Wednesday, July 19, 2017

KALAULAH KITA BOLEH BANTU MEREKA..

N2h2 yang bakal dianjurkan armada bersatu akan menjemput Tun dan Najib untuk menjawab beberapa persaolan adalah gelanggang baik untuk menjelaskan beberapa perkara.

Sudah tentu penonton dan netizen mengharapkan jawapan yang benar,  telus dan takutkan Allah sahaja. 

Tetapi setiap kali gelanggang dibuka,  bertalu talu panglima najib 
menghalang dengan alasan,  samada mereka tahu najib tiada keberanian atau memang kebenaran tidak pernah ada di pihak mereka.
Kalau hadir,  mati katak. 

Tetapi kalau sehala,  di kelilingi orang sendiri,  mereka tetap jadi katak juga,  bukan main lantang.. Bukan main berapi rapi.. Tapi hakikatnya tin kosong,  bacul. 

Itulah persepsi yang terpaksa dilontarkan.

Benarlah kata orang,  apabila ketakutan menghantui,  mereka tidak dapat lagi mengawal diri...tidak dapat menyembunyikan.. 

Bagaimana agaknya kita boleh bantu mereka.

44 comments:

  1. Salam Bro. Jalan terbaik yang bolih kita bantu adalah" jangan pangkah lagi lambang dacing tu' sian.. Diaorang dah tak larat anda tak mampu lagi, sebab otak dah karat untuk fikir masalah rakyat. Sebab MASAALAH Najib laki bini pun diaorang tak mampu nak settelkan. jadi kita settelkan dia orang saja.

    ReplyDelete
  2. Rakyat tak bodoh.
    Tak perlu pulas hempas lagi. Media,Lobai,Kabinet ..semuanya dh reput tak ada kredibiliti.

    Berani buat ala Townhall meeting santai, open adalah kerana BENAR.

    Takut buat ala Townhall meeting santai, open adalah kerana takut terpercik bersembur Tahek Low.satu dewan.

    Siapa yg berani, siapayg takut? Padam ceoat !! makcik felda baca niii, alahai Budeng..tulon cover ciket

    ReplyDelete
  3. Kikiki..Umno ttp pilihn ku

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pilihan kikiki 948 dibenarkan oleh Allah. Cuma sedikit kebudakan, masok blog tulis tanpa isi. Mungkin keupayaan jana isi dah punah dek percampuran darah dgn tahek low.
      Well done 948. aek?, sapa tanya ko tadi?

      Delete
    2. Aki st banyak makan dedak sama dengan ayam... Otak pon dipenuji dedak macam ayam...

      Tunggu kena sembelih jer!!!

      Delete
  4. Apa2 pun bn/umno juga pilihan ku bukan parti top dog, he3

    ReplyDelete
    Replies
    1. top dog 137 tak faham, zaman belajar baca manggan utusan.
      Kalu guna istilah abang kawasan, mungkin dia perasan.

      137 kata parti PH top dog,parti abg kawasan, parti apex,parti paling popular, parti naungan, parti penyelamat.
      Analisa 137 tepat dan betul, Dia tak mahu pilih yg dia sendiri kata tepat dan betul , lantak la kan.
      Kan Allah maha kaya, DIA mmg bagi peluang pilih...
      Yg sedikit mmg suka pelahap Tahek Low..ini pun pilihan diberi pilihan oleh islam.
      Polihan diberi pilhan.
      Perbuatan diharamkan.

      Itut lu munyer suker ler...137

      Delete
  5. Salah punya olang memang selalu manyak takut maa aa . Lagi atak tempat mau solok , solok lor rr .

    ReplyDelete
  6. Tak payah forum! masuk court atau buat RCI!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa? Najib nk tubuhkan RCI utk kes 1MDB & FGV?

      Delete
    2. Dan juga Skandal BMF, Maminco, Memali, Renong, MAS, Perwaja, FOREX, Project bankrupt KL Monorail, Putra LRT, Star LRT and Intrakota, Ops Lalang,...... Ya Allah, banyakya skandal yang dilakukan oleh Tua Kutuk bernama MahaKUTTY

      Delete
    3. Ya silakan suruh Jibon buka semua RCI. No hal punya.

