Monday, July 2, 2018

YANG PUNYA BADAN KENA JAWAB......


http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2018/06/26/setiausaha-dewan-rakyat-belum-tehttps://m.malaysiakini.com/news/341321

https://m.facebook.com/OtaiBERSIH/posts/1089348247908374

https://m.malaysiakini.com/news/341321

Malapetaka Buat PAKATAN HARAPAN  jika tidak dipantau individu seperti ini:

Siapa sebenar Datuk Roosme Hamzah, Setiausaha Dewan Rakyat (SUDR)..!!

1. Bagi mereka yang biasa berurusan di Parlimen Malaysia semasa persidangan Dewan Rakyat/Dewan Negara, para pegawai pastinya akan mengenali satu figura yang dikatakan terlalu berkuasa dalam perjalanan persidangan Parlimen, malah lebih hebat pengaruhnya dalam memastikan persidangan Parlimen mengikut kehendak tuan politik mereka sebelum ini. Pegawai yang dimaksudkan adalah Datuk Roosme Hamzah, Setiausaha Dewan Rakyat (SUDR).

2. Menurut sumber daripada kakitangan Parlimen Malaysia, beliau mula berkhidmat di Parlimen Malaysia sejak tahun 2001, sebagai Ketua Penolong Setiausaha (Perundangan), Bahagian Pengurusan Dewan. Bahagian ini merupakan urusetia kepada persidangan Dewan Rakyat/Dewan Negara. Beliau tak pernah keluar daripada Bahagian Pengurusan Dewan sejak tempoh itu sehinggalah hari ini. Beliau dinaikkan pangkat sebagai Setiausaha Bahagian (Pengurusan Dewan), sehinggalah menjadi SUDR sejak tahun 2007. Difahamkan beliau merupakan Setiausaha yang paling lama berada di kerusi tersebut, iaitu selama 11 tahun.

3. Kami, seperti pegawai-pegawai Parlimen Malaysia, pegawai penyelaras Parlimen kementerian, dan pegawai-pegawai kepada Ahli Yang Berhormat yang selalu berurusan dengan beliau sangat masak dan faham dengan pe’el dan kerenah beliau. Siapa yang tak pernah kena maki dengan beliau sewaktu persidangan. Mangkuk hayun, bodoh dan sebagainya itu makanan yang biasa bagi kami. Pada kami, itu adatlah bekerja dengan bos yang bossy seperti itu.

4. Pada pandangan kami, beliau perlu ditukarkan dari jawatan Setiausaha Dewan Rakyat kerana berpotensi menyukarkan proses Kerajaan meluluskan sebarang perkara di Parlimen. Disenaraikan beberapa point penting yang perlu difikirkan oleh para pemimpin Pakatan sebelum bersetuju menerima beliau meneruskan tugasan di jawatan tersebut.

a. Pro Barisan Nasional

Menjadi pengetahuan umum bahawa beliau sangat dengan semua pimpinan parti semasa mereka memerintah dahulu. Semasa beliau ditukarkan secara tergesa-gesa dari Parlimen ke Jabatan Pembangunan Wanita pada tahun 2016, beliau difahamkan telah bertemu dengan Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi semasa tempoh berkempen di Pilihan Raya Negeri Sarawak. Dikatakan isu pertukaran beliau itu telah dibincangkan semasa mesyuarat pimpinan parti di Sarawak, dan hasilnya JPA telah membuat U-Turn dengan mengembalikan Datuk Roosme sebagai Setiausaha Dewan Rakyat (SUDR), malah dinaikkan pangkat sebagai JUSA A (Untuk makluman, jawatan hakiki SUDR adalah JUSA C). 11 tahun membuat kerja, skop dan bebanan tugas yang sama serta diberi kenaikan pangkat JUSA A adalah karut tuan-tuan. Tanyalah dengan petugas Parlimen, apa yang beliau katakan kepada pegawai-pegawai yang dilihat condong kepada Pakatan Harapan. Malah sampai ke tahap diburukkan nama mereka kepada Menteri-menteri BN pada waktu itu.

Umum mengetahui keakraban Roosme bersama Ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional, terutama Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid, Dato’ Seri Mohamed Nazri, Dato’ Seri Azalina, dan lain-lain. Dalam keadaan Pakatan Harapan telah memerintah dan memiliki majoriti mudah, tiada jaminan bahawa sebarang perancangan persidangan Dewan Rakyat tidak akan didedahkan kepada pihak lawan. Ia berkenaan perancangan pembentangan sebarang Urusan Kerajaan; Rang Undang-Undang, Usul-usul dan sebagainya.

b. Mastermind penggantungan Ahli Parlimen Pakatan

Untuk makluman semua, penggantungan Ahli-ahli Parlimen sepanjang tempoh tahun 2008 sehingga 2018 adalah direncanakan oleh Roosme, setelah menerima arahan daripada Menteri yang terlibat. Adakalanya beliau pula yang bertindak lebih sudu dari kuah dalam merencanakan tindakan penggantungan. Antara penggantungan yang cukup kontroversi adalah melibatkan YB Tuan Gobind Singh Deo selama 6 bulan (tahun 2009), penggantungan 6 YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim melalui syor Jawatankuasa Hak dan Kebebasan pada tahun 2010, penggantungan YB Tuan Karpal Singh, YB Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali dan YB Tuan R. Sivarasa pada tahun 2010 yang mendedahkan butiran syor JK Hak dan Kebebasan terlebih awal sebelum ia dibahas di Dalam Dewan Rakyat. Selain itu juga, penggantungan YB Tuan N. Surendran selama 6 bulan sebanyak 2 kali juga dibuat dengan perancangan Roosme.

