Monday, July 16, 2018

GUNAKANLAH PARLIMEN SEBAIK MUNGKIN




Jadi pembangkang,  jangan ambil itu sebagai status peribadi,  moyok dan kecewa. Ujian untuk berkhidmat kepada rakyat setelah diberi kepercayaan... Peluang untuk bangkit semula... 










Kenapa nama Husam tidak tersenarai,  adakah masih ada campurtangan kuasa (?) 






Baik kerajaan atau pembangkang,  gunakan parlimen untuk berhujah soal pengurusan negara - rakyat sedang memerhati dan mahu menilai.

Mana menteri yang layak masuk maharaja lawak,  mana pihak akan jadi malaunta dan masih adakah sarkas show.

Sudah tidak perlu lokman adam mencari publisiti murahan di luar parlimen.

.......

UEC (Unified Examination Certificate) vs SPM/STPM

Bagi rakyat Malaysia yang tidak tahu, UEC adalah satu sijil pelajaran yang digunakan oleh sekolah persendirian Cina di Malaysia. Mereka ada sistem pendidikan sendiri di bawah seliaan Dong Zong (badan pendidikan Cina), sebab mereka tak mahu ikut sistem pendidikan kebangsaan. Tapi kebanyakan masih menjalankan subjek2 SPM kerana tak mahu ambil risiko pelajar tiada sijil SPM untuk bekerja kelak.

UEC tidak diiktiraf oleh kerajaan Malaysia sejak zaman Tunku Abdul Rahman dan disokong oleh tokoh2 sezaman seperti Tun Tan Cheng Lock, Tun Tan Siew Sin dari MCA. Zaman itu tokoh2 terawal semuanya bersemangat nasional yang tinggi. Tun Tan Siew Sin sendiri menolak idea penggunaan bahasa Cina sebagai medium di sekolah Malaysia. Tun Tan Siew Sin tidak disukai oleh aktivis pendidikan Cina. Zaman sekarang MCA pun sudah beralih kepimpinan dan pendirian.

Ada, seorang lelaki kelahiran China yang berpindah ke Malaysia atas desakan ekonomi dan menjadi guru di sekolah Cina Malaysia, bernama Lim Lian Geok, menjadi antara aktivis terkuat menuntut pendidikan Cina dan meminta bahasa Cina diiktiraf sebagai salah satu bahasa rasmi di Malaysia. Dengan bantuan institusi Dong Zong yang kuat, sehingga ke hari ini mereka masih menuntut agar pendidikan Cina diterima di Malaysia. Beliau dibuang kerakyatan kerana dianggap mencetuskan ketidakharmonian perpaduan kaum. 

Beliau meninggal dunia dan tugu peringatannya dibina di jalan Maharajalela, dan menjadi tempat wajib ziarah tahunan oleh pelajar2 sekolah persendirian Cina. Beliau merupakan hero kepada pejuang pendidikan Cina.

Walaupun sekolah persendirian Cina tidak menerima bantuan dana dari kerajaan, tetapi sekolah mereka jauh lebih mewah dari segi infrastruktur dan kemudahan. Sumbangan kewangan banyak diberikan sendiri oleh masyarakat Cina setempat agar sekolah ini terus kekal. 

Medium pengajaran utama subjek untuk UEC adalah dalam bahasa Cina dan hanya ada satu subjek BM disertakan (untuk cukup syarat dan lebih mudah dari BM SPM). 

Oleh kerana sijil UEC tidak diiktiraf Malaysia, pelajar sekolah persendirian Cina yang mengambil UEC perlu pergi ke negara yang menerima UEC seperti China dan Taiwan untuk menyambung pengajian. Hujahnya, kerana sijil tersebut tidak begitu selaras dengan dasar pendidikan dan wawasan negara, dan juga untuk melindungi keistimewaan sijil STPM untuk masuk ke pengajian tinggi awam Malaysia.

