Saturday, July 14, 2018

TEPAT, PANDI TOLAK PERLANTIKAN...





Sebagai bekas AG Melayu terakhir di era kerajaan umno, Zahid perlu memikirkan satu jawatan yang lebih tinggi dan sesuai kepada Pandi,  bukan sekadar Ahli Majlis Tertinggi, standard Lokman Adam. 

UMNO boleh mengikut jejak PAS dengan mengujudkan jawatan Mursyidul atau ikut jejak PKR dengan mengujudkan Penasihat Umum atau Pengerusi seperti BERSATU. 

30 comments:

  1. Jawatan sesuai penasihat undang2 loyar buruk umno....masa jadi AG pon Apandir kuat loyar burok...najib dibebaskan seblm masuk mahkamah.....najib tidak melakukan kesalahan..

    Saya ikut quran...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tiada keperluan Sprm siasat wang pelaboran 1 mdb yg lesap diluar negara...

      Delete
  2. BERANI BERKATA APANDI BOHONG 38
    26 Jul 2017 | Legal

    1. Ada komen bahawa saya tahu isi kandungan laporan-laporan oleh Bank Negara, MACC dan Auditor General kepada Apandi. Ya. Saya tahu. Saya memang tahu.

    2.Saya tahu isi kandungan laporan Bank Negara kerana A.G. Gani Patail telah menunjuk laporan itu kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin semasa dia masih menjadi Timbalan Perdana Menteri. Dalam ucapan Muhyiddin sebagai Presiden PPBM, dia sering menyebut berkenaan laporan-laporan yang ditunjuk kepadanya oleh A.G. semasa A.G. belum dipecat oleh PM. Dan kepimpinan PPBM, termasuk saya telah bincang laporan-laporan ini. Sebab itu saya tahu. Saya tidak akan cabar Apandi bersumpah jika saya tidak tahu kandungan laporan. Saya tahu A.G. Apandi bohong, sebab itu ia letak laporan itu di bawah Akta Rahsia Rasmi.

    3. Kami tahu dan Tuhan lebih tahu. Jika berani bersumpahlah.

    4. Wang tidak boleh dipindah dari satu tuan punya kepada tuan punya yang lain tanpa surat menyurat. Wang berbillion bahkan bermillion pun tidak boleh disimpan sebagai wang tunai. Ia perlu disimpan dalam bank. Jika melalui bank, bank juga akan masuk dalam buku akaunnya semua butir-butir berkenaan tuan punya, jumlah, matawang, haribulan, cek, bahkan kedudukan kewangan dan punca kekayaan orang yang menderma, atau membayar, atau membeli. Juga akan disebut nama penerima, haribulan, dan segala transaksi yang melibat wang berkenaan. Tidak mungkin wang tunai sebanyak itu diguna. Semua transaksi mengguna cek. Dan segala-galanya ditulis dalam cek berkenaan, dan buku akaun bank.

    5. Satu surat dari pemilik asal tidak mencukupi. Siapa sahaja boleh tulis surat seperti ini. Dokumen-dokumen lain perlu ditunjuk sebagai bukti kebenaran kenyataan kedua-dua pihak, pemilik, penerima, bank yang mengeluar dan bank yang menerima. Setakat ini dokumen-dokumen ini tidak ditunjuk sebagai bukti.

    6. Sesungguhnya pemidahan wang yang begitu banyak perlu direkod dalam berjela-jela kertas. Paper trail memang ada untuk pihak berkuasa menyelidiki akan kebenaran dakwaan oleh mana-mana pihak. Orang lain juga boleh mendapat maklumat jika mereka membuat kajian.

    7. Tetapi dalam kes US$681 million bersamaan RM2.6 billion yang ada dalam akaun Najib di Ambank, selain dari kononnya pengakuan oleh penderma Arab, tidak ada dokumen lain untuk bukti kesahihan pemindahan wang yang begitu banyak kepada Najib. Kita juga perlu diberitahu bagaimana duit ini diperolehi oleh Arab kaya ini. Tentulah ia memiliki jauh lebih banyak dari duit yang diberi. Cakap mulut Arab, Najib dan A.G. tidak cukup untuk menyakini mahkamah atau orang ramai berkenaan punca USD 681 million yang masuk dalam akaun Najib. Juga bahagian yang kononnya dikeluar.

