Saturday, March 26, 2016

TIN BURUK YANG FOLLOW MAHATHIR


















Tun Dr Mahathir sudah tiada kuasa dan jawatan, mungkin masih ada wang tetapi Wang Pencen PM cukup untuk mereka berdua.

Sebagai tiada kuasa dan jawatan, orang pencen sudah tentu tidak ada kerjakosong yang boleh ditawarkan.

Anak-anak Tun, mungkin duit mereka setinggi gunung, kalau mahu diperiksa, sudah tentu ada akaun, transaksi dan resit. Sah dan laku datang dari perniagaan.

Satu sen pun bukan dari derma sebab mereka tidak ada kawan arab yang berbangsa cina.

Masa masih ada untuk betindak ke atas Tun jika ada salahguna kuasa, rasuah, gelapkan wang atau apa sahaja. Membuat dakwaan diluar tanpa kesungguhan bukti sekadar merendahkan maruah diri sendiri.

Apa yang ada pada Mahathir (?)

Sekadar nyanyok, gila kuasa, berjuang untuk kepentingan diri, pendendam, cemburu, sakit hati pemecah belah kaum, perosak UMNO dan yang terbaru bersekongkol dengan musuh Islam dan bangsa Melayu.

Itulah label yang dihadiahkan oleh pemimpin UMNO terkini kepada seorang negarawan yang jasanya dilupai dengan begitu mudah dan dihina.
Berakhlak sungguh pemimpin sekarang yang mahu diangkat menerajui negara.

Kalau label itulah yang diguna pakai oleh rakyat terhadap Tun, sudah tentu Tun akan kesunyian dan gelandangan.

Hari ini satu Kongres Rakyat secara tertutup akan berlangsung di Shah Alam dengan pemidato pembahas di atas.

Sesuatu yang lebih menarik kedapatan generasi Y dan pemimpin pelapis dalam kerjaya politik masing masing.

Apakah sebab mereka di situ? Itu sebahagian Deklarasi Rakyat yang mengenepikan perbezaan politik dan fahaman dalam satu tujuan menyelamatkan negara dari pemimpin yang tidak amanah.

Mereka bukan golongan yang boleh dibeli dengan dedak, ufti, pangkat dan jawatan kerana ia diluar kemampuan Tun Dr Mahathir.

Mereka hanya dibeli dengan aura, kepimpinan, semangat, ikhlas hati perjuangan untuk negara yang dipelopori Tun Dr Mahathir dalam sisa baki usianya.
Sedangkan yang seusianya masih sedang mengejar mimpi, mengejar dunia yang tiada kesudahan.

Hanya pesakit wad gila sahaja yang berkecuali merestui perjuangan ini. Apapun emosi kita, jika ianya satu perjuangan untuk rakyat, kenapa tidak tunggu dan lihat dari menunjulkan sikap gelojoh membantah.

44 comments:

  1. Lagu ini ditujukan khas kepada Najib laki bini, kuncu serta para cybertrooper Najib dan penyokong 1MDB.

    Salih Yaacob – Gali Lubang Tutup Lubang

    Gali-gali-gali-gali-gali lobang
    Gali-gali-gali-gali-gali lobang

    Lobang digali menggali lobang
    Untuk menutup lobang
    Tertutup sudah lobang yang lama
    Lobang baru terbuka

    Gali lobang tutup lobang
    Pinjam uang bayar hutang
    Gali lobang tutup lobang
    Pinjam uang bayar hutang

    Gali-gali-gali-gali-gali lobang
    Gali-gali-gali-gali-gali lobang
    Gali-gali-gali-gali-gali

    Walau makan sederhana
    (Makan nasi sambal lalap)
    Walau baju sederhana
    (Asal menutup aurat)
    Walau makan sederhana
    Walau baju sederhana
    Walau serba sederhana
    Asal sehat jiwa raga
    Dan juga hutang tak punya…
    Itulah orang yang kaya (hi-hu…)