Tetapi tidak jadi masalah, kerana kebanyakan pelajar yang masuk ke sekolah persendirian Cina adalah dari golongan berada dan berkemampuan. Mereka mampu membelanjakan duit untuk pergi ke universiti di China dan Taiwan. Tetapi mereka harus melupakan hasrat untuk bekerja dengan kerajaan atau badan2 syarikat yang tidak menerima sijil yang tidak sah.

Kini, MCA dan DAP kedua2nya memperjuangkan untuk mendesak kerajaan mengiktiraf UEC supaya boleh digunakan di Malaysia. Ini juga demi kepentingan orang Cina yang berpendidikan Cina. (Dalam konteks kaum, MCA dan DAP boleh bersatu)

Jika UEC diiktiraf, apa kesannya? 

Kita akan jadi ada dua sijil yang langsung tidak selaras. Pelajar yang ambil UEC tidak perlu lagi ambil SPM dan mengikuti silabus yang sama dengan pelajar Malaysia yang lain. UEC dilaksanakan di sekolah2 persendirian Cina yang berpopulasi majoriti besar 99% pelajar kaum Cina yang AMAT kurang pendedahan komunikasi dengan pelajar dari kaum lain. 

Mengiktiraf UEC bermakna kita akan melahirkan generasi kaum Cina yang semakin terpisah daripada idea asimilasi dan pergaulan antara kaum dan kita akan menambahkan jarak hubungan antara kaum, sekaligus meletakkan angan2 Bangsa Malaysia itu jauh sekali di langit yang ketujuh.

Selain itu ialah kesan Domino, iaitu selepas pengiktirafan UEC, sekolah2 SJKC yang semakin bertambah ini (yang menggunakan medium bahasa Cina) tidak mustahil untuk menukarkan silabus mereka daripada silabus kebangsaan kepada silabus UEC.

Selepas UEC diiktiraf dan bahasa mandarin digunakan meluas, apakah lagi alasan supaya bahasa Cina tidak diiktiraf sebagai bahasa rasmi negara Malaysia? Inilah yang diperjuangkan oleh Dong Zong sejak pra kemerdekaan lagi. Begitulah kesan Domino yang saya maksudkan.

Timbalan Menteri Pendidikan terkini adalah dari DAP dan dia sudahpun didesak oleh MCA hari ini untuk melaksanakan janjinya (dalam manifesto) untuk minta Malaysia iktiraf UEC dalam masa 30 hari. 

Dengan pendirian Perdana Menteri yang endah tak endah, saya rasa inilah peluang terbaik mereka untuk menjayakan idea ini.

Disebabkan majoriti besar rakyat Malaysia tidak tahu menahu apa itu UEC, jadi saya menjalankan tanggungjawab saya untuk menambahkan ilmu anda. 
Akhirnya anda akan tahu yang perkara ini bukan perkara kecil. Ini demi masa depan, seluruh rakyat Malaysia. 

Saya meletakkan kapasiti saya sebagai seorang pengkaji, ahli akademik. Bukan sebagai orang Melayu/Korea yang bakal dituduh rasis. Jika anda rasa saya tidak cukup kredibiliti, sila rujuk Prof Dato Teo Kok Seong, seorang Profesor dan seorang Cina.

24 comments:

  1. Kerajaan kena tegas...UEC boleh diktiraf dgn syarat ambil subjek
    BM SPM...

    ReplyDelete
  2. menteri pendidikan tlh memberi jaminan yg kajian secara 'holistic' akan d buat sebelum keputusan muktamat d ambil.

    kita tunggu saja pemgumuman nya.

    saya yakin tun m yg bijaksana tidak akan membelakangkan kepintingan penduduk terbanyak.

    insya'allah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Blh caya ker menteri pelajaran ni? Janji moneyfestomato tol Spg Renggam apa cirita?

      Delete
    2. ini melibatkan dasar pendidikan Negara. olih demikian ia nya wajib d luluskan olih Jemaah menteri yg d pimpin PM.

      tiada masaalah utk mengiktiraf UEC dgn syarat ia nya memenuhi semua syarat2 yg akan d tentukan.

