Monday, September 16, 2013

Bolehkah kita iktiraf dan pakai ulama PAS sebagai ulama Islam sebenar?


Sebok sekarang diperkatakan persefakatan PAS dengan Parti Pembangkang lain perlu dikaji semula kononnya untuk melihat sejauh mana tahaluf siyasi itu menepati syarat-syarat yang dikehendaki oleh Islam, memberi keuntungan kepada perjuangan Islam dan memberi kebaikan kepada Pas atau sebaliknya.
"Andai hasil kajian itu memberi jawapan bahawa tahaluf siyasi yang dilaksanakan selama ini menepati syarat yang ditetapkan oleh syarak dan memberi kebaikan kepada perjuangan Islam, maka ia wajib diteruskan berdasarkan persefahaman yang telah dimeterai sesama parti anggota yang bertahaluf.
"Namun, jika hasil kajian itu didapati tahaluf siyasi yang telah berlangsung empat tahun lepas tidak menepati syarat yang telah digariskan oleh para alim ulama Islam yang muktabar, pula mendatangkan keburukan atau kemudaratan buat perjuangan Islam yang didukung oleh Pas, maka haram tahaluf itu diteruskan,"
Semua ini adalah omongan kosong yang tidak berkesudahan kerana akhirnya yang memutuskan ialah seorang dua yang masih tebal ego dan dendamnya. 

Malah di awal-awal lagi sudah di maklumkan "Kita serahkan kepada pimpinan tertinggi. Mungkin pada muktamar nanti ada usul kaji semula," ujarnya.

Malah dalam satu kenyataan, Setiausaha PKR menegaskan usul itu datangnya dari cabang parti PAS yang lemah dan tidak terkesan langsung atas persetujuan dan perjanjian.
 
Dan paling akhir dan penting ialah wajarkah golongan ulama PAS boleh kita iktirafkan ulama mereka kerana rekod sebelum ini menunjukkan betapa mereka menyalahgunakan status itu dalam beberapa isu tentang Islam, mereka lebih berkiblatkan politik - menghalal cara atas mengejar pangkat, jawatan dan kemewahan. 

Nik Aziz dan Hadi Awang adalah antara contoh tepat bagaimana 'ulama' mereka tidak stabil dan diragui dengan kenyataan-kenyataan yang tidak menguntungkan Islam semata-mata mereka benci pada UMNO !!! 
 
“Jika dilihat dari sudut politik, Pas sebagai parti mempunyai tujuan untuk mengembangkan pemikiran, meraih kuasa dan salah satunya adalah melalui sistem pilihan raya sama ada di peringkat Parlimen atau Dun.

“Saya kira jika Pas tiada dalam PR, kita tidak mampu untuk meraih lebih banyak kerusi, seperti di Selangor, kita sudah menjadi sebahagian dalam pentadbiran,”- ahmad awang

SIAPA ULAMA SEBENAR?

Dari sudut bahasa, ulama diterjemahkan sebagai orang yang mengetahui. Adapun dari sudut istilah, tidak ada definisi yang jamik dan manik (konprehensif) bagi maksud ulama.

Jika dirujuk kepada kitab tafsir, seperti at-tafsir al-kabir, Imam fakhruddin Ar-razi mendefinisikan ulama sebagai orang yang mendalami ilmu tafsir. Jika dirujuk kepada kitab hadis pula, ulama didefinisikan sebagai Al-Mutaahhil bi ilmi Al-hadis (orang yang berkelayakkan dalam bidang ilmu hadis). Dibuka pula kitab-kitab fiqh, didefinisikan ulama sebagai orang yang berkemahiran dalam bidang fiqh.

Lebih parah lagi, jika merujuk kepada perlembagaan PAS; yang mana ulama didefinisikan sebagai orang yang mempunyai pendidikan agama, sekurang-kurangnya sanawi 4.

Apa yang dapat dilihat, definisi ulama dari sudut istilah syarak pun, tidak diketemui satu kesepakatan dari kalangan pendefinisi-pendefinisi. Yang wujudnya adalah, pendefinasian itu lebih kepada sentiment kepada pendidikan masing-masing. Jika mereka berkepakaran dalam bidang tafsir, mereka akan mendakwa ulama adalah orang yang berkemahiran dalam bidang tafsir. Begitulah bagi mereka yang mendalami hadis, fiqh, usul fiqh dan sebagianya.

Justeru, dalam pendefinisian ulama ini, perlu dikaji balik dan perlu mendapat satu ketetapan dan pendefinisian yang bersifat jamik dan manik, dengan merujuk kepada kandungan Al-quran dan As-Sunnah sendiri, agar ia tidak dicandukan oleh golongan-golongan tertentu, terutama bagi mereka yang mencari "jawatan" dengan gelaran "ulama".

http://g-82.blogspot.com/2009/12/siapa-ulama-sebenar.html


Oleh itu samada PAS akan terus bersama pembangkang atau tidak itu adalah keputusan politik dan bukannya keputusan ugama dan jangan disalahertikan untuk kita terpengaruh dan menganggap ulama PAS adalah ulama Islam sebenar yang mewakili rakyat Islam malaysia.

No comments:

Post a Comment

Keyakinan

  1. Seminggu dua ni ramai sangat leader dan owner dari syarikat networking yang lain call saya. Mereka nak jumpa, nak meet & great, nak...