    8. Sebaliknya Dept. Of Justice Amerika Syarikat memberi keterangan yang cukup berkenaan dengan pengaliran wang dari 1MDB kepada beberapa syarikat dan bank di Cayman Island, British Virgin Islands, Singapura dan akhirnya ke dalam akaun Najib di Ambank yang kemudian melalui beberapa bank dan syarikat kepada Jho Low. Jika DoJ membohong, samanlah jabatan ini. Tetapi Apandi atau Najib tidak saman walaupun tuduhan itu kena pada batang hidung mereka.

    9. Jikalau Apandi tidak tahu semua ini ia patut berhenti dari jadi Pendakwa Raya (AG). Bahawa dia masih pegang jawatan penting ini ialah kerana dia melindung dan dilindungi oleh Najib.

    10. Sesungguhnya satu lagi Royal Commission of Inquiry perlu diadakan untuk selidik kes ini. Jikalau isu tiga puluh tahun dahulu perlu disiasat kenapakah jenayah terkini disembunyi.

    11. Berani kerana benar. Jika takut menubuh RCI untuk ini, sebabnya tentulah kerana salah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kamu ni pasti tak pernah sedekah! Bukan islam nak bagi sedekah kena bawa Naga dan singa, terloncat2 menari tengah panas naik tangga nak terima sedekah..

      Kalau bole naik pentas dgn replika cek besar2 bergambar..

      Delete
    2. Kikikiki..
      Sedekah mcm mn tu?
      Siapa yg memerlukan dan siapa pula yg dapat?
      Dpt sedekah lepas tu pulangkan balik?
      Duit sedekah dtg dari tanore finance. Siapakah pemilik tanore finance?
      Seorang penderma shj atau penderma-penderma?

      Kenapa xabes2 nk bodohkan rakyat?

      Delete
  3. KEGAGALAN PERTAMA ZAHID HAMIDI YANG MEMUNGKINKAN LEBIH BANYAK KEGAGALAN LAIN DI MASA DEPAN

    Sedari awal lagi, sebaik saja nama bekas Peguam Negara, Apandi Ali tersenarai sebagai salah seorang Ahli MT UMNO yang dilantik, ramai yang memberi reaksi dengan menggelengkan kepala masing-masing.



    Sepantas itu kemudiannya media sosial sarat dengan luahan kekecewaan, tidak setuju serta marah oleh ahli dan penyokong UMNO sendiri dengan pilihan yang dibuat oleh Presiden UMNO, Zahid Hamidi itu.

    Malah, langsung tidak ada yang memberi pujian kepada perlantikan Apandi itu atau mengatakan ia sebagai pilihan tepat yang dirasakan mampu memberi sumbangan ke arah memperkuatkan UMNO setelah kehilangan kuasanya pada pilihanraya 9 Mei lalu.

    Secara mudahnya, Apandi dengan beberapa keputusannya dalam membersihkan nama Najib Razak sebagai Peguam Negara dalam skandal 1MDB sebelum ini, ia adalah tindakan yang dilihat tidak berwibawa dan tidak disenangi oleh ahli-ahli UMNO.

    Cuma, dulu mereka tidak berani bersuara kerana cengkaman "cash is king" yang terlalu kuat diamalkan Najib. Kini, dengan rata-rata sedar Najib adalah punca utama kekalahan UMNO dan BN, mereka tidak mampu lagi untuk terus berdiam diri.

    Di sudut yang lebih parah, perlantikan Apandi itu adalah juga bukti paling nyata tentang kegagalan serta tahap kemampuan Zahid Hamidi sebagai peneraju baru UMNO dalam usaha memulihkan parti tersebut.

    Kenapa Zahid Hamidi begitu naif sehingga gagal melihat bahawa Apandi bukanlah sosok yang mampu memberi apa-apa sumbangan ke arah memperkuatkan UMNO?

