Bagi kaum Cina rata-ratanya perniagaan yang menjadi tulang belakang ekonomi mereka malah sudah sampai ke tahap global apa jua kemungkinan politik di Malaysia bukanlah sesuatu yang mereka bimbangkan sangat.
Soal gertak MCA untuk tidak punya perewakilan kaum cina di kabinet jika MCA tumpas langsung tidak menjadi satu kudis pun kerana semua itu pembohongan sahaja. Apakah nasib golongan perniaga seperti mereka terbela dari MCA??? Atau sebenarnya golongan MCA hanya mengautkan keuntungan sesama mereka sahaja?? MCA tidak ubah seperti UMNO malah lebih teruk lagi dalam soal mengumpulkan kekayaan di kalangan keluarga dan kroni.
Oleh kerana MCA terdiri dari golongan cina pertengahan yang sudah sedia berharta maka kekayaan mereka tidak begitu menonjol berbanding dengan kekayaan secara tiba2 oleh orang UMNO, dari kapcai buruk bertukar menjadi BMW menjalar, dari office boy bertukar menjadi jutawan balak - mana datang semua itu???
Perubahan selera politik semasa, keadaan ekonomi dunia dihayati oleh kaum cina dengan begitu peka sekali, mereka telah bersiap awal sepuluh ke duapuluh tahun akan datang. Rata-rata mereka sudah mempunyai perniagaan atau cawangan perniagaan di luar negara. Sesiapa sahaja memerintah sudah ada pengiraan tersendiri kerana 'kosong' pergantungan, malahan mereka hanya memerlukan sedikit 'lubang' atau sekadar 'seutas kabel kecil' dengan politik untuk berjaya dalam perniagaan.
Dengan wang mereka dapat membayar segala bentuk percukaian atau sekatan dan dengan wang orang politik kini datang merapat dan menyembah kerana harta kekayaan semulajadi sudah terhakis. Orang Cina kini menjadi warganegara Malaysia kelas pertama yang menikmati segala kekayaan dan kemudahan yang disediakan oleh kerajaan?
Di mana ketuanan Melayu yang dipopularkan UMNO? sekadar simbolan di sebatang keris yang dihunus setahun sekali dalam perhimpunan UMNO, di hadapan orang Melayu, dikalangan orang Melayu? Itupun 'terkecut dan minta maaf' bila ditegur oleh kaum lain.
Apa guna jadi 'Tuan" kalau dibumi sendiripun masih mengharap subsidi yang dinamakan 'keistimewaan' dan kini semua itupun dikekalkan dalam keadaan hilang maruah diri.
Kini tibalah pula giliran orang cina yang selama ini terlepas peluang melalui MCA untuk mengumpul kekayaan. Mereka terdiri dari kalangan orang2 MCA yang tersisih dan terdiri dari golongan yang menyokong DAP selama ini. Apakah mereka sebenarnya 'tergilakan kuasa politik' atau sebenarnya tergilakan 'peluang kekayaan segera' setelah lama ketinggalan.
Menyedari hakikat itu DAP tidak begitu kesah sangat siapa mahu menjadi PM tetapi lebih kesah untuk memastikan yang jadi PM kelak mampu menjadi 'boneka'. Adalah susah untuk mengawal seorang PM yang sama bangsa dan sama selera , lebih mudah kalau PM tetap Melayu mengikut Perlembagaan.
Bagi yang sudah kaya raya pula, mereka juga menyokong DAP kerana melihat ini akan menjadikan Malaysia lebih terbuka di awal pemerintahan yang dikuasai DAP kelak Mereka melihat ruang aktiviti ekonomi akan lebih luas serta terbuka. Atas kekayaan dan persediaan awal mereka, persaingan perniagaan akan menjadi baru, lebih besar dan meriah.
Sesuatu yang paling pasti, orang cina sudah hilang keyakinan kepada gaya kepimpinan UMNO sekarang yang cukup perlahan, tidak dinamik berbanding dengan negara2 jiran dalam bidang ekonomi secara besar2an.
Orang cina tidak kesah kalau kerajaan mahu melayan orang Melayu dengan pelbagai subsidi atau keistimewaan tetapi peluang dan ruang ekonomi kepada mereka hendaklah dibuka dengan luas. Walaupun beberapa kelonggaran telah dibuat oleh kerajaan termasuk fokus kepada golongan miskin cina tetapi itu bukanlah isu besar dan pokok persaolan.
Dewan2 Perniagaan Cina boleh mengambil tanggungjawab kepada golongan cina yang miskin dengan cara mereka sendiri seperti menyediakan peluang pekerjaan jika perniagaan mereka terus membesar, tetapi saolannya di mana ruang dan peluang ekonomi kepada mereka??? Semakin hari, pelabur luar negara sudah angkat kaki dengan dasar lapuk kerajaan??
Malaysia akan ketinggalan dari Indonesia, Thailand, Vietnam dalam masa terdekat, tidak lebih 5 tahun dari sekarang. Indonesia akan menjadi gergasi pengeluaran minyak kelapa sawit dunia???? Di Nigeria pun penanaman kelapa sawit dibuat secara besar2an dan intensif. Apa pro aktif yang Malaysia buat.
Kita pernah melihat sejarah bagaimana orng Cina menyokong, menyelamatkan UMNO dan Mahathir yang berdepan dengan Semangat 46 semata mata kerana Mahathir dapat memberi ruang dan peluang kepada kegiatan ekonomi dengan wawasan dan gerakerja yang jelas.
Orang cina juga boleh menyelamatkan UMNO sekali lagi kali ini tetapi apa balasan ekonominya? Mereka melihat DAP mampu? Anwar dan PAS hanya sekadar menguat dan menarik pertambahan sokongan kepada DAP, sampai masa Anwar akan diketepikan dengan begitu mudah sekali dan PAS akan dijadikan 'boneka'.
Masa sudah cukup terhad untuk Najib kembali meyakinkan perniaga cina dengan dasar ekonomi untuk kembali menyokong UMNO.
Bajet yang hanya tertumpu kepada isu cabang dan kecil, domestik seperti kos sara hidup, peningkatan peruntukan, pengecualaian cukai adalah tidak memadai dan bukan isu pokok kerana hanya kegiatan ekonomi yang mega sahaja mampu merancakkan ekonomi dan peningkatan pendapatan rakyat.
Mega bukan bererti 'projek gajah putih atau sekadar angka2 besar' tetapi bererti keterlibatan semua pihak dalam menjayakan aktiviti ekonomi, bukan untuk sekelompok kecil dan tidak jelas di mata rakyat.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
-
BRIM bagipun berperingkat, slow macam siput babi, amaun ciput, tangguh satu hari ke satu hari, perlancaran belanja ratus ribu setakat n...
-
Sesuai sangatlah PRU kali ini kubur pas dan umno bersebelahan - berjiran. Dulunya kapir mengkapir, sembahyang dua imam, cerai berai, kendu...
-
KLUANGMAN KEMBALI KLUANGMAN KEMBALI KLUANGMAN KEMBALI KLUANGMAN KEMBALI ...
Kluangman, kau dah jadi Aspan Alias pulak ke?
ReplyDeletedunia lama dah nak habis nyawa, tahun depan dah masuk dunia baru. hang masih nak cerita pasal ekonomi palsu, cina vs melayu. cuba-cubalah baca ekonomi & politik kat luar negara sekarang ni.
ReplyDelete