Wednesday, August 31, 2011

Pengisian Kemerdekaan...Satu yang boleh dibanggakan

Selepas 50 tahun, Singapura serah kemudahan loji air


31/08/2011 4:30pm

JOHOR BAHRU 31 Ogos – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini berkenan menyaksikan majlis penyerahan kemudahan loji rawatan air dan rumah pam secara rasmi oleh Lembaga Perbekalan Awam Singapura (PUB) kepada kerajaan negeri Johor.
Majlis menandatangani penyerahan dua loji rawatan air dan dua rumah pam milik PUB disempurnakan secara bersama oleh Pengerusi PUB, Tan Gee Paw dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Obet Tawil di Loji Air Gunung Pulai di sini.
Turut hadir pada majlis bersejarah itu ialah Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman dan Menteri Sekitaran dan Sumber Air Singapura, Dr Vivian Balakrishnan.
Selain Loji Air Gunung Pulai, PUB menyerahkan Loji Air Sungai Skudai, Rumah Pam Tebrau dan Rumah Pam Pontian berikutan kontrak bekalan air selama 50 tamat antara PUB dan kerajaan negeri Johor di bawah Perjanjian Air 1961 hari ini.
Dalam ucapan pada majlis itu, Abdul Ghani mengucapkan terima kasih kepada PUB kerana mengurus dan menjaga semua kemudahan loji rawatan air dan rumah pam berkenaan dalam keadaan baik sepanjang tempoh perjanjian tersebut.
"Loji rawatan air Gunung Pulai adalah berkualiti tinggi dan kerajaan Johor bercadang meneruskan usaha baik PUB itu,” katanya.
Beliau juga berkata, kerajaan negeri menimbang untuk menaiktaraf semua kemudahan berkenaan demi menampung permintaan bekalan air bagi penduduk Johor Bahru dan Pontian. – Bernama

4 comments:

  1. tetapi aku masih heran kenapa banyak sangat pasir kita di jual kat Spore?..henti lah jualan pasir ke silika ke Spore..kita sebenarnya membesarkan Spore supaya dapat dia menjajah semula Johor satu hari nanti...

    ReplyDelete
  2. Sultan dan anak beranak dia ni bawak kereta laju sangat kat lebuhraya!!!..lepas tu suroh polis eskot dekat2 kat depan/belakang..aku kesian polis..Polis bawak kereta biasa aje lagipun memberbayakan pengguna lebuhraya yg lain...minya maaf lah kalau aku menegur!!!

    ReplyDelete
  3. aku berharap tahap penyenggaraan fasilitas ini tetap ditahap masa PUB kendali dulu..lihat laluan paip mereka di jaga rapi..jangan nanti bila budaya maintainence kita yg rendah membuatkan fasilitas ayer ini tertahap yg memalukan..

    ReplyDelete
  4. Singapura sudah ada teknologi yang menghasilkan 'new water' yang dulunya diketawakan oleh orang malaysia, air kencing masuk longkang dan air laut yang diproses menjadi 'new water'. Teknologi singapura ini sudah mula dipakai oleh kebnyakan negara2 arab sekarang.

    Singapura makin membebaskan pergantungan dan malaysia hanya sekadar mendapat semula hak.

    Pengekspotan atas permit 'pasir silikon' diseleweng dengan menyeludupan pasir yang sama nilainya dengan 'emas' oleh si pelahap rakyat malaysia yang sanggup menjadi pengkhianat.

    Nak tahu lebih lanjut tanya, hamid albar codomolion dan kj

    ReplyDelete

𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚?

  𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚? Kita jawab secara am "Letak RM10,000 berapa boleh saya untung?&q...