      Berani kerana benar.

      Lari kerana salah.

      Delete
    4. Tau pun berani kerana benar! Tunggulah RCI FOREX BNM nanti...nak tengok MahaKUTTY Tua Kutuk akan cakap APA NAMA? SUDAH LUPA? muahahahahaha

      Delete
    5. Betullah tu berani kerana benar. Dah lama Tun M cakap silalah buka siasatan apa pun.

      Sila cepatkan RCI bukan bab Forex saja, bab semua sekali yang kamu sebut tu.

      No hal lah bab forex ni.

      Delete
    6. Setuju! Doakan MahaKUTTY hidup lebih lama, sihat segar bugar, siap boleh berlari dan yang paling PENTING; mempunyai ingatan yang mantap! Amin
      ...lepas didapati, barulah masukkan Tua Kutuk ni dalam jail sebelum KETUM Anwar keluar Kajang!

      Delete
    7. Amiin.

      Semoga Tun M hidup lama dan menyaksikan sendiri kebenaran dibongkar.

      Jibon dan konco-konco ? Serah balik kepada Allah apa akan jadi.

      Delete
    8. RCI utk Skandal BMF, Maminco, Memali, Renong, MAS, Perwaja, FOREX, Project bankrupt KL Monorail, Putra LRT, Star LRT and Intrakota, Ops Lalang,......
      xde mslh. Tp sepanjang dlm kabinet tun m najib xpernah bersuara pun benda tu salah. Mnyokong penuh. Maka perdana menteri paling haprak ni xde kredibiliti kerana mnyokong pm yg salah guna kuasa.

      Bila najib nk tubuh RCI utk 1MDB ni?

      Delete
  7. program n2h2 yg bakal dibuat tidak jadi masalah kalau pm najib tidak hadir sekalipun. program tetap boleh diteruskan dengan tun m sendiri menjawab berbagai persoalan semasa beliau menjadi pm. beliau boleh menjawab berkaitan kerugian perwaja steel, kerugian yang sentiasa dihadap oleh proton sehingga sentiasa disuntik dana kerajaan, kerugian projek bakun, isu memali juga kerugian berbilion ringgit dalam permainan forex. begitu juga usaha gigih beliau untuk memastikan ds anwar dipenjarakan atas tuduhan moral. inilah medan terbaik untuk beliau menjawab segala persoalan. rakan2 beliau dalam pakatan harapan adalah juga musuh2 beliau semasa beliau menjadi pm dan presiden umno dulu. inilah masa paling sesuai beliau menjawab bagi menjernihkan kekeruhan dahulu. pedulikan jika pm najib tidak hadir. jadikan sahaja n2h2 ini medan beliau membersihkan nama supaya tohmahan 22 tahun menjadi pm dapat dipadam daripada rekod.

    ReplyDelete
    Replies
    1. jangan harap le MO1 akan hadir..mana de telur..mcm paul le..cakap air liur je..dulu N2H 1 pun dah lari tak cukup tanah..lps tu nak cover line salahkan tun m pulak..

      Delete
    2. Telor fia dikemam sibadak berambot kembang tak kasi lepas!!

      Delete
  8. Mahathir tidak bercakap apa-apa tentang MRT. Yang bercakap adalah golongan yang baru berbaik-baik dengannya dan mahu mempergunakannya selaku TOP DOG Pakatan Harapan yang TAUKEH BESARNYA adalah Lim Kit Siang.

    DAP yang selama ini banyak memperkatakan tentang penyelewengan dan salahguna kuasa Mahathir dalam projek pengangkutan awam, cuba 'memperbetulkan' segala dakwaan mereka. Bagaimanapun, apa yang mereka katakan bertahun-tahun tentang projek-projek yang diinisiatifkan oleh Mahathir bertujuan untuk merompak wang negara ini tidak dapat disembunyikan lagi.

    Mahathir pernah dipuji melambung kerana mencetuskan fenomena baru iaitu mewujudkan empat projek pengangkutan awam di Kuala Lumpur. Bagaimanapun, projek-projek pengangkutan awam tersebut diserahkan oleh Mahathir kepada syarikat-syarikat swasta dan kemudian bankrap.

