Google+ Followers

Tuesday, July 3, 2018

BETUL KAH NAJIB TAK CUKUP MASA MEMPERTAHANKAN DIRINYA SENDIRI...

Antara fakta:

Najib tahu dia akan didakwa,  dia tahu apa jenayahnya?

Segala tuduhan skandal ke atasnya bukan baru,  sejak 2013, bukan selepas dia kalah PRU14, apakah belum cukup masa kalau semua itu bukan satu kebenaran yang tidak boleh ditangkis?

Diajak ke mahkamah beberapa kali oleh beberapa pihak,  kenapa enggan malah menyalahguna proses undang² untuk mengelak dan menghalang?
Malah soalan 1MDB,  dihalang dengan pelbagai alasan.

Ribuan kali Najib dituduh penyangak besar oleh Tun,  kenapa tidak saman fitnah,  saman mempertahankan diri?

Najib Razak,  atas semua pembohongan kamu,  kalau 100 kali berbohong,  kamu perlukan 1000 pembohongan untuk cuba menutupnya.

Ingat lagi,  nasihat kami: bangkai gajah tidak boleh ditutup dengan nyiru.

Pesan orang bijak pandai: sepandai pandai tupai melompat..


# Proses siasat tangkap dakwa penjenayah adalah juga proses keadilan.
# Layanan istimewa atau pengampunan yang tiada relevan adalah pengkhianatan.




Klik DAKWAAN KE ATAS NAJIB LEWAT JIKA DIBANDINGKAN DENGAN HUGE DAMAGE HAS BEEN DONE

10 comments:

  1. Najib sendiri cari bala kerana yakin wang boleh beli sokongan..

    ReplyDelete
  2. sewaktu diadili dia wajar diberi layanan baik atas jawatan dia sebelum ini.. tetapi jika didapati bersalah hukuman maksima mesti diberi atas jawatan dia sebelum ini juga

    ReplyDelete
  3. Macai-macai Najib suka sangat tanya bila Najib nak kena tangkap, bila Najib nak kena dakwa, dan suka pula gebang tak berani tangkap dan tak berani dakwa bermakna Najib tak bersalah.

    Macai-macai low class ni asyik mainkan isu konon Tun M dan PH tak ada sebarang bukti Najib bersalah dan sebab tu Najib masih belum ditahan.

    Nah, apa yang macai-macai harapkan sangat berlaku tu, kan dah berlaku.

    Buat macai-macai Najib ketahuilah bahawasanya menjadikan masa atau tempoh untuk mencabar kebenaran adalah sikap kesemua umat-umat terdahulu yang dibinasakan.

    Pelakuan-pelakuan Najib dan macai-macainya menujukkan semakin hari kebinasaan semakin hampir kepada golongan pengkhianat ini.

    Teruskan mencabar dan beralasan dengan tempoh dan masa kerana apabila tempoh permainan itu benar-benar tamat dan anda semua ditimpa kekalahan mutlak, manusia akan berkata "mereka sendiri yang telah mencabar kebenaran dan beralasan dengan tempoh masa, dan mereka tidaklah ditimpa apa-apa kebinasaan melainkan mereka sendiri yang mencabar kebenaran itu."

    Lihat sajalah apa yang sedang menimpa Najib, cabar punya cabar, akhirnya sampai juga detiknya Najib di bawa ke muka pengadilan.

    Teruskan mencabar dengan protes solidariti dan sebagainya. Kalian hanya sedang membawa pertempuran di antara haq dan bathil ini ke kilmaks.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macai dah kehilangan sumber dedak...sekarang akaun kena beku...lagi teruk...meroyan sakan lah macai2...

      Delete
  4. Betul najib tak cukup masa nak oertahankan diri kerana asik pikir bila nak kena dakwa...hihihi..

    ReplyDelete
  5. Dilaporkan 50 penyanyi karoke yg dipimpin Tun Fesal dimahkamah pagi ni...mana pegi yg lain?...pemimpin pon tak ramai..