    Ini adalah kegagalan pertama yang tidak sepatutnya dilakukan oleh Zahid Hamidi sebagai Presiden UMNO yang sekaligus membayangkan lebih banyak kegagalan lagi akan terus dilakukannya selepas ini

    ReplyDelete
  4. ApAndir tolak MT mungkin kerana rasa tak glamer kerana umno dah kalah perang dan tiada harapan langsung untuk menang lagi...

    Apandi ahli umno dan otai umno tentu paham umno tiada tokoh lagi yg boleh memacu umno untuk menang pru....Zahid tak ade visi untuk melayu dan negara...slogan lapok umno membela melayu dan islam....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pimpinaan umno yg dipilih oleh ahli2 rata2 orang yg dah ade rekod masalah..

      Delete
    2. Betul tu.
      Ambil contoh PH.
      Pemimpin yg bakal nak ganti PM sangat bersih & tiada rekod masalah.

      Khaarrkk...ptuiihh...hanciinngg...

      Delete
    3. Alif, ba, ta, sa, jim,...???
      Jin mata tojeng
      Jin bertanduk

      Auw..auuww...auuwww...
      Tak kuaser I tau...
      Ki kik kik...

      Delete
    4. Jin bertanduk belajar quran separuh jalan sesuai jadi ahli MT umno bodoo....puuui..hihihihi..
      Saje nak tanye tandok ko ade berapa?...

      Bakal PM dari PH difitnah...

      Kah Kaah Kaaah Kaaah..

      Delete
    5. Difitnah oleh si tua renta kerana takut diguling. Lps tu si tua renta tu pergunakan balik untuk kembali berkuasa mengaut khazanah negara.
      Kecekapannya berjaya memukau & memperdaya puak2 Melayu sarkas bingai tomato yg dari keturunan jin mata tojeng & jin bertanduk mcm budak LGBT Bapuk Bodo.

      Auw...auuww...auuwww...
      Tak kuaser I tau...
      Ki kik kik...

      Delete
    6. Hey jin bertanduk..ketua prompak ko fitnah anwar fgn guna jubo sefool...tun madey anwar dah maafkan..

      Tanduk ko ade berapa?...saja tanye....jgn msrah..

      Ksh kaah....kaaaaaaahh

      Delete
    7. Lembu ade 2 tanduk...ko serupa mcm lembu gsknye .sebab lembu tak kira prompak kasi dedak pon lembu makan....
      Jgn maree...

      Kah kaaah kaaaaahh

      Delete
    8. Jin mata tojeng bodo tomato ada taring mcm bapak babi hutan...

      Ki kik kik...

      Delete
    9. KBB...jom main pondok2, kawin2...

      Auw...auuww...
      Tak kuaser I tau...
      Ki kik kik...

      Delete
  5. PM sahkan bekas hakim speaker baru Dewan Rakyat

    Norman Goh
    15 Jul 2018, 9:41 pagi (Dikemaskini 15 Jul 2018, 10:19 pagi)

    A A
    Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengesahkan bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohamad Ariff Yusof dipilih sebagai speaker Dewan Rakyat yang baru.

    Ditemui pemberita selepas pertemuan dengan kerajaan Sarawak di Kuching hari ini, beliau berkata perkara itu akan diumumkan tak lama lagi.

    "(Speaker baru adalah) bekas hakim," katanya.

    Ketika ditanya adakah bekas hakim itu adalah Mohamad Ariff, Mahathir menjawab, "

    Puak jin bertandok buta quran ker yg buat spekulasi lim kit siang akan dilantik sebagai speaker?

    ReplyDelete
  6. Hey jin bertanduk ...
    Saja nak tanye ostad melayu kampongan geng ko dah hilang kemana?...dah pergi bertapa ker?...bila tanye dah tahu subahat haram kenape sokong prompak terus ghaib dari alam maya...

    Berapa tanduk ko?...kat jubo ade tanduk tak?..
    Jangan maree saja jer tanye.....

