Saturday, July 7, 2018

APAKAH PAS BOLEH BERKEMBANG DI ERA PH KUASAI PUSAT?

Halangan utama PAS ialah mantan² panglima dan hardcore  PAS sebelum ini telah menubuhkan AMANAH dan kini berada dalam kerajaan PH dengan diberi beberapa jawatan utama. 

Mujahid Rawa sebagai Menteri Hal Ehwal Ugama Islam di JPM sekadar menyebabkan PAS makin sukar mempolitikan ugama. 

Dengan isu "menerima wang dari umno', nafas PAS makin berlumpur. Apapun harapan PAS masih ada jika mendapat penghijarahan ahli umno atau bekerjasa dengan parti tersebut. 





4 comments:

  1. Paa kena tukar nakhoda dan panglima2 yg dah di rosakkan oleh najib....masalahnye pas mcm umno tiada pelapis yg berwibawa walo ramai yg berkelulusan tinggi....

    ReplyDelete
  2. Saya melihat PAS, seperti juga UmNo, sedang melalui detik-detik akhir kewujudan mereka. Lihat saja bagaimana para calon YB mereka dulu mengangkat sumpah bai'ah akan ditimpa laknat sekiranya mereka menyertai parti-parti lain. Di atas sumpah laknat ini mereka tidak boleh bersekutu dengan UmNo mahupun PH kerana perbuatan ini akan melanggar maksud bai'ah laknat mereka tersebut.

    PAS juga terkenal dengan sikap mereka yang akan mengubah fatwa mereka sendiri mengikut kepentingan semasa politik kepartian mereka tanpa menarik balik fatwa yang lepas atau memberi justifikasi dari sudut usul fiqh mengapakah fatwa mereka berubah.

    Bezanya pada kali ini berbanding fatwa-fatwa mereka yang terdahulu ialah kali ini mereka sendiri yang telah mengikat diri mereka dengan satu sumpah bai'ah laknat.

    Kali ini saya fikir mereka akan cuba beralasan konon 'bersekutu' adalah tidak sama dengan 'menyertai'.

    Sebahagian kaum Bani Israel pernah menahan lukah pada hari Jumaat dan memungut hasilnya pada hari Ahad dan beralasan bahawa 'kami tidak melanggar larangan bekerja pada hari Sabtu'. Akhirnya mereka benar-benar ditimpa laknat.

    Bersekutu dengan PH bermakna berbai'ah kepada kepimpinan Tun M, seorang yang mereka label sebagai anti Islam, taghut, Mahafiraun dan 1001 lagi gelaran2 yang membawa maksud tersirat 'kafir'.

    Bersekutu dengan UmNo pula bermakna mereka bersekutu dengan parti yang mereka sendiri pernah kafirkan secara terang-terangan sehingga menyebabkan berlakunya pertumpahan darah di Memali.

    Seperti UmNo, PAS juga sudah menghampiri klimaks kepada kewujudan mereka. Kemenangan mereka di Terengganu pada kali ini akan membongkar lagi fakta bahawa mereka hanya menjadikan agama sebagai tunggangan untuk kepentingan duniawi.

    PAS terkenal dengan pelekat-pelekat yang mempunyai berbagai-bagai slogan retorik. Salah satunya ialah slogan 'KEBENARAN PASTI DATANG'.

    In shaa Allah kebenaran itu sudah semakin hampir dan apabila ia benar-benar tiba, kesemua pasukan-pasukan yang berada di atas jalan yang bathil akan dilupuskan sama sekali untuk memberi laluan untuk umat ini meninggalkan sama sekali zaman fitnah.

    Apabila datang kebenaran maka lenyaplah kebathilan dan apabila yang bathil itu lenyap ia tidak akan kembali lagi, in shaa Allah.

    Wallahu a'lam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kupasan yang baik, yang mampu menyentak dan menyentap sesetengah fikiran

      Delete
    2. Betul.
      Disebalik kabur dan hijab yg dijanakan oleh penunggang2 agama dan penjual taek, adalah kebenaran.
      Umno itu sebenar2 nya mmg bersatu.
      Pas itu sebenar2nya mmg amanah.
      BN itu utk keadilan.
      DAP itu rakan kemanusiaan demi Warisa.
      PH itu gabungan utk masa depan utk Rakyat Malaysia.
      BN Umno dan Pas membawa bathil,dan sudah tidak layak diberi kwpercayaan langsong.

      Delete

𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚?

  𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚? Kita jawab secara am "Letak RM10,000 berapa boleh saya untung?&q...