Anak mantan Presiden MIC Samy Vellu, Vell Paari dan sebuah akhbar  berbahasa Tamil telah secara tidak langsung mengesahkan bahawa spekulasi  bahawa ada kuasa dalaman Umno yang sedang giat cuba menyingkirkan  Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak daripada tampuk kekuasaan  sememangnya wujud dan tengah berlaku. Berdasarkan laporan Free Malaysia Today (FMT), akhbar Tamil Nesan  memetik Vell Paari sebagai berkata MIC perlu menimbangkan semula  kedudukannya dalam Barisan Nasional sekiranya Najib disingkirkan  daripada tampuk kuasa oleh kumpulan tertentu di dalam Umno.
Vell Paari turut berkata ‘terdapat spekulasi hangat bahawa Najib sedang menghadapi cabaran di dalam Umno.
Sekiranya spekulasi itu benar, Vell Paari menggesa MIC untuk mempertahankan Najib.
“Beliau ialah perdana menteri terbaik dari sudut menjaga keperluan komuniti India, jadi kita harus sokong beliau.
Kita tidak pasti sama ada laporan itu benar, tapi MIC mesti  mempertahankan Najib daripada mereka yang bekerja melawan perdana  menteri,” kata Vell Paari sebagaimana yang dilaporkan FMT.
Vell Paari dilaporkan membangkitkan isu tersebut dalam satu mesyuarat  jawatankuasa kerja MIC baru-baru ini, dan menegaskan bahawa ini adalah  pandangan peribadi beliau.
“Ini pandangan peribadi saya. Terpulangkan kepada kepimpinan parti  dan ahli jawatankuasa untuk menerima pandangan saya ataupun tidak,”  tambah.
Walaupun dinafikan sekeras-kerasnya, banyak sumber maklumat dari  dalam Umno telah menyatakan sememangnya wujud pertembungan ketara antara  dua pasukan dalam Umno, satu daripadanya didakwa diketuai oleh timbalan  Najib, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Ada sumber dari MCA turut menyatakan bahawa parti komponen Barisan  Nasional yang bukan Melayu mesti memastikan Najib kekal sebagai perdana  menteri, sekiranya tidak masa depan mereka akan hangus.
Terdapat juga ura-ura bahawa Muhyiddin mendapat sokongan daripada  mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir untuk menjaga kerjaya politik  anaknya Ahli Parlimen Jerlun Mukhriz Mahathir, yang tewas memalukan di  tangan orang yang paling dibenci ayahnya, Khairy Jamaluddin sebagai  Ketua Pemuda Umno pada pemilihan Umno yang lepas.
Dr Mahathir, bagaimanapun telah menafikan spekulasi ini, dan berkata  ini hanyalah usaha untuk merosakkan Umno dengan membuatkan para pemimpin  mereka bersyak-wasangka terhadap diri sendiri.
http://abushahid.wordpress.com
#  Satu signifikan dan promo yang baik untuk Muhyiddin kerana Melayu memerlukan sesaorang yang lebih melayu dalam UMNO, walaupun Muhyiddin tidak akan menggugat Najib, tetapi sokongan dan harapan orang Melayu kepada UMNO akan kembali atas faktor ujudnya orang seperti Muhyiddin di UMNO. 
 Tahniah kepada pembangkang yang telah membantu kuatkan UMNO dalam isu ini walaupun niat asal mereka memecahbelahkan UMNO.
Apakah ahli UMNO akan mengambilkira pandangan komponen untuk menentukan siapa yang mereka akan pilih sebgai Presiden? Jika ada, bacul lah ahli UMNO seluruhnya membiarkan rumahtangga sendiri ditentukan oleh pihak lain. 
Hakikatnya memang benar Najib kurang perhatian kepada Melayu hingga bangsa lain selesa dengannya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Terkini dan kini
P ENGUMUMAN RASMI 30 Oktober 2025 Ahli Yang Dihargai, Sebagai sebahagian daripada usaha berterusan kami untuk meningkatkan kecekapan, kete...
- 
Kepimpinan UMNO di bawah Najib nampaknya lebih cekap dan cepat bertindak, secara diam-diam mereka turun padang merapati ahli akar umbi. ...
- 
Sangat pelik dan terlalu pelik kalau terus langsung dianggap dan dijamin najib selamat dan pasti menang di Pekan (?) Apakah kita menidakan...
- 
DAP dan umno boleh bekerjasama dan bergabung bila-bila masa. Jika lim kit siang mempunyai keutamaan sebagai PM dan Najib takut risiko k...
 
 
 
No comments:
Post a Comment