Wednesday, August 31, 2011

Pengisian Kemerdekaan...Satu yang boleh dibanggakan

Selepas 50 tahun, Singapura serah kemudahan loji air


31/08/2011 4:30pm

JOHOR BAHRU 31 Ogos – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini berkenan menyaksikan majlis penyerahan kemudahan loji rawatan air dan rumah pam secara rasmi oleh Lembaga Perbekalan Awam Singapura (PUB) kepada kerajaan negeri Johor.
Majlis menandatangani penyerahan dua loji rawatan air dan dua rumah pam milik PUB disempurnakan secara bersama oleh Pengerusi PUB, Tan Gee Paw dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Obet Tawil di Loji Air Gunung Pulai di sini.
Turut hadir pada majlis bersejarah itu ialah Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman dan Menteri Sekitaran dan Sumber Air Singapura, Dr Vivian Balakrishnan.
Selain Loji Air Gunung Pulai, PUB menyerahkan Loji Air Sungai Skudai, Rumah Pam Tebrau dan Rumah Pam Pontian berikutan kontrak bekalan air selama 50 tamat antara PUB dan kerajaan negeri Johor di bawah Perjanjian Air 1961 hari ini.
Dalam ucapan pada majlis itu, Abdul Ghani mengucapkan terima kasih kepada PUB kerana mengurus dan menjaga semua kemudahan loji rawatan air dan rumah pam berkenaan dalam keadaan baik sepanjang tempoh perjanjian tersebut.
"Loji rawatan air Gunung Pulai adalah berkualiti tinggi dan kerajaan Johor bercadang meneruskan usaha baik PUB itu,” katanya.
Beliau juga berkata, kerajaan negeri menimbang untuk menaiktaraf semua kemudahan berkenaan demi menampung permintaan bekalan air bagi penduduk Johor Bahru dan Pontian. – Bernama

Tuesday, August 30, 2011

Kami Menyampah Rosmah

Itulah topik utama perbualan hari raya yang tidak dapat dielakkan  ketika saling berjumpa dan kunjung mengunjung - Ingatan buat Najib, Rosmah, Rais dan Media Prima.

1Malaysia menyampah Rosmah !!!

Situasi sudah sama seperti di era paklah apabila rakyat tidak segan silu lagi mencerca dan maki hamun.

Nyata Najib tidak sedar perkara ini secara betul dan tepat, sebahagiannya di sebabkan kaki pengampu di sekekliling dan sebahagiannya lagi disebabkan ada puak yang memang sengaja mahu Najib jatuh tersungkur dan melepaskan jawatan secara malu.

Sekali lagi rakyat akan mengalih perhatian kepada pembangkang bukan kerana mereka bagus tetapi kerana Najib dan Rosmah sudah dalam ketegori 'syok sendiri' yang meloyakan. 




Anwar dipercayai dikonspirasi, Mahathir juga yang the best,  harapan baru kepada Muhyiddin, Mat Sabu yang kena beli, Melayu DAP, politik kaum cina, Melayu yang tidak merdeka dan Nik Aziz yang sudah tua...antara tajuk lain yang mendapat perhatian.






Monday, August 29, 2011

Vell Paari Samy Vellu kecut dengan Muhyiddin..

