Thursday, July 5, 2018

INIKAH TALIBARUT DAP DI PERAK?

Musang berbulu ayam atau lebih manis hero DAP?
Tetapi janganlah sampai jadi aurab DAP!



Yang terbaik,  wajar nixar keluar AMANAH dan sertai DAP supaya lebih jelas. 


9 comments:

  1. Penyokong Najib lancar kutipan derma
    5 Jul 2018, 4:28 petang (Dikemaskini 5 Jul 2018, 4:31 petang)


    A A
    Penyokong Datuk Seri Najib Razak kini memulakan tabung untuk memberikan sokongan kewangan kepada bekas perdana menteri itu yang sedang berdepan dengan kes mahkamah.

    Ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan Datuk Razlan Rafii berkata langkah tersebut diambil kerana mengambil kira keadaan bekas presiden mereka yang tidak mampu menjelaskan ikat jamin ditetapkan mahkamah semalam.

    Ketika dihubungi Razlan berkata tidak wajar untuk anggota Umno melupakan Najib ketika bekas presiden mereka itu ketika ini.

    "Jangan kita tinggalkan kawan kita semasa (dia) susah," katanya kepada Malaysiakini.

    Razlan berkata Tabung Solidariti Datuk Seri Najib itu dilancarkan hari ini dan setakat awal petang sebanyak RM11,000 sudah terkumpul.

    Terdahulu The Star Online melaporkan Razlan sebagai berkata kutipan tabung berkenaan dilakukan kerana setakat ini Najib belum baru dapat menjelaskan keseluruhan jumlah ikat jamin yang dikenakan kepadanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini drama atahan siapa, rosyam nor? Jangan lupa panggil mat over sekali sebagai pelakon tambahan.

      Memang eloe benar. yang dituduh songlap bukan Najib seorang, tetapi segerombolan..

      Kutipan derma menunjukan umno akur tuduhan songlap ke atas najib bukan peribadi dan sendirian, tetapi mewakili umno keseluruhan.

      Delete
    2. Tabung harapan pula Filem.cereka atau filem seram neh?.. arahan ahmad idham ker??????..... penerbit eksekutif... Berjaya group yer...... ptuiiiiiii!!!!!

      Delete
  2. IGP: Elak polis di Hong Kong, Jho Low lari ke Macau

    Zikri Kamarulzaman
    5 Jul 2018, 4:15 petang (Dikemaskini 5 Jul 2018, 4:21 petang)

    A A
    Ahli perniagaan yang kini diburu berhubung kes 1MDB Low Taek Jho, atau Jho Low, kini berada di Macau, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun.

    Fuzi berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) ke Hong Kong untuk mencarinya tetapi Jho Low telah pergi ke Macau sebaik ketibaan mereka.

    "Maklumat terbaru yang kami tahu dia berada di Macau. Malah ketika pasukan kami tiba di Hong Kong, dia telah pergi ke sana," katanya ketika ditemui pemberita di majlis Aidilfitri Kementerian Dalam Negeri di Putrajaya hari ini.

    Macau, sebuah kawasan pentadbiran khas China, tidak mempunyai perjanjian ekstradisi dengan mana-mana negara.

    Jho Low merupakan individu utama dalam skandal 1MDB.

    Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) dalam saman sivilnya mendakwa ahli perniagaan itu terlibat dalam penyelewengan dana syarikat milik kementerian kewangan itu.


    Dia didakwa menggunakan wang 1MDB untuk membeli barangan mewah seperti kapal pesiar Equanimity; barang kemas untuk model Miranda Kerr; serta berlian merah jambu bernilai AS$27.3 juta untuk isteri kepada 'Malaysian Official 1 (MO1)'.

    DOJ mendakwa berlian tersebut dibeli dengan wang daripada AS$620 juta yang didakwa MO1 telah dipulangkan kepada penderma Arab Saudi, tetapi sebenarnya disalurkan kepada akan yang dikawal Jho Low.

