Saturday, July 7, 2018

LOKMAN BUAT SAMPAH, MENTERI KUTIP SAMPAH..


Sedang viral.. 

Lokman adam diseru berhentilah menyalak,  bukit takkan runtuh.. 

Contohi Kj sekurang kurangnya,  hargai dan kritikan ke atas kerajaan sangat positif dan seimbang. 

PRU baru berlalu,  era membangunkan semula negara,  bukan berkumpul dan demo perkara remeh.. .


Masa ada wang,  ada pengaruh,  ada kuasa itupun tidak mampu membantu kamu apatah lagi ketika kamu sedang diburu dan dihantui bayang sendiri... 

Bertaubat dan insaf,  cuba apply semula kerja dengan Anwar,  kalau² masih ada kekosongan... 

Bukan tak biasa. 
MELOMPAT,  MENJILAT... 

10 comments:

  1. Lokman sedang mengisi ruang kosong dalam umno sebagai panglima baru umno...mesti mulakan dari sekarang untuk pru 15...kena belajar dan praktikkan cara putarbelit..

    Ruang dlm PKR sudah penuh dgn tenaga yg berkaliber seperti rafizi saifudin azmin dan tian chua...tiada tempat lagi untuk lokaman melainkan jadi balaci..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lokman zahrain tuslan kassim dan ezam adalah politikus opurtunis...dapat dedak terus lari dari anwar...mereka bukan pejuang tulin kerana politik untuk cari makan... tiada ketahanan jiwa sebagai pejuang polotik untuk negara..

      Delete
    2. Zahid midi jugak sebaris dgn lokman adam...

      Delete
  2. Belajar pelaburan alternatif dari Najib

    Abdullahjones
    8 Jul 2018, 8:39 pagi (Dikemaskini 8 Jul 2018, 9:01 pagi)

    A A
    SATIRA | Alang-alang sudah dikatakan suka meraban, kamu banyangkan ini: Sebenarnya Rosmah Mansor ialah mangsa sebenar dalam hal yang tersebar luas sekarang ini.

    Beliau dimasukkan ke satu jalan cerita yang direka sebagai satu 'pertahanan' jika nanti kisah penyelewengan itu terbongkar. Ia dirancang sejak hari pertama dan kita semua adalah penonton yang terpesona.

    Kamu bayangkan, seorang perempuan yang siuman tidak mungkin akan terus-terus meminta tas tangan, misalnya. Seutas mungkin terlalu sedikit. Dua utas mungkin menambah kegembiraan tetapi jika hingga beribu utas tentu saja menimbulkan persoalan akan tahap kesihatan minda pemiliknya.

    Kita pasti beliau akan memberikan nasihat apabila mendapati suaminya telah berlebihan membelanjakan wang untuk memenangi hati beliau.

    Oleh itu kami simpulkan bahawa semua ini adalah naratif yang direka bagi tujuan pertahanan jika nanti hal ini terdedah. Dan hari ini semuanya telah didedahkan.

    Pandangan jauh Najib

    Pertahanan pertamanya ialah Najib Razak menjadi mangsa tamak isteri yang beliau cintai. Dia menjadi sang setia yang terkesima dek pancaran jelita wanita yang dicintainya.

    Beliau tidak korup dan tentunya beliau adalah mangsa paling malang dalam kes ni.

    Yang keduanya ialah tentang betapa arifnya Najib dalam hal pelaburan alternatif. Kita yang telah terbiasa dengan pelaburan bon, saham, hartanah dan beberapa jenis pelaburan arus perdana tentu tahu bahawa sekarang bukan masa yang sesuai untuk meraih untung.

    Lalu dengan pandangan jauh beliau, Najib melakukan satu pelaburan yang terjamin keuntungannya.

    Pelaburan alternatif mungkin kelihatan seperti suatu hal yang gila. Membeli lukisan, misalnya.

    Malangnya dalam kes Najib, tidak ada sebarang pelaburan dilakukan melalui karya seni sebegitu. Tas tangan berjenama dan jam tangan adalah sejenis pelaburan yang tidak banyak diketahui ramai.

    Beg dan jam tangan yang dibeli oleh Rosmah - jika kita mahu percaya kepada cerita rekaan di atas - adalah dari kumpulan yang terhad.

    Ia dibeli dan diniagakan kembali dalam kalangan mereka yang menggemari jenama berkenaan.

    Kita yang di luar lingkaran ini tidak akan dapat menggambarkan apa yang berlaku antara mereka. Kita tidak akan faham betapa gilanya mereka terhadap barangan tersebut dan betapa mereka akan melakukan apa saja untuk memilikinya.

    Siapa yang faham - kamu tanya.

    Najib Razak, kami jawab.

    Ditipu pemimpin

    Sebab jika kamu dengar penjelasan Amar Singh, ketua pegawai penyiasat kes berkenaan, jumlah pelaburan sebanyak RM440 juta itu kini bernilai RM1.1 bilion.

    KWSP, PNB, Tabung Haji dan beberapa institusi pelaburan kerajaan yang gagal mencatat untung besar - atau apa lagi kalau rugi - walaupun mempunyai banyak pakar ekonomi sekarang ini patut belajar daripada Najib Razak.

    KWSP rugi RM6.09 bilion sedangkan Najib untung lebih dari 100 peratus daripada pelaburannya.

    Sepatutnya wang berkenaan diberikan kepada Najib untuk dilaburkan.

    Jangan pandang pelaburan dalam seni dengan sebelah mata. Pada masa sama, kerajaan sangat tidak patut melantik orang yang tak tahu seni sebagai menterinya.

