Monday, May 6, 2013

bila agaknya tun m nak minta pengganti paklah berundur....

perkara pertama yg aku jangkakan ialah najib membuat kejutan dengan meletakan muhyiddin mengangkat sumpah sebagai pm dan dia kekal sebagai presiden umno - malang najib bukanlah jenis yg ambil tanggungjawab sepenuh, dia masih pentingkan diri, pangkat dan jawatan.

mana maruah parti dan bangsa apabila bn bukan sahaja gagal majoriti dua pertiga tetapi lebih merosot, jangan salahkan tsunami cina kalau abaikan ugama dan bangsa sendiri. kalau paklah boleh berundur apa istimewanya najib nak terus tunggu dan pegang jawatan pm.

paklah cerita lama, elok contohi chua sua lek, pengerusi bn pulau pinang dan nik aziz, mereka berundur dlm keadaan bermaruah samada menang atau kalah. najib tak punya istimewa apapun untuk masih kekal. anwar sendiri mungkin berundur !!!

najib sudah diberi peluang sebagai pm dan najib juga juga secara maksima telah menggunakan wang kerajaan, sudak maksima dlm idea dan kemampuan, sudah maksima 5 tahun tempoh pilihanraya tetapi inilah hasilnya - najib sudah tidak ada apa-apa asset yg berharga buat rakyat malaysia. idea dan caranya ditolak -najib sudah muflis idea - terimalah hakikat.

ucapannya selepas keputusan pilihanraya mencerminkan tidak ada perubahan drastik yg akan dibuat, najib hanya mampu mengikut rentak dan perangkap pembangkang, dia akan terus dng cara dan pendekatannya yg dianggap betul, bagus dan diterima rakyat sdgkan pada hakikatnya dia kini berada dlm lubang kuburnya sendiri yg terus digali dan digali.

samada muhyiddin lebih bagus atau tidak, samada muhyiddin boleh menyelesaikan masalah atau tidak itu bukan justifikasi najib, you have no say - tinggalkan muhyiddin kpd rakyat untuk dinilai.

kita tunggu apa kata mereka yg masih nak pertahankan najib..

13 comments:

  1. fuck you...jangan cari geroh, jangan nak melaga2 orang melayu, kalau kau kafir laknat atau pkr/pas penjilat tegar dap pergi mampos dengan kau...jangan sampai kena tanam...ada faham...

    ReplyDelete
    Replies
    1. bro ini bukan mengapi2kan or gaduh cari ini dia cuba beri peringatan utk sama2 direnung masa depan anak2 kta org melayu ,,,nasihat yg betul kekadang amat pahit utk diterime ,,,,ubat selalu rasa pahit yg manis gula tapi bersedia utk kaki dipotong sbb kencing manis - manis tapi racun ,,,pahit tapi ubat ,,,mana u mahu ????

      Delete
    2. saya bersetuju dengan pendapat anda. biasanya orang tersalah tafsir diantara kapal dengan nakhoda. yang kita cakap ialah nakhodanya dan bukan kapal. secara menyeluruh, saya sokong artikel admin. ada lebih baiknya nakhoda kapal itu digantikan untuk menyelamatkan kapal dari tenggelam.

      Delete
  2. Paling heran, macamana najib boleh letak pegawai2nya (sahlan, latt, imor, fatmi, shafie, sufian) jadi calon walhal orang2 bahagian siang malam bekerja diketepikan. Begitu juga saki-baki kengkawan menantu pak doll (wan farid, saifudin dll kecuali rezal)pun tak menang.. Atau ni tandanya bossnya (najib) juga ditolak..? Atau benarkah adanya kombinasi isterinya dgn sisa2 pak doll..? Sebab tu juga gamaknya banyak terjadi dua calon diberi consent bertanding kerusi yg sama - macam time dulu2 pak doll sain surat recomendation tiga empat sykt utk satu job...

    ReplyDelete
  3. najib baru angkat sumpah jadi pm petang tadi, mungkin kalau dah tak boleh pi lagi baru dia angkat topi kut. pada pandangan aku, baik najib atau muhyiddin, mungkin cara dan pendekatan sahaja yang berbeza. muhyiddin lebih tegas dalam sesuatu perkara manakala najib lebih kepada tolak ansur sehingga banyak yang kena tolak oleh pembangkang hingga beliau selalu tersepit dan susah untuk membuat pilihan dan seterusnya terikut2 dan menerima tekanan tersebut. lihatlah contoh seperti cadangan dakwat kekal dlm proses undi pru yg dibuat oleh pr, najib terima tetapi apa yg beliau dapat setelah pru dijalankan, masih dituduh menipu dlm pru. lihat pula dgn undang2 perhimpunan aman yg diluluskan, apa yg najib dapat hanya kutukan dan kesusahan kepada rakyat disebabkan permainan undang2 oleh puak2 pr, ambiga dan bar council. siapa yg cadangkan suhakam dan najib ikut cadangan tersebut untuk menjadi popular, tetapi apa yg beliau dapat adalah sebaliknya, suhakam sama2 menghentam agensi kerajaan dalam banyak perkara. Inilah yang dikatakan dalam pepatah melayu, sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tidak berguna. buat najib, tegaslah sedikit dalam pendirian anda, jangan terlalu mengikut permainan dan provokasi dari orang yang suka memprovokasi. belajarlah dari sejarah dan kesilapan yang telah dibuat untuk masa hadapan negara.

