Saturday, July 28, 2018

MARUAH SIAPA YANG DIPERTARUH DI SUNGAI KANDIS

Secara logiknya calon PH langsung tidak ada masalah untuk menang kerada dua bulan lepas calon PH menang majoriti empat ribu lebih dalam tiga penjuru. 
Jika dicampurkan undi umno dan pas pun,  calon PH masih majoriti. 

Apakah dalam 3 penjuru kali ini tanpa pas selepas dua bulan PRU yang lepas akan berlaku perubahan drastik sokongan kepada PH?, merosot dengan teruknya? 

Kesungguhan lokman adam berkempen dengan mengheret turun idolanya Najib dianggap langkah berani,  undi simpati walaupun risikonya tetap ada. 

Akan ada ahli umno tidak ada sokong kerana terkejut dengan hakikat harta rampasan di rumah najib. 

PAS turut menggesa ahli dan penyokongnya sokong,  sudah tentu tidak semua turut dan mungkin tidak keluar mengundi. 


Isu utama PH mungkir janji, setakat mana persepsi ini berkesan?  Persepsi kerana ada yang sokong PH bukan kerana manifesto. Tidak tunai janji hanya isu yang disensasikan oleh penyokong tegar umno,  tidak dinafikan,  ada segelintir pengundi PH yang terpedaya dan marah. 






Ini adalah pertembongan calon Anwar dan calon Najib, tidak mungkin Anwar akan membiarkan perancangannya Ogos nanti sebagai Presiden dan seterusnya Ahli Parlimen dan PM tercalar di tangan Najib yg sudah pun jatuh. 

65 comments:

  1. Senang aje...
    Undi la calon Bebas orang India tu. Sg.Kandia akan diwakiki ADUN Bebas

    ReplyDelete
  2. Salam. Kebanyakkan yg saya jumpa sejak PH menang, lebih2 kat selangor, tak lapar dgn manifesto ni. Pasal kerajaan Selangor pun jaga kami selama ni. Tu pasal tiap kali pru Noh Omar rambut makin putih. Bila tanya, jgn kata 100 hari, 5 tahun ke 50 tahun ke, tak lapo. Yg nakal plak, nasib menang, kalau tak jgn kata 1.1B, silap2 pru 15 nanti ada 1trilion. Masa polis masuk, Eh! Aku kat bank negara ke kat rumah org ni. Tapi yg pelik, org yg hentam PH dan tak undi plak yg sebok. Bayang ye. $2000 offer BR1M. Kata org aku campak balik la duit ni kat muka ko. Ni patut jaga negeri sendiri, pas ada 2. Bn ada 2, jaga la. Sebok kat negeri orang plak. Sebenarnya la, sebenarnya, takde point, tu je, nak jual agama, kat kelantan terengganu je laku, bangsa plak kat pahang, Perlis... Tu pun sibok kuasa raja, bn biadap dgn raja Perlis... Senyap. Ade macai melompat. Ade lokman adam, papagorila pegi meloncat kat sana, haremmmm. Kita tgk je. 2 pati jilat dan telan ludah sendiri, kalau kalah jugak. Pegi la ikut saranan ponorogo, ikat dan terjun masuk sg buaya...

    ReplyDelete
  3. Dalam waktu yang sama, semakin dekat hari pengundian, muslihat Pas tidak turun bertanding di Sungai Kandis akhirnya terdedah juga apabila parti itu kini secara terbuka menyokong calon BN.

    Daripada gegak gempita sejak penubuhannya mahu menjadi lawan UMNO, Pas kini secara automatik adalah kawan kepada UMNO. Daripada mahu menjadi pengganti kepada UMNO, Pas kini juga adalah teman sejati UMNO.

    Amat malang sebenarnya kerana perubahan sikap yang ditunjukkan oleh Pas ini berlaku ketika UMNO sudah pun hilang kuasa dan digelar parti penyamun oleh kebanyakan rakyat negara ini.

    Bukankah jika tidak sibuk nak jadi "king maker" dan sedia bergabung dengan UMNO sebelum PRU14 dulu, Pas hari ini sudah pun jadi sebahagian daripada kerajaan?

    Apakah dengan sokongan terbuka Pas ini, ahli dan penyokong akar umbinya yang selama berpuluh tahun ditarbiah dan ditanam dengan kepercayaan bahawa UMNO adalah parti taghut, assabiyah dan kafir akan sedia memberikan undi kepada BN?