    Ketiga dan konklusinya ialah, betapa Rosmah sebenarnya mangsa rancangan jahat Najib ketika Najib hanya ada rancangan yang baik-baik saja demi untuk kemajuan negara ini.

    Kedua-dua mereka telah disalah anggap dan menjadi mangsa Mahathir yang kita semua tahu telah memanjarakan seteru politiknya yang lalu. Dan kita tahu memang menjadi tabiat besar Mahathir untuk menbuang sesiapa saja yang menentangnya.

    Kalaulah saja Pakatan Harapan tidak menang dan Najib masih perdana menteri, tentu kita sekarang berada hanya beberapa langkah untuk menjadi rakyat sebuah negara maju dan terbuka.

    Malang benar nasib kita ditipu pemimpin, lepas satu, satu...

    ReplyDelete
  3. UMNO, JIKA INGIN KEMBALIKAN SOKONGAN RAKYAT, MESTI SEGERA JARAKKAN DIRI DARIPADA NAJIB

    Realitinya UMNO sudah kalah pilihanraya dan hilang kuasa yang dipegangnya sejak lebih 60 tahun yang lalu.

    Realitinya juga, punca utama kalah dan hilangnya kuasa UMNO adalah disebabkan Najib Razak yang diselubungi deretan skandal, pembaziran dan kemewahan yang akhirnya mengakibatkan rakyat meluat dan menunjukkan kesatuan dengan menumbangkannya melalui peti-peti undi.

    Jika UMNO tidak dipimpin oleh Najib atau sekiranya anak Tun Razak itu sedia mengundurkan diri sebelum pilihanraya yang lalu, keputusan suara rakyat pada 9 Mei lalu mungkin menghasilkan natijah yang berbeza.

    Namun sekarang ini, selain UMNO sudah kalah dan menjadi pembangkang, parti itu juga dipimpin oleh barisan kepimpinan yang baru dengan Zahid Hamidi dan Mohamad Hassan menjadi presiden dan timbalan presidennya.

    Walaupun kepimpinan baru UMNO adalah warisan mereka yang menyokong dan mempertahankan Najib, mereka seharusnya lebih berani bergerak ke hadapan dengan cara yang berbeza.



    Najib kini adalah bekas Presiden UMNO dan sudah pun dituduh di mahkamah dengan tiga pertuduhan pecah amanah serta satu berkaitan rasuah berkaitan SRC International.

    Di samping itu, berdasarkan siasatan yang masih berterusan berhubung 1MDB dan penemuan wang tunai serta barangan kemas bernilai lebih RM1 bilion di kediaman dan kondo yang dikaitkan dengan Najib, bekas Perdana Menteri itu dan isterinya, Rosmah Mansor juga dijangka akan berdepan dengan lebih banyak pertuduhan berkaitan rasuah, penipuan, penyelewengan, pecah amanah serta penggubahan wang haram.

    Bermakna, untuk beberapa lama, Najib adalah titik hitam pekat dalam sejarah UMNO yang tidak mungkin kehitamannya dapat dipadamkan begitu juga.

    Najib adalah sejarah gelap yang membawa nasib buruk dan malang yang tidak pernah berlaku sebelum ini kepada UMNO.



    Tetapi, meskipun setelah ketiadaan Najib, UMNO kekal sebagai sebuah parti politik yang perlu meneruskan perjuangannya sehingga bila-bila selagi mereka yang menjadi pemimpin dan ahlinya yakin dengan perjuangan berasaskan nasionalisme itu.

    ReplyDelete
  4. Umno sudahpun jadi parti Umnomenopause.
    Cuma yg tinggal adalah saki baki cacai spt Lokman dan mkcik londeh gelang.
    Parti purba ini menjual taek utk beli taat.
    Org melayu sekian lama ditotok momok dan jumudkan oleh kabal klepto.
    Parti lobai lahap pulak perlu terus buat pemasaran agresif produk kunci syurganya.

    Cara terbaik utk ketua2 jahil,tak amanah, jahat dan bodoh ini, utk terus pegang kuasa adalah dgn pastikan kasta bawah utk terus lebih bodoh dan makin buta.

    Skrg sudah terserlah semuanya itu, cuma taktik penjual lior melayu retorik purba, berbudaya arab jahiliyah.
    Mereka penipu dan cuma samseng2 taek minyak sj...tk ada budi pekerti, atau pandai mana pun.

    Maka tidak ada piihan, mereka telahpun dihumban.
    Masalahnya sekarang, cuma baki lalat langau berbunyi...

    Mana KD letak spray ridsect tadi?

    ReplyDelete
  5. https://youtu.be/T8OCqtCsHPk

    Xahrain pertika tabong derma najib...kroni yg kaye ramai..

    ReplyDelete
  6. sungguh d harapkan bahawa syed sadiq mengambil tindakan secara impromptu (tiada persediaan).

    namun ia nya mempamirkan ciri2 kepimpinan yg lemah. olih kerana dia seorang saja yg mengutip sampah d d perhatikan olih yg lain serta pembantu nya (eg polis), maka nampak sangat mcm tidak 'genuine'.

    beliau sepatut nya mempengaruhi yg lain utk ikut sama.

    wallahu'allam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju

      Mana pegawai khas?
      Mana kawan² yang datang menonton bersama?
      Mana Pegawai KBS lain, takkan Menteri datang sendirian. .

      Jati tapi tak asli

      Lokman adam buat sampah ramai²

      Delete
  7. Pengganti Jamal Jamban kut? Bangkai umnok.

    ReplyDelete

𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚?

  𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚? Kita jawab secara am "Letak RM10,000 berapa boleh saya untung?&q...