Sebagai contoh, dalam kes menggantung YB Gobind, YB Karpal, YB DSAA, YB R. Sivarasa, secara umumnya dilakukan dengan melihat kepada beberapa bahan bukti. Beliau didapati menggunakan Bahagian Komunikasi Korporat untuk mencari bukti-bukti kesalahan Ahli Yang Berhormat semasa membuat kenyataan media. Setelah menerima bahan-bahan bukti dalam bentuk video press conference, beliau akan membuat persediaan bagi Usul untuk menggantung Ahli Yang Berhormat tersebut, dibantu oleh Penasihat Undang-Undang Parlimen Malaysia, lantikan Jabatan Peguam Negara. Pernah berlaku keadaan di mana Yang di-Pertua tidak mengesyorkan penggantungan, tetapi Roosme yang berkeras supaya digantung.

Semasa siasatan JK Hak dan Kebebasan melibatkan Dato’ Seri Anwar Ibrahim pada tahun 2010, Tan Sri Pandikar tidak mahu meneruskan siasatan tersebut selepas kejadian perbalahan di dalam Mesyuarat JK melibatkan beliau dan YB Tuan Karpal Singh. Namun, terdapat desakan daripada Kerajaan, terutamanya YB Dato’ Seri Mohamed Nazri untuk meneruskan penggantungan Dato’ Seri Anwar. Pada awalnya, beberapa senarai saksi telah dikemukakan untuk dipanggil. Roosme, bersama Penasihat Undang-Undang telah membuat perancangan bersama Ahli JK Hak dan Kebebasan daripada Ahli Barisan Nasional untuk meneruskan syor JK tanpa perlu memanggil saksi. Beberapa mesyuarat telah diadakan bersama Ahli-ahli Jawatankuasa daripada BN dalam tempoh tersebut. 

Antara kelicikan Roosme adalah, beliau akan mengedit laporan prosiding dengan membuang perkataan yang diucapkan oleh Ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional, sekiranya berlaku kekecohan di dalam persidangan. Ada juga kes beliau telah membuang keseluruhan ayat yang menunjukkan beliau memberi arahan/pandangan di dalam sesuatu mesyuarat Jawatankuasa. Ia menggambarkan seolah-olah semua keputusan adalah datang daripada Jawatankuasa secara konsensus dan bukannya datang daripada pandangan beliau.

c. Tiada inisiatif keterbukaan dalam prosedur Parlimen 

Datuk Roosme dikenali sebagai seorang yang terlalu defensif, khususnya jika ia membabitkan kepentingan Kerajaan Barisan Nasional. Dalam era masyarakat semakin mahukan keterbukaan sesebuah Kerajaan, beliau memilih untuk tidak meraikan nilai-nilai baru tersebut. Sebagai contoh, beliau antara yang berkeras tidak mahu jawapan soalan-lisan yang tidak dijawab di dalam Dewan dimuat naik ke portal Parlimen Malaysia. Alasannya, jika berlaku isu terhadap sesuatu jawapan yang diminta, orang ramai akan mudah mengakses jawapan-jawapan tersebut. Begitu juga dengan akses kepada dokumen seperti Buku Undi-undi dan Perjalanan Mesyuarat (Votes and Proceeding). Maklumat seperti kehadiran Ahli Parlimen, undi belah bahagian sesuatu urusan dan sebagainya akan mudah diperolehi sekiranya dimuat naik ke dalam Portal Parlimen Malaysia. Secara tak langsung, Parlimen akan dilihat responsif terhadap usaha-usaha pengaksesan maklumat umum sebegini. Tapi, itulah tindakan Datuk Roosme dalam memastikan kelemahan Ahli-ahli Barisan Nasional tidak dieksploitasi oleh orang ramai.

5. Oleh itu, bagi memastikan ketelusan dalam segala urusan membabitkan Parlimen, kami mencadangkan supaya Datuk Roosme ditukar dan diganti dengan pegawai yang boleh bertindak neutral tanpa menyebelahi mana-mana kepentingan politik. Ia juga dilihat wajar kerana dasar JPA sendiri yang tidak membenarkan seseorang pegawai berada di sesuatu jawatan melebihi 5 tahun.





# Kedudukannya penting dikaji semula.









2 comments:

  1. Dulu bawah BN dia memang berkuasa...tapi sekarang bawah Tun kalo berani tunjukkan lah taring...rasanye penjawat awam yg keras kepala tahu ape akibatnye...

    ReplyDelete

𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚?

  𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚? Kita jawab secara am "Letak RM10,000 berapa boleh saya untung?&q...