    Walau gajinya pas-pasan
    (Enggak lebih engga kurang)
    Walau hidupnya pas-pasan
    (Asal cukup kebutuhan)
    Walaupun gajinya pas-pasan
    Walau hidupnya pas-pasan
    Walaupun serba pas-pasan
    Hidup ‘kan merasa terang
    Asal tak dikejar hutang…
    Enak tidur enak makan (hi-hu…)

    Gali lobang tutup lobang
    Menggali buat menutup
    Gali lobang tutup lobang
    Sana rata sini lobang
    Gali lobang tutup lobang
    Tetap saja ada lobang
    Gali lobang tutup lobang
    Lobangnya tak pernah hilang

    Gali lobang tutup lobang
    Pinjam uang bayar hutang
    Gali lobang tutup lobang
    Sana lunas sini hutang
    Gali lobang tutup lobang
    Tetap saja ada hutang
    Gali lobang tutup lobang
    Hutangnya tak pernah hilang

    Gali lobang tutup lobang…
    Pinjam uang bayar hutang…

    Sedarlah semua.

    Salam perjuangan A Ba Ta,

    Ikhlas daripada,

    Abu Bakar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jom kita kongsi ulasan dari Just Read Blogspot. Tolong baca.

      http://justread-whatever.blogspot.my/2016/03/nazir-on-1mdb-hope-it-doesnt-happen.html

      Delete
  2. Edit Anonymous said...
    dahlah buruk Dan berkarat.....kosong plak tu.... di ketuk sekuat2nya.... bising.... TAPI dah tak bleh guna...... hanya boleh dihinjak2 kasi penyek.... jual sebagai besi sekerap..... itupun dah tak ada "weight"... sekadar menyemak atas Lori atau basikal roda Tiga..... hasilnya tidak seberapa..... puiiiiii..... kita yang panas punggung atau mereka yang gabra?????...leka berhalusinasi.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada seorang Cina tua di Melaka yang saya kenal. Kerjanya dari dulu ialah mengutip barang lusuh. Termasuk besi berkarat. Dan dia kitar semula. Selepas 30 tahun, dia jadi milioner. Besi karat pun ada nilai. Orang bodoh dibela Mat Maslan je yang tak tahu dan tak faham.

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
    3. Sdra 10:21 pm

      Pepatah lama kata..
      Kelapa tua semakin lama semakin banyak santannya.

      Lebih lama lebih berharga bagai The Invaluable Vintage.

      Pernah kita lihat orang berusia 90 tahun masih sihat cergas tanpa bantuan, mampu mengelilingi dunia berceramah, berwewancara tanpa takut & lari, tidak terpekik melolong ketika berucap, sentiasa tenang & mengukir senyuman.

      Itulah kurniaan Illahi - The Grand Old Statesman, Tun Dr. Mahathir Bin Mohammed.

      Speaking Without Fear And Favour,
      Othaman Bin Hj Ahmad Arbaiee Bin Haji Fadzli bin Haji Shafiee

      Delete
  3. ini Klangman yang kata..... masih nak follow???? awal2 dia dah cover punggung dia.."kluangman
    Bukan blog intelek, tidak juga ilmiah, sekadar blog santai tulis, santai baca..tiada paksaan setuju atau percaya"

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lek bro. Tak suka tak yah baca. Bukan dapat upah lebih dari Mat Maslan kalau baca.

      Delete
    2. Aduhai Kejora Liberal 8:12...

      Jgn banyak songel..

      Nahh...siapa nama kamu, siapa ayah & keturunan asal usul kamu, sekolah kampungan sampai standard brape....????

      Delete
  4. Syabas KD bersuaralah demi maruah agama bangsa dan tanah air.Jangan ambil peduli dengan komen yan.g penuh berisi tapi tak Bernas dan tak bersandar pada fakta dan logik akal.Berisi pun hanya dengan memburukan peribadi orang bukan pun berisi dengan persoalan yang dibentangkan.

