Friday, August 5, 2011

Kredibiliti kerajaan yang musnah..

Salah satu kelemahan kerajaan sejak era paklah ialah kelemahan menguruskan isu dan masalah kenegaraan yang sangat rendah reputasi dan kredibilitinya. Flip flop keputusan dan dasar menyebabkan rakyat hilang keyakinan. 

Ketidaktegasan dalam tangani sesuatu isu dari kecil merebak ke besar adalah kelamahan ketara pengurusan kerajaan. Kelambatan dalam memberi penjelasan terhadap sesuatu isu menunjukkan ketidakcekapan dan kepekaan. 

Kabinet yang tidak memberi maklumat sebeanar kepada PM menjadikan negara tidak diurus dengan betul sejajar dengan harapan rakyat.

Isu perpaduan dan sensitiviti keugamaan dan perkauman dibiar berlarutan atas nama kebebasan bersuara hingga menjadi 'kebiasaan' sekarang ini untuk semua pihak mempertikaikan satu sama lain termasuk menghina bangsa, ugama, sultan, sistem kehakiman dan negara secara terbuka tanpa tindakan tegas kerajaan. 

Yang ada hanyalah amaran dari si pondan, tangkap dan lepas tanpa pendakwaan, siasatan tanpa penghujung dan suruhanjaya yang tidak berjaya.



Pembangkang telah memainkan peranan dengan mengeksploitasikan keadaan dengan cukup berjaya dan meyakinkan rakyat bahawa kerajaan sekarang 24 jam rasuah, kroni dan ketidakadilan kepada kaum minoriti. 

Setiap hari kita akan melihat isu baru yang berterusan untuk menghakis keyakinan rakyat kepada kerajaan yang diterajui UMNO. Kepanikan dan kritikan dari komponen BN sendiri menyebabkan keadaan menjadi lebih teruk.

Jaringan mereka dalam menyebarkan berita dan maklumat cukup pantas dan berkesan hingga jauh ke pendalaman, menembusi institiut pengajian tinggi dan meresap ke jiwa lubuk kakitangan kerajaan. Hari ini 'berpolitik' di pejabat dalam perdebatan isu semasa di pejabat kerajaan sudah jadi lumrah. 

Tanyalah majoriti pemandu teksi di KL, berapa kerat yang faham dan sokong kerajaan? Apa cerita negatif yang keluar dari mulut mereka? Itulah kepercayaan mereka? Tanyalah pemandu teksi bukan Melayu? Jawapan mereka 100% condong ke pembangkang. Kebanyakkan tidak sokong kerajaan kerana kerenah Kementerian dan Jabatan yang menguruskan mereka? Keluhan ini bukan berlaku sehari dua, dah makan tahun dan makin bertambah sekarang?

Kepantasan itu tidak pula disusuli dengan kepantasan pihak kerajaan sebaliknya lewat, kabur, silap dan lebih menunjukkan kelemahan dan kecuaian di pihak kerajaan dalam penjelesan2 mereka. Contoh nyata ialah penjelasan yang diberi oleh pihak ATM atau Kementerian Pertahanan terhadap isu pembelian kapal selam memakan masa melebihi 3 tahun selepas isu itu bertebaran di maya hingga menjadi 'betul dan benar'

Kebanyakan penjelasan berlaku selepas 'nasi menjadi bubur'.. Bubur pun dah sejuk dan basi.

Kalau bola sepak, kerajaan menggunakan kaedah peremainan pertahanan, sampai bila boleh bertahan dalam asakan pembangkang, mereka bukan serang dengan dua tiga penyerang tetapi mereka serang dengan semua pemain kecuali penjaga gol turun ke bawah menyerang.


Apa serangan yang kerajaan buat? Penyerang sensasi sekadar beri amaran serangan? Sampai kesudah tak serang? sampai ke sudah tak ada jaringan? Boleh ke menang??


Di mana Ketua Pemuda? asyik serang tetapi akhirnya jaring gol sendiri? Hadiah untuk siapa?