      Delete
  3. PM yg mesti bertegas...adakah DAP sanggup kluar dari PH supaya tuntutan kaum cina di persetujui hingga PH jatuh?...adakah pemimpin DAP sanggup melepaskan jawatan dlm kerajaan?...DAP mustahil boleh bentuk kerajaan sendri tanpa pakatan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. PM ker MP ker, kalu dari PH memang tak blh nak buat apa lagi, terpaksa tunduk dgn puak2 tokey babi tu. Kalu tak tunduk, mereka ugut keluar PH, berkecamuk ler KERA-jaan sarkas Melayu munafiq ni nanti.

      Hah ha haa...tunduk, jgn tak tunduk...

      Delete
    2. Baca manipesto BN dulu..umno setuju iktiraf UEC....jangan nak mengada2...

      Delete
  4. Bro KD. Many thank for your check and balance,,,

    ReplyDelete
  5. Puak Ah Beng dah naik tocang.
    Puak Melayu baghal tak boleh buat apa sebab dah termakan budi.
    Dek kerana terhutang undi, tergadai body.
    Agenda puak pemakan babi ini kita boleh baca sejak PRU yg lepas2 lagi. Mereka menjadi ahli parti MCA & Gerakan tapi mengundi DAP. Kini dlm PRU15, bendera DAP tak ada lagi, maka mereka semua sepakat undi lambang dajal mata satu.
    Melayu yg pangkah lambang ini niat nak tumbangkan Najib tapi geng mata sepet pemakan kerbau pendek pilih lambang ini berniat nak tumbangkan Melayu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Blm bincang pon...keputusan blm ade puak cai dah bising buat spekulasi bodoo....

      Delete
  6. Di Sabah/Sarawak, puak2 padri dah mula bersuara minta elaun seperti elaun yg diberi kpd imam2 masjid.

    Tak mustahil di semenanjung nanti, puak2 tok sami nak mintak elaun yg sama. Juga mereka nak minta bilangan gereja, tokong & kuil di samaratakan dgn masjid/surau mengikut nisbah komposisi kaum.
    Tunduk...jgn tak tunduk...

    ReplyDelete
  7. ‘Fail tersembunyi’ LRT3 ialah mini 1MDB, kata Guan Eng

    Robin Augustin
    ShareTweetPinMail

    Lim Guan Eng berkata, LRT3 jatuh dalam kategori fail tersembunyi dan kos sebenar projek itu ialah RM32 bilion, tetapi hanya dinyatakan sebagai RM10 bilion.

    KUALA LUMPUR: Menteri Kewangan, Lim Guan Eng melabelkan projek pembinaan fasa ketiga Transit Aliran Ringan (LRT3) sebagai “mini 1MDB” kerana kos sebenar projek 37km yang menghubungkan Klang dan Petaling Jaya itu disembunyikan.

    Katanya, selepas mengambil alih jawatan menteri kewangan, beliau menemui 3 isu utama, iaitu pemalsuan akaun, fail tersembunyi dan fail “merah”.


    Beliau berkata, LRT3 jatuh dalam kategori fail tersembunyi dan kos sebenar projek itu ialah RM32 bilion, tetapi hanya dinyatakan sebagai RM10 bilion.

    Lim berkata, syarikat pengangkutan milik kerajaan, Prasarana Malaysia Bhd tiada pilihan kecuali mengaku kos sebenar projek itu ialah RM32 bilion yang dinyatakan dalam “hitam dan putih”.

    “Mereka boleh mempersoalkan kenapa rakan kongsi penyampaian projek (PDP) mengenakan caj begitu tinggi kepada mereka. Persoalan penting ialah kenapa mereka membenarkan sendiri dikenakan bayaran tinggi…mereka ialah pengawal selia.


    “Kami tanya mereka kenapa mereka membenarkan harga meningkat dan tidak beritahu harga sebenar.”


    Pengkritik Lim mempersoalkan RM32 bilion yang didakwanya ialah kos sebenar projek itu.

    Prasarana berjanji akan mematuhi arahan Kementerian Kewangan untuk mengurangkan kos projek LRT3.