    ReplyDelete
  5. Ade ke patut mahazir nak jadi perdana menteri balik !! he he he !!! geli aku tak ade kerja lain ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Persoalan sekarang bukan sapa yang nak jadi pm.Ni persoalan terbaru dengar cerita semua yang terlibat di 1MDB tengah melompat sakan macam pak kaduk sebab Eydra dah bayar hutang 1MDB
      Pernah baca cerita pak kaduk.

      Delete
    2. Bayar hutang pakai harta rakyat....

      Tak perlu orang pandai...

      Delete
    3. Betul 3x. Guna duit rakyat bayar hutang... gali lubang dan tutup lubang.

      Orang buta pon kata dia nampak temberangnya..

      Delete
    4. Betullll..... Bini keling kaki todi estet yg sarat bunting tua pun boleh bikin apa 1 emdebik buat. Business kelabu asap atas angin... Pinjaman riba dgn ceti yahudi tapi rakyat yg bayar, ambil tanah rezab Melayu jual pd harga pasaran semasa..last2 duit bertukar jadi unit wad bersalin. Apa punya Penyangak nak klentong kita rakyat jelata.......????

      Speaking Without Fear And Favour,
      Othaman Bin Haji Ahmad Arbaiee bin Haji Fadzli Bin Haji Shafiee

      Delete
  6. hang beli spendar...... tukang jual spendar guna duit tu... bayar untuk gunting rambut..... hang rasa hang ker yang bayar duit tukang gunting rambut tu?..... ni tak tau ujung pangkal..... duit rakyat tu dok tang mana? yg edra bayar hutang tu.... tak malu ker orang lain meniaga hang nak kata hang ada bahagian Dari hasil niaga orang tu...... bodoh....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masalahnya Eydra dah dijual pada syarikat cina.Tu la macam pak kaduk ayam dia dah tukar dengan ayam raja .Bila ayam tu menang dia lupa ayam tu dah ditukar
      Ini pun sana mungkin did lupa Eydra dah dijual.Pak kaduk lompat hingga koyak pakaian kertasnya .Orang di1MDB walaupun pakaian tak koyak tetap terserlah kemaluan dimuka mereka

      Delete
    2. Puak2 fake UMNO (Untuk Muntahkedarah Najib Only) bukan setakat Tin kosong...tapi lebih tepat lagi adalah puak2 Ting Tong.

      Betul2 pengkhianat bagai "Harapkan Tin, Tin melahap biskut". Fullstop!

      Delete
    3. Kalau menurut isunya, biskut tu awak. Awak sedang ditelan tin buruk. Jaga2, nanti awakpun akan terskrap sama.

      Delete
    4. Tak apa & saya rela diskrap & dikitar semula to preserve nature & heathy/clean environment. That's what I learned during my lawatan sambil belajar in Japan & Sweden 20 years ago. I put them in practice at my workplaces by segregrating the wastes/rubbish such as metal, woods, plastics & glasses for recycling. Got it, punky..??

      Speaking Without Fear And Favour,
      Othaman Bin Hj Ahmad Arbaiee Bin Hj Fadzli Bin Hj Shafiee

      Delete
  7. Ya ampun, kalau ku tahu begini seronoknya jadi kaki bangkang, dah lama kuterjun ke arena ini. Ku boleh bikin apa sahaja, ku boleh bersolidariti dgn siapa sahaja, ku boleh bersekongkol tak kira rupa politiknya. Beginilah rupanya rasa jadi kaki bangkang. Patutlah mat sabu setelah penat membangkang bn kini membangkang pas. Nikmat sungguh yg tidak terkira. Lawan tetap lawan (walau biasanya tewas), bangkang tetap bangkang walaupun isunya 5sen. Hebatnya dunia jika dilihat secara terbalik...mcm kluang.

