Alhamdulillah akhirnya mat sabu dah terang hati, dah insaf bangat kembali menyokong JAIS selepas Hadi tergelojoh menerjah JAIS tanpa faham hujung pangkal.
Kalau bukan kerana PAS yang buat kecoh, JAIS mudah menemubual 12 saksi dan membawa kes ini ke mahkamah untuk disabitkan. Kekecohan menyebabkan 12 saksi kini disembunyikan dan kesempatan pihak2 tertentu untuk menghapus bukti dengan campurtangan politik dan tekanan dari MB Selangor sendiri.
Gesaan PAS untuk JAIS membawa kes ke mahkamah dalam isu cubaan murtad ini juga wajar menjadi pengajaran kepada PAS supaya membawa isu penipuan SPR dalam pendaftaran warga asing dan sebagainya ke mahkamah jika benar ada bukti, bukan setakat tuduhan demi tuduhan.
Kalau pun nak bersekongkol dengan DAP dan Anwar, biarlah PAS nampak cerdik dan ada akal.
....... Preview
Preview
Oleh Sri Zainab Taib
KOTA  BHARU - Pas ketandusan idea  sehingga sanggup mencipta tuduhan palsu  untuk meracuni rakyat termasuk  memainkan isu Mismah supaya masyarakat  membenci kerajaan pusat  semata-mata terdesak untuk menghadapi pilihan  raya umum ke-13.
 Setiausaha  Politik Perdana Menteri Datuk  Mohd Fatmi Che Salleh berkata Pas  sanggup mereka isu tidak munasabah  tetapi boleh mempengaruhi pemikiran  rakyat supaya mereka ragu-ragu  terhadap kerajaan persekutuan.
 "Inilah  kerja Pas. Pas dilihat  ketandusan idea isu. Mereka cuba mereka  momentum agar semangat tidak  suka kepada kerajaan pusat berlarutan  sehingga tibanya pilihan raya umum  ke-13," katanya dalam satu kenyataan  di sini hari ini.
    Fatmi  yang Ketua Umno Bahagian Kota Baharu berkata, tindakan terdesak  mereka  dilihat kerana kegagalan himpunan haram Bersih yang kurang  mendapat  sambutan pada 9 Julai lalu. ............
Bawa ke mahkamah jika ada bukti Muslim dimurtadkan, PAS gesa Jais
TMI -   PAS mengumumkan pendirian rasminya mengenai serbuan Jabatan Agama  Islam  Selangor (Jais) ke atas sebuah gereja minggu lalu sambil  menegaskan,  agensi itu harus mengambil tindakan segera jika ada bukti  penganut  Kristian memurtadkan Muslim.
Pemimpin-pemimpin PAS berkata keputusan tersebut selari dengan kedudukan parti itu yang diasaskan mengikut prinsip Islam.
Malah kata mereka, PAS tidak akan berkompromi dalam isu-isu yang menyentuh hal ehwal Islam.
“PAS sebuah parti Islam. Perlembagaan kami mengatakan bahawa Islam adalah asas kami dan al-Quran.
“Keutamaan   PAS adalah mempertahankan kesucian Islam, tiada kompromi apabila ia   berhadapan untuk mempertahankan kepercayaan (kami),” kata Timbalan   Presiden PAS  Mohamad Sabu (gambar) selepas mempengerusikan mesyuarat   biro politik di sini petang ini.
“Kami   mengambil pendirian bahawa jika Jais ada bukti yang secukupnya, mereka   harus mengambil tindakan segera ke atas mereka yang mahu menukar agama   orang Islam atau merosakkan kepercayaan Islam mengikut peruntukan   Enakmen Islam Negeri Selangor,” kata Mohamad.
Kata beliau, biro politik mengadakan mesyuarat petang ini untuk memutuskan pendirian parti itu berhubung kontroversi semasa.
Bagaimanapun   ketika ditanya sama ada parti itu merestui serbuan Jais ke atas Gereja   Methodist Damansara Utama, Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub yang  turut  hadir berkata, “tidak.”
Kemudian,   Mohamad menambah, PAS hanya akan menyokong tindakan Jais jika ia ada   bukti kukuh wujudnya usaha mahu memurtadkan orang.
Sebelum ini pemimpin-pemimpin PAS kelihatan berbelah bahagi berhubung pendirian mereka dalam isu ini.
Mengenai   rancangan PAS mahu mengadakan pertemuan dengan pengurusan gereja,   Setiausaha Agung parti Datuk Mustafa Ali mengesahkan sudah menerima   surat untuk mengadakan pertemuan Selasa ini.
Bagaimanapun   menurut beliau, Jais menolak untuk mengadakan pertemuan, dipercayai   atas nasihat Sultan Selangor memandangkan siasatan mengenai insiden 3   Ogos lalu belum lengkap.
“Kami menghormati keputusan mereka,” kata Mustafa.
Dalam   pada itu seorang lagi Naib Presiden Datuk Mahfuz Omar menggesa Jais   mempercepatkan siasatan bagi mengelakkan pelbagai spekulasi mengenai isu   sensitif terbaru ini.
Ketika   ditanya sama ada keputusan hari ini akan menjejaskan hubungan parti  itu  dengan rakan-rakan bukan Islam dalam Pakatan Rakyat, Mohamad tidak   bersetuju dengan andaian sedemikian.
“Ini adalah asas kepada perjuangan parti. Tiada sebab ia akan menjejaskan hubungan,” katanya lagi.
Beliau   juga menafikan khabar angin dalam blog-blog pro-Umno mendakwa   pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat cuba campur tangan bagi mengelak Majlis   Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) daripada menyita bangunan Gereja   Methodist Damansara Utama.
Blog   itu menambah, Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad, Exco Kerajaan   Negeri Teresa Kok dan Adun Seri Setia Nik Nazmi Nik Ahmad telah   menghubungi MBPJ agar menghentikan kerja menyita bangunan gereja itu.
 
 
 
Mat Sabu macam batang kelapa, condong ikut angin. Tapi malang sejak selepas BERSIH dah terbongkar cakap bohong, susah le sikit nak percaya apa yang dia cakap.
ReplyDeleteDengar boleh, percaya jangan - itulah Mat Sabu.
Kepelbagaian pendapat dan pendirian PAS di kalangan pemimpin mereka adakah itu tanda sihat atau perpecahan?
ReplyDeleteJika kepelbagaian seperti itu juga terdapat di dalam UMNO, adakah itu juga sihat? atau itu kebebasan bersuara?
Setakat tersasul mana mungkin boleh PAS dah insat, mereka tersedar dan nak taubat bila dah tersesat di katil IJN, dah nampak lubang kubur.
ReplyDeleteMat Sabu baru sakit lutut, belum apa2 lagi..