    Pada 12 Julai lalu, Lim dilaporkan berkata, kerajaan jimat lebih RM15 bilion selepas meluluskan pembatalan reka bentuk stesen besar menyerupai MRT dan mengurangkan jumlah tren daripada 42 set tren 6 gerabak kepada 22 set tren 3 gerabak.

    Katanya, keputusan itu dicapai dalam mesyuarat mingguan Kabinet sehari sebelumnya yang menyaksikan kos asal RM31.65 bilion dikurangkan kepada RM16.63 bilion, pengurangan sebanyak 47%.

    ReplyDelete
  8. *✍️Bekas setiausaha akhbar kepada Datuk Seri Najib Razak, Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad, hari ini memohon maaf kepada menteri besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir atas dakwaan berkomplot untuk menjatuhkan kerajaan BN dua tahun lalu.*

    *Kenyataan Sariffuddin dibacakan di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim.*

    "Saya memohon maaf dan menyatakan penyesalan atas empat kenyataan yang dikeluarkan yang tidak tepat dan boleh disalah tafsir," katanya.

    *Mukhriz yang juga pemimpin BERSATU memfailkan saman terhadap Shariffuddin kerana memfitnahnya pada tahun 2016 berhubung empat kenyataan akhbar yang dikeluarkan, yang mendakwa antara lain beliau bersubahat dengan bapanya, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menjatuhkan kerajaan BN dan menjadi perdana menteri.*

    Berikutan permohonan maaf itu, peguam Mohd Haniff Khatri Abdulla yang mewakili Mukhriz berkata anak guamnya akan menarik balik saman itu tanpa kebebasan untuk memfailkannya semula.

    *"Tiada perintah dibuat untuk kos penarikan balik," katanya yang kemudian disahkan oleh peguam Sariffuddin, Jahaberdeen Mohd Yunos.*

    Empat kenyataan itu dibuat antara 15 April hingga 26 April 2016.

    *Sariffuddin melahirkan rasa kesal atas implikasi negatif yang disebabkan oleh kenyataan yang dikeluarkannya.*

    Beliau dalam pada itu turut mengucapkan tahniah kepada Mukhriz kerana dilantik sebagai menteri besar Kedah pada pilihan raya umum ke-14 lalu dan berharap timbalan presiden BERSATU itu akan menjalankan tugas dengan sebaiknya.

    *"Saya berharap Mukhriz akan menerima permintaan maaf saya dan penarikan penuh dan kandungan semua kenyataan yang dibuat," katanya.*

    Mukhriz memfailkan saman pada 3 Mei 2016 mendakwa Tengku Sariffuddin telah mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah terhadap beliau pada April, 2016.

    *Beliau mendakwa kenyataan fitnah itu membawa maksud Dr Mahathir dan bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkomplot dalam kempen jahat bagi menjatuhkan kerajaan yang dipilih secara sah dan plaintif masih terbabit secara langsung dalam komplot antara kedua-dua mereka.*

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalo tak kena saman masih sebar fitnah...cai umno selalu cakap kena fitnah tapi takut
      Nak saman...

      Sindrom ni turut berjangkit kpd cai pas..

      Delete
    2. Sarifudin kerja ape laa ni?...tak ego dan sombong lagi kot...

      Delete
  9. Equanimity kena rampas sekali lagi
    17 Jul 2018, 8:36 am (Dikemaskini 17 Jul 2018, 8:52 am)

    A A
    Pihak berkuasa Indonesia sekali lagi memasuki dan menyita kapal persiaran mewah Equanimity hampir dua bulan selepas sitaan kali pertama disahkan terbatal atas faktor teknikal.

    Langkah itu didedahkan oleh Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat dalam dokumen yang difailkan ke mahkamah semalam dan dilihat Malaysiakini.

    Menurut dokumen itu Pejabat Hal Ehwal Luar DOJ mengemukakan permohonan untuk bantuan perundangan bersama (MLA) kepada Kementerian Undang-undang dan Hak Asasi Manusia Indonesia pada 19 April.