    Atau lebih ramai yang akan memboikot dan tidak keluar mengundi?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lobai dah makan duit umno dari najib...kena taat dan takut perintah umno..

      Delete
  4. Umno pertama kali bertabding sebagai pembangkang.....tanpa wang dan jentera kerajaan umno tak mampu berkempen secara besaran..

    Modal hanye isu perlembagaan dan manipesto PH yg tak berapa berkesan untuk DUN sg kandis...

    ReplyDelete
  5. Maruah Melayu dan Islam harus dipertahan bermula di Sg Kandis.

    Dgn KERA-jaan sekarang,

    Melayu:
    BM dicabar.
    UEC diiktiraf.
    SPMC diberi bantuan.
    MARA nak dipecah.

    Islam:
    Syi'ah diterima.
    Semua agama sama taraf.
    LGBT dipertahan.
    IKSIM dibubar.
    JAKIM nak dibubar.

    Kita harap Sg Kandis akan jadi titik permulaan untuk Melayu/Islam sedar dan menebus maruah di tanahair sendiri...

    ReplyDelete
    Replies
    1. _betul tu pejuang melayu_
      _kita akan tebus maruah melayu & islam di sg kandis_
      _kita ajak melayu2 sg kandis bebaskan diri dari sifat liberal munafiq yg menjadi keldai kpd puak2 kafir_

      Delete
    2. Betul tu pejuang melayu. Ajak puak2 hang pi tebus maruah melayu yg tak ada maruah selama 61 tahun tu. Mana tau lepas ni akan jadi org yg bermaruah. Maklumlah sekarang ni dah jadi terbangsat tak dipedulikan lagi.

      Delete
    3. Bulat Ken(tut),

      Bukan ke dlm tempoh 61 tahun itu, lebih separuh tempohnya Mahathir ada bersama? Dan dlm tempoh 61 tahun itu, lebih satu per tiga tempoh itu (22 tahun) Mahathir sebagai ketua?
      Bermakna Mahathir juga dah jadi bangsat dan terlibat sama dlm membangsatkan orang2 Melayu...

      Kah kah kah kah kah kah kah kah...

      Delete
    4. Anon 6.06 am

      Tak adil lah sdr cakap Madey sorang, ada lagi...

      Anwar, Muhiyiddin, Pi'el Pedal, Mukriz, Rais Yatim, Daim...semua tu pun dulunya Melayu2 bangsat belaka...

      Kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah...

      Delete
    5. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
    6. Sebab nak jadi Melayu bermaruahlah mereka kena pecat, dan ada terpaksa keluar umno. Yg tak ada maruah dok lagi bersidai kira lembu. Yg kejar dedak terpaksa jual ayat Quran. Padahal bukan ahlinya. Kalau setakat kopipes macam tu ah seng kedai basikal pun buleh buat.

      Delete
    7. Bulat Kentut sama taraf buta dgn KBB tomato...
      Kedua-duanya jahil alquran.

      Alif, ba, ta, sa, jim,...???

      Jin mata tojeng!!!

      Kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah ...

      Delete
    8. Owh lupa lak..Bulat Ken(tut)

      Dlm tempoh 22 tahun itu, Mahathir & geng2 dia sempat juga merompak. Mahathir jadi kepala...

      Bukan aku kata no, mintri perang orang hangpa juga kata...

      Delete
    9. MAT SABU KATA MAHATHIR KEPALA PEROMPAK

      Foto:fmtKUALA LUMPUR: Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu memperlekeh kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad sewaktu beliau menjadi Perdana Menteri.

      Dia menuduh, sebagaimana Datuk Seri Najib Tun Razak, bekas Ahli Parlimen Kubang Pasu itu turut melakukan penyelewengan.

      Jelasnya, tidak menghairankan sekiranya Dr Mahathir menegur Perdana Menteri kerana ia dibuat berdasarkan pengalamannya sendiri.

