Friday, July 13, 2018

RACIST UMNO DAN ISLAM PAS KALAU DIIKUT SANGAT HANYA MEMBAWA BENCANA..



Kadang- kadang saya rasa sangat sedih dan takut membaca perkongsian rakan- rakan mahupun netizen di WA dan FB.

Ya Allah, api kebencian dan ketakutan seolahnya cuba disebarkan atas tiket kedaulatan bangsa  dan agama.

Maaf. Ini yang saya rasa. Saya hormati pandangan sahabat yang berbeza. Mohon sahabat hormati juga perasaan saya.

Pernah ketika membaca komen dan terpancar betapa bencinya netizen dengan keputusan Dr Maszlee memberikan tawaran melanjutkan pengajian kepada anak- anak pintar keturunan Tionghua dalam golongan B40( tanpa mengambil hak bumiputera ), saya tak dapat menahan air mata dari tumpah.

Kerana ia mengingatkan saya saat saya menangis sungguh- sungguh sebelum itu mengenangkan nasib seorang anak murid keturunan tionghua yang gagal mendapatkan tempat di mana- mana pusat pengajian tinggi sedangkan beliau adalah pelajar terbaik sekolah.

Saya menangis kerana pelajar ini datang jumpa saya dan tanya:

"Teacher, saya ingat pesan teacher suruh belajar sungguh- sungguh. Teacher tahu saya belajar sungguh- sungguh, kan? Saya dah tunaikan janji saya pada teacher. sekolah dan ibu bapa saya. Saya nak jadi doktor,  teacher. Tapi kenapa kawan saya yang dapat lebih rendah daripada saya dah dapat tawaran matrik dan UPU. Sebab saya orang cina ke? Saya tak minta lahir jadi orang cina , teacher. Tuhan letak saya dalam perut ( maksud beliau rahim) orang cina. Salah saya ke?

Makin saya peluk anak ini, makin laju air mata saya.

Ini anak saya. Anak yang dianaktirikan oleh sistem yang kita cipta.

Lebih memilukan hati saya, anak manis ini hanyalah anak miskin yang hampir mustahil akan dapat peluang ke universiti swasta juga kerana ayahnya tak punya harta.

Anak inilah pengubat jiwa saya kerana dia akan hantar latihan yang dibuat sendiri untuk saya semak sedangkan anak- anak melayu Islam saya masih bermalas- malasan mahu siapkan kerja rumah yang saya bagi. Apatah lagi mahu buat latihan sendiri.

Saya rasa ramai yang tidak faham jiwa guru yang ada dalam diri saya dan diri Dr. Mazslee.

Ini anak- anak kami.  No one can be left behind.

Mereka yang orang panggil kafir tu, adalah anak- anak saya. Yang saya kasih sebagaimana saya kasihkan anak bangsa saya sendiri.*

Kemudian, Allah uji saya lagi.

Semua pelajar dalam satu kelas  yang saya ajar, dapat tawaran ke Pusat Matrikulasi, universiti ataupun politeknik kecuali seorang.

Anak manis ini lebih cemerlang berbanding rakannya dan lebih rajin.*

Setelah saya semak, baru saya perasan, anak ini muslim tapi mereka masuk islam sekeluarga sewaktu dia masih kecil dan mereka keturunan cina. Golongan B40 juga.

Kalau anak yang pertama tadi kafir, anak ini muslim, teman- teman. Muslim.

Allah, moga Allah ampunkan dosa saya kerana saya tak mampu bantu anak- anak saya yang merasa mereka teraniaya.

Mohon izin untuk berbeza pandangan dengan Tuan dan Cik Puan.

Mohon izinkan saya untuk membantu membina negara ini tanpa rasa assabiyyah bangsa, racist dan seumpamanya.

Saya mahu sayang semua anak saya . Tak kira mereka putih, hitam, sawo matang atau kuning langsat.