    Ekoran permohonan berkenaan pihak berkuasa Indonesia kembali menaiki Equanimity dan menyita kapal persiaran berkenaan pada 9 Julai lalu.

    "Pada 9 Jul 2018 pihak berkuasa Indonesia melaksanakan proses itu dengan menaiki Equanimity bersama satu salinan waran tangkap.

    "Semasa di dalam kapal pihak berkuasa menyerahkan satu salinan waran tangkap ke atas kapal layar, serta satu lagi salinan waran tangkap untuk kapten Equanimity," kata dokumen DOJ itu kepada Mahkamah Daerah California.

    Langkah tersebut dibuat sebagai makluman kepada mahkamah bahawa waran tangkap yang mereka keluarkan pada 16 Jun tahun lalu sudah dilaksanakan.

    Kes masih di mahkamah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kali ni macai tak de pluang lagi nak bertempik indonedia tal ade hak tahan kapal jho lo..

      Delete
  10. KD betul lah kata TUN malaysia ni penuh dengan Uneducated.

    Tak sampai 100 hari PH memerintah den dah dapat jawatan OKB mano tak nyo ehhh... Belum 100 hari den dah ada sebiji rumah yeres dua tingkat kat seromban eh... Dua biji teres semi D satu OTW approval loan bank dan satu lagi tunggu agreement bank satu lagi urusan tanah pusaka den selesai dah dapat gran sementara waaa.... Betapa kayooo den sejak kefajaan PH ni mano tak nya eh... Uneducated dah tertekan ngan kos sara hidup jual reta bendabyg mak bapak bagi utk meneruskan hidup yg untungnya org mcm den ni lah. Bebudak muda sekarang tak beringat kan dah nyusahkan diei aendiri lagi satu matematik lomah bebonar 6% lebih tinggi dari 16% bijak.

    Apa2 pun bukan den yg susah den vam ni jugak gajo jalan elaun jalan claim jalan tak susah apa pun ehhh...

    Lantak ekau semua ler makan batu .

    Tunggu 1 september kalau rasa barangan makin tinggi tak payah le beli pampers tuk anak koyak yo... Kain batik bini ekau buat jadi pampers .... Haha haja haha haha haha

    ReplyDelete
  11. Lupa lak dengar susu budak naik 7 hinggit. Wahhh.. Dengan adanya 16% sst tak lama lai berapa hinggit naik lagi ni...

    Aku cadang budak tomato PH uneducated pelihara je lembu depan rumah maklumlah susu budak makin mahal. Tiap pagi sebelum gi kerja tu adaka. Seai perah susu buat bekal tu hantar anak ke nursery

    Hahaha hahaha hahhah
    Kha... Kha... Kha. Kha

    ReplyDelete
  12. By.. ..By ... Bu... . See you KD tak lamo yo lai
    .... Mula lah Kera jaan PH akan makan maki hamun rakyat setiap hari. Semalah pun pemandu tekai dah buat demu sambut pembukaan Parlimen tak lamo... Lai ya tak lamo... Lai

    Kita tengok sapo lak meroyan.... 16%
    #$@ *3?,'5)%%€¥}¢£¤π©^\¤{¥

    Hahaha hahaha. Hahahha makan maki tak lama lau lagi lah kau orang semua penghasut yg menjatuhkan BN

    Kauorang rasa lak apa yg BN rasa dulu

    Pengajaran pertama semalam bila pembangkang keluar Parlimen mcm dolo2 yg kauorang buat

    Apa kau tanam iti yg kau tuai

    ReplyDelete
  13. Menang PRU dgn menipu rakyat...
    Lantik Speaker pun menipu juga...

    Dasar penipu punya KERA-jaan.

    Haram
    Haraamm
    Haraaammm

    ReplyDelete
  14. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  15. Orang yang terikat dengan 100 hari ibarat anjing yang kena ikat..

    Selepas 100 hari, agak²nya apa tugasan baru mereka..

    Ertinya asyik jadi org suruhan, pecacai, sampai bila.

    Kemon la.. Parlimen sudah bersidang, ada isu, bentang di sana, bukan salak pada bukit.

    ReplyDelete