Anak mantan Presiden MIC Samy Vellu, Vell Paari dan sebuah akhbar berbahasa Tamil telah secara tidak langsung mengesahkan bahawa spekulasi bahawa ada kuasa dalaman Umno yang sedang giat cuba menyingkirkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak daripada tampuk kekuasaan sememangnya wujud dan tengah berlaku. Berdasarkan laporan Free Malaysia Today (FMT), akhbar Tamil Nesan memetik Vell Paari sebagai berkata MIC perlu menimbangkan semula kedudukannya dalam Barisan Nasional sekiranya Najib disingkirkan daripada tampuk kuasa oleh kumpulan tertentu di dalam Umno.
Vell Paari turut berkata ‘terdapat spekulasi hangat bahawa Najib sedang menghadapi cabaran di dalam Umno.
Sekiranya spekulasi itu benar, Vell Paari menggesa MIC untuk mempertahankan Najib.
“Beliau ialah perdana menteri terbaik dari sudut menjaga keperluan komuniti India, jadi kita harus sokong beliau.
Kita tidak pasti sama ada laporan itu benar, tapi MIC mesti mempertahankan Najib daripada mereka yang bekerja melawan perdana menteri,” kata Vell Paari sebagaimana yang dilaporkan FMT.
Vell Paari dilaporkan membangkitkan isu tersebut dalam satu mesyuarat jawatankuasa kerja MIC baru-baru ini, dan menegaskan bahawa ini adalah pandangan peribadi beliau.
“Ini pandangan peribadi saya. Terpulangkan kepada kepimpinan parti dan ahli jawatankuasa untuk menerima pandangan saya ataupun tidak,” tambah.
Walaupun dinafikan sekeras-kerasnya, banyak sumber maklumat dari dalam Umno telah menyatakan sememangnya wujud pertembungan ketara antara dua pasukan dalam Umno, satu daripadanya didakwa diketuai oleh timbalan Najib, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Ada sumber dari MCA turut menyatakan bahawa parti komponen Barisan Nasional yang bukan Melayu mesti memastikan Najib kekal sebagai perdana menteri, sekiranya tidak masa depan mereka akan hangus.
Terdapat juga ura-ura bahawa Muhyiddin mendapat sokongan daripada mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir untuk menjaga kerjaya politik anaknya Ahli Parlimen Jerlun Mukhriz Mahathir, yang tewas memalukan di tangan orang yang paling dibenci ayahnya, Khairy Jamaluddin sebagai Ketua Pemuda Umno pada pemilihan Umno yang lepas.
Dr Mahathir, bagaimanapun telah menafikan spekulasi ini, dan berkata ini hanyalah usaha untuk merosakkan Umno dengan membuatkan para pemimpin mereka bersyak-wasangka terhadap diri sendiri.
http://abushahid.wordpress.com


#  Satu signifikan dan promo yang baik untuk Muhyiddin kerana Melayu memerlukan sesaorang yang lebih melayu dalam UMNO, walaupun Muhyiddin tidak akan menggugat Najib, tetapi sokongan dan harapan orang Melayu kepada UMNO akan kembali atas faktor ujudnya orang seperti Muhyiddin di UMNO. 

Tahniah kepada pembangkang yang telah membantu kuatkan UMNO dalam isu ini walaupun niat asal mereka memecahbelahkan UMNO.

Apakah ahli UMNO akan mengambilkira pandangan komponen untuk menentukan siapa yang mereka akan pilih sebgai Presiden? Jika ada, bacul lah ahli UMNO seluruhnya membiarkan rumahtangga sendiri ditentukan oleh pihak lain. 


Hakikatnya memang benar Najib kurang perhatian kepada Melayu hingga bangsa lain selesa dengannya.

Saya ada kamu...

Ya Allah, sejahterakanlah pengunjung blog ini dengan rahmatmu dan permudahkan urusan mereka, amin.

Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf zahir dan batin.




 

Sunday, August 28, 2011

Aidil Fitri di celah 'kemenangan' kapir..

Umat Islam Malaysia 2011 akan Beraidil Fitri di tengah-tengah 'kemenangan' golongan kapir yang makin menguasai politik dengan perpecahan Melayu Islam yang ketara dan isu murtad yang berleluasa. 


 

Ahli2  PAS Selangor protes terhadap Nik Aziz dan Khalid Gereja, potret Hadi Awang dikecualikan.



PRU13: SPR arah semua parti guna lambang baru ?

                                                                                   BN
 Pembangkang






                                                                                           Kuasa Asing Menunggu




















Saturday, August 27, 2011

Rosmah Mansor Queen Marie Antoinette dari Perancis

Copy and paste untuk tujuan arkib blogg ini.

Apa yang saya katakan ini adalah sebagai jawapan balas kepada artikel ini. Ia bukanlah sesuatu yang baru tetapi apa yang telah saya sebut banyak kali pada masa lalu. Malah, dalam lebih daripada satu jam saya ditemu bual TV3 di Perth, saya menyentuh mengenai isu ini. Malangnya, TV3 tidak cukup 'berani' untuk mengudarakan wawancara saya ini.

Pertama sekali, kerana cara pilihanraya Malaysia yang dijalankan, walaupun Barisan Nasional (BN) mendapat hanya 45% daripada undi popular, ia masih boleh membentuk kerajaan persekutuan. Ini adalah realiti dan keadaan sebenar, dan ini adalah mengapa kita perlu kepada BERSIH - untuk mereformasikan sistem pilihan raya bagi mengubah keadaan ini.