Mereka buat saya senyum bahagia bila dalam kelas Bahasa Inggeris saya mereka kata :

"Teacher,  ceritalah lagi pasal kisah nabi. Kami suka."

Ya itu kata mereka. Anak Muslim dan anak Not-Yet - Muslim saya.

Terima kasih, teman- teman kerana sudi membaca.

*Cerita ini saya tulis bersama linangan air mata.

Mohon anak- anak saya akan terus mendapat hak mereka.

Tuan dan Cik Puan  yang sudah ditampuk kuasa, mohon bantu anak- anak saya.

Ya. Anak- anak saya.

Anak-anak muslim dan anak - anak saya yang mereka panggil kafir juga. Mereka ada tanggungjawab  dan mereka juga ada hak. Begitu juga kita. Kita jalankan tanggungjawab kita dan tunaikan hak mereka.

Salam kasih sayang buat semua .

Normujaidah Osman. Islam itu rahmat untuk seluruh alam.



# Orang kapir dan bangsa asing memahami Islam dan bangsa Melayu berdasarkan apa yang mereka lihat sikap dan tindakan orang Melayu Islam.. Selarikah sikap dan tindakan kita dengan ajaran Al Quran????? 
@ ikut pengertian sendiri² berdasarkan kepentingan diri dan parti? 

11 comments:

  1. Sikap orang islam sendiri yg sebabkan orang kapir yg tiada kaitan dgn kepentingan politik kurang senang dgn orang islam..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kerana kejahatan yahudi dan kapir lain yg berkepentingan orang islam ingatkan kpd islam semua kapir jahat...mcm mana islam nak seru kapir masuk islam?..

      Delete
    2. Orang islam sendiri menyokong islam yg jahat..

      Delete
  2. Arshad selar politikus ‘mulut celupar’ sebar kebencian
    FMT Reporters
    ShareTweetPinMail

    Jeneral bersara Arshad Raji bercakap tentang 2 jenis manusia yang tidak boleh menjadi pemimpin yang baik.

    PETALING JAYA: Brigadier Jeneral bersara Datuk Mohd Arshad Raji hari ini menyelar 2 pemimpin politik kerana ‘bermulut celupar” berikutan kenyataan terbaru mereka tentang perkembangan semasa.

    Orang yang kurang berpelajaran pun boleh melihat kurangnya logik dan kewarasan kenyataan tersebut, katanya.


    Beliau mengingatkan ahli politik supaya tidak menggunakan kaum dan agama bagi menyemai perselisihan dan kebencian, dan berkata ia terbukti strategi yang salah dalam pilihan raya umum baru lepas.

    Kata beliau, berdasarkan pengalaman dalam persatuan bekas tentera itu terdapat 2 jenis manusia yang akan menjadi pemimpin yang tidak baik.

    “Pertama tin kosong yang bercakap tanpa berfikir, dan kedua mereka yang tidak berkemampuan dan pengetahuan tetapi pandai membodek,” katanya.

    “Kedua-dua jenis ini sering bercakap buruk tentang orang lain, menyemai kebencian dan mensabotaj orang lain dengan cara salah bagi mendapatkan kelebihan,” kata beliau.

    Arshad mengulas kenyataan ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Lokman Noor Adam dan Ketua Penerangan PAS, Nasrudin Hassan.

    Lokman menuduh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengetuai kerajaan mengikut kehendak DAP yang mempunyai 42 kerusi Parlimen, berbanding 13 kerusi milik PPBM pimpinan beliau.

    Dalam pada itu Nasruddin dilaporkan mendakwa kerajaan Pakatan Harapan (PH) mewujudkan rasa tidak senang dalam kalangan orang Islam berikutan pelantikan 3 penjawat tertinggi dalam sistem perundangan dan kehakiman negara.