    ReplyDelete
  6. Pelukis Najib muka badut: Akhirnya dia rasa apa aku rasa

    Anne Muhammad
    4 Jul 2018, 1:00 tengahari (Dikemaskini 4 Jul 2018, 1:04 tengahari)

    A A
    Hari pertama Datuk Seri Najib Razak didakwa atas tiga pertuduhan melakukan pecah amanah berkaitan kes SRC International dan satu pertuduhan menyalahgunakan jawatannya sebagai perdana menteri dan menteri kewangan ketika itu menyaksikan kehadiran yang ramai.

    Antara mereka adalah pereka grafik, Mohd Fahmi Reza Mohd Zarin yang sebelum ini didakwa di mahkamah kerana melakar bekas perdana menteri itu yang bermuka ‘badut’.

    "Mungkin akhirnya dia dapat rasa sendiri apa yang aku rasa semasa berada di bawah pemerintahan dia," kata Mohd Fahmi Reza.

    Beliau hadir ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bagi melihat perjalanan kes tersebut.

    Katanya beliau sebelum ini pernah diambil tindakan ketika pemerintahan Najib dan hari ini beliau sendiri mahu mendengar sama ada bekas perdana menteri itu mengaku salah diatas pendakwaan.

    Fahmi, 41, sering ditangkap oleh polis berhubung lukisan dan lakarannya. Pada Februari lalu, beliau didenda RM30,000 oleh Mahkamah Sesyen berhubung karikatur badut yang dimuat naik di Facebook bersama logo Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM).

    Fahmi hari ini memberitahu wartawan kehadirannya bukan sebagai membalas dendam terhadap Najib.

    "Tak (datang sebab balas dendam) sebab aku memang ikut kes ini dan juga aku nak dengar sendiri sebab aku berminat sebagai warga negara kita semua berminat nak tahu sama ada kita boleh dapat keadilan.

    ReplyDelete
  7. Berita
    PRU14
    Pilihan Editor
    Sukan
    Seni & Hiburan
    Global
    Kolum
    Surat
    Laporan Khas
    Ulasan
    Wawancara
    Lensakini
    TV

    Peguam: Najib hanya dapat bayar jaminan RM500k hari ini
    4 Jul 2018, 12:41 tengahari (Dikemaskini 4 Jul 2018, 12:53 tengahari)

    A A
    Hakim Mahkamah Tinggi Sophian Abdul Razak menetapkan jaminan RM1 juta untuk semua empat pertuduhan dengan dua penjamin, terhadap bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak.

    Hakim juga mengarahkan tertuduh menyerahkan pasportnya.

    Bagaimanapun, peguam Najib, Tan Sri Shafee Abdullah berkata, anak guamnya hanya dapat membayar separuh daripada jumlah itu hari ini.

    "Pada Isnin, saya akan berusaha mendapat RM500,000 lagi," kata Shafee kepada mahkamah.

    Peguam Negara Tommy Thomas sebagai pendakwa raya sebelum itu memohon ikat jamin sebanyak RM1 juta bagi setiap pertuduhan.

    Bagaimanapun, Shafee membantah dengan menyatakan jumlahnya terlalu tinggi.

    "Anak guam saya melalui anak-anak dan isterinya perlu meminta dari saudara-saudara mereka untuk mendapatkan wang.

    "Mereka mempunyai sejumlah wang tetapi setakat ini tidak sampai RM4 juta," kata Shafee.

    Shafee meminta ikat jamin ditetapkan antara RM500,000 hingga RM800,000, dengan dua penjamin bagi semua empat pertuduhan dan untuk tertuduh menyerahkan pasportnya.

    Najib bagi shafeei 9 juta...takkan dah abis?...

    ReplyDelete
  8. harta rampasan 1 billion harta kes 42 jota... kah kah kah

    lawak sarkas dari atok...


    kah kah kah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kahkahkah... Tak faham tp nak komen. Muahahahahaha....

      Delete