Friday, June 26, 2015

Memenjarakan fikiran...

Seingat admin, sejarah negara belum pernah terpalit dengan isu ekonomi, kewangan dan politik yang bukan sahaja melibatkan pemimpin tetapi sekaligus parti yang memerintah dan negara dalam kedudukan yang paling bahaya.

Salah percaturan, pemimpin hilang jawatan, undang2 menunggu, parti akan tewas dan negara akan muflis.
Jika diurus dengan baik, segalanya akan selamat.

Jika telahan Mahathir silap, rakyat lega, Najib selamat, negara sihat.
Jika telahan Mahathir betul, bersiap sedialah dengan malapetaka yang belum pernah rakyat hadapi.

Wawasan 2020 negara maju bertukar kepada negara miskin !!!

Ke bulan atau ke laut.. jawapan dan petanda sudah ada.

Segala cubaan recovery, bukan sahaja tidak menyelamat, mereda tetapi makin panas dan bertambah isu baru...

Yang benar, betul bercampur aduk dengan yang palsu dan bohong menjadikannya ia kusut... konspirasi, strategi dan perancangan yang baik hampir mampu memadamkan kebenaran...tetapi ia tidak menjadi semudah itu, lubang makin dalam.

Terbaru, undang-undang akan diperguna untuk menyekat "kepalsuan" tetapi sejauh mana memenjarakan pemikiran ini akan berkesan?
Undang2 juga memerlukan kos dan proses serta masa yang panjang...
Peluru bukan sahaja datang dari dalam negara tetapi bergerak dan berpengaruh luas di luar negara...Bagaimana mahu dibendung...

Apakah tidak ada titik noktah semua ini...
Jawabnya ada, mudah, simple dan cepat..
Tetapi manusia memilih untuk menzalimi diri sendiri...