno kpd budak skolah umor 16 tahun...Pas pon boleh bukak jugak...kedua2 parti dah kurang ahli.

    ReplyDelete
  10. PAS undi mana? Takkan kena ajar satu persatu, kata Nasrudin

    Anne Muhammad & Alyaa Alhadjri
    28 Jul 2018, 1:04 tengahari (Dikemaskini 28 Jul 2018, 4:25 petang)


    A A
    Ketua Penerangan PAS Nasrudin Hassan sekali lagi menyatakan pendiriannya agar Pakatan Harapan (HARAPAN) tewas dalam PRK Sungai Kandis Ogos ini.

    Berucap dalam Himpunan Kebangkitan Ummah hari ini, beliau malah berkata akan menyertai kempen PRK untuk tujuan itu.

    "Sikap kita nak HARAPAN kalah di (Sungai) Kandis. Ada yang tak setuju?" soalnya kepada lebih 1,000 hadirin di padang Kelab Sultan Sulaiman di Kampung Baru, Kuala Lumpur.

    "Kalau setuju dia (HARAPAN) kalah, pengundi PAS di Sungai Kandis nak (undi) macam mana? Takkan nak ajar ABC (satu persatu). Rakyat di depan saya sudah cerdik," katanya, disambut laungan "undi Umno" oleh para hadirin.

    Perhimpunan hari ini turut disertai antaranya anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno yang juga calon BN di PRK itu Datuk Lokman Noor adam, Ketua Pemuda Umno Datuk Asyraf Wajdi Dusuki, dan beberapa pemimpin PAS seperti Datuk Takiyuddin Hassan, Nik Abduh Nik Abdul Aziz dan Datuk Khairuddin Aman Razali.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kenape Pas takut bertanding di sg Kandis?....harapkan abang umno tumbangkan PH...Tantawi alporno boleh jadi calon yg hebat untuk Pas...Takut kalah?..

      Di kelantan d terengganu dan kedah umno musuh Pas...musuh adik beradik..

      Delete
  11. Apakah sebenarnya yang orang-orang Melayu Muslim mahukan?

    Jawapan hakikatnya ialah 'kebenaran'.

    Orang Melayu kini terdiri daripada 3 kelompok terbesar iaitu :-

    1. Penyokong PH
    2. Penyokong UmNo-BN
    3. Penyokong PAS

    Mengapakah ketiga-tiga kelompok besar ini tidak dapat bersatu? Jawapannya ialah ketiga-tiganya menganggap kelompok mereka adalah kelompok yang benar, dan disebabkan itulah masing-masing berjuang memenangkan kumpulan masing-masing kerana mereka percaya kumpulan mereka adalah kumpulan yang benar.

    Hakikatnya ialah adalah mustahil kesemua mereka adalah kelompok yang benar, kerana sekiranya mereka semua adalah kelompok yang benar maka sudah tentu mereka tidak akan berseteru sesama sendiri dan bahkan akan saling menyokong dan menguatkan sesama sendiri.

    Maka satu-satunya kaedah untuk menyatukan 3 kelompok ini ialah dengan Yang Maha Adil lagi Maha Berkuasa sendiri yang memberikan keputusan.

    Maka apabila keputusan itu benar-benar diberikan di mana pasukan yang benar diberikan kemenangan mutlak sedang pasukan yang bathil dilenyapkan, maka seluruh umat Melayu akan menerima keputusan itu dan bersatu di bawah pasukan yang diberikan kemenangan mutlak olehNya.

    Itulah sebenarnya hakikatnya apa yang umat Melayu benar-benar mahukan.

    Mereka akan menyedarinya selepas ia benar-benar berlaku.

    Ia akan berlaku, in shaa Allah.

    Wallahu a'lam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Penyokong umno dan Pas makin berkurangan...Zahid terpaksa buka keahlian umno kpd budak skolah umor 16 tahun...kalo penyokong umno dan pas masih ramai PH takkan menang pru..

      Umno gunakan bangsa untuk kaut kekayaan..Pas perkudakan islam untuk dapat habuan dari umno...

      Mcm mana melayu nak bersatu?...

      Delete
  12. https://youtu.be/fS19RN9ZwGA

    Jawaban tun mengenai manifesto PH di parlimen yg di hebohkan oleh umno dan Pas....terbaik..

    ReplyDelete
  13. Sg Kandis: Lokman yakin boleh menang dengan adanya sokongan PAS

    Faiz Zainudin | July 29, 2018
    Calon BN itu berkata, dengan adanya sokongan PAS, ditambah undi daripada rakyat yang menyokong BN pada PRU 9 Mei lalu dan segelintir penyokong PKR, beliau boleh memenangi PRK Sungai Kandis.

    Lokman Noor Adam bersalaman dengan penyokong PAS setibanya di ceramah Bangkit Selangor anjuran parti Islam itu di Kota Raja, malam tadi.

    SHAH ALAM: Calon Barisan Nasional (BN), Datuk Lokman Noor Adam yakin boleh memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Kandis, selepas PAS menyeru ahlinya menyokong parti itu secara terbuka.

    Ahli Majlis Tertinggi Umno itu berkata, keyakinan itu berdasarkan sokongan PAS, ditambah undi daripada rakyat yang menyokong BN pada pilihan raya umum 9 Mei lalu dan segelintir penyokong PKR.

    “Ada orang PKR dah janji nak undi BN, kalau dapat sokongan penuh penyokong PAS, 13% hingga 14% (sokongan) dari PKR dan kekal dapat sokongan (rakyat kepada) BN pada pilihan raya umum lalu, kita yakin menang.

    “Saya harap sokongan terbuka pimpinan malam ini dapat diterjemah dalam pilihan raya kecil nanti kerana dalam PAS ini, mereka berpegang kepada walak dan biasanya bila sudah ada keputusan diambil pucuk pimpinan, ahli akan patuh,” katanya selepas mendengar ceramah Bangkit Selangor di Markas PAS Kota Raja, malam tadi.

    Ketua Penerangan PAS, Nasrudin Hassan menerusi ceramah malam tadi, secara terbuka menyeru ahli PAS menolak Pakatan Harapan (PH) dalam PRK Sungai Kandis kerana gabungan itu tidak mengamalkan dasar pemerintahan Islam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu umno harapkan Pas tanding 3 penjuru sipaya umno menang dengan pecahkan undi pembangkang...

      Sekarang umno perintah Pas jangan tanding supaya umno.menang...Pas takut dgn umno..

      Delete