      “Mahathir ni kepala perompak. Jadi bila anak-anak buah menipu dia tahu,” katanya sewaktu berucap dalam Ceramah Grand Finale Kita Lawan di Kampung Baru pada malam Jumaat.

      http://www.malaysiandigest.com/bahasa-malaysia/551965-mat-sabu-panggil-tun-m-kepala-perompak.html

      Delete
  6. Surah al-'Imran, ayat 28:

    لَّا يَتَّخِذِ ٱلۡمُؤۡمِنُونَ ٱلۡكَـٰفِرِينَ أَوۡلِيَآءَ مِن دُونِ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ‌ۖ وَمَن يَفۡعَلۡ ذَٲلِكَ فَلَيۡسَ مِنَ ٱللَّهِ فِى شَىۡءٍ إِلَّآ أَن تَتَّقُواْ مِنۡهُمۡ تُقَٮٰةً۬‌ۗ وَيُحَذِّرُڪُمُ ٱللَّهُ نَفۡسَهُ ۥ‌ۗ وَإِلَى ٱللَّهِ ٱلۡمَصِيرُ (٢٨)

    Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah dia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu) dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu) dan kepada Allah jualah tempat kembali. (28) 

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuba kaitkan ayat diatas dgn persahabatan umno dgn mic,mca,gerakan dll dan permusuhan dgn pas selama berpuluh tahun memerintah negara

      Delete
  7. Surah an-Nisak, ayat 144:

    يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ لَا تَتَّخِذُواْ ٱلۡكَـٰفِرِينَ أَوۡلِيَآءَ مِن دُونِ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ‌ۚ أَتُرِيدُونَ أَن تَجۡعَلُواْ لِلَّهِ عَلَيۡڪُمۡ سُلۡطَـٰنً۬ا مُّبِينًا (١٤٤)

    Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Adakah kamu hendak mengadakan alasan yang terang nyata bagi Allah untuk (menyeksa) kamu? (144) 

    ReplyDelete
    Replies
    1. Beriman sambil duit masuk akaun sendiri?
      Harta dirumah berkoyan?

      Mohon penjelasan erti beriman

      Delete
  8. Surah al-Maidah, ayat 57:

    يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ لَا تَتَّخِذُواْ ٱلَّذِينَ ٱتَّخَذُواْ دِينَكُمۡ هُزُوً۬ا وَلَعِبً۬ا مِّنَ ٱلَّذِينَ أُوتُواْ ٱلۡكِتَـٰبَ مِن قَبۡلِكُمۡ وَٱلۡكُفَّارَ أَوۡلِيَآءَ‌ۚ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ إِن كُنتُم مُّؤۡمِنِينَ (٥٧)

    Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang yang menjadikan agama kamu sebagai ejek-ejekan dan permainan dari orang-orang yang telah diberikan Kitab sebelum kamu dan orang-orang kafir musyrik itu menjadi penolong-penolong dan bertakwalah kepada Allah, jika kamu benar-benar orang yang beriman. (57)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Parti yg memperdagangkan islam dikira sbg ejekan x?

      Delete
  9. Teringat lagu Sharifah Aini
    YANG DITUNGGU TAK TIBA

    Antara bait2 dlm lirik lagu:

    Sunyi sepi hai alam ku pandang
    Meresap di jiwa ku
    Mana janji dan sumpah setia
    Kau beri mula dulu

    Apakan daya ku derita
    Rang bulan pun turut bersama
    Angin sepoi bagaikan berkata
    Kerana yang ditunggu tak tiba

    Ki kik kik...
    Siaan cai2 tomato tunggu janji PRU...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kesian cai2 tomato wak jahid. Masih mengharap umno kembali berkuasa. Kahkahkah. Tunggu kucing bertanduklah lu.

      Delete
    2. Kali ni kalau tak dapat rampas sungai kandis, siapa pulak yg wak tomato tu nak campak dalam sungai? Macai ke? Kikikikiki

      Delete
  10. Jika Najib berani mengaku sahaja sebagai manusia biasa telah melakukan kesilapan luar biasa semasa tempuh di bawah pemerintah umno 2009-2018 sebagai PM
    kata dengan jujur bahawa beliau juga tertipu dan terpedaya dengan permainan org sekeliling beliau
    Terutama org umno yg rapat dengan beliau termasuk cina Jho Lo,
    Minta maaf dan beritahu pd rakyat itu adalah kesalah satu kesalahan yg sukar di maafkan dan Najib beritahu rakyat bahawa beliau akur dengan keputusan perundangan yg mana jika beliau di hukum. Dan NAJIB dengan BERJIWA BESAR
    MOHOHON SUPAYA RAKYAT MALAYSIA MENGHUKUM BELIAU dan SIAPA yg MASIH berada di dalam UMNO
    Cuma mohon rakyat JANGAN RAKYAT menghukum UMNO,,
    Klu Najib berani turun berkempen dan cakap mcmtu insyallah kemungkinan untuk umno menang masih ada..
    Sekarang adalah pemilihan antara THE BEST AMONG THE WORST (PH VS BN)
    Ada yg kata umur PH berggantung pada kekuatan Umur TunM,,

