Jangan sampai selama ini sekadar tuduhan demi tuduhan dibuat ke atas Najib tetapi apabila 'anak buahnya' buat hal - ia boleh berbalik dan memalit semula kepada Najib - Bapa Borek Anak Rintik.
Tindakan tegas kena di ambil...
DAMANSARA 24 OGOS : Seorang editor kanan TV3 yang dilantik dengan  persetujuan Pejabat Perdana Menteri kini dalam siasatan syarikat itu  atas tuduhan melakukan gangguan seksual terhadap empat wartawan termasuk  seorang pembaca berita. 
Editor berkenaan bagaimanapun dibenarkan terus bertugas seperti biasa,  manakala seorang “mangsa”nya dipindahkan ke NTV7 bulan lalu atas  permintaan petugas itu sendiri yang enggan lagi bertugas di bawah editor  berkenaan. 
Sumber- sumber yang rapat dengan kes itu mengesahkan bahawa Jabatan  Sumber Manusia Media Prima Berhad telah memulakan siasatan rasmi selepas  pihak pengurusan memberikan persetujuannya baru- baru ini. 
Media Prima adalah syarikat yang memiliki TV3, NTV7, TV9 dan TV8 selain  memegang kepentingan dalam stesen radio serta Kumpulan New Straits Times  Sdn Bhd. 
Empat orang yang didakwa mangsa ganggual seksual itu tampil baru- baru ini memberikan kenyataan kepada pengurusan. 
Antara lain, empat kakitangan terbabit merujuk kepada sistem pesanan  ringkas (SMS) berunsur lucah yang dihantar kepada mereka sebagai  menyokong dakwaan bahawa editor itu melakukan gangguan seksual selama  beberapa bulan. 
Mangsa juga mendakwa editor berkenaan menggunakan pangkat dan jawatannya  untuk “menggoda” mereka secara licik, tambah sumber berkenaan. 
“Siasatan dijangka siap tidak lama lagi dan terpulang kepada majikan untuk mengambil tindakan susulan,” tambah sumber itu. 
Sumber berkenaan memberitahu siasatan itu bermula selepas sepucuk e-mail  yang ditulis oleh seorang mangsa yang menggelar dirinya 'Coco Girl'  membuat pelbagai dakwaan terhadap editor berkenaan yang sudah berumah  tangga. Salinan e-mail itu di hantar kepada kakitangan TV3 selain  dihantar ke Pejabat Perdana Menteri. 
Editor berkenaan bertugas sebagai pegawai kanan dalam sebuah syarikat  perladangan sebelum ini menyertai TV3 sejurus selepas Datuk Seri Najib  Tun Razak mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri pada April 2009. 
Bilik Berita TV3 dikatakan kecoh dan resah setelah kes itu terbongkar  dan mangsa berkenaan tampil memberi kenyataan kepada pihak pengurusan. 
Beberapa kakitangan kecewa kerana editor berkenaan masih dibenarkan  menjalankan tugas seperti biasa dan dibenarkan berinteraksi dengan  wartawan di bawahnya sungguhpun mengadapi siasatan rasmi syarikat atas  tuduhan melakukan gangguan seksual. 
“Kes ini memberi kesan kepada moral kakitangan yang mahu syarikat  mengambil tindakan segera dan adil supaya ia tidak menjejaskan nama baik  TV3 dalam apa cara sekali pun,” kata sumber berkenaan.
http://kedahkekl.blogspot.com/2011/08/hot-gila-skandal-seks-di-tv3.html
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Terkini dan kini
P ENGUMUMAN RASMI 30 Oktober 2025 Ahli Yang Dihargai, Sebagai sebahagian daripada usaha berterusan kami untuk meningkatkan kecekapan, kete...
- 
Kepimpinan UMNO di bawah Najib nampaknya lebih cekap dan cepat bertindak, secara diam-diam mereka turun padang merapati ahli akar umbi. ...
- 
Sangat pelik dan terlalu pelik kalau terus langsung dianggap dan dijamin najib selamat dan pasti menang di Pekan (?) Apakah kita menidakan...
- 
DAP dan umno boleh bekerjasama dan bergabung bila-bila masa. Jika lim kit siang mempunyai keutamaan sebagai PM dan Najib takut risiko k...

 
 
 
No comments:
Post a Comment