Nik Abduh juga disekolahkan..Dr Khairudin pun dah tak aman..
PRK SG KANDIS | Pemuda PAS Kota Raja hari ini mempersoalkan perjalanan program parti itu pada Sabtu lalu yang dijadikan sebagai platform untuk pemimpinnya menyeru pengundi parti terbabit memenangkan calon BN pada pilihan raya kecil (PRK) Sungai Kandis Sabtu ini.
Mana yg betul
Timbalan Ketuanya, Mohd Najib Arshad berkata inti pati ucapan secara terbuka dibuat oleh beberapa pimpinan parti di peringkat Selangor dan pusat itu dilihat tidak selari dengan kenyataan rasmi Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan pada 22 Julai lalui.
Kata Mohd Najib pihaknya juga berasakan seruan tersebut menyalahi semangat Fasal 82 (g) Perlembagaan PAS yang menyatakan semua anggota parti itu - termasuk pimpinan - perlu mengawal diri supaya tidak melakukan sebarang tindakan yang menyalahi atau merugikan kepentingan parti.
“Pemuda PAS Kota Raja berpandangan keputusan (seruan) tersebut bersifat dasar, sekali gus membelakangkan kuasa majlis syura dan kuasa muktamar.
"Sepatutnya cadangan tersebut perlu dibahaskan dan mendapat persetujuan muktamar terlebih dahulu, bukan terus diberikan arahan seperti malam tersebut.
"Kami turut berasakan tindakan itu akan mematikan peranan Gagasan Sejahtera yang menjadi terma bagi PAS dalam langkah pilihan raya umum ke-14 (PRU14) lalu,” katanya dalam satu kenyataan.
Pada majlis itu, anggota Majlis Syura Ulama PAS Pusat, Datuk Dr Khairuddin Aman Razali dilaporkan meminta pengundi PAS di Sungai Kandis memilih Datuk Lokman Noor Adam pada PRK itu selepas mendakwa kerajaan Pakatan Harapan tidak menegakkan serta menjaga agama Islam.
Buat ahli celaru
Takiyuddin dalam satu kenyataan sebelum ini pula menasihati anggota PAS supaya mengundi demi kepentingan Islam, Melayu serta masa depan negara.
Beliau juga meminta mereka membuat pertimbangan itu dengan mengambil kira sikap PAS terhadap kerajaan Pakatan Harapan.
Menurut Mohd Najib, pihaknya sama sekali tidak bersetuju bahawa PRK Sungai Kandis menjadi platform untuk ‘menghalalkan’ penyatuan PAS dan Umno/BN, sedangkan hal-hal sedemikian sepatutnya dibincang dan diputuskan di dalam muktamar PAS Pusat.
Sehubungan itu, beliau berkata Pemuda PAS Kota Raja menghantar surat rasmi kepada setiausaha agung parti bagi memohon penjelasan selain menyerahkan kepada kebijaksanaan PAS Pusat untuk mengambil tindakan sewajarnya kepada pimpinan yang terlibat.
“Kami menolak dan membantah tindakan sebilangan pimpinan yang sering membuat kenyataan terbuka bersifat peribadi sehingga menimbulkan kecelaruan di kalangan ahli.
“Pemuda PAS Kota Raja sama sekali tidak bermaksud menolak keputusan kepimpinan PAS Pusat jauh sekali untuk menyanggah seruan atau arahan pimpinan pusat dengan tidak meletakkan calon PAS dalam PRK di Sungai Kandis,” katanya.
Pada PRK itu, Lokman Noor bakal ditentang calon PKR yang juga pengetua Maahad Tahfiz Al Fateh Jalan Kebun, Mohd Zawawi Ahmad Mughni, selain calon bebas, K Murthy.
PRK Sungai Kandis merupakan PRK pertama diadakan selepas PRU14 berikutan kematian penyandang kerusi tersebut, Shuhaimi Shafiei pada 2 Julai lepas akibat kanser limfoma.
Pada PRU14, Shuhaimi mempertahankan kerusi DUN itu untuk penggal ketiga, selepas memperoleh 23,998 undi menewaskan calon BN, Datuk Kamaruzzaman Johari (11,518); calon PAS, Mohd Yusof Abdullah (7,573) dan calon Parti Rakyat Malaysia (PRM), Hanafiah Husin (76).
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
HUBUNGI KAMI
Assalamualaikum Dan Selamat Pagi, Anda Perlukan Khidmat Nasihat Perniagaan? Perlukan Peluang Perniagaan? Perlukan Duit Tambahan? Saya Sedia ...
-
Plan 'Investment' dalam Aurawave2u lebih selamat dan sihat , TIADA OVERPAID - dapatkan maklumat di www.mudahkaya01.bl...
Sebelum PRU14, ada isu pemimpin pas terima duit dari umno?
ReplyDeleteDi prk sungai kandis kita boleh nampak dan dapat kenalpasti "mereka²" ini merayau rayau membantu calon najib.
