Tuesday, September 23, 2014

Kajang Move Masuk Separuh Masa Kedua..lu ingat sudah habis ka...

Kenapa tiba-tiba suara dari dalam PKR yang dulunya tidak menyokong Azmin sebagai MB kini sudah sepi, kenapa terang sangat politik hipokrik yang PKR pamerkan.

Selama ini apa yang mereka jerit dan lolong lebih kepada takut kehilangan kuasa dan bukannya soal prinsip dan perlembagaan seperti yang dilaungkan.

Apa pula istilah Azizah tarik diri dari pencalonan MB hanya selepas diketahui Azmin telah dilantik. Istilah tarik diri ialah sebelum ada perlantikan..tiada istilah tarik diri selepas perlantikan..istilah yang tepat ialah pencalonan nama Azizah tidak laku, tidak dipandang, tiada nilai, dibakulsampahkan !!!

Kalau terima perlantikan Azmin tetapi masih mempersoalkan integriti Istana kenapa tidak saja lawan demi kebenaran atau sebenarnya itu sekadar untuk menutup rasa kemaluan yang bengkok.

walaupun dipertikaikan sejarah dan latarbelakang Azmin dalam perlantikannya sebagai MB tetapi keputusan telah dibuat 100% oleh Sultan Selangor mengikut perlembagaan dan "nasib kau lah Selangor".
Demokrasi mengatasi Rukun Iman, Rukun Islam dan Rukun Negara.

Apa yang membimbangkan ialah dari awal lagi peralihan kuasa antara Khalid dengan Azmin sudah berbau dendam mendendam dan adakah ini elok untuk rakyat Selangor. Pengistiharan Azmin untuk mengkaji semula semua perkara termasuk perjanjian air yang telah dimeterai oleh kerajaan negeri sebelum ini sangat drastik dan gelojoh.
Azmin sewajarnya tidak melayan kenyataan emosi Khalid sebelum bersara kerana siapa sahaja yang berada dalam kedudukan Khalid (jawatannya dirampas) pasti meluahkannya.
Sikap anti kerajaan Persekutuan dalam mentadbir negeri bukanlah bijaksana.

Sepatutnya Azmin berterima kasih kepada Khalid kerana menutup pejabat dan memecat Anwar sebagai Penasihat Ekonomi Negeri Selangor kerana itu memberi kebebasan kepada Azmin dari cengkaman dan telunjuk Anwar !!!

Amat mustahil untuk Azmin melantik semula Anwar kecuali kalau dia memang dungus.

Perlantikan Azmin merupakan permainan politik separuh masa kedua dari langkah kajang yang tidak mencapai sasaran. Azmin tidak akan dibiarkan lama seperti Khalid di kerusi MB...kecuali Azmin sendiri yang mendahului perancangan partinya. Azizah tentu meroyan bila melihat Shamsidar berdamping dengan Rosmah tak lama lagi...

Sultan Selangor telah diberi pilihan, diberi pandangan dan masa yang mencukupi untuk membuat pilihan MB dan sudah tentu Tuanku Sultan kena bertangjawab sepenuhnya di atas apa sahaja situasi selepas ini.

Integriti MB kini juga cerminan Integriti Istana..

3 comments:

  1. esok anwar akan di lantik lagi oleh MB Selangor yang baru sebab dulu masa acimin jadi s/u politik bang non, bang non bagi dia macam macam sebab tst sajalah, bini acimin pun special di mata abang non....kes acimin kaya raya, bini dia kaya raya, rumah besar, kereta besar dah tak jadi apa apa ke...dulu panas nak cari punca kenapa acimin kaya..

    ReplyDelete
  2. This Azmin will not last long as he carries with him lots of dirty baggages,sooner or later these baggages will surface.by his enemies within his own party or outside.Just wait and see.

    ReplyDelete

𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚?

  𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚? Kita jawab secara am "Letak RM10,000 berapa boleh saya untung?&q...