Najib selaku Jurulatih dan Pengurus tidak boleh berfantasi dan berkongsi kemanisan dengan cerita lama ketika Tun Razak mencipta nama, itu tidak membantu, melekakan dan menjemukan.

Generasi hari ini tidak kenal Mahathir, apalagi untuk kenal Tun Razak. Hari ini generasi yang sokong pembangkang adalah generasi yang kenal Paklah dan Najib. Generasi yang kenal kepada kelembekan dan kelemahan kerajaan dalam menguruskan isu dan hal2 kenegaraan.


Itulah pokok persaolan dan isu yang menjadi legasi paklah -  untuk Najib teruskan, hentikan atau satu reformasi kembali sepenuhnya kepada perjuangan asal UMNO untuk orang  Melayu dan Islam??  Jika tidak mampu, Najib wajar undur.

TERKINI:

Tan Sri Aziz Shamsudin nafikan sekeras-kerasnya. “Ini semua mengarut, saya tidak pernah mendesak Najib untuk meletakkan jawatan.” - Tan Sri Aziz Shamsuddin

2 comments:

  1. satu komen yg menyeluruh yg keluar drp pemerhatian tuan, saya sangat setuju.

    Pengurusan yg terbaik diamalkan pd PM Det dulu jelas mampu diterjemah oleh agensi kjaan dgn baik, kerana ketegasan Det dan berdisiplinnya beliau menybbkan pak menteri bersikap berhati2 dlm tindakan dan cakapnya, che det bukan sj bercakap tp dia akan kotakan samada dgn tindakannya sendiri, masalahnya selepas itu pak menteri jadi rileks sakan dgn paklah, honeymoon gitu maka ketua jabatan pun sama gak, w/pun dia org memang tahu amalan pengurusan yg terbaik sudah tersasar tp sbb honeymoon dibwh pemimpin yg tido dan lembut maka dia orang pun layan.

    Begitu juga yg terjadi di bawah PM sekarang, akibat pengamalan ketua2 jab dan pak menteri warisan paklah yg sedap rilek dan honeymoon masih wujud lg maka pentadbiran tak berubah malah akan teruk lagi, teruk sbb ketua2 jab yg cukup tau lubang utk bocor maka setengah dr itu mengambil kesempatan utk mengenyangkan diri, lagi teruk kalu bersekongkol dgn bapak menteri.

    Ada juga yg dlm idola mereka pd anwarista sejak dulu maka mereka ni pun mainperanan mcm anai2 utk meruntuhkan kjaan ada.

    Kesimpulannya pemimpim kena bertegas dan tunjukkan ketegasan dgn bertindak, berani menghadapi segala rintangan, jgn takut dgn zaman bebas skrg, asalkan kita bertindak ikut law dan nilai kita bukannya nilai global demi kebaikan masyarakat kita yg sememangnya berada dlm cermin kaca, ketegasan diperlukan serta responsif.

    #teringat masa che det ketua jab setiap pagi akan lihat paper takut isu yg keluar berkait dgn jabatan mereka, jika keluar pg terus buat meeting, ready utk jawap kpd kementerian dan pak menteri, pak menteri juga berwaspada sentiasa utk menjawab pd che det kalu dak kerusi yg mereka duduk boleh jadi kosong akan diganti. Sekarang ada NKRA pun sb pemimpin atas lembut maka deme2 semua TAK HERAN, akibatnya spt yg ditulis oleh tuan blog, rakyat jadi tak menentu.

    ReplyDelete
  2. Che det one man show - tapi yang lain kena buat kerja.

    che jib one man show - tayang bini, pak menteri dan pak jabatan goyang kaki.

    Yang cepat dan lekas2 dibuat oleh paklah dan najib adalah melantik kroni mereka mengetuai GLC dan memecat yang lama walaupun masih bagus.

    Hari ini Najib dinilai atas prestasi keseluruhan dan bukan berdasarkan cakap2 bergegar stadium atau pentas sahaja.

    ReplyDelete

𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚?

  𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚? Kita jawab secara am "Letak RM10,000 berapa boleh saya untung?&q...