    Kah kaah kaaaaaaaaaaaahh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Astagfirullahal 'adziim...mengucap dan beristifar banyak-banyak wahai saudara ku KBB. Janganlah berburuk sangka dan menuduh yang bukan2.
      Saya tidak hilang lesap dengan kerana kata2 saudara itu. Saya sibuk dengan urusan berdakwah di tempat lain juga, bukan di blog maya sahaja.

      Hentikan lah kerja mengumpat caci dan mengadu domba. Jadilah orang2 yang bertaqwa yang sentiasa bersyukur dan sentiasa mengabdikan diri kepada Allah.

      Belajarlah ilmu agama. Rajin2lah membaca Quran dan bersembahyang. Lakukan amalan baik dan tinggalkan perbuatan buruk mungkar.

      Saya mendoakan saudara memperoleh kejayaan di akhirat.

      Surah Al-'imran, ayat 113/114:

      لَيۡسُواْ سَوَآءً۬‌ۗ مِّنۡ أَهۡلِ ٱلۡكِتَـٰبِ أُمَّةٌ۬ قَآٮِٕمَةٌ۬ يَتۡلُونَ ءَايَـٰتِ ٱللَّهِ ءَانَآءَ ٱلَّيۡلِ وَهُمۡ يَسۡجُدُونَ (١١٣)
      يُؤۡمِنُونَ بِٱللَّهِ وَٱلۡيَوۡمِ ٱلۡأَخِرِ وَيَأۡمُرُونَ بِٱلۡمَعۡرُوفِ وَيَنۡهَوۡنَ عَنِ ٱلۡمُنكَرِ وَيُسَـٰرِعُونَ فِى ٱلۡخَيۡرَٲتِ وَأُوْلَـٰٓٮِٕكَ مِنَ ٱلصَّـٰلِحِينَ (١١٤) 

      Ahli-ahli Kitab itu tidaklah sama. Di antaranya ada golongan yang (telah memeluk Islam dan) tetap (berpegang kepada agama Allah yang benar) mereka membaca ayat-ayat Allah (Al-Quran) pada waktu malam, semasa mereka sujud (mengerjakan sembahyang). (113) 
      Mereka beriman kepada Allah dan hari akhirat dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), dan mereka pula segera pada mengerjakan berbagai-bagai kebajikan. Mereka (yang demikian sifatnya), adalah dari orang-orang yang soleh. (114)

      Delete
    2. Bagus lah kalo berdakwah..ko tak dakwah dan nasihatkan kawan ko jin bertandok yg masih meroyan sokong dan bela prompak?...tak nampak pon...dan ko sendiri dah berhenti sokong prompak?...

      Delete
    3. Tuan Ustad Melayu Kampung.

      Saya sudah katakan, Bapuk Bodo tomato ni bukanlah jenis manusia yg boleh diajar atau ditarbiahkan. Jin mata tojeng ni kalau ibarat ubi, jenis rebus tak empuk.

      Ustad bagi ayat apa pun, munafiq ini tak akan percaya, di atas dua sebab
      i) dia bukan tahu baca quran
      ii) dia terlalu taksub dgn kerajaan sarkas nya itu

      Daripada kita mendoakan dia beriman, lebih baik doa'kan dia cepat mampos & cepat sikit dijilat api neraka.

      Delete
    4. Ostad tak bagi ayat tak boleh subahat sokong prompak..tu pasal ko jin bertanduk mata tiga meroyan..

      saje tanye ko ade berapa tanduk?...mata 3 tanduk pon tiga jugak ker?..

      Jhn maree..

      Kah kaah kaaaaaaah.

      Delete
    5. Jin 3 tanduk mata 3 jin jahat...dia baca quran tapi tak ikut sedab dia jenis jin sangat jahat..tak paham pon apevdia baca..

      Jgn maree...betul ke tanduk ko 3?...saje saje tanye.

      Kah...kaah...kaaaaah..

      Delete
    6. Jin tomato mata tojeng membela perompak.
      Dia bantu untuk tabur fitnah dan bantu kepala perompak kembali merompak khazanah negara.