    Keempat-empat projek tersebut adalah KL Monorail, Putra LRT, Star LRT dan perkhidmatan bas Intrakota. Kesemua projek tersebut kemudiannya diserahkan kepada syarikat-syarikat swasta menerusi program konsesi yang berakhir dengan bankrap menyebabkan kerajaan terpaksa BAIL-OUT kesemua projek berkenaan.

    KL Monorail adalah projek penswastaan yang diluluskan dalam mesyuarat kabinet pada Jun 1989. Kosnya dianggarkan RM143 juta. Apabila siap dan dibuka kepada awam, kosnya meningkat menjadi RM1.18 bilion pada tahun 2003.

    Syarikat yang mengendalikan KL Monorail kemudiannya diisytiharkan bankrap dan telah di'bail-out' dan diambilalih oleh Prasarana Malaysia yang merupakan milik penuh Kerajaan Malaysia pada tahun 2007 dengan harga RM882 juta.

    Putra LRT yang merupakan projek swasta, memulakan operasi pada tahun 1998 dan kemudian bankrap. Syarikat itu telah di'bail-out' dan diambilalih oleh Prasarana pada 2002 dengan kos bernilai RM4.5 bilion sehingga RM5.7 bilion.

    Star LRT pula memulakan operasi pada 1996 dan kemudian bankrap. Projek tersebut telah di'bail-out' dan diambilalih oleh Prasarana pada tahun 2002 dengan harga RM3.3 bilion.

    Manakala Intrakota pula memulakan operasinya pada 1998 dan tidak lama kemudian jatuh bankrap. Ia kemudian di'bail-out' dan diambilalih oleh Prasarana pada tahun 2003 dengan nilai RM177 juta.

    Di bawah pentadbiran Najib, semua projek kerajaan tidak lagi melibatkan konsesi dan perjanjian konsesi berat sebelah yang berakhir dengan rakyat yang terpaksa tanggung sepertimana yang diamalkan oleh pentadbiran Mahathir sepanjang 22 tahun pentadbirannya.

    Projek memanjangkan lagi laluan LRT1 dan LRT2 dan sekarang pelancaran MRT antara Sungai Buloh dan Kajang, kesemuanya adalah projek kerajaan yang tidak memerlukan sebarang perjanjian konsesi dan syarikat-syarikat konsesi, sekaligus menjamin tiadanya kos-kos terselindung yang akan ditanggung oleh rakyat seperti projek-projek Mahathir.

    Lebih menarik lagi, di sebalik pelbagai tohmahan dan fitnah yang dilemparkan, pentadbiran Najib berjaya menyiapkan projek-projek tersebut lebih awal dan di bawah bajet, jauh lebih baik berbanding projek-projek zaman Mahathir yang terlebih bajet dan mempunyai pelbagai kos terselindung yang akhirnya dipindahkan beban kepada rakyat dan pengguna.

    Any comment?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Komen saya mudah ja.

      Tolonglah ajak jibon bersetuju hadir N2H2. Kesemua soalan di atas boleh ditanyakan terus kepada Tun M.

      Saya pun boleh jawab tapi menjawab dengan pendedak seperti curah air ke daun keladi.

      So, paling mudah hadir ja N2H2, biar yang dituduh dan yang menuduh sama2 diberi peluang bertanya dan ditanya.

      Ada bran ka jibon?

      Delete
    2. alah jon-doh, macam tau sgt la fakta berkaitan penulisan di atas tu. konon la pandai nak jawab. patutnya bukan kau yg jawab sebab bukan tanggungjawab kau. orang yang bertanggungjawab adalah bekas pm 22 tahun tu. tak payah la sibuk nak jawab dengan 'pendedak' ke atau apa sahaja gelaran yang kau beri. gunakan n2h2 tu untuk menjawab. kurang2 cerita busuk tun m yang berlegar sekarang boleh diwangikan. akupun nak jugak tahu respon dia, bukan respon kau.

      Delete
    3. Apelah ko ni dangkal sangat.