    ....orangkluang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. orangkluang ..kluangman bukan orang kluang dan tak duduk pun di kluang.

      Jadi pembangkang isu 5 sen kurang seronok, yang lebih seronok jadi pak angguk, bongok di perbodohkan pemimpin UMNO.

      Delete
    2. Yg bodoh ialah percaya bulat2 apa berita yang disampaikan tanpa membuat sebarang siasatan sendiri. Tidak setuju dengan kumpulan yang anti najib bukan bermakna makan 'dedak' yang ditabur najib. Ini sesuai dengan agama kita yang menyuruh kita menyiasat sendiri atas sesuatu perkhabaran yang disampaikan kepada kita. Adakah penulisan, ucapan, blog2 tertentu boleh dianggap sebagai bahan tulin untuk dipercayai? Adakah kata2 mahathir sudah cukup sah untuk diangkat sebagai bukti? KD, bukan semua manusia akan cepat melatah memihak atau melawan bila mendapat sesuatu berita. Ada golongan yang berhati2 dalam setiap tindakan agar tidak tersalah langkah. Adakah berhati2 dengan tidak terus mempercayai tun mahathir itu satu kesalahan dan juga dianggap bodoh? Apa ulasan awak KD?

      Delete
    3. Abes tu ko dh siasat belum 2.6b dlm akaun najis tu fitnah ke fakta?

      Delete
    4. Belum lengkàp, sebab tu tak berani langsung untuk buat sebarang tuduhan. Langkah berhati2 amat perlu sebab tuduh tanpa bukti kukuh ditakuti jadi fitnah. Eloklah tak menuduh daripada terikut2 orang lain yang berahi menuduh hanya kerana percaya dan terikut cakap orang.

      Delete
    5. anon 5:52, Mahathir hanya pembuka mukaddimah..

      Yang jadi orang tak percaya bukan cakap cakap Mahathir tetapi melihat empunya diri yang auta berbohong dan tidak tepati janji.

      Rakyat tidak menilai Mahathir, eranya telah berlalu, tidak penting.

      Yang dinilai sekarang, Najib.
      akhlak dan capability nya diragui.

      Delete
  8. Tak payah print besarx la Nnama dia orang KD
    Dunia pun tahu mukax ni juga lah selalu melalak tapi hasil....elek.poorah
    For now these gang of desperadoes inclusive their newly exist godfather are fighting a losing basttle
    Be patience,wait for GE 14,then they can balun Najib and gang with an if....if they are able to do so......good luck

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kihkih kite tngok ajelah pilihan raya serawak ni bn menang ke dap yg menang.Sebab apa pilihan raya serawak jadi ukuran sebab satu2nya pilihanraya yg terdekat seperti yg geng engkorang harapkn selama ini.

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
    3. Anon 3:51 Kejora Liberal...

      Kamu tersangatlah taksub dgn PRU Sarawak ye..baguslah tu! Sendiri kena ingat baru2 ini Najib terlanjur kata dgn bongkak mendabik dada lantang
      menyuarakan konon dia tidak mencuri pokok, kayu & balak. Menurut sumber, orang Sarawak (khususnya mantan Ketua Menteri Taib Mahmud) cukup terasa sindiran itu, juga kerabat Istana Pahang). Kamu kena ingat Orang Sarawak bukan orang UMNO. Badan2 politik di sana bebas & tidak terikatpun untuk terus tunduk di bawah telunjuk UMNO/BN Najib. Itulah...kerana mulut badan binasa. Rasakanlah penangan orang Sarawak yg sampai kini tidak rela UMNO ditubuhkan di sana.

      Oh ye...kamu masih berhutang tidak menjawab soalan2 saya terdahuhulu. Nah saya paparkan semula sekiranya kamu terlupa.

