Thursday, July 12, 2018

NOTIS BERCUTI


14 comments:

  1. Semoga Allah menyembuhkan dan memulihkan kesihatan TD Muhhyiddin....

    Bersatu blm ada Timbalan Presiden yg efektif yg boleh membantu presiden kukuhkan parti...

    ReplyDelete
  2. Khairy: Walau kena pukulan maut tapi Umno masih 'pekak'

    12 Jul 2018, 10:32 malam (Dikemaskini 13 Jul 2018, 3:26 pagi)

    A A
    Khairy Jamaluddin yang tewas dalam pemilihan merebut kerusi presiden Umno bulan lalu menyatakan keresahannya terhadap hala tuju yang diambil parti itu kini.

    Beliau melihat Umno kini semakin ke arah perkauman selepas tewas pada PRU ke-14 dan baginya itu hanyalah jalan menuju 'kehancuran'.

    "Sejak selesai pemilihan Umno, apa yang parti saya buat? Main sentimen kaum dan kutip tabung untuk bekas presiden (Datuk Seri Najib Razak)...Takkan itu saja 'Umno baru'?

    "Sudah kena pukulan maut semasa PRU ke-14 (tetapi) masih pekak terhadap suara rakyat.

    "Jika modal untuk PRU ke-15 hanyalah momokkan orang Melayu dengan isu seperti pelantikan bukan Melayu sebagai peguam negara dan ketua hakim, lupakan saja impian menawan semula Putrajaya," katanya di Twitter hari ini.

    Beliau merujuk kepada bantahan Umno terhadap pelantikan Tommy Thomas sebagai peguam negara pada bulan lalu dan Tan Sri Richard Malanjum sebagai ketua hakim negara semalam.

    Dengan nada yang jelas kecewa, bekas ketua pemuda Umno itu berkata parti itu kini perlu memilih sama ada mahu kekal dengan cara itu atau mengambil "jalan tengah".

    "Ke kanan (Umno) mungkin menang sorak sementara, tetapi pasti lingkup 10-15 tahun lagi. Haluan tengah bukan mudah dan sukar difahami akar umbi, tetapi itulah jalan yang ada untuk survive," katanya yang kini tidak lagi memegang apa-apa jawatan pusat parti itu.

    Sebaik kekalahan pada PRU lalu, Khairy berkata ada keperluan untuk melakukan pembaharuan terhadap Umno termasuk membuka keahlian kepada bukan Melayu.

    ReplyDelete
  3. Zahid: Umno, PAS akan bincang letak hanya satu calon PRK
    13 Jul 2018, 6:00 pagi (Dikemaskini 13 Jul 2018, 8:25 pagi)

    A A
    Umno bersama parti komponen Barisan Nasional (BN) akan berbincang bersama PAS untuk meletakkan hanya seorang calon pembangkang bertanding dalam pilihan raya kecil (PRK) Sungai Kandis, di Selangor nanti.

    Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata kerjasama itu merupakan strategi pihak pembangkang dalam usaha memastikan pertembungan satu lawan satu, pada PRK itu sekali gus memberikan saingan sengit.

    “Kami perlu mengadakan perbincangan dengan parti-parti lain yang menjadi pembangkang khususnya PAS untuk menentukan bahawa seorang calon sahaja akan bertanding.

    “Kami akan ambil perkiraan kebolehmenangan kepada parti dan juga kebolehsokongan kepada calon yang akan (diletakkan) bertanding di DUN Sg Kandis, ertinya, daripada pihak pembangkang, termasuk Umno dan parti-parti komponen BN kami bersetuju hanya seorang calon sahaja,” katanya.

    ReplyDelete
  4. Kenyataan Media Penerangan. 205/76
    29 Syawwal 1439 | 12 Julai 2018

    *SEKTOR PERUNDANGAN DAN KEHAKIMAN DIKUASAI BUKAN ISLAM ?*

    _Oleh : Nasrudin bin Hassan_
    _Ketua Penerangan PAS Pusat_
    https://m.facebook.com/kpenerangan

    1. Kini lengkap posisi Tiga Serangkai pada *sektor Judisiary* dikuasai oleh figure yang sangat meresahkan umat Islam.

    *Pertama* : Perlantikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (bahagian hal ehwal Undang-Undang) : Datuk Liew Vui Keong

    *Kedua* : Perlantikan Peguam Negara pada 5 Jun 2018 : Tommy Thomas

    *Ketiga* : Perlantikan Ketua Hakim Negara pada 11 Julai 2018 : Tan Sri Richard Malanjum.

    2. Kerajaan PH sekali lagi berjaya pecah rekod perlantikan Ketua Hakim Negara dari kalangan bukan Islam sejak pertama kali ia diperkenalkan selepas pembentukan Malaysia 1963 dengan nama awalnya Lord Presiden.

    3. Hanya Lord Presiden yang pertama terdiri dari kalangan bukan Islam iaitu Tun Sir James Beveridge Thomson.

    4. Melihat *3 posisi penting* ini telah diisi oleh figure yang sangat *meresahkan ummat Islam*, maka apakah masih ada harapan rakyat khasnya umat Islam untuk melihat masa depan Islam terus terbela di bumi Malaysia ini khasnya dalam hal yang melibatkan undang-undang.

    5. Terutama melihat kepada rekod penghakiman Ketua Hakim Negara yang baharu ini, terdapat corak penghakiman yang *tidak menyebelahi Islam*.

