Wednesday, October 23, 2013

Tragedi Cameron Highlands - Menteri di malaysia bernasib baik

jika tragedi cameron highland berlaku di korea atau jepun atas sebab malapetaka bumi,  KEMUNGKINAN
TIPIS ada menteri berkaitan atau perdana menteri meletak jawatan.

jika tragedi cameron highland berlaku di jepun atau korea kerana kecuaian manusia dan kementerian - menteri berkaitan dalam tempoh 24 jam akan memohon maaf dan meletak jawatan. Perdana Menterinya juga akan memohon maaf tanda mengaku kecuaian dan mengucapkan takziah dan kemungkinan juga bersedia melepaskan jawatan secara sukarela.
Di malaysia pun hebat - PM dah ucap takziah. 
dah minta maaf? saya tidak pasti, 
letak jawatan??? 
kalau saya sarankan najib atau menteri besar letak jawatan - saya percaya saya akan dikeji, saya akan dikata 'hilang akal'.

siapa pula menteri yg akan meletak jawatan dlm tempoh 24 jam?
24 jam sudah berlalu...

oleh kerana malaysia tidak mempunyai menteri runtuh, menteri empangan atau menteri cameron highland - maka tiada sesiapun perlu meletak jawatan.

saya juga tidak sarankan mana-mana menteri letak jawatan kerana menteri-menteri di malaysia terdiri dari golongan cerdik pandai, jika mereka meletak jawatan sudah tentu sukar najib mencari ganti, malaysia mungkin mengambil masa setahun dua untuk mencari pengganti yg sesuai. tidak ramai rakyat malaysia yg sama cerdik atau lebih cerdik dari taraf otak menteri tersebut.

kena juga di ingat untuk menjadi menteri dan kekal sebagai menteri di malaysia kosnya tersangat mahal - bukan kerana kos atau perbelanjaan yg tinggi semasa dia belajar tetapi kerana kos yang tinggi untuk menang, kekal menang di dalam parti.

menteri di malaysia bernasib baik.

5 comments:

  1. Sokong....

    Saya anggap ini adalah kecuaian manusia kerana kenaikan air di empangan adalah predictable. Kenapa tidak ada action sebelum tahap bahaya? Setiap kali air empangan dilepaskan rakyat sangsara. Kehilangan jiwa tidak sepatutnya berlaku bila semua pihak peka terutama pengendali empangan. Adakah perlu dikaji semula SOP?

    ReplyDelete
  2. artikel yang ini bagus.Sepatutnya ada orang @ menteri berkaitan yang bertanggungjawab penuh.Apakah akan berlaku lagi tragedi selepas ini. Dan orang @ menteri berkenaan juga bernasib baik ?

    ReplyDelete
  3. Sistem pelepasan air empangan adalah otomatik. Apabila sampai tahap bahaya, air akan dilepaskan dengan kadar yang perlu sahaja bagi melepasi tahap bahaya. Masalahnya sungai yang ada tidak dapat menampung air yang dilepaskan. Ia melempah dan meruah kekawasan penempatan.
    Kenapa ia terjadi.. kerana manusia dikawasan itu tidak menghargai sungai. Segala sampah sarap, kayu kayan, bahan kimia, bahan binaan dibuang ke sungai. Aliran sungai jadi sempit dan terhalang.
    Jadi terimalah balasan hasil dari sikap sendiri yang tidak bertanggungjawab. Hanya memikirkan keuntungan tanpa memikirkan keselamatan,
    Rakyat Malaysia memang suka menyalahkan orang tanpa muhasabah diri sendiri.

    ReplyDelete
  4. bila dah dikuasai sifat tamak .. mata duitan ... ini la sudahnya ..
    tak cukup dgn kawasan yg disediakan ... habis mana2 tanah lapang yg boleh dirikan pondok.. bangunan sampaikan tiang lampu jalan boleh "TUMBUH" di tengah bumbung rumah .. kedai ... tak percaya ?? pergi lah sendiri periksa !
    Agensi yg berkaitan buat apa selama ini ... ?? lemau agaknya ... maklum la Cameron Highlands tu kan SEJUKKK
    dah terantuk ... baru nak mengadah ... ?? tak payah !! layan la benjol tu dulu

    ReplyDelete
  5. Menyalahkan end user atau rakyat adalah Jalan paling selamat untuk melepaskan tengkuk dan tanggungjwab!!!

    ReplyDelete

6ANGKA