      Sila jawab:-

      1. Anak Rosmah (si Reza) mana dapat dapat duit ratusan juta US$ bikin filem lucah & beli apartment mewah di kawasan elit Los Angeles.
      2. Dua penyangak SRC belaan Najib & Rosmah kenapa dilindungi & dibiarkan calibut luar negara?
      3. Kenapa Si Jho Low pula tidak disoal siasat oleh KP & AG terhadap si Tembam itu berpesta joli dgn duit 1mdb tapi rakyat menanggung beban gst & tanah pusaka reserve Melayu digadai jual buat langsai hutang riba haram tajaan yahudi Goldman Sachs.

      Harap semua pembaca blog ini beri perhatian & bersama saya tunggu jawapan dari cybertrooper Najib yg berlagak macam bagus.

      Delete
    4. Saudara Othaman,
      Soalan 2.6b dan 42 juta tu pun belum berjawab, inikan pulak nak jawap soalan2 saudara.
      Dah berjanggut kita tunggu jawapan duit berbillion tu sampai la ni pun masih dalam misteri.
      Kalau jawab pun tidak, apalagi kalau kita nak tengok bukti hitam putihnya, jangan haraplah.
      Jauh panggang dari api.
      Simpan sajalah soalan saudara tu sebab saya jamin tiada jawapan.
      Cuma ada satu jawapan yg saya rasa boleh kurangkan tension saudara Othaman,
      Nothing to Hide.

      Delete
    5. Nothing to hide....

      Appreciate your thought & noted. Nevertheless, this particular loudmouth need to serve lesson for his vulgar manners/language plus distorted lies. He is worst than those RBA pests that I've encountered at Malaysia kini portal.

      Good day compatriot & salam perjuangan.

      Delete
    6. Saudara Othaman,
      Utk makluman, saya EverythingToHide.
      Saya tahu ada seorang yg bergelar Nothing To Hide selalu post komen di sini.
      Kami 2 org yg berlainan.

      Anyway, salam perjuangan kpd semua.
      Kita Benci Rasuah.

      Delete
  9. Nak cakap, cakaplah!!
    Nak tulis, tulis lah!!
    Nak melalak, melalak la!!!

    Tak ada effect apa apa pun...
    Nak selamatkan Malaysia dari apa???

    For your information, Malaysia is progressing.
    Pls support PM

    Kalau tak suka pun, tunggu next election

    Itulah, akibat dengki khianat dendam yg meluap luap...hinggakan tak ada lagi iman di dada.

    ReplyDelete
  10. Zaman Mahathir tak ada internet. Semua media dia control.
    Sebab tu dia boleh berkuasa 22 tahun..

    Semua penipuan dan penyelewengan tak tersebar..

    Sekarang zaman berbeza....semuanya senang ajer disebenarkan di internet termasuk fitnah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yg mane fitnah?
      2.6b dlm akaun najis?
      Selasa bila nk saman wsj?
      Mamak kt msia xsaman2 lg.. kempunan org tua tu. Dh dia plk yg kene saman najis..
      Ke telor dia hilang?

      Delete
    2. itulah bro..zaman madet dia berak pon org2 ini ckp wangi sbb duit aka dedak ditabur berselerak untuk beli org UMNO dgn rasuah projek2.

      Tiba2 dtg zaman ini dia pulak nk tunjuk 'warok' tahi kucing.. tp sayang mereka pengecut takl berani buat himpunan di luar padang atau di dataran sbb takut xde crowd.. itu stlye mahathir..dia pengecut sebenarnya.. dia 'berani' dgn plan yang dia yakin berjaya.

      Masuk dlm dewan aircond macam ni.. lepastu declare atas nama 'rakyat'..puihhh... nak muntah hijau aku.. kesian fikir penoreh getah di FELDA nu.. zaman Madey tindas mereka 22 tahun tak peduli nasib turun naik harga getah dan sawit..!

