Sunday, March 20, 2016

SIAPA PUNYA IDEA, MEMBURUKAN MAHATHIR MENGEMBALIKAN KEYAKINAN AHLI, PENGUNDI DAN RAKYAT KEPADA UMNO (?)

Apa pendekatan yang Pemimpin UMNO ambil untuk mengembalikan keyakinan ahli, pengundi dan rakyat kepada UMNO (?)

Saolan ini wajar dijawab dengan jelas tanpa gangguan emosi oleh so called "penyokong" Datuk Seri Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sanrobone.


Tolong perbetulkan fakta di bawah:

Berikut pendekatan yang diambil setakat ini oleh Pemimpin UMNO dari kacamata court of public opinion

1) Mengenakan GST supaya pembangunan dapat diteruskan.

2) BRIM untuk menyelesaikan masalah kenaikan kos barangan dan perkhidmatan.
3) Menjual hartanah untuk menyelesaikan hutang 1MDB
4) Mengarahkan polis menyiasat dan menangkap sesetengah mereka yang membuat laporan polis berhubung 1MDB (?) atas faktor sabotaj ekonomi negara (?)
4. Memecat AG lama dan melantik AG baru dalam sekelip mata untuk keadilan yang lebih (?)
5) Memecat Timbalan Perdana Menteri yang bercakap secara terbuka kelemahan Perdana Menteri.
6) Presiden bercakap sorang-sorang di Perhimpunan Agung UMNO.
7) Memecat Timbalan Presiden yang terus mempersoalkan integriti Presiden.

Dan yang sedang hebat dilakukan untuk menambah keyakinan ketulinan, kebagusan dan kesucian UMNO ialah:

8. Memburukan Mahathir
9. Menghina Mahathir
10. Maki hamun, spin, fitnah pro Tun..

Itu antara yang sedang dilakukan, banyak lagi yang pro dan kontra tetapi terlepas pandang yang boleh digunakan oleh penyokong Datuk Seri Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sanrobone memperbetulkannya secara makian, mencarut dan hilang pedoman..


Jika pemimpin UMNO sesat, ia akan sesat selamanya..

Jika masih ada kesedaran, Najib perlu berundur sebelum terlambat..


http://shahbudindotcom.blogspot.my/2016/03/kenapa-najib-payah-sangat-nak-letak.html


13 comments:

  1. Kenapa dah 4jam masih belum ada sebarang komen.Senyap sunyi macam dilanggar garuda..nampak sangat blog hamprak lendir dh tk dapat sambutan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak usah formal & merapu tak tentu fasal. Sila jawab persoalan pokok saya berkaitan kemunafikan Najib terhadap kejujuran beliau yg cakap take serupa bikin.

      Saya mohon sila baca ucapan YAB pm kita yg masih dalam simpanan saya.

      "Setiap sumbangan yang ingin diberikan kepada mana-mana parti politik samaada di peringkat pusat mahupun negeri, hendaklah disalurkan melalui akaun rasmi parti. Ini bagi mengelakkan ahli-ahli politikmenyalahgunakan nama parti untuk meminta atau menerima apa-apa sumbangan yang kemudiannya diselewengkan untuk kepentingan persendirian. Setiap sumbangan yang dihulurkan perlulah dikemukakan resit penerimaan dan dimasukkan dalam akaun parti. Menerusi rekod penerimaan yang teratur ia boleh diaudit pada tiap-tiap akhir tahun kewangan. Kerajaan percaya inisiatif seumpama ini akan mengelakkan sebarang bentuk perbuatan rasuah dan penyelewengan..”
      (Najib Razak, February 2012)

      Sebagai penyokong pm Najib tegar, sila tampil beri penjelasan kenapa tiada resit dikeluarkan terhadap sumbangan derma Tok Arab itu... Kenapa double standard...???? Yang ini saya yakin 'A Thorny General' Pak Pandir pun tak boleh jawab.