    MO1 telah dikenalpasti sebagai bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak oernah dengar dedakan penyokong umno dupaya tangkap jjonlo...ahli jemaah prompak..

      Delete
  3. Siti Aishah dilantik penasihat khas MB Perak
    5 Jul 2018, 7:08 malam (Dikemaskini 5 Jul 2018, 7:20 malam)

    A A
    Ketua Penerangan Keadilan Perak Senator Siti Aishah Shaik Ismail akan dilantik menjadi penasihat khas kepada menteri Besar dengan taraf exco.

    Menteri Besar Perak Ahmad Faizal Azumu berkata pelantikan itu akan berkuat kuasa pada waktu terdekat dan Siti Aishah sudah dimaklumkan mengenainya.

    "Pelantikan Siti Aishah bukan atas gesaan sesiapa dan memang dari mula lagi kerajaan memang berhasrat meletakkan beliau di satu tempat yang berpengaruh.

    "Saya sendiri telah bercakap dengan beliau (Siti Aishah) secara peribadi dan beliau bersetuju menerima lantikan ini.

    "Beliau sebagai penasihat khas akan berperanan untuk membantu mendekati golongan belia dan muda di negeri Perak," katanya kepada pemberita selepas menghadiri jamuan Aidilfitri PPBM Sungai Siput di Sungai Siput, Perak hari ini.

    ReplyDelete
  4. Pelantikan speaker DUN selangor dari Dap tidak kecoh kerana kebijaksanaan mb...

    DUN perak kecoh kerana jawatan untuk PKR di' rampas° oleh Dap..
    Mb dari bersatu wakil tunggal..DaP majoriti tapi masing2 tidak cukup majoriti mudah...kesepakatan membolehkan Harapan dengan sokongan dari adun umno tumbangkan kerajaan BN..

    MB sepatutnye bijak mencatur jawatan dengan perundingan dan kesepakatan bagi minimakan rasa tak puashati...tidak dapat tidak isu kaum dap jadi abang besar ditonjolksn oleh pembangkang...zahid sudah canangkan umno akan ambik alih tampok kuasa seblm pru15 kerana percakaran parti2 dlm PH...ini satu fsktor zahid menang presiden umno..

    Mungkin jadi kenyataan...

    ReplyDelete
  5. Rasanya memang lama dah nizar jadi tali barut dap..

    ReplyDelete
  6. Perbicaraan kes Najib belum ditentukan, kata Pejabat Peguam Negara
    5 Jul 2018, 9:26 malam (Dikemaskini 5 Jul 2018, 9:28 malam)

    A A
    Pejabat Peguam Negara hari ini menjelaskan bahawa tarikh perbicaraan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak berhubung dakwaan salah guna kuasa dan pecah amanah belum ditentukan, sekali gus menafikan laporan media semalam.

    Dalam kenyataan media, Pejabat Peguam Negara berkata Mahkamah Tinggi hanya memberi gambaran, berdasarkan jadual hakim dan tarikh yang mempunyai kekosongan untuk perbicaraan.

    "Mahkamah Tinggi sudah menjelaskan bahawa tarikh perbicaraan hanya akan ditentukan selepas kes itu disebutkan di mahkamah pada 8 Ogos.

    "Tarikh perbicaraan bagi kes rumit seperti ini jarang ditetapkan pada hari pendakwaan yang merupakan penampilan pertama pihak yang terlibat di mahkamah dan pasukan pendakwaan tidak dijangka untuk menyediakan dokumen pada hari itu," kata kenyataan itu.

    Kenyataan itu juga menambah bahawa dokumen berkaitan hanya akan dikemukakan sebelum permulaan perbicaraan.

    "Pasukan pendakwa mahu memohon kepada Mahkamah Tinggi pada 8 Ogos nanti agar tarikh perbicaraan ditetapkan November tahun ini," katanya

    ReplyDelete

𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚?

  𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚? Kita jawab secara am "Letak RM10,000 berapa boleh saya untung?&q...