Tuesday, July 24, 2018

YANG KALAH MENGAKU SAHAJALAH SILAP DAN SALAH - YANG MENANG TUNAIKAN JANJI, CEPAT ATAU LAMBAT

Barisan kepimpinan dan anggota BN diingatkan agar sedar diri berikutan parti itu bukan lagi kerajaan.

Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan berkata sehubungan itu kepimpinan dan anggota parti tidak perlu menjelaskan sebarang isu kepada rakyat kerana ia telah menjadi tanggungjawab kerajaan Pakatan Harapan untuk menyelesaikannya.

“Apa sahaja isu yang timbul seperti kos sara hidup Felda, GST (Cukai Barang dan Perkhidmatan) dan 1MDB (1Malaysia Development Berhad) biarlah kerajaan hari ini yang jawab.

” … kita sudah kalah, buatlah cara kalah dengan pandai membawa diri dan tidak menjadi cemuhan orang,” katanya ketika berucap pada majlis pengenalan calon BN Pilihan Raya Kecil (PKR) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis di sini, malam tadi.

http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2018/07/25/bn-akan-gagal-di-sg-kandis-jika-pas-tak-tolong-kata-lokman/
AKHIRNYA SEDAR DIRI TANAH TINGGI RENDAH DAN MENGEMIS MINTA UNDI. 





# Tok Mat ni walaupun umno tetapi masih ada sikit suka dan hormat padanya. 
Pemimpin Tertinggi yang sedar diri ketika pecacai bawahan mereka  masih songsang,  meroyan dan syok sendiri dengan hujah sempit basi.