Thursday, July 6, 2017

PAKATAN YANG MEMANG BOLEH DIHARAPKAN

Pelbagai perbezaan pendapat dan pandangan di kalangan pemimpin PH bukan perkara baru,  sejak ujud PR. Sewajarnya juga ia tidak harus jadi pelik atau dibimbangkan kerana ia melibatkan kepimpinan yang cukup matang untuk menguruskan perbezaan. 

Lebih lebih lagi perbezaan itu menjurus dan berlumba lumba kepada sesuatu yang lebih baik,  semaksima kepada keberuntungan dan keadilan kepada rakyat.
Memang begitu yang rakyat mahukan? 

Misalnya Azmin berpandangan PR masih ujud tetapi tidak pula bagi lim guan eng dan
saifuddin. Itu hanya pandangan akademik dan bukan penguatkuasaan. 
Apakah perbezaan pandangan itu lebih penting dari hakikat kerajaan Selangor terus stabil dikemudi Azmin? 

Yang menerajui Selangor adalah Azmin,  tentulah pandangan lebih tepat kepada situasi yang ada. 

Begitu juga dengan calon PM,  Pengerusi PH yang masih belum diputuskan dan terdapat pelbagai versi.  Semua pandangan adalah betul tetapi akhirnya setiap sesuatu ada masa penamatnya dan Majlis Presiden akan menentukan. 

Ia sebenarnya mengimbangi dari semua sudut supaya keputusan terakhir kelak cukup sempurna untuk menentang BN. 

Yang lama dan banyak kerusi perlu dihormati tetapi bukan abang besar. Yang baru dan kecil umpama kecil kecil cili padi,  sama penting dan berperanan. Lengkap melengkapi. 

Pengalaman Tun 22 tahun tidak boleh diremehkan dan pendorong keyakinan tambahan undi Melayu. 

Sebagai sebuah pakatan yang pelbagai prinsip parti yang belum pernah jadi kerajaan pusat kelihatan agak janggal untuk bersatu hati.  

Tetapi pengalaman sebagai kerajaan negeri dan pusat semua pemimpin yang ada akan membentuk sebuah kerajaan pusat yang progresif, ambil sedikit masa untuk keserasian,  penyatuan, keseragaman dan kesempurnaan. 

Sebuah kerajaan dan kabinet lebih mudah diuruskan sebagai satu team kerana hanya mempunyai satu MO1 berbanding untuk menguruskan satu pakatan parti parti. 

Apabila semua pemimpin menyuarakan rasa bimbang penyatuan pakatan yang belum kukuh dan belum lancar koordinasi dan operasinya, ia merupakan petanda positif permasalahan sedang maju ke depan. 

Pergeseran dalaman parti dalam PKR dan BERSATU adalah fenomena sementara. Kedua parti tersebut merupakan serpihan umno dan masih ada saki baki pembawaan habitat dan akhlak umno. 

Semuanya proses kematangan. 


# Lebih penting,  semoga tidak berulang lagi pemusatan kuasa yang melampau kepada hanya satu individu dan tempoh masa perlu dihadkan untuk seseorang memegang jawatan sebagai M01. Cukuplah sekadar sepenggal atau dilanjutkan sepenggal lagi atas persetujuan konsensus Majlis Presiden. 


38 comments:

  1. Apa yang pasti UMNO BN akan melingkupkan negara kerana parti ini rela sujud di tapak kaki najib laki bini anak beranak berbanding dgn PKR/PPBM masih lagi tertakluk di dalam ikatan PH yg masih dikuasai rakyat. Kalau mana2 parti dlm PH mengkhianati amanah rakyat bermakna kita boleh mengundi balik BN. Kalau dua2 parti masih tak boleh pakai bermakna rakyat malaysia terutama melayu nie mmg tak reti amalan demokrasi. Baik kita jemput jer parti komunis china dtg perintah...sekurang-kurangnya diorang ada undang2 hukuman tembak mati utk kesalahan rasuah, dadah dan salahguna kuasa. Kasi mampos politician2 melayu yg makan rasuah nie baru puas hati.

    ReplyDelete
  2. Apa2 pun aku rasa bn lah yg terbaik baik dan aku tetap sokong bn.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sokonglah, kubur masing2

      Delete
    2. Wa manyak halap itu pakatan bolih menang maa aa , tapi sikalang siapa atak manyak wang pasti bolih buat apa saja maa aa .

      Delete
  3. PKR kepunyaan Anwar, Azizah, Nurul
    DAP kepunyaan Lim Dynasy
    PPBM kepunyaan Tun M, Mukriz
    Inin bukan anak beranak ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anak beranak cucu cicit lalau tak menyamun tak ada masalah..

