Saturday, August 13, 2011

Takebeer - UMNO dan PAS saling mabuk - sudah tenggelamkan takbir..

Sewajarnya di Ramadhan ini jihat dan perjuangan menegakkan (bukan mencodongkannya, bukan menggadaikannya, bukan bersikap bisu dan pekak) Islam makin bertambah kuat dan padu.

Di Ramadhan ini sahaja beberapa insiden drastik, agresif dan kurang ajar telah berlaku di depan mata  bermula dengan cubaan memurtadkan sekumpulan orang Islam DUMC, resepi babi oleh akhbar Star, larangan azan subuh menggunakan pembesar suara di PP dan banyak lagi yang tidak dilaporkan.


Semua isu itu bagai najis dibaling tanpa segan silu atau bersembunyi tetapi tepat ke muka orang Melayu dan Islam di mana ketika UMNO dan PAS kononnya berlumba untuk menyatakan merekalah pejuang Islam sebenar, di mana mereka dalam isu ini? Takebeer sudah tenggelamkan takbir ??!!


Terang2an itu satu cubaan yang jelas dalam isu penyebaran dakwah mereka yang bertentangan sama sekali dengan perlembagaan negara tetapi sekali lagi menteri yang dipertanggungjawabkan hanya menyumbat kapas di telinganya.

Sebelum2 inipun memang mereka sudah berjaya memurtadkan entah berapa ramai orang Islam tetapi gerakan mereka sulit dan sukar dikesan. Mereka sendiri tahu pada waktu itu jika gerakan mereka dapat dikesan, seluruh umat Melayu dan Islam akan bangkit bersatu dan ganyang mereka, tetapi sejak 5 tahun kebelakangan ini pertentangan terhadap Islam dan penyebaran mereka begitu terang-terangan dan banyak kali tanpa segan silu tanpa rasa gentar. Kenapa?

Mereka berani secara terangan  kerana mereka sudah tahu Melayu dan Islam kini sudah tidak bersatu, sudah tidak bulat, malah berpecah 3 atau 4 dan mungkin sampai 10 pun. Kualiti Islam pada Melayu sudah luntur dan berjaya dipudarkan.

Orang Islam di Malaysia memang sebenarnya sudah semakin lesu, sudah leka, sudah buta, sudah tak kesah dengan ugama mereka samada mahu dilacur atau dipijak. 
Mereka hanya menunjukkan reaksi yang sangat sedikit dan lembut. Marah2 sayang kepada pelaku. 
Semalam, satu bantahan dibuat secara kumpulan selepas solat di hadapan Masjid Shah Alam menyatakan sokongan kepada JAIS? Itu sahaja? Mana dia ratusan ribu umat Melayu dan Islam yang sama2 keluar ghairah kononnya  berjihat dalam BERSIH dengan berketuakan kapirdan peliwat??


Apakah jihad di sini low kelas berbanding dengan jihad di BERSIH sehingga tidak sanggup lakukan sesuatu yang lebih besar menyatakan perasaan kita??? Kenapa terasa kotor untuk melakukan sebesar itu? Kenapa bantahan ini tidak dibuat di semua masjid seluruh negara??? Kenapa tidak ada koordinasi sebegitu???  

Sejarah silam menunjukkan pendakwah dan pejuang Islam meluaskan pengaruh Islam dengan bersusah payah merentas dunia termasuk berperang jika dihalang tetapi hari ini di bumi Malaysia, ketika berkuasa, di depan mata Islam dipermainkan - bukan makin memperjuang, mempertahan malah takut dan malu, bertelagah sesama sendiri -  makin menggadai dan memurahkan Islam dikacamata kapir laknatullah.


Perang Badar dalam sandaran ketakwaan kepada Allah sudah tidak jadi pedoman sebaliknya sandaran undi kini jadi pilihan pemimpin yang masih berkulitkan Islam tetapi darah dan jiwa mereka mungkin sudah munafik dan kapir !?  Mereka sahaja yang lebih tahu dan balasannya kita tunggu sahajalah bala dari Allah atas kelalaian bersama.

Apa yang berlaku sekarang, hanya satu permulaan apabila mereka lihat Melayu dan Islam tidak sekuat dulu, cubaan setrusnya akan menyusul kemudian. Tunggu ?!












No comments:

Post a Comment

6ANGKA