      Maih aku nak ajar. Orang beriman mestilah dijawab dengan qabul barulah ada deal. Tapi ko ni jawab ijab dengan ijab pulak. Dah la tu, nak minta Tun M jawab dalam blog ni. Lawak la ko. Memang bahlawan betul.

      Tun M yang mengajak Jibon masuk N2H2, maka yang kena beri respon ya ialah Jibon. Barulah respon tu dinamakan qabul.

      Ini Tun M dah ajak bersemuka dan seluruh buana dah tahu tapi jibon tak jawab, kemudian ko plak cabar Tun M respon dalam blog ni.

      Ko memang kelakar la bro..

      Memang bahlawan betul. Hahaha..

      Delete
    4. Orang berijab (bukan beriman,
      maaf auto correct) mestilah dijawab dengan qabul barulah ada deal.

      Delete
  9. Beza pahlawan dan bahlawan.

    Pahlawan akan mengajak pihak lawan bertemu di medan. Aku tanya kamu dan kamu tanya aku, nothing to hide.

    Ada pula bahlawan (drpd perkataan bahlul atau boleh juga ditakrifkan sebagai badut, mcm di sarkas tu) hanya akan menjerit-jerit sampai tersembur air liur mengutuk pihak lawan di hadapan penyokong sendiri yang telah diberi dedak untuk bersorak. Kemudian tidak cukup dengan itu, si bahalwan akan menabur dedak lagi kepada konco-konconya untuk memburukkan pihak lawan secara sebelah pihak.

    Kalau tiada apa nak diburukkan maka akan dijadikan isu perkara yang bukan isu pun dan kemudian dispin seolah-olah ia adalah isu.

    Pahlawan tidak akan gentar untuk menjawab di medan isu-isu yang dilontarkan ke atasnya oleh pendedak-pendedak si bahlawan.

    Tapi si bahlawan dan pendedaknya tetap tidak akan berani berhadapan secara semula untuk bertanya dan ditanya.

    Sebab si bahalwan dan pendedak tahu mereka apabila ditembak mereka rebah, apabila mereka menembak pun peluru akan berpatah balik.

    Pendedak bahlawan dipersilakan komen balas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. agak2nya suatu dahulu orang yang digelar pahlawan kini adalah bahlawan jugak kot. yelah, masa peristiwa memali ada dia berani mengadap kepimpinan pas bagi menjelaskan kenapa perlu 'dimatikan' si korban @ ibrahim libya dan para sahabatnya...

      Delete
    2. Itulah kamu ni dangkal sangat.

      Pergilah baca kertas putih Memali dan baca juga perbincangan Majlis Fatwa kebangsaan dan Majlis Fatwa Kedah. Semua dah ada. Nothing to hide bro.

      Nak mengadap kepimpinan PAS apanya, semua telah direkodkan.

      PAS yg perlu jawab dengan anak isteri korban Memali, UMNO ni kafir ke tak. Kalau kafir kenapa kawan dgn UMNO, kalau tak kafir betullah diorang ni mati sia-sia.

      Sama2 Presiden Bahlawan, main sorok bawah karpet dan berharap isu yang mereka timbulkan just fade away camtu ja.

      Mesti menyangka Allah lupa dan lalai daripada apa-apa yang mereka kerjakan.

      Bahlawan betul.

      Delete
    3. Yerlh masa kes Memalikn mader tk ade dlm negara di fahamkn mader besembunyi kt China.

      Delete
    4. Setakat tu ja komen balas sdr mampu.

      Tak ada isi untuk dijawab pun.

      Bersembunyi kat China? Sdr ni memang kelakar habis. Tun M ke China bukan saja keluar sursrkhabar Malaysia malah suratkhabar China juga keluar.

      Lainlah macam ada Mamat sorang tu sengap2 pi bercuti di Bali dan Ostolia siap guna jet kerajaan lagi. Ingatkan nak sembunyi tapi semua orang tahu jugak.

      Upah pendedak untuk tutup bangkai gajah dengan nyiru mana leh bro...