      Delete
    2. balik2 menyamun balik2 menyamun. rasa macam nak muntah pulak guna ayat yang sama. kalau hanya jadi tukang laung apa yang orang yang benci sebut, itu namanya mengundang dosa. lainlah kalau kau benar2 nampak atau bukti kt tangan kau....

      Delete
    3. Setuju..Satu lg aytnya Wang rkyt2..Nk muntah dgr ..Brp Byk bln2 duit ko kerjaan ambik

      Delete
    4. Daripada lanun bugis memerintah lebih jahanam negara,,laki dan bini sama saja pantang nampak duit pasti habis di nyamun mereka...!!

      Delete
    5. 548.klu anakberanakcucuucicitciut
      Sape nk suruh turun makcucukceret paut semua sape nak pecah tembelang

      Delete
  4. Sebenarnya Pakatan lah yang TIDAK boleh diharap sebab berpakat tapi kiblat lain-lain.
    DAP kiblatnya kemana, PPBM kiblatnya ke mana, PKR kiblatnya kemana, PAN kiblatnya ke mana? Bila berdepan cakap boleh berpakat, di belakang....akan cakap "mana boleh nak ikut cakap dia je", terutama kpd Turn M.
    Bila tak boleh bersepakat dg arah kiblat bercambah.... rakyat yang akan menanggung nya.
    Percaya lah, kalau PH memerintah, ini akan berlaku.

    ReplyDelete
  5. 6.36
    kiblat lain2 tak pe..asalkan tak berkiblat dan melutut kepada penyamun terbesar dalam sejarah doniaaaa...tak takut bersubahat ke saudara?

    ReplyDelete
    Replies
    1. subahat tu bukan hanya bila tak setuju dengan kumpulan ko bro. kalau ko tak nampak dan tak punya bukti di tangan tapi dengan konfiden ko tetap jugak buat tuduhan sama seperti kumpulan ko buat, tu bukan subahat ke?

      Delete
    2. kalau tak de bukti, negara2 lain tak ambil tindakan..bukti di malaysia je tak boleh diguna pakai sedangkan negara2 luar menggunakan bukti yang sama..bukti korang pe? surat dari raja arab ke? dalam tak de bukti yang kuat pun, MO1 tak saman2 lagi, laporan audit di OSA kan, org buat laporan pasal 1mdb ditakutkan untuk ditahan bawah SOSMA, laporan audit tahunan 1mdb pun tak teraudit2 lagi..tu bukan bukti 1mdb dan MO1 bermasalah ke? tak takut bersubahat ke sedara?

      Delete
    3. Walau macam mana pun MO1 tetap masyukk 2.6billion ke tembolok nya

      Delete
  6. Betul ke penyamun terbesar dlm sejarah. Ini lah masaalahnya, orang cakap, awak pun nak cakap. Main ikut ikut je sebab yang lebih iri hati dan dengki. Ape yg nak takutkan, kalau kita di pihak yang benar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bercakap berdasarkan jumlah duit yang dia ada dalam akaun..plg besar pun, bekas PM ukraine kalau tak silap..tu pun main juta je..ni MO1 main billion..

      Delete
  7. Satu analisa dr kd semata nk sedapkn Hati sendiri..kononnya Berbeza pndgn pH baik tuk Masa dpn Negara. blm pn berkuasa tp msg2 nk jd dominan alamtnya pakatan Ni akn xlm jgk..Msg2 nk calon pm dr parti sendiri..Dap plk dh ada calon pm boneka..hancusss

    ReplyDelete
    Replies
    1. BN tak berbeza pendapat ke? berbeza pendapat dalam islam pun ada disebut..pasal RUU355 contohnye..MCA setuju ke? MIC setuju ke? parti komponen di sabah setuju ke? nak cakap tgk rumah tangga sendiri dulu..

      Delete
  8. Komen pendedak tak diperlukan pun di sini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. habis tu ko nak komen syok sendiri, yang pro sahaja? tak syok la bro, macam makan nasik takde lauk. layan la dengan berhemah, walau ada perbezaan pendapat. baru ada penjanaan idea dan mematangkan fikiran.

      Delete
  9. Pakatan Hopeless & UMNgOk 2 x 5 jer...semua ada DNA tebal UMNgOk...PPBM ex-UMNgOk tapi perangai macam UMNgOk, PKR pun ex-UMNgOk tapi budaya UMNgOk masih tebal!, DAPigs pula dengan bangganya menerima dengan terbuka Penyangak No. 1 Negara @ MahaKUTTY, lagi teruk dari UMNgOk! PAN Imayam pulak tak lebih dari cawangan Melayu Sekular DAPig!! Dua-dua tak boleh pakai!

    Undilah PAS! Kita orang tak mampu nak beli Bungalow 'takder swimming pool'!, apatah lagi Istana dengan 'Swimming Pool' MahaKUTTY!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye tak ye kan..dapat audi pun cukup kan? nanti boleh isteri post kat FB..