      Delete
  11. Anon Kejora Liberal terus-terusan terkedu melihat pada 2 reponsnya yg tertera di atas. Apa kata saya syorkan kamu minta bantuan Keris Berayon ke..Salleh Ndas Krewak ke..Mamat Maslan ke..ataupun jumpa Najib & Rosmah sendiri

    Konvensyen Shah Alan tadi penuh sesak sampai tak cukup ruangan tapi rakyat berbilang kaum termasuk ahli2 UMNO ghairah berhimpun untuk mendengar ucapan tokoh yg dah berumur 90 tahun. Mereka amat bersemangat untuk menjatuhkan Najib dan akan menganjur perarakan besar-besaran sambil menyerahkan memorandum perlucutan jawatan Najib pada 2/4 /15. Padan muka Najib & Rosnah....!!!!

    ReplyDelete
  12. Sebagai ahli umno seumor hidup aku dan keluarga telah bersumpah tidak akan mengundu BN pada pru 14 sekiranya najib masih pm.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku wakil dari keluarga yang mempunyai 15 pengundi berdaftar bertekad Insya Allah akan terus mengundi UMNO BN dan berdoa supaya musuh2 UMNO BN dikalahkan dengan Majorit 2/3 besar!

      Ameen.

      Delete
    2. Sedangkan dgn sokongan & undi TDM,TSMY, DSSA, Datuk Khairuddin, Anina, Perkasa, Kongres Kesatuan Sekerja beserta keluarga & penyokong2 mereka, prestasi BN teramat buruk dalam sejarah (tercungap-cungap cukup makan) pd PRU 13... ada hati pulak angan2 Mat Jenin nak peroleh 2/3 majoriti. Pakai hotak kepala lutut ke..belajar & sekolah kat mana tu?

      Speaking Without Fear And Favour,
      Othaman bin Hj Ahmad Arbaiee bin Hj Fadzli bin Hj Shafiee

      Delete
  13. Sdra seperjuangan 8:06 AM, Assalamualaikum....

    Saya pula berkerat rotan tidak menyokong malah benci Najib bila dia melantik Yahudi Paul Sadlen & APCO sebagai penasihat/konsultan dgn bayaran berbilion; serta bersekongkol dgn banker Yahudi Goldman Sachs untuk pinjaman riba RM42 bilion buat penyelewengan sykt Iblis 1emdebik & joli sakan Rosmah, Reza & Jho Low Tembam. Saya seperti sdra mengharamkan & tidak rela dunia akhirat seluruh anggota keluarga menyokong & memberi undi BN/UMNO pimpinan Najib atas sebab2 yg saya sebutkan tadi.

    Semoga deklarasi kita dituruti oleh ramai lagi rakyat Malaysia, Insya Allah.

    Speaking Without Fear And Favour,
    Othaman bin Hj Ahmad Arbaiee bin Hj Fadzli bin Haji Shafiee

    ReplyDelete
  14. Kah..kah..kah..

    Mahataik ni kt mana dia ada kat situ menggambarkan lambang ELITUS dan KASTA atasan. Kunun jual nama rakyat, padahal perompak rakyat dan menyamun negara selama 22 tahun tidak pernah di apedulikan nasib rakyat bawahan kecuali kepala2 korparat dan kroni2 pemakan projek yang tak ubah seperti lalat hurung tahik.

    Ini ke wakil 17 juta pengundi rakyat Malaysia? muka2 penyangak dan kroni2 elit.. nk tumbangkan Najib? adoii laaaa skait perot aku.. pencacai2 terus memukul gendang yang tak dipedulikan sesiapa.. kecuali geng penyangak dan penipu rakyat!


    #RespectMyPM
    #HidupUMNOBN
    #lawanPengkhianat!

    ReplyDelete
  15. Yang heran tu siasatan belum mula kertas pertuduhan telah siap..pe citer tu man oii.

    ReplyDelete

𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚?

  𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚? Kita jawab secara am "Letak RM10,000 berapa boleh saya untung?&q...