    6. Malangnya, kerajaan Pakatan Harapan boleh _*“memekakkan”*_ telinga dari mendengar keluhan dan teguran umat Islam serta tergamak _*“membutakan”*_ mata dari melihat bagaimana reaksi bimbang umat Islam terhadap perkembangan ini.

    7. Reaksi bimbang dan teguran umat Islam telah jelas kedengaran sejak dari perlantikan Peguam Negara tempohari lagi. Kini perlantikan Ketua Hakim Negara pula bakal mengundang petaka buat umat Islam.

    8. Langkah kerajaan Pakatan juga dilihat *tergesa-gesa dan tergopoh-gapah*. Entah apa yang dikejar. Perletakkan jawatan Tun Md Raus Sharif hanya berkuatkuasa pada 31 Julai. Perlantikan TS Richard Malanjum semalam menjadikan kini Malaysia mempunyai 2 orang Ketua Hakim Negara sebelum berakhir 31 Julai ini.

    9. Mungkinkah juga Tun Md Raus telah *dipaksa untuk membuat surat perletakkan jawatan* yang baru berkuatkuasa serta merta?

    Jika masih kekal perletakkan jawatannya efektif pada 31 Julai, maka *apakah ini suatu langkah yang berpelembagaan?*

    *Apakah ia juga bermakna sudah ada campurtangan kerajaan dalam sistem judiciary ?*

    10. Episod apa lagi yang bakal disaksikan oleh umat Islam selepas ini. Sudahlah Islam terumbang ambing di zaman kerajan BN dahulu, ternyata kini perubahan yang dilaungkan itu rupanya *ke arah yang lebih teruk dan buruk.*

    Apakah situasi ini meletakkan *umat Islam terlepas dari mulut harimau lalu dilibas ekor buaya?*

    _Sejahtera Bersama Islam_

    Sekian

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasarudin tertinggal tiga lagi:

      Menteri jaga duit tin milo
      Menteri kepala Syi'ah
      Menteri budak LGBT

      Delete
    2. Pas susah hati kerana sistem perundangan negara di pegang oleh bukan islam...masa dipegang oleh oleh orang islam hingga berlaku penyelewengan wang 1 mdb yg disenyapkan Pas tak susah hati...sebab lobai2 pas dapat sama...kalo bukan islam ini siasat habis lobai2 Pas masuk penjara...ini yg Pas susah hati..

      Najib sendiri tak mampu bayar wang ikat jamin..kalo lobai Pas lagi teruk...derma pon tak seberapa...hihihi

      Delete
    3. Negara ini ade perlembagaan dan undang2...3 orang yg dilantik tiada kuasa pinda undang2 dan perlembagaan...tiada kuasa roboh masjid....semua berkuasa dlm had bidang kuasa dan tugas masing2...

      Tak ade pon yg perlu dirisaukan melainkan orang yg melakukan kesalahan..

      Delete
    4. Dengar citer, kepala komunis pencetus pergaduhan 13 Mei 1969 nak dilantik jadi speaker dewan rakyat pulak...

      Cantiikk...
      Camtaiikk...

      Delete
    5. Cerita dari kaki putarbelit memang cantik..

      Delete
  5. Sejahtera bersama islam

    Di kelantan dan terengganu sahaja islam sejahtera?...di lain2 negeri islam tak sejahtera?..

    Islam di terengganu dan kelantan sama saje di negeri lain..

    ReplyDelete
  6. Akaun 1MDB beku, tiada lagi tajaan Haji, kata Fuziah Salleh
    Khairil Ashraf
    ShareTweetPinMail

    Dijangkakan jemaah haji tajaan Yayasan 1MDB akan berlepas ke Makkah di bawah Program Khas Haji Perdana Menteri pada 14 Julai ini. (Gambar Bernama)

    PETALING JAYA: Kerajaan sudah tidak lagi menaja penghantaran jemaah untuk menunaikan ibadat Haji ke Makkah selepas akaun 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dibekukan.

    Timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri Fuziah Salleh berkata, kerajaan tidak dapat menaja penghantaran jemaah Haji seperti sebelum ini apabila akaun syarikat pelaburan strategik itu dibekukan.


    Taja gati dgn duit hutaang...hutang plak orang ramai yg bayar..

    ReplyDelete
  7. Rasulallah ditanyakan tentang sifat munafiq. Baginda memberitahu, 4 sifat munafiq ialah:
    1) Apabila bercakap mereka berdusta
    2) Apabila bertengkar mereka melampaui batas
    3) Apabila diberi amanah mereka khianat
    4) Apabila berjanji mereka mungkir janji

    Sifat (1), (3) & (4) memang nampak jelas...
    Harga barang turun?
    Harga minyak turun?
    Tol hapus?
    Pendidikan percuma?
    EPF surirumah?
    Peluang kerja bertambah?
    Pengangguran berkurang?

    Mopti Perlis, Dr Maza pula berfatwa, "perbuatan menipu pengundi adalah haraamm..."

    Hampass... KERAjaan haram sarkas tomato LGBT...

    ReplyDelete
  8. Melayu Kampung
    Kerajaan BN dulu mempunyai 4 ciri ciri yang disebut.
    Orang UMNO sokong kuat parti itu dan juga Presiden mereka yang dianggap suci, alim dan pernah masuk Ka'abah.

    ReplyDelete

𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚?

  𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚? Kita jawab secara am "Letak RM10,000 berapa boleh saya untung?&q...