.jpg)
Benarkah Islam yang dianuti majoriti Melayu menghalang kejayaan kaum itu berbanding dengan bangsa lain yang tidak ada halal haram dan sebagainya (?)
Asal:
Orang Melayu kena hentikan sikap memusuhi bangsa lain dan gantikan kualiti diri untuk bersaing dan terus
maju. Hanya berjaya dari segi siasah, ugama dan ekonomi sahaja dapat membantu pandangan tinggi bangsa lain terhadap Melayu.
Memaksa mereka untuk menghormati bangsa Melayu sekadar FAKTOR SEJARAH SAHAJA tidak banyak membantu malah merosak keadaan.
Senaraikan apa sahaja yang terjadi pada orang Melayu dan senaraikan apa sahaja sikap bangsa lain terhadap orang Melayu..hanya ada satu jawapan.
SALAH ORANG MELAYU ITU SENDIRI KEPADA DIRI DAN BANGSANYA?
1. Majoriti Melayu itu pemalas..
2. tidak mengamalkan Islam sebagai cara hidup... malah mempamirkan sikap dan perbuatan yang bercanggah.
* Apabila tidak mengamalkannya - Melayu paling banyak terjerumus ke lembah moral yang rendah, jenayah dan tidak amanah.
3. Merasa selamat dan tidak terancam kerana masih dalam nostalgia ini tanah airnya.
4. Pengkhianatan Pemimpin Melayu ke atas bangsa dan ugamanya.
Hakikatnya pada sesetengah tempat, pendatang Indonesia, Petani dan Kemboja jauh lebih kaya dan berharta atas modal "rajin".