Bagi Pakatan Rakyat untuk mampu membentuk kerajaan persekutuan, ia perlu untuk mendapatkan sekurang-kurangnya 60% daripada undi popular. Dan ini adalah hampir mustahil jika kita tidak mereformasikan sistem (pilihanraya). Mungkin 50% daripada undi popular boleh diperolehi. Tetapi 50% tidak akan memberikan Pakatan Rakyat membentuk kerajaan persekutuan. Ia patu memperolehi sekurang-kurangnya 60%.

Ini bermakna, tanpa rombakan besar-besaran dalam sistem, ia adalah mustahil untuk Pakatan Rakyat membentuk kerajaan persekutuan. Dan ini bermakna kita terpaksa melihat Barisan Nasional (BN) menjadi Perdana Menteri Malaysia yang seterusnya (melainkan jika Pakatan Rakyat boleh melakukan perkara yang 'mustahil' dan meraih 60% undi popular).

Biar kita melihat dengan jelas tentang satu perkara. Saya amat senang untuk melihat Perdana Menteri yang akan datang dari Pakatan Rakyat. Sama ada 'seseorang' dari Pakatan Rakyat itu Anwar Ibrahim atau Nizar Jamaluddin atau Lim Guan Eng atau sesiapa saja adalah perkara kedua. Ia bukan isu yang kita perlu bincangkan buat masa ini. Isunya, buat masa ini, siapakah orangnya dari Barisan Nasional (BN) yang selayaknya menjadi Perdana Menteri.

Dan sebab itulah enam tahun yang lalu pada tahun 2006, kita melihat kemungkinan bahawa ada seseorang dari Barisan Nasional (BN), yang juga bermakna daripada Umno, menjadi seseorang yang bersedia untuk memulakan agenda reformasi.

Dan seseorang ini, kerana kekurangan tiada calon alternatif lain yang lebih sesuai, adalah Tengku Tan Sri Razaleigh Hamzah alias Ku Li.

Itulah yang bermain di dalam fikiran, blogger, aktivis politik, dan ahli-ahli masyarakat awam dari kedua-dua belah politik yang sama-sama menanti dan melihat bagaimanakah Abdullah Ahmad Badawi alias Pak Lah boleh ditumbangkan dan digantikan dengan Ku Li.

Mesyuarat demi mesyuarat telah diadakan. Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad juga ditemui dan beberapa mesyuarat telah diadakan bersama dengannya juga. Dan ia juga telah mempersetujui bahawa Pak Lah akan disingkirkan dan Ku Li akan menggantikannya.

Tetapi ada satu syarat, yang Dr Mahathir telah tetapkan dan Ku Li tidak bersetuju dengannya. Satu syarat itu ialah: Apabila Pak Lah disingkirkan dan Ku Li mengambil alih, Majlis Presiden akan dibentuk dan Perdana Menteri yang baru akan 'dipandu' oleh Majlis ini.

Ini samalah seperti bagaimana kaedah yang diamalkan sembilan Raja-Raja, melalui Majlis Raja-raja. Tetapi Majlis Presiden ini akan sedikit berbeza. Ia akan menjadi satu de facto Majlis Perdana Menteri.

Ku Li, sudah tentu, tidak bersetuju dengan ini dan Dr Mahathir memutuskan untuk menyokong Datuk Seri Najib Tun Razak dan bukannya Ku Li. Najib bersetuju untuk menjadi Perdana Menteri pak turut dengan Majlis Presiden sebagai de facto Perdana Menteri.

Persoalannya: siapakah yang akan mengetuai Majlis Presiden ini - atau pada dasarnya de facto Perdana Menteri? Dan jawapannya ialah: Tun Dr Mahathir Mohamad. Ini, secara ringkasnya bermakna Dr Mahathir akan menjadi de facto Perdana Menteri sementara pengganti Pak Lah hanyalah sekadar Perdana Menteri pak turut.

Kemudian, datang pula orang nombor dua Cawangan Khas Perisikan Tentera, Kol Azmi Zainal Abidin, yang mendakwa beliau mempunyai keterangan dokumen bahawa Rosmah Mansor dan ADC beliau (dan suaminya) berada di tempat kejadian pembunuhan Altantuya Shaariibuu. Laporan inilaj yang paling merosakkan rancangan itu dan menolak penyertaan Najib dan meletakkan Ku Li kembali mendahului.