      Jawab...jgn tak jawab.

      Delete
  2. Yang pastinya bukan semua ahli UMNO itu penyokong Mahathir. Ahli UMNO patuh kepada Ketua kerana Ketua UMNO dilantik oleh ahli. Dari dahulu sampai sekarang Ketua tetap dipatuhi walaupun ada perbezaan prinsip dan pendapat.

    Bukan langkah ahli untuk menyanggah Ketua. Tiba masanya Ketua akan diturunkan dengan kuasa ahli.

    Namun kiranya ahli mengkianati Parti maka ahli itu tak kira mantan Presiden mau pun Perdana Menteri maka orang itu telah dimakam sumpah. Dia akan lenyap dengan sendirinya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Najib je ke Yg layak jd ketua...mana lg tiga juta ahli...Najib sekarang tak mengkianati umno ke? Dengan masaalah Yg dibuat?

      Delete
    2. Berbeza pendapat?
      Kahkahkah..
      Nk warna merah atau putih utk mungkin berbeza pendpt..
      Tp kalau menipu dan berkata benar itu bkn beza pendpt..
      Tp penjahat dan org yg mahukan kebenaran

      Delete
  3. Anon 1:53. Betul bukan semua ahli UMNO sokong Tun M. Tapi, jangan lupa ramai rakyat Malaysia bukan setakat menyokong Tun M malah menganggapnya pemimpin yang paling dihormati dan disanjungi. Fakta ini tidak akan dapat diubah, lagi banyak fitnah yang dilemparkan kepadanya, makin ramai yang akan menjauhkan diri dari UMNO. Belajarlah dari kesilapan PRU 2008 yang mana hingga kini gagal untuk mengembalikan keyakinan rakyat kepada UMNO dan BN.

    ReplyDelete
    Replies
    1. anon 3:42, tetima kasih, bahasa cantik, logik dan fakta.

      Delete
    2. anon 3:42, tetima kasih, bahasa cantik, logik dan fakta.

      Delete
  4. Depa ingat ahli umno cukup ke nak menang pilihanraya? Last pru mca n mic dag kena tolak..next lru umno pulok

    ReplyDelete
  5. Satu lagi cara untuk mengembalikan orang Melayu kepada Umno
    ialah: Pertama, pergi umrah berkali-kali. Mesti selfie tunjuk
    gambar sedang terjeleput berdoa.Viralkan gambar solat2 sunat
    depan kaabah. Taja Imam, cikgu-cikgu agama pegi sama.
    Kalau dapat bergambar dgn kerabat2 raja Arab lebih afdal.
    Petik ayat-ayat Quran atau Hadis di Facebuk atau ucapan.
    Taja Malam Cinta Rasul.
    Kemuncaknya buat Solat Jemaah dgn Jemaah tabligh,
    hafiz dan imam. Pasti mujarab.
    Selamat beramal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orang kampung & rakyat jelata bertungkus lumus seumur hidup sekali aje untuk menunaikan haji & umrah. Najib, Rosmah & rombongan atas biaya duit rakyat dari perbendaharaan negara sering pergi Saudi Arabia like nobody's business (free of charge). Siapa lebih afdal...???

      Delete
  6. Najiblah lebih afdal............KIHKIHKIH
    Bila tengok dia pakai kupiah and jubah putih,
    semua cakap dia nampak suci murni, sesuci embun pagi.
    Nak-nak gambo yang di duduk terkepot bawah imam tahfiz yang
    duduk atas kerusi tu. Terus nampak macam budak tongong
    baru belajar baca Fatehah.
    Heran ye, apasal semenjak dua menjak ni Najib jadi alim kucing....??
    Nak tengok, tilawat Quran nanti dia datang tak tiap-tiap malam.

    ReplyDelete

𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚?

  𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚? Kita jawab secara am "Letak RM10,000 berapa boleh saya untung?&q...