Lobai yg pakai kete mewah dikatakan terima duit haram dari najib tapi tak ngaku..
DeleteUndilah BN untuk kalahkan HARAPAN'
Delete(Dikemaskini )
A A
PRK SG KANDIS | Seorang lagi pemimpin kanan dan bertaraf ulama PAS tampil menggesa supaya penyokong parti itu mengundi calon BN, Datuk Lokman Noor Adam.
Anggota Jawatankuasa Pusat PAS Mokhtar Senik berkata pada dasarnya kedua-dua parti yang bertanding pada pilihan raya kecil (PRK) itu beramal dengan sekularisme dan menjadi bebanan kepada Islam.
Bagaimanapun secara bandingan kata bekas calon PAS untuk kerusi parlimen Padang Besar itu, Pakatan Harapan (HARAPAN) lebih memudaratkan Islam berbanding BN.
Katanya pendirian itu dibuat selepas melihat kepada kenyataan yang dibuat pimpinan HARAPAN.
"Lebih-lebih lagi dalam keadaan parti-parti Melayu Islam dalam HARPAN boleh dikatakan tunduk kepada kehendak DAP, parti yang tidak tersembunyi lagi kebenciannya terhadap Islam," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Dalam konteks PRK Sungai Kandis, kata Mokhtar, isu yang utama bukanlah untuk memenangkan sesebuah parti, sebaliknya siapa yang "patut dikalahkan".
Anu siapa yg sentap?
ReplyDeleteTak ada orang komen, sindri bagi komen. Tulis lah komen sendiri banyak2 supaya blog LGBT ni nampak gah sikit.
Kemain nak eksyen, tapis2 komen pulak. Kalau komen banyak mcm blog CTS tu tak apalah jugak tapis2, ini komen ciput, nak dapat 10 pun susah.
Saya rendahkan lagi tahap cabaran kpd 5 komen, tak masuk komen saya & komen dari cik KD LGBT sendiri. Berani sunat sekali lagi!
Buatlah cara live mcm Budin tu, baru blog jadi rancak & menarik. Ini mcm hidup segan mati tak mahu je...
ReplyDeletePi ckp kt puak blogger bn.
DeleteKah kah kah..
Ko tulis merapu pun kd bg lepas lg.
Kah kah kah..
Blogger bn abes semua kena filter.
Kah kah kah..
Ketua Penerangan PAS Nasrudin Hassan sekali lagi menyatakan pendiriannya agar Pakatan Harapan (HARAPAN) tewas dalam PRK Sungai Kandis Ogos ini.
ReplyDeleteBerucap dalam Himpunan Kebangkitan Ummah hari ini, beliau malah berkata akan menyertai kempen PRK untuk tujuan itu.
"Sikap kita nak HARAPAN kalah di (Sungai) Kandis. Ada yang tak setuju?" soalnya kepada lebih 1,000 hadirin di padang Kelab Sultan Sulaiman di Kampung Baru, Kuala Lumpur.
"Kalau setuju dia (HARAPAN) kalah, pengundi PAS di Sungai Kandis nak (undi) macam mana? Takkan nak ajar ABC (satu persatu). Rakyat di depan saya sudah cerdik," katanya, disambut laungan "undi Umno" oleh para hadirin.
Perhimpunan hari ini turut disertai antaranya anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno yang juga calon BN di PRK itu Datuk Lokman Noor adam, Ketua Pemuda Umno Datuk Asyraf Wajdi Dusuki, dan beberapa pemimpin PAS seperti Datuk Takiyuddin Hassan, Nik Abduh Nik Abdul Aziz dan Datuk Khairuddin Aman Razali.
Hey there just wanted to give you a quick heads up. The text
ReplyDeletein your content seem to be running off the screen in Ie.
I'm not sure if this is a format issue or something to
do with internet browser compatibility but I thought I'd post to let you know.
The layout look great though! Hope you get the problem solved
soon. Many thanks
Sg Kandis, PRU yg lepas, PH dapat lebih kurang 24 ribu undi, BN + PAS dapat lebih kurang 19 ribu. Majoriti dlm 5 ribu je. Masa itu, ramai Melayu tertipu dgn janji2 dusta manifestomato PH dan tak sangka puak2 kafir akan naik tocang bila PH perintah. Kini dgn kesedaran ramai Melayu kat Sg Kandis, PH akan bungkus gulong tikar dlm PRK besok lusa.
ReplyDeleteSyok sendiri.
DeleteSama bunyinya seperti dia yang syok sendiri bagi komen di blog ini konon PRU14 BN akan tawan balik Selangor dan konon akan menang 2/3 kerusi parlimen.
Bila agaknya wak Jahid nak kotakan janji lempar Noh Omar ke Sungai Buaya?
Sembang sombong bukan main..Hakikatnya hampeh..
Naik kereta mewah ke Parlimen, PH gesa kerajaan siasat kekayaan pembangkang
ReplyDeleteKhairil Ashraf
ShareTweetPinMail
Lim Lip Eng berkata kebanyakan ahli parlimen pembangkang datang ke Parlimen dengan kereta mewah sekali dengan drebar.
