Dalam posting terbaru Tun Mahathir chedet - DEMONISING
8. The demonising by the bloggers is political. The intention is to
undermine my credibility. But I will continue to ask where is the money
which has been brought back from Cayman (Island)? Why is there a need to
borrow money to pay debts when you have RM8 billion? Until these and
other questions are answered the questions will keep coming.
Persaolan kepada rakyat kenapa Najib tidak muncul di media utama seperti TV3 untuk menjawab dan menyerang balik segala persepsi buruk ke atasnya.
Pecacai janganlah pula menuduh blog ini cuba melagakan Tun dan Najib tetapi tidak mengapa kalau mahu menuduh blog ini mahu penjalasan telus dari Najib.
Kalau "keberanian" pun Najib sudah tiada, sukar untuk melihat ada "kebenarannya".
Penjelasan yang baik boleh membantu blog ini menjadikannya alasan untuk menyokong Najib tetapi sebahagian blogger yang pada awalnya menentang 1MDB kini mula menyokong - apakah mereka sudah mendapat jawapan pasti (?) atau sebenarnya mereka sekadar copy paste..untuk membebaskan diri dari dicop "bangang".
Adakah boleh sekadar beralasan "percaya" sahaja kepada Najib !!!
1. I am surprised at the report in The Star that some bloggers are
attacking the critics of 1MDB. I am surprised not at the bloggers doing
this. I have known about their activities for some time now.
2. These bloggers were once the critics of the Government. But for
some greatly unknown reason they have changed. I had noticed this
change.
ADA SESIAPA YANG TAHU APA KOMEN MUHYIDDIN DALAM ISU INI (?)
Wajib bela diri jika difitnah
MUGHIRAH bin Syu'bah seorang sahabat Nabi SAW yang terkenal sangat
cerdik. Beliau selalu menemukan jalan keluar setiap kali berdepan dengan
permasalahan yang berat.
Khalifah Umar bin al-Khattab pernah memberinya jawatan amir di
Bahrain. Namun kerana rakyat Bahrain tidak menyukai Mughirah, Umar
memecat beliau daripada jawatan tersebut, lalu menyuruhnya kembali ke
Madinah.
Meskipun keinginan mereka dituruti, namun rakyat bimbang Umar akan
berubah fikiran di masa hadapan. Mereka takut Mughirah akan ditugaskan
kembali di Bahrain. Justeru, rakyat yang tak berbudi ini membuat
rancangan jahat. Mereka berniat memfitnah Mughirah agar imejnya rosak
di mata Khalifah Umar.
Ahli Bahrain mengumpulkan wang 100,000 dirham lalu diserahkan kepada
seorang laki-laki. Orang ini lalu pergi ke Madinah untuk berjumpa
sendiri dengan Khalifah Umar.
Di hadapan Umar, laki-laki dari Bahrain itu berkata: Wahai Amirul
mukminin, sesungguhnya Mughirah telah berkhianat. Ia mencuri wang negara
sebanyak 100,000 dirham lalu menitipkannya kepadaku."
Lalu dia memperlihatkan wang yang dibawanya dan berkata: Inilah buktinya."
Sebagai pemimpin yang adil, Umar segera memanggil Mughirah. Setelah
menceritakan tuduhan tersebut, Umar bertanya kepadanya: Apa
pembelaanmu?"
Mughirah menjawab: Wahai Amirul mukminin, orang ini telah berdusta.
Aku tidak menitipkan wang 100,000 dirham kepadanya, akan tetapi 200,000
dirham."
Umar bertanya lagi: Mengapa engkau melakukan perbuatan khianat?"
Mughirah menjawab: Aku terdesak kerana hajat keluargaku, wahai Amirul
mukminin."
Orang yang membawa cerita dusta itu menjadi ketakutan. Bagaimana
tidak, pada saat ini ia malah dituduh mencuri wang 100,000 dirham. Jika
tidak dapat menghadirkannya, maka ia pasti dihukum. Tentu sahaja ia
tidak memiliki wang sebanyak itu.
Orang ini segera berkata: Tidak, demi Allah, wahai Amirul mukminin.
Ia tidak menitipkan sedikitpun wang kepadaku. Sebenarnya aku hanya
membuat cerita palsu. Kami rakyat Bahrain tidak menyukai Mughirah dan
kami bimbang tuan akan mengembalikannya menjadi amir di negeri kami."
Umar bertanya kepada Mughirah: Apakah yang membuat kamu membuat pengakuan palsu seperti tadi?"
Mughirah menjawab: Orang jahat ini telah berdusta untuk menjatuhkan aku. Maka aku ingin menghinakannya."
Kisah ini terdapat dalam beberapa kitab sejarah antaranya, Siyar Alam al-Nubala karya al-Hafiz Abu Abdillah al-Zahabi.
Bela diri
Seorang Muslim memang penyabar, namun bukan bermakna dia mesti
berdiam diri apabila difitnah. Dia wajib membela dirinya dan menjelaskan
hakikat yang berlaku.
Ambil pengajaran daripada kisah Nabi Yusuf dalam al-Quran. Apabila
isteri majikannya menuduh baginda merayu beliau, Nabi Yusuf segera
menafikan tuduhan tersebut. Dengan tegas beliau menceritakan perkara
yang sebenar: Dialah yang merayu diriku! (Yusuf: 26)
Seorang mukmin tidak boleh membiarkan dirinya menjadi mangsa fitnah
dan kekeliruan. Malah ia mesti menutup segala kemungkinan yang boleh
berlaku. Jelaskan duduk perkara yang sebenar sebelum sesiapa tersalah
faham.
Pernah satu malam Safiyah mendatangi Rasulullah SAW yang tengah
beriktikaf di masjid. Setelah berbincang beberapa saat, isteri Nabi SAW
ini bangkit untuk beredar. Baginda turut berjalan untuk mengiringi
beliau keluar.
Kebetulan dua orang laki-laki berlalu di tempat itu. Melihat
Rasulullah SAW tengah berjalan dengan seorang perempuan, mereka
mempercepat langkah untuk menjauh.
Rasulullah SAW segera memanggil mereka. Baginda ingin menutup
kemungkinan berlaku salah faham di hati mereka. Baginda bersabda: Ini
isteriku Safiyyah binti Huyai."
Baginda bersabda: Sesungguhnya Syaitan mengalir di tubuh manusia
seperti aliran darah. Aku bimbang ia akan membisikkan perkara buruk
kepadamu. (riwayat al-Bukhari)
Semoga Allah menjaga kita daripada fitnah dan tuduhan palsu. Amin ya rabbal alamin.