Thursday, August 25, 2011

Harap bukan kaknyah ugut Hishamuddin..

Rakyat mengutuk sekeras kerasnya tindakan ugutan yang dibuat ke atas Hishamuddin selaku Menteri Dalam Negeri yang telah menjalankan tugasnya dengan penuh berkesan dan berwibawa. 

Tidak wajar menteri yang paling banyak mengeluarkan amaran dan nasihat ini dibalas dengan ugutan  dan kekerasan.

Polis wajar dapat menangkap suspek terlibat yang dianggap 'merbahaya'.

 

 

Kes Hishamuddin diugut disiasat bawah Seksyen 507 KK


25/08/2011 4:42pm

KUALA LUMPUR 25 Ogos — Polis akan menjalankan siasatan kes mengenai Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menerima dua butir peluru hidup, di bawah Seksyen 507 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan menakutkan secara jenayah.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah dalam satu kenyataan berkata polis menerima laporan mengenai kejadian itu pada kira-kira pukul 4.30 petang semalam, yang menyatakan bahawa pejabat menteri itu menerima peluru serta nota berbaur ugutan.
Semalam, pejabat menteri itu di Putrajaya menerima dua butir peluru hidup dalam sebuah sampul surat yang dihantar melalui pos kira-kira pukul 2 petang.
Hishammuddin dilaporkan berkata, sampul surat itu turut mengandungi sebuah buku yang mana di dalamnya ditebuk dan diletakkan peluru-peluru tersebut.
Menurutnya muka surat pertama buku itu mengandungi ugutan yang bertulis tangan. — Bernama

4 comments:

  1. saya pun mengutuk sekeras keras nya dan beri amaran kepada sesiapa yg hantar peluru itu. amaran keras!!

    ReplyDelete
  2. Berdasarkan rekod, jika suspek tertangkap, Hishamuddin tentu akan memberi pandangan dan nasihat supaya 'melakukan sesuatu' seperti nasihatnya kepada STAR tempoh hari.

    ReplyDelete
  3. Kalau dpt tgkap suspek tu harap mnteri amaran dpt beri amaran jugalah mcam selalu, Kah,kah,kah.

    ReplyDelete
  4. Apa takut???

    Bagi Amaran dengan keris la !!!!!

    ReplyDelete