    Arshad berkata, jelas bahawa Nasrudin memaksudkan pelantikan Ketua Hakim Negara, Tan Sri Richard Malanjum; Menteri Undang-undang, Ahli Parlimen Batu Sapi, Liew Vui Keong dan Peguam Negara, Tommy Thomas.

    “Hujah dikemukakan oleh Lokman dan Nasrudin tidak ada logik dan kewarasan hatta kepada orang yang kurang pelajaran,” katanya.

    “Kedua-dua Lokman dan Nasrudin adalah pemimpin pertengahan parti masing-masing. Tembakan bertubi-tubi tanpa kendali mereka, walaupun peluru kosong, merosakkan imej parti mereka dan pimpinan atasannya yang tidak bertindak mengawal pimpinan bawahan” katanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alif, ba, ta, sa, jim, ...???
      Jin mata tojeng
      Jin bertanduk

      Auw auww auuwww...
      Tak kuaser I tau...
      Ki kik kik..bapuk tomato LGBT...

      Delete
  3. Isu memelihara agama: Di mana silapnya kenyataan saya?

    Dr Mujahid Yusof Rawa
    14 Jul 2018, 4:53 petang (Dikemaskini 14 Jul 2018, 5:00 petang)

    A A
    ULASAN | Dalam membicarakan soal maslahah (kepentingan awam), Imam Al-Ghazali memperkenalkan konsep dhoruriyat, hajiyat dan tahsiniyat.

    Dalam konteks dhoruriyat tokoh ilmuwan Islam itu menamakan lima perkara teras kepada sesuatu yang merupakan keperluan mandatori bagi mengekalkan kepentingan dan keseimbangan sebuah masyarakat.

    Bagi memastikan perkara ini berlangsungan beliau menggunakan istilah hifz (pemeliharaan, atau istilah lebih mudah ialah menjaga).

    Menjaga juga bermakna memulihara agar Islam kekal relevan bersesuaian dengan setiap zaman dan setiap tempat tanpa hilang keasliannya.

    Ungkapan ha-fi-za boleh juga bermakna memenuhi janji untuk melaksanakan sesuatu.

    Walaupun Al-Ghazali menyebut memelihara hukum-hakam syariah dari sudut mengekalkan kewujudan Islam dan mengelak dari kehancurannya, ia tetap tidak bercanggah daripada apa yang saya sebutkan atas beberapa alasan:

    Memelihara kewujudan Islam dan mengelakkannya daripada hancur, bermakna mengekalkan keunggulan Islam dari sudut prinsip utamanya dalam hubungan antara agama yang tidak memaksa agama lain daripada memeluk Islam. Maka memelihara Islam ialah memelihara kebebasan beragama kepada orang bukan Islam.
    Jikalau makna hifz ialah memenuhi janji maka memenuhi janji agama Islam membawa konotasi jaminan untuk agama lain bebas diamalkan. Maka memenuhi janji Islam ialah memenuhi kebebasan beragama penganut selain Islam.
    Jikalau hifz dengan makna memulihara (conserve) ia bermakna melindungi Islam daripada disempitkan dan disalahtafsirkan oleh golongan penjumud yang merosakkan prinsip memberi kebebasan kepada penganut agama lain.
    Ada yang berhujahkan pengunaan "al" sebagai makna ditakrifkan khusus perkataan ad-din dengan makna hanya agama Islam. Bagaimana pula "al" dalam al-mal, al-nafs, al-aql dan al-i'rd? Adakah kesemua itu hanya untuk menjaga harta orang Islam, akal orang Islam ataukah hanya jiwa orang Islam kerana maslahat paling atas hanya untuk jaga agama Islam sahaja? Ini pastinya tidak konsisten dengan prinsip insaniah yang dijamin oleh Islam.
    Prinsip universal Islam ialah "tiada paksaan dan untuk melaksanakannya Allah menetapkan kewujudan agama lain sepanjang sejarah manusia. Mengiktiraf kewujudan bukan mengiktirafi kepercayaannya, maka wasilahnya ialah dakwah, dialog dan keadilan merentasi kaum dan agama. Di mana silapnya kenyataan saya jika itu bermakna agama lain terpelihara dari sudut kewujudannya?