      Delete
    2. Ko mintak lah Pendeta Wan G keluar Fakwa pakai AUDI ni haram untuk orang PAS!

      Delete
  10. Itulah problemnya bro. Memang nak harap sangat kepada PH ni. Harapan supaya kemelut dapat disuraikan. Tapi makin dekat PRU ni harapan macam terus tinggal harapan sahaja. Pemimpin PH kebanyakannya hipokrit dan tak konsisten. Sampai ada yang cakap pakatan tak boleh harap. Hancus hancai betul la....

    ReplyDelete
  11. Najib belum dibicarakan jadi masih tak bersalah. Jadi aku tetap sokong BN/UMNO.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Najib cuma nampak tak bersalah hanya di malaysia sebab dia memerintah namun dia tetap bersalah di negara Amerika,Singapura,Switzerland, French,Luxembourg dan etc

      Delete
  12. Dah mengaku duit maduk 2.6b dalam akaun peribadi, bukan penyamun lagi ke tu?
    Mula cakap tak ada..
    Lepas tu cakap tak tahu..
    Tapi belanja bayar sana sini guna duit yu termasuk bayar credit card bini..
    Semua transaksi ada..

    Derma arab atok kau?
    Naki duit dipulangkan?
    Mana transaksi?

    Bukti opah kau apa lagi yang kau nak?

    Tak didakwa?
    Cash is king
    Takkan akal tuhan bagi kau tak boleh faham..
    AG lama dipecat 24jam..
    Itupun benak sangat otak kau..

    Bertaubatlah..
    Takut sudah tidak ada hidayah dan petunjuk..

    ReplyDelete
  13. Anon 11:15 PM... ape yg bengap sangat, kalau orang bagi duit kat kita...itu menyamun ke makna nya. Makna "menyamun" pun tak tahu. Kalau kamu dengan sukarela bagi duit kat bini kamu.... bermakna bini kamu menyamun duit kamu le ye.
    Bengap betul!!!!


    ReplyDelete
    Replies
    1. Kau lagi bengap, apa bukti pak arab derma? Kenapa peringkat awal tak mengaku duit masuk akaun?
      Bila dah terperangkap... Berbulan lamanya nak mengaku derma.
      Baki dipulangkan? Mana bukti transaksi, tak ada?

      Sah kaki kencing

      Delete
    2. 12.22
      antara penyokong2 MO1 yang dikelirukan dan terkeliru..kesian awk

      Delete
    3. orang luar dapat juta2 yang sokong membabi buta berapa la agaknya ya,juta2 juga ke?

      Delete
  14. Eehh... eehh.... itu dia punya hal dg Pak Arab, ape yg orang lain sibuk sangat. Dia nak cakap ke, tak nak cakap ke ape masaalah nya. Dalam perlembagaan Malaysia TAK ADA pun disebutkan yang political fund/contribution made by someone for any political party or leader must be declared. Tanya DAP dah berapa banyak polical fund/contribution yg dia terima
    ,tak de sapa2 kecoh pun. Kalau kau dah bagi duit kat bini kau, kalau dia nak cakap dg orang ke, tak nak cakap ke, itu dia punya hal kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. guna nama tok arab je..raja abdullah dah meninggal..lagipun zahid cakap bukan sorg penderma..kannnnnn...senang benar ahli2 umngok dikencing oleh MO1

      Delete
    2. hihihihi...ada jugak melayu2 yg percaya tang derma arab ni...aku tak tau nak kata apa gi dah...bingai abis...bila aku nengok wawancara najib dgn 3 pengacara melayu pasal derma 2.6 billion dulu kt tv3 sampai sekarang aku dok tergelak. Ini mcm punya bodo mmg patut la tak maju2 sampai sekarang.

      Delete
  15. Tak de sapa2 kena kencing pun, Pakatan Hapraq je yg kena kencing dg LKS dan DAP.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi dapat duit arab buat filem semi lucah..itupun org umno dok caya jr ..asik2 kena klentong..agaknya org umno buta ke benggong...ooi dol dh bertahun dh kutip gst barang harian bila nk turun..skali lagi rakyat terkncing

      Delete
  16. Kalau dah sendiri buat alasan bagi pihak najib.
    Aku tak anggap dia keliru, memang sah bongok, tak dapat nak tolong.

    Tapi tak ape, dia tak bongok sorang sorang, ramai lagi yang bahalol macam dia.

    Asyik ubah tiang gol, aku doa semoga dia masih dapat hidayah sebelum gol.

    ReplyDelete

𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚?

  𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚? Kita jawab secara am "Letak RM10,000 berapa boleh saya untung?&q...