KUALA LUMPUR: Lim Lip Eng (PH-Kepong) hari ini menggesa kerajaan bersama-sama Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menyiasat kekayaan Ahli Parlimen pembangkang.
Lim berkata, kerajaan perlu menyiasat sama ada cukai pendapatan mereka dibayar setimpal dengan kekayaan mereka.
“Kita nampak tiap-tiap hari kebanyakan ahli parlimen pembangkang datang ke Parlimen dengan kereta-kereta yang cukup mewah sekali dengan drebar, dengan pengiring.
“Kalau tidak, saya minta tindakan yang tegas diambil,” katanya ketika membahaskan titah ucapan Agong di Dewan Rakyat.
Sebelum ini Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata semua anggota pentadbiran termasuk menteri, timbalan menteri dan setiausaha politik dikehendaki mengisytihar harta masing-masing kepada perdana menteri.
Dr Mahathir ketika mengumumkan langkah itu berkata maklumat yang diterimanya tidak akan disembunyikan, sebaliknya akan turut disampaikan kepada agensi bertanggungjawab berkenan pencegahan rasuah.
LokeMan dan umno keperitan berkempen pertama kali sebagai pembangkang....tiada lagi bantuan jentera kerajaan..tiada lagi TPM menteri Exco dan umno negeri2 serta parti komponen berkampong membantu calon BN..
ReplyDeleteYg ade hanye lobai pas bantu kempen dikalangan ahli pas yg tak berape kerat...pas sendiri takut bertanding..
UMNO langsung tidak kecil hati
ReplyDeleteParti komponen BN iaitu MCA, MIC kurang bantu kempen PRK DUN Sungai Kandis
Suhana Md. Yusop, Mohd. Yunus Yakkub Dan Ahmad Shaherman Shamsuri
26 Julai 2018 3:00 AM
Najib (tengah) dan Lokman (kiri) berbual dengan pasangan warga
Najib (tengah) dan Lokman (kiri) berbual dengan pasangan warga emas, Saroni Sohari (dua dari kiri) dan Markonah Siow (dua dari kanan) ketika berkempen di Kampung Sungai Kandis semalam.
SHAH ALAM – UMNO tidak berkecil hati dengan kurangnya penglibatan parti komponen Barisan Nasional (BN) iaitu MCA dan MIC pada kempen calon BN untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis.
Bekas Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kedua-dua parti itu telah melalui suatu keadaan sukar yang mana pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) baru-baru ini, MCA cuma memenangi satu kerusi Parlimen sementara MIC memenangi dua kerusi Parlimen.
Sehubungan itu, bekas Perdana Menteri tersebut berkata, UMNO memahami bahawa dalam keadaan sedemikian, kedua-dua parti itu terpaksa bermuhasabah diri untuk melihat apa kelemahan masing-masing bagi memulihkan semula semangat serta kepimpinan mereka.
Umno masih ade sahabat setia Pas yg rela berkorban untuk umno
A for ayam
ReplyDeleteHarammu wahalalku.
ReplyDeleteGeng king maker sudah kembali ke fikrah asalnya sbg coffe maker.
Mohon fatwa baru dari marang tentang politik suku agama suku.
Tipusana watipu sini
Kalau xmasuk bertanding mcm mn nk bwk rakyat sg kandis ke syurga?
Dulu kata masuk 3 penjuru bkn niat menang tapi sebab perjuangan agama.
Kita lebih bijak dari anjing.
Setelah 2 bulan berlalu pru masih belum dpt report post moterm kenapa kalah?
Apa susah sgt nk buat kajian nk paham apa kemahuan rakyat?
Xboleh beza kemahuan pemimpin parti dan kemahuan rakyat?
Butir butir tahi.
Xmalu terima duit umno, tapi bila nk mengaku jdk malu?
Tiada kesipuan menipu demi agama?
"Lebih pandai daripada anjing? " hahaha.. Ia sejarah yang tidak boleh diubah, rakaman yang ditonton oleh jutaan manusia.
DeleteKini si dia yang lebih pandai dari anjing secara konstraktif mahukan penyokongnya mengundi puak yang ia sendiri terang-terangan kafirkan.
Kesian Ibrahim Libya dan pengikut, mati awal sedang si dia yang keluarkan fatwa hidup senang-lenang sehingga ke umur tua.
Apa pun Allah itu tetap Maha Adil. Hanya tempoh pengadilan saja masih belum tiba.
Tak lama mana dah, in shaa Allah.
Betul tu ost john bodoe, tak lama dah kau jdi taek kering.
DeleteBila ditiadakan disekat tulisan sampah sebenarnya menarik lebih perhatian kepada mereka yang mempunyai tulisan bernas untuk dikongsikan di sini.
ReplyDeleteTerima kasih kerana saya memerlukan perkongsian ilmu dan tulisan yang lebih baik dari saya.
Perbezaan pendapat bukan masalah.