Thursday, May 16, 2013

Selamatkah kita dengan penerbangan air asia

Jika aktiviti sebegini tidak dibendung atau mendapat penjelasan sebenar dari pihak air asia, umat Islam wajar merasa dan mempersoalkan samada penerbangan menggunakan air asia selamat dan diberkati Allah @ adakah kita dikira bersubahat? sedangkan kita mempunyai pilihan lain.


Matlamat untuk mencari penyelesaian atau menang-menang dalam isu si tanggang azran mungkin makin bercelaru apabila Sharizat membuat siaran media yang agak kasar kepada Rafidah. Perkara sebegini sepatutnya dibuat secara berhemah supaya yang bersalah akan terima hukuman setimpal atas kesombongannya.

Rafidah bukanlah seseorang yang boleh digertak dan didesak melulu kerana dia juga mempunyai kapasiti untuk memeprtahankan si lahabau tu dalam suara dan nada yang lain. Akhirnya matlamat untuk mengajar si mamat tu tak kesampaian.

Tekanan jangkapendek dan jangkapanjang kepada air asia harus dibuat berterusan dalam semua maksud termasuk air asia flylast, membatalkan tempahan dan apa saja ruang dan peluang. Ini perlu dibuat supaya sensitiviti yang berkaitan dengan Melayu perlu dibela sewajarnya walaupun dengan nilai paling rendah, satu sen.

Saya sendiri akan membatalkan penerbangan ke kota kinabal;u pada 24/27Mei ini jika isu ini belum selesai. Biar rugi duit asal hati puas.

Nota kaki:
Azran kawan baik kepada Kj dan juga pernah menjadi pengurus artis kepada maya karin - sila betulkan saya jika ada kesilapan.




SIARAN MEDIA 
Y.BHG DATO’ SRI SHAHRIZAT ABDUL JALIL
KETUA PERGERAKAN WANITA UMNO MALAYSIA 
SOALAN BUAT TAN SRI RAFIDAH AZIZ,
PENGERUSI LEMBAGA PENGARAH AIRASIA X 
KUALA LUMPUR, 16 MEI 2013 – Saya mewakili Pergerakan Wanita UMNO Malaysia hari ini ingin melontarkan pertanyaan kepada YBhg Tan Sri Rafidah Aziz selaku Pengerusi Lembaga Pengarah Airasia X di atas kenyataan oleh Ketua Pengarah Eksekutif beliau dari Airasia X, Azran Omar-Rani terhadap Utusan Malaysia dan tindakan menarik balik iklan di dalam akhbar tersebut. 
Saya yakin Tan Sri Rafidah Aziz yang telah menerajui kepimpinan Wanita UMNO selama 22 tahun dan berusia 66 tahun semasa meninggalkan pucuk pimpinan Wanita UMNO Malaysia, cukup matang untuk menjelaskan isu ini berdasarkan perjuangan Wanita Melayu yang turut didukung oleh beliau semasa memimpin Wanita UMNO. 
Malah, saya harap beliau memahami perjuangan Utusan Malaysia sebagai satu-satunya lidah rasmi orang Melayu. 
Beliau seharusnya tampil kehadapan untuk memberikan pandangan, pendirian dan pendapat beliau untuk menyelesaikan isu ini, bukan terus berdiam diri walaupun beberapa desakan telah dikemukakan oleh badan-badan NGO Melayu dan beberapa pihak yang lain. 
Wanita UMNO amat kecewa dan meminta Tan Sri Rafidah sebagai Pengerusi yang bertanggungjawab untuk Airasia X memberikan penjelasan secepat mungkin kerana terlalu ramai orang Melayu berasa amat tersinggung dengan pandangan yang tidak bertanggungjawab oleh Azran Osman-Rani.

Artikel sebelum ini:

Berhati hati naik air asia

 kalau anda seorang pembaca utusan malaysia berhati hati tika naik air asia takut terjumpa makhluk ini...tau tak kesahnya?




kalau ada pilihan naiklah fire fly atau mas...air asia last
 

Air Asia Hentikan Iklan Dalam Utusan, Melayu Terus Sokong Tony Fernandez



Rafidah Aziz mungkin boleh tolong defend mamat ni.

No comments:

Post a Comment

6ANGKA