    Rakyat juga harus berani berkata benar wlaupun pada parti yg kita sokong
    60thn umnon bukan lah bermakna 60tahun parti ini melaku kan kesilapan
    Kesilapan biasa mungkin berlaku dalam masa 60thn tetapi kesilapan luar biasa hanya berlaku dalam 8-9 tahun kebelakangan ini,
    Tetapi ada kesilapan yg dah mula berlaku dalam PH kerana tidak Kesefahaman, kuatir kesilapan ini boleh menakibat kan kerosakan kekal pada org Melayu,,
    KD juga harus berlaku adil dan berhati hati.. Jangan jadi seperti zaman Nizal menjadi MB perak tanah yg hampir tamat tempuh di berikan kan tempuh pajakan semula pd kpd sesuatu bangsa kpd 999tahun

    Hati hati kita semua,, apa kata kalau org melayu pula minta hak org cina kerana perkara ini belum pernah berlaku dalam sejarahndan kita lihat bagai mana mereka semua mempertahan kan hat mrk
    Cuba kita minta hak org melayu dalam sykt pentabiran Cina sebanyak 30% dalam pentadbiran bukan kuli ,driver atau pembantu pejabat, org melayu banyak juga yg pandai
    Dan org Melayu pakat ramai ramai beli koata Cina dalam projek perumahan,,
    Sebagai renungan sahaja dan tidak memihak pd mana mana parti,,

    Org Melayu juga jgn jadi bodoh asik mempertahan kan hak apa org melayu berubah dan minta hak mereka pula,,

    ReplyDelete
  11. Surah al-Maidah, ayat 80-81:

    تَرَىٰ ڪَثِيرً۬ا مِّنۡهُمۡ يَتَوَلَّوۡنَ ٱلَّذِينَ ڪَفَرُواْ‌ۚ لَبِئۡسَ مَا قَدَّمَتۡ لَهُمۡ أَنفُسُہُمۡ أَن سَخِطَ ٱللَّهُ عَلَيۡهِمۡ وَفِى ٱلۡعَذَابِ هُمۡ خَـٰلِدُونَ (٨٠) وَلَوۡ ڪَانُواْ يُؤۡمِنُونَ بِٱللَّهِ وَٱلنَّبِىِّ وَمَآ أُنزِلَ إِلَيۡهِ مَا ٱتَّخَذُوهُمۡ أَوۡلِيَآءَ وَلَـٰكِنَّ ڪَثِيرً۬ا مِّنۡہُمۡ فَـٰسِقُونَ (٨١)

    Engkau melihat banyak dari mereka menjadikan orang-orang kafir (musyrik) teman rapat mereka. Demi sesungguhnya amatlah buruknya apa yang mereka sediakan bagi diri mereka (pada hari akhirat kelak) iaitu kemurkaan Allah menimpa mereka, dan mereka pula tetap kekal di dalam azab (Neraka). (80) Sekiranya mereka beriman kepada Allah dan kepada Nabi serta apa yang diturunkan kepadanya nescaya mereka tidak menjadikan orang-orang (musyrik) sebagai teman rapat, akan tetapi kebanyakan dari mereka adalah orang-orang fasik. (81)

    ReplyDelete
  12. Terbaik ustad Melayu Kampung!

    Macam inilah yg dikatakan ustad.
    Hujah diberi berlandaskan ayat2 suci al-quran yg tak boleh nak dipertikaikan lagi, melainkan oleh manusia2 munafiq fasiq.

    Bukan mcm KBB tomato & Bulat Kentut yg berhujah dgn bahasa kesat, maki hamun dan caci nista sahaja.

    Saya percaya ustad ini pasti seorang hafiz dan berkelulusan tinggi dlm pengajian alquran.

    ReplyDelete
  13. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  14. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  15. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  16. Sebelum nak cerita pasal Melayu dan Islam, betulkan dulu diri sendiri.

    Komen dan tulisan biar ada isi walaupun sikit jangan hampeh, lendir dan longkang..

    ReplyDelete
  17. Blogger tak telus!

    Kalau penyokong PH kutuk penyokong BN, dibiar jer.

    Kalau kita tibai penyokong PH, dia main delete2 pula...

    ReplyDelete
  18. Mcm main bola, kalau pengadil asyik berat sebelah memang susah ler nak menang...

    ReplyDelete
  19. Kita masuk nak tolong ramaikan dan meriahkan blog dia, dia buat eksyen pulak...

