Tuesday, May 14, 2013

Pru14 - undi angkat tangan








Anwar gagal mendapat jumlah kerusi yg mencukupi untuk pr membentuk kerajaan selepas lebih 5 tahun bertungkus lumus, dari hensem dah jadi serabut.

Anwar terus berusaha hari ini untuk meyakinkan rakyat bahawa apabila dikira jumlah undi yg diterima oleh PR adalah lebih dari BN ia membawa maksud lebih ramai rakyat sukakan pr menjadi kerajaan.

Dan anwar perkukuhkan hujah bahawa terdapat penipuan atas kerjasama antara spr dan bn - apakah spr di penang, kelantan dan selangor tidak sekongkol dng spr pusat dan bn?

Kita boleh bersetuju dng hujah anwar tetapi mana buktinya? Saksinya? Anwar mirip untuk tidak membawa isu penipuan ini ke mahkamah undang-undang kerana dia sendiri tahu betapa tipis untuk menang atau terlalu lama untuk satu keputusan atau diaa tahu dia tidak ada fakta kecuali auta., dia lebih suka dakwaan penipuan itu dibawa ke mahkamah 'stadium dan jalanan'. Hakimnya ialah rakyat yang telah 'dibakar'.

Kita boleh sokong anwar tapi ada hadnya, ada tempohnya, dan paling penting jangan sampai anwar tidak rasional dan ditertawakan umno dan dunia.

Dalam satu perlawanan bola antara kedah dan kelantan di stadium kota bharu, kedah dapat jaringkan 2 gol dan kelantan hanya satu, dalam kedudukan kedah 2 kelantan 1...pengadil memberi kemenangan kpd kedah.

Apakah wajar sikap pengadil tersebut ? Bukankah kelantan yg layak menang sebab yg menyokongnya di stadium lebih ramai dari penyokong kedah?  - anwar lebih faham..pengadil rasuah, perlawanan diatur, padang basah, tiang gol senget, bola tak cukup angin... Bagaimana sikap kita?

Anwar patut belajar dari azmin, dia tak kemaruk jawatan.
Anwar bukan murahan kalau tidak berjawatan, kecuali dia sudah tidak ada keyakinan diri, hilang identiti dan takut bayang sendiri.





No comments:

Post a Comment

6ANGKA