Friday, October 4, 2013

Kenapa Lapuran Audit Negara Tidak dikeluarkan sebelum pilihanraya.

Saban tahun lapuran audit negara akan terkandung pelbagai perkara yang tidak masuk akal dilakukan oleh menteri yang baghal atau penjawat awam yang bangsat dari peringkat tertinggi sampailah ke peringkat terendah - hampir keseluruhan pelakunya ialah melayu dan yang subahat ialah cina dan india - 1Malaysia.

Minta Maaf - letak jawatan atau berambus dari jawatan yang dipegang kerana rasuah yang tidak diheret ke mahkamah, subahat, penyelewengan, salahguna kuasa, leka lalai cuai dan sewaktu dengannya bukan budaya pemimpin politik dan penjawat awam kerajaan. Dari PM sampailah kepada yang serendahnya. Mereka ada alasan bodoh untuk mempertahankan diri untuk rakyat telan.




Agak-agaknya:
1.Kenapa lapuran audit tidak dikeluarkan sebelum pilihanraya - anda tahu jawapannya.
2. Apa tindakan yang telah diambil terhadap lapuran audit negara bagi tahun-tahun yang lepas - setakat mana penyel;eweng dibawa ke muka pengadilan atau tindakan di ambil - elek poociikk

Sudah sampai masanya reformasi dibuat dengan laporan audit negara tidak dikeluarkan lagi di masa-masa akan datang supaya kerajaan dilihat sempurna dan kenaikan gaji kakitangan dilihat wajar dengan kualiti yang mereka persembahkan - tak gitu Najib?


Di bawah adalah sebahagian kualiti dan kehebatan yang mereka lakukan dengan penuh rasa tidak bersalah:



pembelian 20 jam dinding berjenama dengan harga RM3,810 satu unit padahal ia boleh dibeli dengan harga RM100 sahaja. Harganya melambong 38 kali ganda. Siapa yang kena kapak? 

Bagaimana hendak menjawab pembelian scanner size A4 dengan harga RM14,670 seunit padahal ia boleh dibeli dengan harga RM200 sahaja setiap satu?. Harganya melambong 38 kali ganda. Siap yang kena kapak? 

Bagaimana hendak menjawab apabila Pegawai Kanan membuat 813 tuntutan berjumlah RM803,813 untuk lawatan sambil belajar selama 4 hari ke Geneva, Switzerland. Perjalanan yang sungguh mewah dengan pernerbangan kelas pertama, hotel bertaraf istana, wine & dine, belanja pakaian baju sejuk bulu beruang dan seluar dalam bulu kambing. Tidak masuk logik akal mewahnya pegawai ini berjoli sambil belajar di Geneva. Apa ilmu yang dibelajar selama 4 hari itu sukar difikir. 

RM1.6 juta dibayar kepada tiga kumpulan K-Pop Korea, U-Kiss, Teen-Pop dan Dal Shabet dengan tarian terkangkang terkoyak, paha gebu putih melepak dihidangkan kepada belia negara ini sebagai ‘crowd puller’ di hari Hari Belia Negara konon untuk menawan pengundi muda dalam PRU yang lepas. Janjinya peringkat awal ada sponsor tetapi itu semua hanya ‘selling gimmick’ Stadium First Sdn Bhd promoter kumpulan tersebut.



makanan luput tarikh tersadai di stor TUDM, kehilangan 44 pistol, 156 gari dan 29 kereta polis, perbelanjaan RM320 ribu oleh Kementerian Kesihatan untuk menguruskan laman sosial Facebook dan Twitter, kerugian RM38 ribu untuk iklan yang menggelarkan perokok bodoh dan akhirnya diputuskan tidak sesuai digunakan, GLC rugi tapi dapat bonus, jam berharga RM100 tapi dibeli dengan harga RM3810.00, bayaran RM1.6 juta untuk artis K-Pop yang sebelum ini dihebohkan dibayar oleh penaja, bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat diberi kepada orang yang sudah mati dan pelbagai lagi.

Jika mahu ditulis satu persatu benda-benda pelik yang berlaku ini, mungkin ada yang sakit jantung dibuatnya kerana tentunya tidak terfikir sama sekali negara seperti Malaysia yang sedang menuju negara maju pada tahun 2020 tetapi Muhyiddin pula berkata status negara mahu boleh dicapai lebih awal dari itu iaitu pada 2018 dan majoritinya pula beragama Islam serta kenal dosa dan pahala, tetapi malangnya perlakuan dalam mengurus kerajaannya langsung tidak beretika dan mungkin lebih buruk daripada sesetengah negara di Afrika.

Saban tahun, rakyat hanya menerima cerita-cerita laporan audit ini tidak lebih sebagai cerita penglipur lara semata-mata dan kemudian dilupakan begitu saja. Tiada yang rasa bersalah atau mahu mengambil tanggungjawab daripadanya. Tahun depan cerita yang sama akan muncul kembali lagi. Begitulah putarannya.