    ReplyDelete
  20. Ramai lagi yang mengkritik admin dan blog ini, lagi ramai lagi bagus.

    Score banyak²...

    Tapi yg kena buang padang, kad merah adalah kaki bangku, haprak..

    Boleh hadam kot

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau team lawan silap sikit pun kad merah...kalau team sendiri, kasar haprak pun biar jer...
      Mana acii...

      Delete
  21. Datang bandar pakai selempang
    Berkayuh perahu redah seberang
    Abang sedar hanya menumpang
    Manalah mahu dipandang orang

    ReplyDelete
  22. Pinggan tak retak nasi tak dingin
    Cicah sambal dgn pucuk paku
    Orang tak hendak kita tak ingin
    Usah jual mahal kelak tak laku

    ReplyDelete
  23. Haaa tepukkkkk
    Kan dah bagus sikit bahasa komen tu..

    ReplyDelete
  24. Buah jambu mekar setangkai
    Mari diletak di bawah meja
    Apa lah ilmu cik adik ni pakai
    Bila marah bertambah manja

    ReplyDelete
  25. Dari ponorogo ke bugis
    Juta juta duit dalam rumah
    PRK di Sungai Kandis
    Kirim salam memang kalah

    Kikikiki

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pergi berenang di Tasik Banding
      Kumpulkan kayu nak buat rakit
      Kalah menang adat bertanding
      Apa yg pasti Melayu kan bangkit

      Delete
  26. Pohon kelapa subur dibaja
    Mari basuh akar mengkudu
    Entah kenapa tetiba sahaja
    Dari musuh bertukar rindu

    ReplyDelete
  27. Pantun dua kerat..

    Mula² sengau
    Lepas tu angau

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mula2 mengata
      Lepas tu cinta
      Mula2 selisih
      Lepas tu kasih

      Ki kik kik...

      Delete
  28. Dahan meranti naik tercacak
    Pohon bidara buah nya lebat
    Resah di hati kian memuncak
    Rindu nan gelora apakah ubat

    ReplyDelete
  29. PENEROKA RESAH HARGA SAWIT JATUH MENDADAK

    MARAN 26 Julai - Trend kejatuhan harga kelapa sawit menimbulkan keresahan dalam kalangan warga Felda di Jengka 23 di sini apabila pendapatan bersih mereka merosot teruk sehingga ada yang hanya mampu meraih RM280 hasil jualan komoditi itu pada bulan ini.

    Keadaan ini diburukkan lagi apabila hasil sawit turut berkurang pada masa ini dengan hanya mampu mengambil buah sekali sahaja dalam bulan ini sekali gus menyebabkan kebanyakan mereka terpaksa bergantung dengan bantuan anak-anak untuk menyara kehidupan.

    Utusan online

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hasil sawit berkurang?

      Ini mesti musibah kesan dari pemerintahan BN dulu...

      Ki kik kik...

      Delete
    2. Macam mana boleh jadi begitu?

      Bukankah mengikut fatwa ostat John tomato al-munafiqun wal-syirikun, bumi kita bertambah subur bila PH perintah & TDM ketuai pentadbiran negara.

      Kah kah kah...

      Delete
    3. Pejuang Melayu,

      Saham jatuh, ringgit merosot, pelabur makin kurang dan macam2 musibah tu kerana sial BN & Najib...

      Durian, manggis & cempedak banyak dan murah kerana berkat PH & pentadbiran TDM...

      Khaarrkk...ptuiihh...hanciinngg...

      Delete
    4. Hairan ya negara kita ini, sial dan berkat bertukar-tukar silih berganti dgn begitu cepat...

      Misalnya, ikan kembung...ada masa ikan kurang & harga melambung hingga RM15 kerana sial BN & Najib...
      Dlm selang seminggu ikan jadi banyak pula hingga dijual seekor 10 sen bila berkat PH & TDM datang...
      Lepas seminggu datang balik sial BN & Najib, ikan kurang pulak...

      Ki kik kik...

      Delete
    5. Kita rasa tak sabar menanti komen dari ostat John tomato al-fasiqun wal munafiqun.

      Mungkin dia sedang cari dalil untuk menyokong hujahnya berkaitan kesuburan tanah bumi kita ini.

