Monday, June 1, 2015

PILIHAN KETIGA LEBIH TEPAT..

1) Di khabarkan Najib memberi kata dua kepada para menterinya supaya meletak jawatan jika tidak bersetuju dengan pemulihan 1MDB....katadua dibuat tanpa kehadhiran Muhyiddin dan Zahid pada Mesyuarat Kabinet Jumaat lalu...

A. Kenapa pembentangan halatuju 1MDB oleh Husni pada mesyuarat kabinet tersebut tanpa Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kanan seperti Zahid.

B. Bukankah Najib baru sahaja berjanji untuk melibatkan MKT dalam 1MDB dan bersatu hati dengan Muhyiddin...kini apa sudah jadi.

C. Perletakan wajar juga melibatkan Menteri bukan dari UMNO sahaja.

D. Perletakan jawatan itu juga harus meliputi bahawa Najib juga akan letak jawatan jika keputusan negatif dari Audit Negara dan PAC.

E. Atau kenapa Najib begitu konfiden Lapiran Audit Negara dan PAC begitu selamat untuknya sedangkan ikrar Najib tiada siapapun akan terlepas dari undang2 jika ada salahlaku di 1MDB.

F. Jika ada kambing hitam dan kambing putih yang tertangkap adakah itu bermaksud tuan punya kambing @ Penasihat @ Menteri Kewangan @ Perdana Menteri tetap suci, bersih dan terus mulia tanpa cacat cela.

Bukankah lebih baik Najib membuat pilihan...

2. Memecat Menteri2 berkaitan dan melantik Menteri baru yang akan menyokongnya 101% supaya pelan tersurat dan tersirat 1MDB kekal seperti hasratnya

Dan pilihan yg paling tepat dan gentlemen untuk Najib mengukur baju di badannya sendiri ialah ...

3. Bubarkan parlimen dan adakan pilihanraya umum baru...
Rakyat juga perlu diberi katadua...

Sampai bila Najib tidak berani buat keputusan tetapi melenting dan gelabah puyuh apabila orang lain membuat keputusan dan ketetapan supaya dia berundur samada secara terangan atau melalui bisikan.



# 1MDB sudah kena kencing manis acute. Tabik spring kepada Najib yang sedang bertungkus lumus untuk memulihkannya.
# Apakah Muhyiddin sudah letak jawatan sebelum Najib memberi katadua (?)... sehingga ia menjadi idea lpd Najib (?)

13 comments:

  1. SALAM BRO,AKU HAIRAN DENGAN NAJIB NI.DIA YANG BUAT ONAR,ORANG LAIN PULAK DIMINTA LETAK JAWATAN KALAU TAK BERSAMNYA.BUATNYA SEMUA MENTERI KABINET LETAK JAWATAN,MASAKLAH NAJIB.

    ReplyDelete
  2. Dalam angka: RM42,000,000,000.00. Kalau Calculator 10 Digit tak boleh congak. Kalau dicantum wang kertas RM50 saya dapat bayangkan panjangnya dari Padang Besar, Perlis sampai ke Tanjung Pial di Johor.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Panjang Note RM50.00 = 145 mm @ 0.145 meter x 42,000,000,000 = 6,090,000,000 meter @ 6,090,000 Kilometer. Lebih dari jarak yang disangkakan. Bayangkan!

      Delete
    2. Ralat: 42,000,000,000 di bahagi dalam bentuk unit dulu: 42,000,000,000 dibahagi 50 = 121,800,000 unit didharab pula dengan 0.145 = 121,800 kilometer panjang.

      Delete
    3. Anom 3:41, 3:54, 4:00 pm.

      Perumpamaan anda bertiga walau singkat tapi tepat & padat (precise & concise).

      In classico, muy buena..muy buena. Excellente aportacion..si-si Gringos.

      Delete
  3. Tindakan sebegini menampakkan najib adalah bahalol bersama penasihat beliau yang merugikan wang rakyat , kerana ada beberapa sebab yang akan berlaku ,
    1. secara tak lansung boleh memecah belahkan lagi parti dan kerajaan ,

    2.rakyat akan merasa curiga dengan najib kerana orang yang tidak ada kena mengena dengan 1MDB disuruh berhenti tapi orang yang membawa masalah pada1MDB seperti CEO dan lembaga pengarah pengurusan langsung tak dipecat .

    3.Rakyat makin curiga dengan najib bahawa kemungkinan besar beliau akan guna wang rakyat sebanyak mungkin untuk tutup masalah 1MDB ini justeru nak perkara ini berlaku mesti semua ahli kebinet yang sokong dengan buta tuli .Yang banyak soal boleh berhenti .

    4.Rakyat semakin curiga masa penubuhan 1MDB tidak dibuat melalui persetujuan kebinet kerana TPM dan lain lain menteri tak tahu langsung perjalanan urusan 1MDB ini , dan ia adalah fakta atas kenyataan mereka .Tapi malangnya najib sudah nampak bersikap zalim dan salah tadbir kerana mahu orang yang tak terlibat berhenti macam mahu mencengkam kuasa bagi bertindak atas benda yang sulit dan amat berbahaya.

    5.Rakyat semakin percaya yang najib dikawal teloq kerana tak berani bertindak kepada pengurusan1MDB walaupun bawa masalah dan beban tapi berani pada menteri menteri yang tak tau apa kerana tak terlibat ,adakah belaiu dikawal oleh pihak tertentu .

    jadi jangan marah kalau merasa curiga dengan najib bahalol ini kerana itu adalah hak mereka yang takut wang rakyat yang sepatutnya diguna untuk kesejahteraan rakyat disalah guna untuk menutup kesalahan penkianat negara, pertama kali PM malaysia buat projek tak melalui kebinet tapi minta kebinet selesaikan najis yang telah beliau ujudkan.

    ReplyDelete
  4. Jadikan Mukhriz Mahathir jadi PM. 1mdb pun jadi wangi macam daun ketum. Tak caya buat. Hutang jadi 420 billion pun jadi afdal! Itu aje.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mat rempit merajukkkk... wakakakahkahkahkahkahkahkahkah!!!

      Delete
  5. Throw jibgor and all ministers who kept silent...no balls ministers....

    SACK NAJIB RAZAK NOW!!!

    ReplyDelete
  6. Aku rase KD nie dah kena sound oleh geng Naib kot. X berani lagi dah dia tulis yg bukan2 tentang Najib. Ataupon KD dah nampak Mahathir hilang momentum, maka dia nak terjun masok dalam kapal Bugis tu bersama Najib?? Hehehe!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku rase pulak ah jib gor yg hilang jawatan tak lame lg...org x sehat jer yg.nk msk kapal yg da bocor...

      Delete
  7. KD,
    Betul la Najib buat tu,kalau dalam satu tim bolasepak kalau goalkeeper tak sokong ketua tim asyik masukkan bola dalam gol sendiri.......apa hal.......simple thing also do not understand....too much hatred amongst two confused sides esp with 1MDB.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalo najib betul, bagus la..maknanya takder masalah..najib tak paya risau atau sasau

      Delete

6ANGKA