    ReplyDelete
  4. Najib hanya layak jadi seorang pegawai daerah, pegawai tadbir, ketua setiausaha kementerian - Dan bukannya politician seperti mahathir, anwar, lim kit siang atau lim guan eng. Mungkin najib elok bekerja dengan adiknya nazir, bawa bersamanya shamudin, r.nong chik, mukhriz.

    Biarkan negara ditadbir oleh orang2 seperti muhyiddin, zahid, ezam Dan kj.

    ReplyDelete
  5. Umno menang besar 109 kerusi parlimen pru13. Dengan pengajaran untuk najib kali ini, umno akan diperkasakan lagi, bn akan dimantapkan lagi. Silent majority melayu telah kembali kepada umno, chua soi lek letak jawatan presiden mca, parti gerakan akan dapat presiden baru, pengundi india kembali kepada bn; tidak mustahil UBAH dan INIKALILAH ditujukan kepada parti dap dan pkr. Pas? Tidak mustahil akan bersatu dengan umno dengan perletakan jawatan nik aziz, kekalahan erdogan dalam pas seperti husam yg digugurkan jawatan exco pas, kekalahan timbalan presiden pas mat sabu, perpaduan umno dan pas akan menjadi realiti. Mudah-mudahan mb selangor adalah dari pas kali ini..

    ReplyDelete
  6. Pengajaran buat najib untuk mendahulukan umno dan orang melayu. Hapuskan pilih kasih dari melantik kalangan kroni beliau, setuju ramai kecewa bila najib pilih beberapa pegawai beliau dalam pru13. Semoga najib tidak melakukan kesilapan sekali lagi kerana terlalu memberi muka kepada orang cina seperti beberapa pemberian dan sumbangan besar kepada sekolah cina, pertubuhan dan persatuan ci tetapi sekolah agama, ngo dan persatuan serta pertubuhan melayu dan islam dianak tirikan. Jikalau najib belajar dari pru13, pru14 adalah kubur bagi dap dan pkr...dap dan pkr tiada loyal support lagi dari nik aziz...itu sebab anwar dan dap risau dan takut sebab mereka telah kehilangan back-up dari pas/nik aziz. Nak harapkan majlis syura, jangan haraplaaaa

    ReplyDelete
  7. Ini bukan main pondok-pondok, bukan trial and error, bukan menghukum najib, bukan tak sayang najib tetapi ini lebih kpd survival ugama, bangsa dan negara.
    Calon boleh menang - najib sendiri belot dan berbohong apabila meletakan begitu ramai budak2nya sebagai calon tetapi majoriti te was.
    Umumnya apa lagi keajaiban dan integriti yg masih ada pada najib yg kita terfikir dia mampu membawa perubahan besar - selepas ini najib yg sudah tiada karisma akan terus dibogelkan oleh pembangkang dng pelbagai isu Dan tekanan.

    Persepsi yg buruk tethadap rosmah pun najib tak dapat selesaikan hingga melemaskan grassroot.

    Cukuplah najib - masa anda sudah berlalu - lepaskan sekarang sebelum terlambat - Jangan jadi spt tikus membiki labu - tolonglah, please.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita memerlukan orang baru, idea baru, gaya baru menjelang 2018, mungkin Ada pemimpin yg lebih baik drpd muhyiddin tetapi kita sudah tidak punya masa lagi untuk mencari. Masa cukup suntuk.
      Dengan kepimpinan parti ditadbir oleh najib sebagai presiden Dan urusan kerajaan diketuai muhyiddin sebagai pm , mampu membawa gandingan yg lebih mantap Dan kuat.
      Seluruh cawangan umno perlu dirombak, dikemaskini Dan paling penting najib kena turun untuk mendengar pendapat mereka. Peluang Dan masa keemasan ini tidak mampu dilakukan jika najib masih sebok dengan urusan kerajaan. Sudah sampai masanya president kena turun padang ke peringkat yg paling bawah kerana report dari ketua bahagian, report dari pengerusi perhubungan negeri Dan report dari majlis tertinggi selalunya hanya indah2 sahaja.

      Delete
  8. Pencacai kj rupenya

    ReplyDelete
  9. selepas pru13 sepatutnya yg tinggal hanyalah pecacai melayu atau pejuang Islam. Kalau masih nak jadi pecacai kj atau pecacai mukhriz - pergiw mampus le lu

    ReplyDelete
    Replies
    1. bro', aku rasakan inilah artikel yang terbaik yang pernah aku tatapi. mesejnya amat jelas sekali, NAJIB mesti berundur sebelum nasik menjadi bubur, bangsa akan hancur, agama luhur dan UMNO berkubur. RAKYAT sudah menolak dan NAJIB mesti berganjak sebelum rakyat memancak dengan kebencian yang memuncak.

      Delete

6ANGKA