Friday, October 24, 2014

Berubah...setakat mana


Sumber wassap...apa pandangan anda

MENGAPAKAH DI MALAYSIA agama Kristian berkembang dan agama Islam tidak?
Kerana:
Orang Islam menjual/memperdagangkan agamanya. Air jampi dijual, jus Tok Guru kononnya telah dijampi. Minyak ubat urut Anugerah kononnya dibacakan ayat suci 30 juzuk dijual dengan harga mahal. Agama Kristian tak jual malahan produknya diberi percuma.
Ustaz-ustaz mengajar agama “demand”/meminta bayaran tinggi. Mubaligh
Kristian berdakwah secara percuma. Sehingga jauh ke pendalaman. Malahan
menanggung sendiri makan minum dan tempat tinggalnya.
Jabatan Agama Islam sibuk nak tangkap khalwat, orang pergi karaoke dan bernikah di Siam. Agama Kristian sibuk membantu orang dalam kesusahan (janda, miskin, mangsa tanah runtuh, banjir).
Gereja boleh dimasuki bila-bila masa tetapi masjid dikunci. (Tak bagi orang masuk, tidur kononnya).
Imam solat kerana waktu kerjanya (dibayar gaji), paderi sukarela.
Air zam zam dijual mahal tetapi Kristian memberi holy water secara percuma.
Jabatan Agama Islam sibuk menghukum dan menakutkan orang tapi Kristian sibuk berdakwah.
Ustaz-ustaz sibuk menjual tanah suci. membawa orang ke Mekah, Umrah. Harganya mahal. Bermotifkan keuntungan melampau. Paderi sibuk menaja orang orang susah membaiki rumah dan bantuan barang barang dapur.
Pegawai-pegawai Jabatan Agama Islam, Jabatan Zakat sibuk promosi nak naik gred bergaji besar. Bajet “pengurusan” lebih besar dibandingkan kepada golongan asnaf. Paderi sibuk membuat kebajikan.
Ustaz-ustaz sibuk menjadi tok bomoh, boleh mengubati seribu macam penyakit. Paderi sibuk membina hospital.
Orang Islam sibuk dengan milikan rumah besar, kereta besar, motor besar untuk kepuasan diri.
Tetapi orang Kristian sibuk berdakwah mencuba menarik hati orang Islam yang tidak punya harta.
Renungkanlah.
INGATAN UTK DIRI SENDIRI DAN KAWAN2 LAIN:
 JANGAN BANGGA
 JANGAN BERLAGAK
-----------------------------
01. Jangan bangga berkulit putih kerana kulit terakhir kita - TANAH LIAT
02. Jangan bangga dengan rumah besar kerana rumah terakhir kita - KUBUR
03. Jangan bangga dengan
baju mahal kerana baju terakhir kita - KAIN KAPAN
04. Jangan bangga dengan kereta dan motor besar kerana kenderaan kita yang terakhir - KERANDA
05. Jangan bangga dengan minyak wangi berjenama wangian terakhir kita - KAPUR BARUS
✅ Rugilah tidak SHARE sebab ini adalah satu peluang dakwah yang mudah. Jom kita sebarkan... 

2 comments:

  1. Memang cukup banyak company2 haram jadah Melayu dan milik ostad2 kemaruk duit ini yg memperdagangkan Al-Quran. Bukan nak kembangkan kehebatan Al-Quran secara percuam tp ambil kesempatan atas Al-Quran utk tipu manusia. Ini perangai ostad2 haram jadah ni.

    Dlm Islam dilarang jual air jampi begitu.. sila rujuk sini:
    2. Ubat doktor harganya pada fizikal ubat dengan bahan kimia adunan khas itu, semuanya bersifat adunan fizikal istimewa dan tested secara sunnatullah (hukum alam). Seperti jika beli nasi kerabu special, harganya beza dengan nasi kerabu biasa kerana bahan campurannya jelas dan perisanya berbeza. Air mineral @ bahan berjampi pun beli fizikal tapi fizikal bercampur 'jampi' yang tiada dapat diukur dan TIDAK JUGA dapat dinilai dengan harga matawang, justeru harga barangan sebegini tak boleh membezakan harganya dengan air yang tak dijampi.

    3. Tindakan ini telah membuka pintu fitnah terhadap Al-Quran, khususnya apabila Al-Quran bukan dibacakan sahaja pada air minuman, malah minyak wangi, ayam ternakan, makanan supplement dan KELAK mungkin pada minyak mungkin pada petrol, daging ayam, lembu, ikan, sudu, garfu, pinggan, baju, komputer jampi dan entah apa lagi. Dengan alasan ada 'value added' lalu ingin dinaikkan harganya. Semua ini akan menimbulkan fitnah baru kepada Islam dan Al-Quran sedang memperdagangkan bacaan Al-Quran dalam bentuk sedemikian adaah bukan fungsi sebenar Al-Quran.


    4. Ulama' menegah bacaan Al-Quran dibuat di pasar-pasar jualan, kerana ia menghilangkan fungsi sebenar Al-Quran. mendedahkan kepada penghinaan dari pesaing dan juga menededahkan Al-Quran dikritik oleh pengguna akibat tidak sembuh atau tidak capai manfaat hebat yang dijanjikan penjual.


    http://zaharuddin.net/senarai-lengkap-artikel/3/1025-produk-jampi-lebih-mahal-halalkah.html

    ReplyDelete
  2. Ini buahtangan paling best daripada KD.
    Macam dah nampak HAKIKAT HIDUP tuh... TAJAMKAN LAGI. TAJAM TAJAM TAJAM.
    Asik kejor dunia ajor tapi hanya dapat penat, kan kan kan?
    BAIK KEJOR ROH ISLAM... yg kita dulu2 masa muda tak pnah pikirkan.. hanya pikir sonok2x jer...
    DI NEGARA EROPAH DAN USA SENDIRI, MASYARAKATNYA BERBONDONG2X CARI ISLAM, KITA BILA LAGI?
    Takkan ISLAM hanya kosmetik sahaja? Tahan sampai bila? 8 jam, 12 jam?

    ReplyDelete

6ANGKA