      Delete
    5. Bab Memali ni aku nak Tua Kutuk Sial Haram Jadah MahaKUTTY ni dibicarakan dengan adil! lepas didapati bersalah , baru kena gantung! Tapi kes ni mesti last sekali dibicarakan agas kes-kes songlap MahaKUTTY yang lain disettlekan dahulu! Amin!!

      Delete
    6. Mr Paul,

      Sekarang sila ulas bab Memali pula saya nak dengar. Lepas tu saya jawab.

      Cuma nak tanya ja. Pemberontak Memali beranggapan kerajaan UMNO-BN adalah kafir. So sdr Paul setujulah dgn dakwaan ini?

      (Saya dah baca kertas putih dan keputusan Majlis Fatwa Kedah dan in shaa Allah boleh jawab ulasan dengan berilmiah dan bukan penuh maki hamun kosong isi mcm sdr).

      Atau sekali lagi nak mengelak dan suruh saya cari sendiri?

      No hal lah, kes apa pun, silalah bawa ke tengah.

      Berani kerana benar beb.

      Delete
    7. White paper of UMNgOk MahaKUTTY? come on.... you've to do better than that!

      Delete
    8. UMNgok?

      U r damn right man.

      Your aswer explains the reason of your inability to further elaborate all your initial comments.

      Hahaha..

      Delete
    9. And may I humbly add:-

      U cant even answer my As simple As ABC question on whether u agree with the Memali gang that UMNO is a kafir party, since u r so fond of Memali.

      See, u mentioned the topic but u cant even answer a very simple question related to it.

      With that I rest my case, and you may continue with your curses.

      It suits u right man.

      Delete
    10. 9.03
      kau tolong g jawab kepada balu2 anggota polis yang terkorban waktu peristiwa memali boleh?

      Delete
    11. nlbingai 224 soalan tak boleh balas.
      terus ditempias pada balu.
      cuba skali laagi tgk..

      Delete
    12. Apa kena mengena UMNgOK dengan Kafir dalam kes Memali ? Aku nak Tua Kutuk Madey didakwa atas pembunuhan beramai-ramai Memali! Satu Battalion Polis pi bunuh Orang Islam yang tak bersenjata!

      Kalau kau tak puas hati kena panggil kafir dengan orang PAS, kau saman lah orang PAS tu! Kenapa? Ada terasa ke?

      Delete
  10. Pihak Mungkar Pencuri harta awam dan Lobai cheerleader dah pun masok fasa PANIK.
    Semua respon mengelabah dan tiada panduan.
    Najis dan Kabinet kayu sudah reput dan lusuh tegar.

    Renovation PRU14 adalah AMAT WAJIB utk dilaksanakan.
    Gabungan pakar2 dlm PH akan melaksanakan perubahan perlu.
    Selamtkan Malaysia.

    ReplyDelete
  11. Petah nya ustaz john doe berceramah tapi ceramah hanya untuk memenuhi nafsu syahwat nya semata-mata.Buat lah apa apa pun progeram yang kau orang suka takdak orang nak kacau pun.Ni main nak paksa-paksa orang suruh datang pulak.Jelas begitu nampak betapa terdesak nya kamu dengan geng-geng kamu kerana semua orang tahu sejak sekian lama bukan kebenaran yang kamu cari tapi nafsu yang tak terbatas diri dan juak-juak kamu itu sebenar nya yang kamu nak lepaskan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha.. Bukan paksa bro.

      Itu namanya mengajak bersemuka mencari kebenaran.

      Kalau lari tercirit dan cakap bersembur depan pemakan dedak tapi tak berani bersemuka itu namanya spij bro.

      Nafsu syahwat ke apa ka ikutlah, yang pasti saya masuk ke sini tanpa upah, gaji, jawatan ataupun ganjaran.

      Saya tidak meminta upah di atas usaha saya ini. Upah saya hanya dari Tuhan Semesta Alam.

      Delete
    2. 12.05
      Nafsu syawat untuk pe bro? dah duit disamun. ko je tak nak terima kenyataan

      Delete
    3. 2.26...12,05 ada bahagian tu...

      Delete

𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚?

  𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚? Kita jawab secara am "Letak RM10,000 berapa boleh saya untung?&q...