    ReplyDelete
  4. Ini perkara terpencil, memang berlaku
    Org melayu kelemahan adalah bertolak ansur dan imosi
    Ingat ada bangsa yg tidak pernah bertolak ansur selidik dan kira satu persatu
    Mereka tidak pernah Kianat pd kaum mereka
    Merwka tidak pernah korban kan hak bangsa mereka
    Jika perkara di atas berlaku pd kaum lain baru kita sedar bagai mana kerasnya mereka terhadap bangsa kita
    Kerjaan kita sentiasa berlaku adil pd semua kaum dari garis panduan perlembagaan dan ada sedikit kelongaran hak yg di tutup sebelah mata dan di beri pd kaum lain,
    Tapi ada kah kaum lain mengucapkan terima kasih kepada kita ,

    Cuba tengok setelah menang PH berapa banyak restoran Cina yg membuat jamuan percuma atau di kena kan separuh harga bagi meraikan kemenangan kaum mereka

    Ini buka main main tapi ini kenyataan,,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sdr Saffron,

      Pada zaman pemerintahan Bani Umayyah, pemerintah hanya memberikan ruang kepada bangsa Arab semata-mata.

      Kaum Muslimin dari bangsa Parsi dan bangsa Turki digelar mawali dan diletakkan sebagai warga kelas bawah. Orang-orang yang baru memeluk Islam juga diletakkan di tempat yang tidak setaraf dengan bangsa Arab yang telah Islam sejak zaman khulafa ar-rasyidin.

      Sekiranya yang seagama pun dipanggil mawali hanya disebabkan kebangsaan, maka sudah tentu yang bukan Muslim juga tidak diberikan tempat yang sama seperti bangsa Arab yang Muslim.

      Akibatnya wujud satu gerakan yang dinamakan 'shuubiyyah' yang bermaksud 'kebangsaan' yang disertai oleh bangsa Turki dan bangsa Parsi. Mereka adalah sebahagian daripada penyokong-penyokong pemberontakan yang diketuai oleh Bani Abbasiyyah.

      Apabila Bani Abbasiyyah mengalahkan Bani Umayyah dan mengambil alih pemerintahan, kaum-kaum Mawali dan kaum-kaum bukan Muslim juga telah meraikan kemenangan ini.

      Walaupun begitu Bani Abbasiyyah kekal memerintah negara Islam sehinggalah negara dan pemerintahan mereka dimusnahkan oleh kaum Monggol.

      Kegembiraan kaum bukan Muslim di atas kemenangan PH samalah sahaja dengan kegembiraan kaum bukan Muslim ketika kejayaan Bani Abbasiyyah mengambil alih pemerintahan. Sejarah telah tunjukkan sekalipun mereka diberi ruang yang lebih luas di bawah kerajaan baru, hakikatnya pemerintahan kerajaan baru itu kekal di tangan kaum Muslimin.

      Malahan kedudukan bangsa Arab sebagai kaum teras pemerintahan juga kekal sehinggalah kemusnahan yang dibuat oleh kaum Monggol.

      Malaysia sedang berada di jalan yang sama. In shaa Allah kaum Melayu Muslim akan kekal menjadi pemerintah dan kekal menjadi kaum teras negara ini. Ia bukan saja dijamin oleh perlembagaan malahan juga oleh demografi negara ini.

      'Shuubiyyah' bermaksud kebangsaan dan di atas wazan 'fua'il' ia akan disebut sebagai 'shuaib' yang bermaksud 'bangsa yang kecil'.