Pada hari selepas saya menandatangani Akuan Berkanun, Dr Mahathir memanggil Tan Sri Sanusi Junid ke pejabatnya dan bertanya kepadanya sama ada dia telah membaca Akuan Berkanun saya. Sanusi pada mulanya tidak tahu apa yang Dr Mahathir cakapkan. Selepas Sanusi membaca Akuan Berkanun itu, Dr Mahathir menjawab, "Raja Petra baru saja membunuh kuda kami. Kita perlu untuk mencari kuda yang baru. "

Walau bagaimanapun, sebelum paku terakhir sempat dipakukan ke dalam keranda Najib, Kol Azmi membuat pusingan U dan mendakwa bahawa semua keterangan itu telah dikeluarkan dari pejabat Perisikan Tentera dan telah dimusnahkan. Beliau juga mendakwa bahawa tiada salinan telah dibuat.

Daripada asalnya paku terakhir itu untuk keranda Najib, ia telah menjadi paku keranda saya dan Najib dilantik menjadi Perdana Menteri yang baru manakala Ku Li disingkirkan (bersama-sama dengan saya tentunya).

Apakah Ku Li akan menjadi Perdana Menteri yang lebih baik? Mungkin itu persoalan yang ramai orang tanya. Persoalan sama ada Ku Li akan menjadi Menteri Perdana yang lebih baik daripada Najib. Dan sama ada jika Ku Li menjadi Perdana Menteri, adakah kita akan mempunyai masalah Rosmah Mansor yang bertindak seperti Queen Marie Antoinette dari Perancis. Dan sama ada jika Ku Li menjadi Perdana Menteri, adakah kita akan mempunyai de facto Perdana Menteri yang berperanan dan memainkan peranan kuasa sebenar di belakang kekuasaan.

Ku Li telah membuat satu perkara yang sangat jelas, yang akan meresahkan Dr Mahathir bagaikan di neraka. Dan ianya adalah satu perkara: dia akan menjadi Perdana Menteri 'bebas' yang akan menekankan reformasi dan juga mempertimbangkan untuk membentuk 'Kerajaan Perpaduan' dengan pembangkang.

Berdasarkan asas bagi ketiga-tiga janji itu, kami memutuskan untuk menyokong Ku Li sebagai Perdana Menteri baru Barisan Nasional (Umno).

Ini adalah kembali pada tahun 2006, dua tahun sebelum pilihan raya umum pada Mac 2008 dan setahun sebelum perhimpunan BERSIH pada bulan November 2007. Tiada siapa yang menjangkakan prsetasi pembangkang dalam pilihan raya umum berikutnya pada 2008 atau 2009.

Malah, pada masa itu, tiada Pakatan Rakyat. Pakatan Rakyat belum terbentuk lagi. Dan DAP masih lagi parti pembangkang 'bebas' dan bukan sebahagian daripada mana-mana pakatan pembangkang.

Jadi, pertaruhan kami itu, ketika ketiadaan satu pakatan pembangkang yang kuat dan berdaya maju, adalah percubaan untuk mempengaruhi perubahan di dalam Umno dan menaikkan manusia terbaik yang boleh menjadi Perdana Menteri dan membawa pembaharuan kepada Malaysia.

Saya tekankan di sini, ini adalah pada tahun 2006, lima tahun yang lalu. Dan pada masa itu ini adalah alternatif terbaik.

Tetapi kita gagal untuk melihat satu titik yang sangat penting. Dan satu titik yang sangat penting ini adalah Dr Mahathir merupakan seorang ahli politik yang lebih berpengalaman daripada kita. Dan skrip bagi senario terakhir yang ditulis olehnya: bonekanya Najib telah menjadi Perdana Menteri dan bukannya Ku Li yang mahu menjadi 'bebas', mereformasi kerajaan, dan menawarkan pembangkang peranan dalam kerajaan di bawah Kerajaan Perpaduan.

http://pulakdah.blogspot.com/2011/07/rahsia-najib-menjadi-pm-dan-bukannya-ku.html

PRU13: UMNO Johor leka, PAS tawan Johor.


