Tuesday, May 14, 2013

Umno tolak perpaduan dengan pas..

Merapatkan diri dng umno yg sedang lemas sangat bahaya - begitulah reaksi spontan hadi berhubung gesaan pas bekerjasama dng umo.

Ada juga yg menempelak hadi - masakan umno yg lemas dengan 78 kerusi sedangkan pas hanya 21.

Umno ibarat kapal besar yg pertama dan kedua kali yg dilanda ribut besar, sudah goyang, sudah hampir karam . Pas perahu kecil,  sudah terbiasa dihempas badai, sudah biasa kalah, kebal.

Jawapan hadi bukanlah mutlak pas menolak perpaduan bersama umo tetapi lebih kpd jawapan berlapik kerana sikap umno sendiri yg tidak ikhlas. Hadi wajar berhati hati dengan pelawaan dan gesaan yg dibuat oleh budak hingusan melalui media.

Jika benar umno ikhlas dalam soal perpaduan dan bekerjasama dengan pas, pernahkah umno mempelawa pas scara rasmi?

Pernahkah umno menghantar surat rasmi kpd pas
Pernahkah najib mengajak pas bekerjasama secara terbuka
Pernahkah najib menjemput hadi secara rasmi untuk berjumpa di putrajaya bagi perbincangan lanjut
Adakah umno melayan pas secara terhormat sewajarnya atau memandang rendah kpd pas

Jika umno belum pernah mempelawa pas secara rasmi, serius dan ikhlas - nak minang hanya cakap-cakap di jalanan, di kedai kopi...

wajarlah dikatakan umno lah yg sebenarnya mengelak dan menolak perpaduan dengan pas.

3 comments:

  1. HANG NI MIMPI DI MALAM HARI KOT WAHAI KELAWAR MAN.
    MUSTAHIL MIMPI AKAN BERLAKU JIKA KELUAR MENCARI MAKANAN.

    BEGITU JUGA PAS, TAK SANGGUP MENERIMA UMNO, KERANA UMNO TIDAK SELARI DENGAN AGAMA PAS.
    UMNO HANYA BERTUNJANGKAN AL-QURAN DAN AS-SUNNAH.
    PAS TERKENAL DENGAN FANATIK KEPADA AGAMA PAS.

    ReplyDelete
  2. camna nak meminang klau dah disumpah seranah di maki hamun. karang ada pulak yang berkata pipi tak mancung hidung tersorong2. hakikatnya umno tidak pernah bermusuh sesama islam. umni tidak pernah mengkafirkan sesama islam. islam sangat kah pas sampai begitu sombong dan angkuh mengatakan org lain kafir

    ReplyDelete
  3. Apa erti kemaafan, apa guna kemaafan...tika berpecah, berbalah..peganglah tali Allah - Al-Quran

    Kalau benar umno bertunjangkan Al-quran - apakah hina, apakah jatuh maruah kalau mulakan, kalau hulurkan, kalau ajak perpaduan, tercabutkah ego umno, besar sangatkah umno itu. Bukankah tangan yg di atas itu lebih mulia dari tangan dibawah.

    Apakah umno bimbang jawatan dan bahagian terpaksa dibahagi bahagikan, apakah umno bimbang umno dipaskan atau sebenarnya apa yg jadi ketakutan umno?

    ReplyDelete

SATUS QM TERKINI

  Sejak Disember 2023 agak kecoh di medsos dan berlarutan hingga sekarang. Masing masing yang peka berkenaan perkembangan QM mungkin tidak p...