      'Shuaib bin Soleh' yang disebut di dalam hadith Nabi saw sebagai pembawa panji hitam (panji Al-Mahdi) in shaa Allah adalah daripada bangsa bukan Arab', kerana bangsa Arab adalah bangsa yang besar dan disebut di dalam wazan "sha'bun" dan bukan "shuai'bun". Malah hadith-hadith lain dengan jelas menyebutnya sebagai 'kaum dari Timur'.

      Daripada pandangan saya, ia adalah Tun Mahathir. In shaa Allah apa yang Tun Mahathir sedang lakukan hari ini adalah perkara yang betul bukan saja untuk merawat jiwa kaum Melayu Muslim yang telah sakit teruk akibat penyalahgunaan agama dan bangsa oleh parti-parti politik, malah juga sebagai memberi ruang kepada kaum-kaum bukan Melayu dan kaum-kaum bukan Muslim, tetapi tidak sampai menghilangkan ciri-ciri kaum Melayu Muslim sebagai kaum teras negara ini.

      Tak lama lagi untuk melihat kebenaran ini, in shaa Allah.

      Delete
  5. KENAPA ZAHID HAMIDI LANTIK BEKAS PEGUAM NEGARA YANG TERCEMAR NAMANYA SEBAGAI AHLI MT?

    Presiden UMNO, Zahid Hamidi hari ini mengumumkan lantikan barisan pegawai, Ahli Majlis Tertinggi dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri-Negeri bagi sessi 2018-2021.

    Katanya, perlantikan ini adalah langkah pertama beliau untuk membawa UMNO menuju pembaharuan agar parti terus relevan dalam arena politik negara.

    Pegawai yang dilantik ialah Annuar Musa sebagai Setiausaha Agung, Tengku Adnan Tengku Mansor (Bendahari), Shamsul Anuar Nasarah (Ketua Penerangan) dan dan Mohd Sumali Reduan selaku Setiausaha Kerja.

    Barisan Ahli Majlis Tertinggi yang dilantik pula ialah Norliza Abdul Rahim, Shahril Hamdan, Nurul Amal Mohd Fauzi, Anifah Aman, Tajuddin Abdul Rahman, Mohd Khusairi Abdul Talib, Johan Abdul Aziz, Azizah Mohd Dun, Abdul Rahman Mohamad, Hajiji Noor dan Apandi Ali.

    Melihat senarai lantikan tersebut, tentu ramai yang keliru dan pening kepala, pembaharuan apakah yang Zahid Hamidi maksudkan daripada pilihan semua perlantikannya itu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wak Jahid langsung tidak punya sebarang niat untuk pulihkan UmNo yang telah ditolak oleh rakyat.

      Dalam kepala otak wak Jahid hanya ada rancangan bagaimana mahu mengambil balik kerajaan ini dengan segera tanpa perlu menunggu PRU15. Wak Jahid malah telah membuat kenyataan terbuka tentang niatnya ini.

      Untuk itu Wak Jahid perlu siapkan UmNo yang memiliki orang-orang yang 'berani mati' semata-mata untuk berkuasa semula sebelum PRU yang depan.

      Maka dipilihlah orang-orang yang punya 1001 alasan untuk 'berani mati' semata-mata untuk mengembalikan UmNo ke persada kuasa seberapa segera. Iaitu orang-orang yang sedar sekiranya UmNo tidak berkuasa semula dengan segera maka mereka berkebarangkalian besar akan ke penjara.

      Wak Jahid sedang menyambung kerja-kerja Najib yang mahu membawa pertempuran di antara kebenaran dan kebathilan ini ke klimaks.

      Perkara yang Wak Jahid tidak sedar ialah apabila berlakunya pertempuran klimaks tersebut, UmNo akan lenyap terus dan orang-orang yang beriman yang berada di atas jalan yang benar akan diberi kemenangan mutlak.

      Tak lama mana dah tu, In shaa Allah.

      Delete
    2. Betul sedara John...nak harap PH pecah belah..

      Delete

𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚?

  𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚? Kita jawab secara am "Letak RM10,000 berapa boleh saya untung?&q...