Peningkatan sokongan kepada PAS dengan kerjasama DAP mampu untuk Johor jatuh ke tangan pembangkang diketuai PAS jika kena strateginya.

UMNO Bahagian dan cawangan sangat tidak aktif dan aktiviti tidak mendapat sambutan di kalangan ahli adalah petanda sokongan kepada UMNO Johor merosot, 

Pemimpin2 bahagian sebok dan leka membahagikan projek dan peluang sesama mereka dan Ghani yang terlalu lama sebagai MB juga dilihat sebagai faktor penolakan ini.

Melalui DAP, PAS juga akan mudah mendapat sokongan negara jiran dan pengaruh ini boleh menguntungkan PAS.


K Pragalath | August 27, 2011
PAS Johor yakin memperoleh undi lebih banyak di negeri itu berikutan sokongan yang semakin meningkat di kalangan masyarakat bukan Melayu.

Potensi calon Melayu DAP bagi pengundi Melayu membuat pilihan dalam kategori berikut:

 

Calon BN ialah bukan Melayu / Calon Pembangkang Melayu DAP atau PAS: Undi Melayu wajib kepada Melayu DAP atau PAS

 

Calon BN ialah Melayu / Calon Pembangkang PAS: Undi Melayu wajar kepada kesesuaian calon untuk kawasan tersebut.

 

Calon BN ialah Melayu UMNO / Calon Pembangkang Melayu DAP:  Undi wajib kepada BN UMNO 

 

Calon BN bukan Islam / Calon Pembangkang bukan Islam: Undi Melayu wajar kepada kesesuaian calon atau boikot jika ragu2.


PRU-13: DAP Melayu ganti PKR

PULAU PINANG 26 Ogos - DAP berhasrat menggantikan kerusi-kerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) di negeri ini yang dianggap goyah dengan meletakkan calon Melayu pada Pilihan Raya Umum Ke-13.
Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras DAP Melayu, Zulkifli Mohd. Noor berkata, langkah tersebut perlu bagi memastikan kerusi-kerusi yang dikuasai pembangkang terus kekal.
Menurutnya, perkara itu sudah dibayangkan kepada pemimpin atasan pembangkang dan terpulang kepada mereka untuk memutuskannya.
"Banyak kerusi di negeri ini dilihat lemah dan boleh hilang pada pilihan raya akan datang.
"Kalau mahu terus memperkuatkan pembangkang di negeri ini, kita tidak boleh terus bersikap degil sebaliknya meletakkan calon lebih berkaliber di kerusi-kerusi lemah ini," katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.
Pada pilihan raya umum lalu, PKR meraih sembilan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan empat Parlimen di negeri ini.
Zulkifli berkata, sebagai contoh, kerusi-kerusi DUN Sungai Pinang dan DUN Tanjung Bungah dianggap lemah dan perlu diambil tindakan oleh pucuk pimpinan pembangkang.
Bagaimanapun, jelasnya, calon-calon Melayu DAP hanya diletakkan di kawasan-kawasan yang dihuni pengundi pelbagai kaum.-Utusan

Friday, August 26, 2011

Ke Somalia: Azeez perlu dapat kebenaran PAS

Misi Bantuan Kemanusiaan Ke Somalia anjuran Kelab Putera 1Malaysia, iaitu misi negara ke-15 yang bakal dijayakan oleh kelab itu disifatkan sebagai paling berbahaya dari segi aspek keselamatan. Namun, atas dasar kemanusiaan bagi membantu kira-kira 217,000 kanak-kanak yang bakal mati kebuluran dalam tempoh tiga minggu jika tiada bantuan makanan dan perubatan disalurkan, perasaan takut dan bimbang perlu diketepikan, kata Presidennya, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim.

Dalam soal berkebajikan sebegini sewajarnya Azeez dapatkan terlebih dahulu kebenaran PAS kerana yang paling lantang melaungkan kebajikan ialah PAS. 

Apakah sudah cukup mereka sekadar berpeluk tubuh? 

Kebajikan apa yang PAS maksudkan kalau rakyat Kelantan masih kebuluran air sejak 20 tahun lampau????

Apakah kebajikan bermaksud memakmurkan Gereja di Selangor diketuai Khalid Gereja?

Anwar memilih untuk berbohong di mahkamah?!