Dalam kes pistol yang hilang, jawapan Ketua Polis Negara bahawa ia tidak jatuh ke tangan penjenayah dan mungkin hilang atau jatuh di laut, amat sukar diterima. Ini kerana bukannya sepucuk dua yang hilang, tapi sehingga 44 pucuk dan gari pula 156. Ternampak jawapan yang diberi lebih kepada andaian dan kebarangkalian saja tanpa ada rasa pertanggungjawaban.

Begitu juga dalam kes bayaran kepada artis K-Pop sebanyak RM1.6 juta, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin atas dasar pertanggungjawaban bersama menjelaskan bahawa bayaran itu dibuat kerana syarikat penaja yang berjanji sebelum ini tidak menunaikan janjinya, lalu kerajaan melunaskannya. Amboi, senangnya sebuah kementerian dan sebuah kerajaan kena kencing?

sumber:






Banyak benda lagi boleh diulas tetapi memerlukan sekurang-kurangnya seminggu untuk berada di wad jantung.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

 SELINGAN



Saham Akhirat Yang Paling Mudah

" Perumpamaan orang yang menginfakkan hartanya di jalan Allah seperti sebutir benih yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada setiap tangkai ada seratus biji. Allah melipatgandakan bagi sesiapa yang Dia kehendaki, dan Allah Maha Luas lagi Maha Mengetahui. " - (Surah Al-Baqarah: Ayat 261)

Niat:
Sahaja aku bersedekah RM10.00 untuk kebajikan kawan-kawan dan diri sendiri kerana Allah

Kemana wang itu pergi:
10% dari RM10.00 untuk kos pengurusan
90% dari RM10.00 untuk dana tunai

Ganjaran:
  1. Pahala niat bersedekah kerana Allah
  2. InsyaAllah ganjaran tunai yang akan diagihkan oleh pihak pengurusan antara RM1.00 – RM20,000.00 dalam tempoh masa yang tidak dijanjikan.

Cara dan Peraturan:
Tunai atau Masukkan Dalam Bank:
Maybank: 553010590734 Jaya Resources
SMS ke 01129711100 butiran bayaran tarikh dan masa serta nama mykad alamat no akaun bank sendiri dan no telefon

        Berdoa Supaya Anda Dimudahkan Rezeki


KETERANGAN RENGKAS

Seperti yang diketahui secara amnya sedekah atau infak dalam pelbagai bentuk adalah suatu perkara yang sangat dituntut oleh Islam untuk kebaikan diri sendiri dan pihak lain yang memerlukan. Kita telah melakukan semua itu dari masa ke semasa dengan cara dan pilihan masing-masing.

TR Jaya Resources mengambil langkah sendiri untuk menyuburkan amalan sedekah atau infak ini tanpa merubah niat dan tujuannya  Bagaimanapun pilihan dan cara yang kami lakukan ialah seperti berikut:

Mengumpul sedekah/infak tunai wang ringgit dari semua pihak yang ingin berbuat demikian secara sukarela – RM10.00 untuk satu unit atau satu nama
10% akan digunakan sebagai kos pengurusan
90% akan diagihkan

Pengagihan akan dibuat secara rambang atu giliran atau lain-lain kaedah tetapi akan dipastikan setiap yang memberi sumbangan akan mendapat untuk dirinya sendiri pada kadar tertentu (minima RM1.00) pada masa dan tempoh yang tidak dijanjikan

Apabila seseorang telah mendapat gnjaran tunai, namanya untuk satu unit akan dikeluarkan bagi memberi peluang kepada orang lain pula untuk menerimanya.

Apabila seseorang menerimanya ada dua hakikat penting:
  1. Itu adalah sumbangan dari orang ramai dan diri sendiri juga
  2. Niat orang bersedekah telah sampai

Sejauh mana ketelusan kami dalam soal pengagihan ini:
Jangan lupa niat anda adalah untuk bersedekah – rujuk Surah Al-Baqarah: Ayat 261 seperti di atas.
Kami yang menguruskan juga mempunyai niat yang sama dan memikul amanahnya, jika kami seleweng atau tidak amanah – Allah jua yang Maha Mengetahui dan Maha Adil.

Nasihat:
Adalah disyorkan anda tidak pertikaikan kerana takut hilang niat sedekah tadi dan jalan terbaik ialah  jangan menyertai program ini jika ada keraguan supaya kita tidak terlibat dalam golongan yang berbalah.


 # Satu program yang aku rasa relevan dengan maksud dan tujuan dan mungkin boleh menjadi satu agenda menguatkan ekonomni ummah. Jangan pandang rendah pada kekuatan RM10 dan jika ia melibatkan jutaan umat Islam di Malaysia dan dunia - ia sesuatu yang sangat hebat jom kita sebarkan – komen dari salah seorang peserta
AKU DOAKAN PROGRAM INI BERJAYA - INSYAALLAH.



 

No comments:

Post a Comment

6ANGKA