Friday, July 13, 2018

TERIMA KERAJAAN PH DENGAN PERBEZAAN PENDEKATAN URUS NEGARA....





Ada yang komen: orang Brunei tiada bantahan sebab di sana parti umno dan pas tidak ujud. 






Memilih PH bukan sekadar 1mdb,  gst,  harga runcit petrol dan tangkap penjenayah 1mdb. 

Jika ada yang memilih atas dasar itu,  mungkin ada yang kecewa,  yang akan kata silap memilih PH. 
Sama juga yang memangkah umno,  ada yg mengaku silap selepas pembongkaran dibuat. Baru sedar siapa najib? 

Bagi yang memilih PH,  mereka terus redha dan sokong pendekatan pengurusan negara,  pendekatan yang berbeza.  Jika nak sama dengan dulu,  buat apa pilih PH. 

Perkara ketara sejak PH perintah adalah pelbagai permohonan dari pelbagai pihak, atas dasar mereka fikir Kerajaan PH lebih terbuka,  itu kebebasan suara. 
Apakah permohonan dan kemahuan mereka itu melambangkan kerajaan PH? 
Tidak,  itu hanya suara yang dibenar,  suara yang sudah lama tersimpan.. 

Apakah kerajaan sudah luluskan.. 
Belum.. Kecuali yang sudah diumumkan. .
Contoh.. 
Kerajaan tidak akan hantar zakir nak ke India walaupun didesak. 

Bagi yang mahu pendekatan yang sama seperti yang umno lakukan,  memang tidak akan ada terutama jika itu menjahanamkan negara dan rakyat.  Suka atau tidak,  inilah kerajaan baru. 

Umno sebagai pembangkang kena faham,  cara lamanya ditolak,  jika masih mahu mengekalkan cara lama,  ia tetap ditolak sebelum dan kini. Apa cara lamanya...perkauman, takutkan melayu dengan DAP dan Islam mirip PAS. 

Seterusnya.. 
Adakah rasional 100 hari menggambarkan kerajaan PH.. 
100 hari sekadar perbincangan dan penilaian bukan gambaran dan hukuman.. 

Setahun.. Belum tentu masalah yang ditinggalkan kerajaan lama dapat di atasi.. 
Dua tahun,  apa yang disemai,  nampak tunas.. 
3 tahun.. Sudah boleh gambarkan mampu atau tidak mampu urus tadbir yang baik. .

Kenapa tidak begitu sabar...