Jawapan di bawah dari seorang peguam yang berwibawa sesungguhnya sangat tepat dan menjawab keseluruhan persaolan kenapa Anwar memilih pembelaan diri tanpa bersumpah.

Pro pembangkang yang sebelum ini menyatakan itu adalah pilihan Anwar yang bijak dengan menjerat musuhnya (UMNO) jelas terkantoi-kantoi.

Nasib Anwar kini bergantung sepenuhnya kepada sejauh mana kredibiliti saksi yang dibawanya, samada sekuat temberangnya...

 

Tak perlu cakap benar apabila beri kenyataan tidak bersumpah – Peguam

# ( orang gila kalau bercakap sorang2 ada ke orang nak percaya )

- Aug 26, 2011 12:00:43.
Kenyataan tanpa bersumpah tidak memerlukan seseora
ng tertuduh itu untuk bercakap benar di mahkamah kerana pihak pendakwa tidak boleh ataupun tidak perlu menyoal balas tertuduh, kata peguam terkemuka Datuk Seri Dr. Muhammad Shafee Abdullah.
Beliau mengulas cara ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim membela diri di mahkamah pada 22 Ogos lalu.
Menurut beliau, setiap tertuduh mempunyai hak untuk berbuat demikian tetapi ia agak jarang digunakan kecuali atas sebab-sebab tertentu seperti tertuduh itu mempunyai tahap keupayaan minda yang rendah berbanding manusia normal lain.
“Ia biasanya digunakan dalam kes-kes tertuduh yang amat naif, antara waras atau tidak, ataupun tertuduh itu mempunyai sesuatu yang ingin disorokkan dan tidak berupaya menghadapi pemeriksaan balas pendakwa raya.
“Kenyataan tanpa bersumpah sebenarnya tidak memerlukan seseorang tertuduh itu untuk bercakap benar di mahkamah kerana pihak pendakwa tidak boleh ataupun tidak perlu menyoal balas tertuduh,” katanya.
Anwar yang memilih untuk memberi pernyataan tidak bersumpah dari kandang tertuduh dilihat cuba ‘menyelamatkan’ dirinya daripada disoal balas oleh pasukan pendakwaan yang diketuai oleh Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd. Yusof Zainal Abidin.
Selain itu, Shafie turut menyifatkan Anwar telah menghina mahkamah dalam kenyataan pembelaan kes liwatnya semalam apabila ‘menyerang’ Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah secara terang-terangan.
Katanya, selain memburukkan imej Mohamad Zabidin, Anwar juga dilihat cuba menjatuhkan reputasi institusi mahkamah di negara ini apabila mendakwa beliau ditindas daripada mendapat perbicaraan yang adil.
“Dalam kenyataan pembelaan Anwar setebal 32 muka surat semalam, beliau secara terang-terangan telah memburukkan institusi mahkamah serta para pegawai seperti hakim di hadapan para pemerhati dan orang awam.
“Kenyataan (pembelaan) Anwar semalam bukan bersifat membela diri tetapi lebih daripada kenyataan politik yang memburukkan mahkamah serta mengutarakan perkara-perkara tidak relevan,” katanya seperti yang dilaporkan Utusan.
Anwar dalam keterangan selama kira-kira satu jam 45 minit menegaskan bahawa Mohamad Zabidin menindas hak beliau untuk mendapat perbicaraan adil sungguhpun hakim berkenaan telah berpuluh kali membenarkan penangguhan demi menghormati Ahli Permatang Pauh itu sebagai tertuduh.

Pembangkang makin nazak, terdesak tahap gaban..

Dikutip dari http://kerajaanrakyat.blogspot.com/2011/08/best-la-datuk-seri-najib-razak.html

Sapa cakap Najib tak Islamik..? Tengok tu.... awal-awal lagi dia dah bayar zakat. Duit zakar tu zakat tu hasil titik peluh Najib sendiri tau...





Sampai ke tahap tu mereka cuba rosakan nama dan reputasi Najib dengan fitnah dajjal remeh mencerminkan busuk hati, terdesak dan nazaknya pembangkang.

Mereka sudah hilang pertimbangan kerana berserabut dengan kebajikan gereja hingga membuang Islam.

Kesiaannnn sungguh.



𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚?

  𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚? Kita jawab secara am "Letak RM10,000 berapa boleh saya untung?&q...