      Tak caya, tanya Bg Mat Syi'ah.
      Ki kik kik...

      Delete
  7. Imigresen: Jho Low guna nama sama pada pasport Saint Kitts dan Nevis

    Bernama
    15 Jul 2018, 8:28 pagi (Dikemaskini 15 Jul 2018, 8:30 pagi)

    A A
    Ahli perniagaan Low Taek Jho atau Jho Low dipercayai menggunakan nama yang sama pada pasport negara Saint Kitts and Nevis yang dimilikinya, kata Ketua Pengarah Imigresen Datuk Seri Mustafar Ali.

    "Kita dapati beliau masih gunakan nama yang sama (Low Taek Jho) pada pasport itu," katanya.

    Katanya adalah menjadi satu kesalahan sekiranya seorang warganegara Malaysia memiliki dua pasport.

    "Di negara ini kita tidak mengamalkan dua kerakyatan, setiap rakyat mesti memiliki hanya satu kerakyatan dan satu pasport Malaysia," katanya kepada media selepas meninjau proses prapelepasan jemaah haji oleh Jabatan Imigresen Malaysia dan pihak berkuasa Arab Saudi di Sepang semalam.

    Beliau berkata pihaknya terus menjalinkan kerjasama dengan dengan pihak berkuasa imigresen di seluruh dunia selain penglibatan pihak polis, interpol dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SRPM) dalam menjejaki Jho Low.

    Katanya, pasport Jho Low juga telah dibatalkan oleh Jabatan Imigresen pada 15 Jun atas permintaan SPRM berhubung penyiasatan mereka terhadap skandal 1MDB

    ReplyDelete
  8. Bekas PM kesali sokongan 'madah berhelah' pada Umno

    15 Jul 2018, 1:22 tengahari (Dikemaskini 15 Jul 2018, 1:47 tengahari)

    A A
    Datuk Seri Najib Razak menasihati mana-mana anggota Umno yang enggan atau tidak berani berkorban mempertahankan pertubuhan itu supaya meninggalkan parti berkenaan dengan segera.

    Beliau yang sebelum ini menjadi presiden ketujuh Umno berkata parti itu tidak memerlukan individu yang berpaling tadah, atau menunjukkan kesetiaan apabila ia menguntungkan diri sendiri.

    "Kadang-kadang ada juga orang kita melaungkan kesetiaanya, tapi kesetiaan itu waktu kita berkuasa.

    "Apabila kita dah tak ada kuasa, bendera Umno dipijak-pijaknya.

    "Orang begini memang lebih baik dia keluar Umno. Kita hanya nak orang yang setia dan sanggup atau berani mati dalam Umno," katanya yang dipetik akhbar Sinar Harian hari ini.

    Kata Najib, untuk golongan yang tersebut, sokongan mereka hanya diberikan ketika parti berada di tampuk kuasa, namun ia hilang sebaik sahaja pemimpin itu jatuh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kecian najib...saper yg sebabkan umno dibenci oleh rakyat?....kalo najib tak merompak dan ahli umno tak bela prompak umno masih noleh menang...

      Delete
  9. Projek solar: Bekas pembantu Najib bebas tahanan reman
    Bernama
    15 Jul 2018, 2:02 tengahari (Dikemaskini 15 Jul 2018, 2:06 tengahari)

    A A
    Bekas pegawai khas kepada bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang direman bagi membantu siasatan berhubung dakwaan penyelewengan pemasangan panel tenaga solar sekolah di Sarawak, dibebaskan Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini.

    Majistret Chyfica Mohamed Zamri membenarkan lelaki itu dibebaskan dengan jaminan sebanyak RM16,000 dengan seorang penjamin selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak meminta lanjutan reman.

    Lelaki berusia 44 tahun bergelar 'Datuk' itu sebelum ini direman enam hari sejak Selasa lalu bagi membolehkan kes disiasat mengikut Seksyen 49 Akta SPRM 2009.

    ReplyDelete

𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚?

  𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚? Kita jawab secara am "Letak RM10,000 berapa boleh saya untung?&q...