Friday, August 12, 2011

Karpal buli Rosmah??

Kebiasaannya Anwar selalu mempergunakan pelbagai alasan dan kaedah untuk menangguhkan perbicaraan kes liwatnya hingga menghampakan bukan sahaja Saiful, Pendakwaraya malah sebahagian rakyat juga kerana kes ini sudah berlarutan 3 tahun.

Taktik yang sering dipergunakan Anwar dan para peguam hitamnya hari ini 'makan tuan' apabila buat pertama kalinya Najib dan Rosmah yang hadir di mahkamah atas arahan mahkamah tetapi menolak ditemubual.

"Gurauan" Najib dan Rosmah ini cukup menguji kesabaran Anwar dan puaknya. 

 

Tiada alasan yang diberi kenapa mereka berdua tidak berminat tetapi persepsinya mungkin lebih kepada tidak perlu pembaziran masa kepada perkara yang kurang relevan dan bersifat peribadi.

12 August 2011


PM dan isteri tak mahu jadi saksi pembela

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor memberitahu peguam yang mewakili ketua pembangkang yang juga defendan, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa mereka tidak mahu menjadi saksi pembela.

Ini didedahkan oleh peguam utama Anwar - Karpal Singh - dan juga peguam Sankara Nair.

Karpal dan Sankara, serta peguam kanan Datuk Param Cumaraswamy dan Ram Karpal, berada di dalam bilik yang sama apabila saksi-saksi dibawa masuk, seorang demi seorang.

Karpal berkata, apabila peguambela tiba di kompleks mahkamah, Najib dan Rosmah sudahpun berada di situ.


"Najib masuk dahulu dan apabila kita tanya, beliau kata tak mahu jadi saksi pembela dan tidak mahu ditemubual," kata Karpal.

Kemudian tiba giliran Rosmah dan beliau memberitahu perkara yang sama, dan diikuti pula oleh bekas Ketua Polis Melaka, Datuk Mohd Rodwan Mohd Yusof.

Ketiga-tiga mereka (Najib, Rosmah dan Rodwan) berada di dalam bilik dan mereka tidak ditemani peguam.

Najib dan Rosmah tiba kira-kira jam 2.55 petang dan beredar kira-kira jam 3.28 petang.

Pembantu mereka menunggu di luar semasa mereka menghadiri temubual ringkas itu.

Karpal berkata mereka terkejut kerana tiada tanda-tanda yang Najib dan Rosmah akan datang hari ini.

"Biasanya, mereka akan memberi notis terlebih dahulu," kata peguam kanan itu.

Karpal menyifatkan Rosmah dalam keadaan 'teramat tegang' ketika diajukan soalan dan pada satu ketika, beliau (Rosmah) berkata, "jangan buli saya, Encik Karpal".

Kata Karpal, beliau tidak tahu mengapa Najib dan Rosmah takut untuk datang ke mahkamah, ketika mengulas keengganan mereka untuk menjawab soalan.

10 comments:

  1. Abih tu depa bersiar-siar? (kutip kata-kata sorang lagi blogger)

    ReplyDelete
  2. dah temu dan berbual walaupun pendek.so next.

    ReplyDelete
  3. Temubual sekadar nak putar dan belitkan lagi? Apa kena mengena Najib dan Rosmah dengan air mani Anwar yang ada pada dubur Saiful?

    Anwar kena jawab pada fakta dan bukannya berfantasi dengan konspirasi merasa diri hebat sangat.

    ReplyDelete
  4. Anwar2...sama dgn pak Ibrahim, bapa dia. Khalid2, sama dgn pak Ibrahim, bapa dia.

    ReplyDelete
  5. Kata Karpal, beliau tidak tahu mengapa Najib dan Rosmah takut untuk datang ke mahkamah, ketika mengulas keengganan mereka untuk menjawab soal
    .........

    Karpal ini ke bodoh atau wartawan salah tulis. Najib dan Rosmah bila masa pula takut ke mahkamah, kan dah pergi pun.

    Tidak mahu menemubual bukan bererti takut, boleh jadi mereka malas berbual dengan Tukang Karut dan Tukang Liwat..

    ReplyDelete
  6. kluangdiamond,

    Lihat angkuhnya penguam2 bela Si Nuar tu!
    PM Najib dan Isteri Rosmah Mansor datang dulu dan mereka tunjuk besar datang kemudian. Seolah-olahnya mereka "BESAR" betul.

    Saya marah bukan atas batang tubuh PM Najib dan Isteri tetapi kedudukan Najib sebagai PM. Malah kalau PM Najib rakyat biasa sahaja pun, amat kurang ajar perlakuan begitu ditunjukkan!

    Padan muka! PM Najib dan Isteri enggan jawab soalan. Apa yang boleh mereka lakukan terhadap mereka , Mahu saman ke? Ada laku ke permohonan ini.

    Bila difikir-fikirkan mereka yang diperbodohkan oleh PM Najib dan Isteri terhadap permohonan bodoh dan tidak releven mereka!

    Warga Setia

    ReplyDelete
  7. DS Najib dan DS Rosmah dah tunai tanggungjawab sebagai rakyat biasa dan menghormati undang-undang. Hanya nak berlagak mereka buat PM tunggu mereka. Hanya menemubual mereka sahaja dan tak semestinya Akan dijadikan Saksi di mahkamah. Kalau keterangan saksi tak berpihak kepada mereka maka PM tak Akan dijadikan saksi.

    Nak mampus si Nuar Khong Khek Khuat kalau keterangan PM nanti tidak memihak Kat beliau. Kalau berani terus bawa ke mahkamah. Ada TELuR ke?

    Lepas kalau lagi berani sapina saja PM dan Rosmah ke mahkamah dan biar mereka bagi keterangan tanpa tapisan. Gerenti cicir TELuR depa.

    Kakakakak sepandai-pandai peguam Anwar Akhirnya terserlah kebodohan mereka.

    ReplyDelete
  8. marilah mari, kita mengomen, jangan lupa kewajipan pada parti sendiri.

    ReplyDelete
  9. Agaknya berapa kilo Tukang Karut peguambela handalan negara kena maki dengan Tukang Liwat raja putar 1Malaysia yang naik hangin satu badan apabila peguam berkomisyennya gagal membuka mulut Najib dan Rosmah.

    ReplyDelete

𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚?

  𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚? Kita jawab secara am "Letak RM10,000 berapa boleh saya untung?&q...