      Agaknya sekejap lagi dia akan keluar dgn fatwa:

      "Sesungguhnya sebahagian bumi kita ini menjadi subur dgn tanaman durian dan manggis kerana berkat pemerintahan PH & TDM ketuai pentadbiran manakala sebahagian lagi hilang kesuburan seperti tanah kelapa sawit kerana sial badi pemerintahan BN & Najib ketuai pentadbiran..."

      Kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah ...

      Delete
    6. Beginilah jadinya bila manusia yg didewa2kan dan dipuja, bukannya Allah Subhanahu wa Ta'ala...

      Delete
  30. Surah Fathir, ayat 14:

    إِن تَدۡعُوهُمۡ لَا يَسۡمَعُواْ دُعَآءَكُمۡ وَلَوۡ سَمِعُواْ مَا ٱسۡتَجَابُواْ لَكُمۡۖ وَيَوۡمَ ٱلۡقِيَـٰمَةِ يَكۡفُرُونَ بِشِرۡڪِكُمۡۚ وَلَا يُنَبِّئُكَ مِثۡلُ خَبِيرٍ۬ (١٤)

    Kalau kamu memohon kepada mereka: Mereka tidak mendengar permohonan kamu dan kalaulah mereka mendengar pun, mereka tidak dapat memberikan apa yang kamu pohonkan itu dan pada hari kiamat pula mereka mengingkari perbuatan syirik kamu dan (ingatlah) tidak ada yang dapat memberi tahu kepadamu (wahai Muhammad, akan hakikat yang sebenarnya) seperti yang diberikan Allah Yang Maha Mendalam PengetahuanNya. (14)

    ReplyDelete
  31. Sural al-Maidah, ayat 72:

    إِنَّهُ ۥ مَن يُشۡرِكۡ بِٱللَّهِ فَقَدۡ حَرَّمَ ٱللَّهُ عَلَيۡهِ ٱلۡجَنَّةَ وَمَأۡوَٮٰهُ ٱلنَّارُ‌ۖ وَمَا لِلظَّـٰلِمِينَ مِنۡ أَنصَارٍ۬

    Bahawasanya sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain, maka sesungguhnya Allah haramkan kepadanya Syurga dan tempat kembalinya ialah Neraka dan tiadalah seorang penolong pun bagi orang-orang yang berlaku zalim.

    ReplyDelete
  32. Terbaik ustad Melayu Kampung.

    Ada di antara mereka menjadi terlalu taksub dan fanatik dengan pemimpin mereka, sehingga mengatakan segala rahmat kesenangan yang datang itu berkat dari pemimpin mereka.
    Memang ternyata jelas mereka ini golongan orang2 yang syirik, yakni mempersekutukan kuasa Allah dengan makhlukNya.

    Yang lebih menyedihkan, ada dari puak ini yang tampil dengan watak ustad dan membawa ayat2 suci al-quran untuk diperdagangkan, namun masih juga terlibat dengan kegiatan dan fahaman syirik ini.

    ReplyDelete
  33. Dara nan cantik sentiasa dipuja
    Ayu menawan senyuman melirik
    Wahai adik Kluangmanis manja
    Ayuh tinggalkan puak yang syirik

    ReplyDelete
  34. Buah delima masak nya merah
    Dibawa secebis ke rumah nyonya
    Abang bertanya harap tak marah
    Adik Kluangmanis dah ke berpunya

    ReplyDelete
  35. Ada orang cakap anti lgbt, tapi pagi2 dah offer...

    Malas aku nak layan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Batang keladi dekat bawah titi
      Pohon bidara tumbuh di celah
      Naper ler cik KD ini cakap LGBT
      Teruna & dara tak ada lah salah

      Ki kik kik...

      Delete
    2. Memang berani laksamana Bentan
      Orang nya jenis pahlawan Melayu
      Abang jejaka ini teruna dan jantan
      Cik Kluangmanis pula dara nan ayu

      Ki kik kik...

      Delete
  36. Kala rembang ke kedai shamsul
    Belikan roti dan juga ajinomoto
    Maafkan abang hari itu tersasul
    Yg abg kata LGBT tu KBB tomato

    Ki kik kik...

    ReplyDelete
  37. Layang-layang bertali benang
    Asal nya benang dari Melaka
    Abang seorang asyik terkenang
    Orang dikenang entah tak suka

    ReplyDelete
  38. Pulang bercuti keluarga ditemu
    Jalan berliku menuju ke desa
    Abang menanti jawapan dari mu
    Kenapa membisu seribu bahasa

    ReplyDelete

𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚?

  𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚? Kita jawab secara am "Letak RM10,000 berapa boleh saya untung?&q...